Sufiah Yusof : Permata Yang Berkecai

sufiah-yusof.jpg     sufiah-oxford.jpg 

Sufiah Yusof, muslimah genius di Oxford, 13 ….. di Salford, 23.

<Updated 6/4/2008 ttg Aisya, kakah Sufiah dari Comments><Updated 3/4/2008> Saya terkejut dan sedih pagi ini bila membaca kisah Sufiah Yusof, 23, dulunya kanak-kanak genius matematik di Oxford University ketika berumur 13 tahun, tetapi kini dilapurkan wanita yang menjalankan aktiviti tidak bermoral di rumah flat murahnya di Salford, Mancester. Apatah lagi Sufiah seorang wanita Melayu Islam sebangsa dengan saya dan sejak 10 tahun lalu saya sering ke luar negara memberikan sedikit bimbingan Islam dan kehidupan kepada pelajar-pelajar Malaysia termasuk mereka yang berada di United Kingdom.

Sebagai seorang yang pernah menuntut di Australia, sebuah negara ala Barat, saya sedia maklum cabaran dalam menjaga Iman di dalam diri sepanjang menjalani kehidupan di sana. Tanpa rahmat dari Allah swt, dengan dibantu oleh kehidupan berjemaah bersama-sama teman-teman seIslam samada dari kalangan pelajar atau rakyat tempatan, kita mudah hanyut didalam arus Jahiliyah yang kuat.

Kisah pelajar wanita Malaysia dari Selangor, sekelas dengan saya semasa kami Matrikulasi di Kelvin Grove State School, Brisbane tahun 1983 yang mengakhiri kisahnya hampir sama dengan Sufiah Yusof cukup memberi pengajaran hidup kepada saya pentingnya didikan Islam kepada para penuntut Malaysia di negara-negara Barat, apatah lagi didikan Islam terhadap anak-anak sendiri. Saya hampir bertumbuk dengan Peter, jiran dan teman lelakinya apabila dapat menghidu suatu yang tidak kena. Keesokan harinya, saya memanggil pelajar wanita tersebut ke sekolah dan menasihati beliau tetapi nasi telah menjadi bubur. Hari ini, 25 tahun berlalu, dia hidup larut di tengah-tengah masyarakat Australia, tidak kembali ke tanahair. Kali terakhir saya ternampak beliau ialah pada tahun 1987 di tengah-tengah bandar Brisbane, sedang membawa 2 orang kanak-kanak kecil bersiar-siar. Tidak berapa lama selepas itu saya dan isteri tamat pengajian dan pulang ke tanahair.

sem_2_2006_day_1_018.jpg 170px-kelvin_grove_state_college_crest.jpg

banner_kg.gif

<Foto dari Internet 2008><Pelajar-pelajar di Kelvin Grove State School, Brisbane, Queensland, Australia tempat saya setahun di matrikulasi. Saya masuk di sana awal Januari 1983, ketika berumur semuda 17 tahun 2 bulan, sebaik selesai peperiksaan dan sebelum keputusan SPM. Alhamdulillah saya mendapat keputusan cemerlang Tertiary Entrance, TE Score = 990 / 990. (Tertiary = IPT) dan ditawar ke Fakulti Kejuruteraan di University of Queensland dan di Monash University, Melbourne. Hidup berdarah tua di Barat banyak cabarannya apatah lagi mereka yang berdarah muda.>

Apa yang menyedihkan lagi dalam kisah Sufiah Yusof ialah kepintaran beliau dalam bidang pengajian akademik. Saya terbayang sekiranya beliau dan pelajar-pelajar Islam Malaysia seperti beliau dididik dalam masa yang sama dengan tekun dibidang Islam seperti menghafaz Al-Quran, hadis sahih Bukhari dan Muslim, Usul Fiqh, Fiqh Ekonomi Islam dan Perakaunan, Sufiah boleh menjadi seorang mujtahid kewangan dan ekonomi Islam abad ini, berjuang berdepan sistem ekonomi berasas riba yang masih dominan menjadi dasar dan falsafah banyak negara termasuk Malaysia. Sistem ekonomi Islam, bank dan institusi kewangan Islam sangat berhajat kepada pelopor-pelopor genius seperti Sufiah. Boleh sahaja para genius seperti ini mengaggotai EPU (Economic Planning Unit) negara, mengeluarkan polisi-polisi memandu negara dan umat mencapai dan mencabar dominasi Barat terhadap ekonomi dunia. Boleh sahaja …boleh sahaja…

Potensi yang ada pada Sufiah Yusof dan seumpama beliau saya ibaratkan seperti permata bagi umat Islam hari ini. Jika digilap baik dan diletakkan dicincin, tempat yang selayaknya, maka keindahannya akan terserlah kepada semua. Namun kita hidup di dalam dunia zaman kini yang penuh Jahiliyah disegi sistem dan aktornya. Bukan sahaja penyimpangan dari jalan ALlah ini telah dan sedang memusnahkan banyak harta dan jiwa yang tidak berdosa, tetapi juga sistem dan insan Jahiliyah ini telah membunuh begitu banyak potensi seperti Sufiah, samada di negara kita, di dunia Arab maupun di dunia ini.

032.jpg

St. Hildas College, Oxford University di mana Sufiah tinggal dizaman remajanya ketika dibelasan tahun.

Islam datang untuk menggilap potensi insan dengan Al-Quran, menunjukki baginya jalan As-Sunnah lalu berperanan membawa kesejahteraan kepada dunia dan bani insan. Sejak kali pertama saya ke United Kingdom & Ireland berceramah pada tahun 1995, telah lebih 10 kali saya ke sana atas jemputan memberi ceramah kepada rakyat Malaysia dan tempatan di hampir seluruh pelusuk kepulauan tersebut. Saya tidak pernah bertemu muka dengan Sufiah Yusof, namun nasihat saya kepada para pelajar Malaysia khususnya di Negara-negara Barat, hendaklah mereka memastikan diri mereka dididik dengan Tarbiyah Islam yang sahih, hidup bersama secara berjemaah dan berumahtangga secepat mungkin di sana.

Islam mendisiplin kita agar tidak menuduh seseorang berzina melainkan dengan salah satu dari 2 cara (i) pengakuan sendiri, atau (ii) dakwaan dengan 4 saksi yang melihat jelas alat perbuatan yang terkutuk itu. Oleh itu, kita tidak membuat tuduhan zina terhadap Sufiah Yusof hanya dari lapuran wartawan asing. Namun, cukup menggambarkan potensi yang ada pada Sufiah musnah apabila dia hidup dalam keadaan sebegitu menyayat hati samada ketika hidup bersama keluarga maupun setelah lari meninggalkan ibu bapa dan adik beradiknya.

Allah Maha Penyayang terhadap hambaNya termasuk Sufiah. Sekiranya benar seperti yang dilapurkan oleh wartawan asing berkenaan dengan Sufiah, maka pintu taubat sentiasa terbuka kepada hamba-hambaNya yang ikhlas untuk kembali ke pangkal jalan. Apabila berita palsu Aisyah ra melakukan zina dengan Safwan tersebar di seluruh Madinah, Rasulullah saw menghampiri Aisyah ra dan bersabda, “Sekiranya engkau tidak melakukannya, nanti Allah akan membersihkan namamu. Sekiranya engkau bergelumang dalam kesalahan, maka sesungguhnya seorang hamba Allah, apabila dia melakukan kesalahan lalu dia bertaubat, Allah akan menerima taubatnya”.

Pengajaran-pengajaran yang boleh kita ambil di sini adalah :

  1. Pentingnya pendidikan Islam anak-anak oleh ibu bapa, bermula di rumah sendiri. Kesejahteraan rumah bererti kestabilan jiwa dalam diri anak-anak yang membesar di dalamnya.
  2. Besarnya pengaruh ibu bapa terhadap anak-anak. Sifat negatif pada ibu atau bapa akan memberi kesan langsung terhadap perkembangan diri dan jiwa setiap anak, samada positif maupun negatif.
  3. Hendaklah dijayakan keseimbangan diantara pencapaian akademik atau ilmu dengan pencapaian keperibadian atau akhlak. Kepincangan salah satu dari kedua-dua di atas akan mengakibatkan kepincangan dalam hidup.
  4. Kerosakan akhlak dalam masyarakat terutama di Barat, mestilah dihadapi dengan hidup dalam jemaah Islam dan iman yang tinggi.
  5. Sebarang kekusutan dalam kehidupan berkeluarga mestilah diselesaikan dengan segera sebelum ianya semakin parah. Peranan asasi dalam hal ini jatuh di atas bahu ayah selaku ketua keluarga dan ibu selaku pengurus rumahtangga dan anak-anak.
  6. Ibu bapa hendaklah sentiasa mengawasi perjalanan anak-anaknya walaupun ketika berjauhan seperti bersekolah asrama, menziarahi kawan dan sebagainya.
  7. Nafkah wanita adalah tanggungjawab bapa, suami dan negara berkebajikan. Ketiadaan nafkah pada wanita boleh mendedahkan mereka menjadi mangsa persekitaran atau musuh yang sentiasa mencari peluang.
  8. Sistem Jahiliyah di Barat bukan sahaja telah banyak membunuh nyawa, masa dan tenaga bani Adam, tetapi juga telah banyak membunuh potensi-potensi insan yang cemerlang. Mengimpotnya masuk ke dalam masyarakat dan Negara-negara Islam adalah satu kesalahan besar yang mesti dihentikan.

Sekian, terima kasih.

 

COPY DARI COMMENTS KE “INI JALANKU”

Salam wbt, saya merupakan pelajar University of Warwick, UK di mana kakak sufiah yusof, aisha yusof melanjutkan pelajarannya. Kami agak mengenali ukhti aisha hampir di setiap perjumpaan muslim sisters di sini. Beliau dalam usaha menamatkan pengajian master degree. Beliau alhamdulillah diijabkabulkan dengan salah seorang tenaga pengajar ilmu fiqh di surau campus ini. Pn Halimaton pun selalu kami temui terutama sekali ketika solat tarawikh dan juga sambutan hari raya idulfitri.

Disini apa yang cuba saya sampaikan adalah tidak seratus peratus kesilapan mendidik di letakkan atas bahu ibu bapa.
Mungkin masalah keluarga mendorong ukhti sufiah membuat keputusan sebegitu, namun dengan ada nya ukhti aisha sebagai salah satu contoh hasil didikan ibu bapa mereka dan juga isaac abang mereka yang baik perilaku serta disegani kaum muslim disini menunjukkan
‘generalization’ terhadap ibu bapa boleh disangkal.

Namun kuasa Allah dalam menguji lebih maha besar. Seelok nya kita berdoa agar segala musibah yang menimpa dapat diambil ikhtibar oleh kita yang faham. Sama2 saya seru agar kita panjatkan doa agar Allah swt menyelamatkan dan menunjukkan jalan yang lurus dan diredhai. InsyaAllah.

p/s: Sufiah dikatakan telah di’ubah’ oleh pihak gereja dan kaum kristian di sini. Na’uzubillahi minzalik.

imanul hadid_coventry

 

Child maths prodigy ‘working as a prostitute’

By Megan Levy

Last Updated: 2:02am BST 31/03/2008

A child prodigy who was one of the youngest students to be admitted to Oxford University is now working as a prostitute in Manchester, it has been claimed.

   
 

Sufiah Yusof was just 13 years old when she was admitted to the prestigious university to study mathematics.

But 10 years on, Miss Yusof now earns £130 an hour working as a prostitute from her flat in Salford, Manchester, according to the News of the World.

The newspaper claims it sent an undercover reporter to the 23-year-old’s home, where Miss Yusof, who allegedly works under the name Shilpa Lee, described the services she reportedly offered.

On her website, she is alleged to have described herself as a “very pretty size 8, 32D bust and 5’5” tall – available for bookings every day from 11am to 8pm.” The website has since been shut down.

The gifted student sparked a massive police hunt in 2001 when, at the age of 15, she ran away from Oxford after passing her end-of-term examinations at St Hilda’s College.

on error resume next ShockMode = (IsObject(CreateObject(“ShockwaveFlash.ShockwaveFlash.8”)))

At the time she sent her family an e-mail, accusing her father of making her life “a living hell” and of putting her through “15 years of physical and emotional abuse”.

Mr Yusof denied that he had pushed Sufiah too hard and implied that she was being told what to say by those controlling her.

Police later found her living in Bournemouth, posing as a student among the 30,000 foreigners who go to the seaside resort each year to study English.

Sufiah in care after she refuses to see parents

By Michael Smith and Sally Pook

Last Updated: 2:08pm BST 19/06/2001

SUFIAH YUSOF, the maths prodigy who disappeared from Oxford University two weeks ago, was placed in the care of social services yesterday after police found her safe and well.

Thames Valley police refused to specify why Sufiah, 15, had not been returned to her parents. The decision is believed to be related to an e-mail she sent to her family, saying she had run away because of “years of physical and emotional abuse”.

She described her home life as a “living hell” and threatened to speak publicly about her unhappiness at home unless her father, Farooq, told authorities she was safe. Mr Yusof said last night he had reached an agreement with police that his daughter would be given “breathing space” before a reunion.

on error resume next ShockMode = (IsObject(CreateObject(“ShockwaveFlash.ShockwaveFlash.8”)))

Detectives traced the undergraduate, who took up her place at St Hilda’s College at the age of 13, to an undisclosed address yesterday morning after a tip-off. Sufiah gave instructions not to tell her family where she was staying. Police said they would respect her wishes. Her parents were informed that she was safe.

A spokesman said: “Miss Yusof expressed a wish that no details of where she is are released to either the media or her family. We will respect those wishes. We have arranged with the relevant social services department for her to be looked after in the next few days. Thames Valley police is finished with the matter.”

Mr and Mrs Yusof, of Coventry, had been due to travel to Oxford last night to speak to officers. Mr Yusof said: “We have reached an understanding. We have to allow the situation to calm down. We hope there will be a reunion, but there are no plans at the moment.”

Asked about the e-mail from Sufiah, which he issued on Wednesday and in which it was alleged that he was physically abusive, he said: “There is no validity to those accusations. We enjoy our life. There is a lot of fun, a lot of laughter. We have our ups and downs, however. It is not perfect.”

25 Respons

  1. kebahagiaan seseorang bukanlah terletak kepada kehebatan luaran dan posisinya di mata masyarakat, kadang-kadang segala kegemilangan itu hanya menambah beban yang berat di dada jika kita tidak bertemu dengan matlamat hidup yang sebenar, matlamat dan hakikat hidup yang telah lama hilang daripada kebanyakan manusia zaman kini, iaitu penghayatan dan penerapan sebenar tentang konsep pengabdian sepenuh jiwa kepada Allah dan kewajipan menjadi khalifahNya juga semata-mata atas dasar menjalankan amanah dan kepatuhan kepada Allah. saya bercakap dan menyelami tragedi sufiah daripada pengalaman, sebagai seorang yang pandai membaca sejak berusia 3 tahun (ketika itu fenomena ini masih bukan normal seperti sekarang) dan berterusan memperoleh kecemerlangan akademik di sekolah namun tidak pernah bahagia dan gembira dengan nikmat tersebut, kemudian memilih untuk tidak meneruskan pengajian di peringkat ijazah sebaliknya bekerja seorang diri jauh dari keluarga dan meneruskan pencarian hakikat diri, alhamdulillah saya beruntung kerana Allah telah menemukan saya dengan kefahaman tentang hidup yang saya ingini buat masa sekarang dan merasa jauh lebih aman dan gembira dengan keadaan sekarang yang masih serba kekurangan..yang boleh saya nyatakan di sini apalah gunanya potensi jika jiwa itu kosong..sebaliknya apabila jiwanya hidup, potensinya akan diusahakan untuk digilap terus ke puncak demi mencapai keredhaan Allah, satu-satunya Tuan dan Pemiliknya..Wallahualam

  2. Assalamualaikum
    Saya ikut sedih dengan nasib yang menimpa Sufiah. Sebagai sesama muslim kita wajib perbuat sesuatu untuk menyelamatkannya, meskipun hanya sedikit pendapat atau gagasan. Sufiah merupakan korban lingkungan keluarga yang menekannya, korban dari ambisi orang tua yang seharusnya memberikan petunjuk dan arahan ke jalan yang benar. Para orangtua jangan hanya mengedepankan prestasi, kepandaian, kesuksesan pikiran atau otak saja. Tetapi hati anak-anak juga harus selalu dipelihara dan disirami. Harus seimbang antara memenuhi kebutuhan pikir dengan hati. Ingin rasanya saya berbagi dengan Sufiah as a moslem. Kepada sufiah, I just wanna say.. just come back to Allah, who will gives you love, the eternal love.
    Wassalam

  3. sedikit tambahan..segala kehebatan dan potensi itu bukan milik individu itu sendiri sebaliknya hanyalah bukti kehebatan Allah sahaja..segala kemegahan dan kejayaan kita hanyalah kurniaan Allah semata-mata dan wajiblah kita kembalikan kepadaNya juga..lalu kenapa lah pada hari ini terlalu ramai antara kita yang masih tidak segan silu membongkak diri dan memandang rendah kepada orang lain yang mungkin tidak begitu baik kedudukannya pada mata manusia..sedarkah kita bahawa segala kelebihan yang ada itu bukanlah milik kita tetapi milik Allah..sebagaimana Umar Al-Faruq pernah menyatakan “kita dulunya adalah kaum yang hina, kemudian Allah lah yang memuliakan kita dengan islam, barangsiapa yang mencari kemuliaan selain islam, maka dia hanya mencari kehinaan”..seterusnya pada masa hadapan hanya Allah yang berhak memutuskan sama ada mahu mengekalkan kelebihan yang dikurniakan kepada hambaNya, atau mahu menarik kembali semuanya, atau terus menguji hambaNya dengan membiarkan mereka terus diselimuti kehinaan, atau menguji hambaNya dengan mengembalikan kemuliaan yang lebih tinggi kepada mereka..innalillahi wainna ilaihi rajiun

  4. saya merasa terpegun dan mulai berfikir andai jiwa dan moral kosong inilah akibatnya biarpun otak genius tapi kalau kosong moral apa akan jadi.. yang kita nampak hanya sufiah di london tapi di malaysia sangat banyak.. mereka tidak saja menjadi pelacur tetapi mereka sanggup merakam perbuatan sex mereka untuk tatap orang di internet… sungguh memalukan sekali.. ada tu dikalangan remaja lagi.. apa nak jadi dengan pemuda pemudi kita sekarang ini nilai moral mereka terlalu rendah barangkali kerana sudah tiada mata pelajaran sivik di sekolah itulah asyik tukar menteri dan jalur pendidikan di tukar mengikut kesukaan menteri2

  5. saya masih tertanya apa yang ingin dilakukan oleh Datuk Dr. Mashitah Ibrahim dalam kempennya ” misi menyelamatkan sufiah”.

    Apa yang ingin diselamatkan? Akidah?

    Seolah-olah meludah balik kepada sistem pendidikan negara Malaysia yang menipiskan hal-hal keagamaan.

  6. Sufiah ialah salah satu daripada beribu-ribu lagi kes anak muda kita. ‘Program Selamatkan Sufiah’ telah ditubuhkan oleh Jabatan Perdana Menteri dan Yayasan Dakwah Malaysia. Diharapkan program seperti itu digiatkan dan dikembangkan lagi kepada ‘Program Selamatkan Anak Muda’ atau apa-apa yang sewaktu dengannya.

  7. saya rasa terkejut dengan paparan kisah sufiah.seharusnya pihak2 tertentu harus mengambil langkah2 tertentu bg menyelamatkan sufiah dr terjerumus terus kekancah hina itu.bawalah sufiah pulang ketanahair dan sufiah seharusnya dibimbing kepangkal jalan semula.
    dunia ini hanya sementara buat kita akhirnya nanti kita akan kembali jua ketempat asal.sedarlah wahai insan.
    pd saya setiap manusia mempunyai kisah hidup yang mungkin meninggalkan kesan yg mendalam terhadap diri sendiri.
    so,jadikanlah ia sebagai pengajaran buat kita semua.bak kata pepatah buang yang keruh ambil lah yang jernih.

  8. Saya sedang menanti FATWA dari syekh Ab-dull-lah al-islam Hadhari mengenai permasalahan umat ini. Adakah beliau akan menfatwakannya sebagai harus atau “tak-pe”? Atau beliau akan kata ‘TAK-KISAH’ ?

  9. salam…. ..doakan saja semoga dia kembali ke pangkal jalan…hanya Allah sahaja yang tahu apa yang berlaku di sebalik semua ini….

  10. saya sedih mendengar berita ini. Sebagai manusia seagama kita patut menolong mana yang patut. Jangan dibiarkan berlalu begitu saja.

  11. salam. satu ketika semasa zaman kegemilangan Sufiah, saya ketika itu berumur 12 thn, berasa kagum dgn kejayaan dan bakat yang ada pada sufiah. membuat kan saya meletakkan dia sebagai role model saya dalam mata pelajaran matematik. Sekian lama tidak mendengar berita sufaih, yang kali terakhir saya tau bahawa dia telah melarikan diri dari rumah selepas peperiksaan akhirnya. Saya tidak terkejut bila mendapat tahu yang kini sufiah sudah melarat. tapi, saya yakin, ada sebab Allah mentakdirkan apa yang telah berlaku. mungkin ini sebagai pengajaran kepada institusi kerajaan untuk lebih peka dalam menekankan Islam sebagai satu cara hidup.
    Bila saya mendapat tahu mengenai Misi menyelamatkan sufiah, saya tertanya-tanya adakah misi ini berjaya atau sekadar satu pembaziran. sedang kan, dalam M’sia sendiri berapa ramai muslimah yang telah hilang tanpa di kesan. contoh nya, Aishah bukhori yang satu ketika dahulu menggemparkan negara dengan membuang agama dan keluarga demi kekasih berlainan agama? bagaimana institusi undang-undang di sebuah negara Islam di Malaysia membuat keputusan yang tidak menegakkan Islam? adakah itu adil ?
    saya berharap kerajaan mengkaji semula misi ini. alagkah lebih baik tumpukan isu-isu dalam negara dulu. saya tau, sufiah juga rakyat m’sia. tetapi, tidak perlu digembar gemburkan terlalu meluas. semoga kita semua mendapat iktibar dari apa yang berlaku.

  12. Salam wbt, saya merupakan pelajar University of Warwick, UK di mana kakak sufiah yusof, aisha yusof melanjutkan pelajarannya. Kami agak mengenali ukhti aisha hampir di setiap perjumpaan muslim sisters di sini. Beliau dalam usaha menamatkan pengajian master degree. Beliau alhamdulillah diijabkabulkan dengan salah seorang tenaga pengajar ilmu fiqh di surau campus ini. Pn Halimaton pun selalu kami temui terutama sekali ketika solat tarawikh dan juga sambutan hari raya idulfitri.

    Disini apa yang cuba saya sampaikan adalah tidak seratus peratus kesilapan mendidik di letakkan atas bahu ibu bapa.
    Mungkin masalah keluarga mendorong ukhti sufiah membuat keputusan sebegitu, namun dengan ada nya ukhti aisha sebagai salah satu contoh hasil didikan ibu bapa mereka dan juga isaac abang mereka yang baik perilaku serta disegani kaum muslim disini menunjukkan
    ‘generalization’ terhadap ibu bapa boleh disangkal.

    Namun kuasa Allah dalam menguji lebih maha besar. Seelok nya kita berdoa agar segala musibah yang menimpa dapat diambil ikhtibar oleh kita yang faham. Sama2 saya seru agar kita panjatkan doa agar Allah swt menyelamatkan dan menunjukkan jalan yang lurus dan diredhai. InsyaAllah.

    p/s: Sufiah dikatakan telah di’ubah’ oleh pihak gereja dan kaum kristian di sini. Na’uzubillahi minzalik.

    imanul hadid_coventry

  13. kes sufiah yusof memberi gambaran kepentingan seseorang itu (daie especially) utk belajar ilmu tentang manusia.. bukan ilmu sains, matematik semata2..

    dia memiliki kepintaran.. tetapi kepintaran sahaja tidak mencukupi utk menjadikan dia seorang insan yang sebagaimana diingini oleh masyarakat..

  14. Hati saya mengatakan jalur kehidupan Sufiah mula retak ketika usianya 15 tahun. Setuju dengan pandangan saudara Hadid.

  15. amat terkilan dengan sikap ibu bapa yang terlalu berbangga dengan kejayaan anak2 mereka….. akibatnya, lihat apa sudah jadi dgn Sufiah, ambil pengajaran, kapandaian/ kepintaran anak2 itu harus disambut dengan penuh kesyukuran dan bukannya atas niat selain dari kerana Allah swt…..

  16. sama-samalah kita berdoa ukhti sufiah kembali kepada addinul islam…Allah Maha Penerima Taubat…dan kita berdoa bersama kita dithabatkan dalam Islam serta sentiasa melakukan ketaatan kepadaNya…kes ukhti sufiah merupakan pengajaran buat kita semua..bahawa musuh islam tidak pernah berhenti berusaha memalingkan ‘qiblat’ umat islam baik yang pandai, yang memimpin ,yang dipimpin…sesiapa sahaja yang islam pastikan ‘dicerobohi’…sama2lah kita yang memahami jalan dakwah dan menerima dakwah berusaha dan terus berusaha untuk mempersiapkan diri dengan segala kelebihan dan keperluan yang diperlukan masyarakat…jangan bertangguh lagi

  17. saudaraku sufiah yusuf hanya Allah yg maha mengetahui apa yang tersirat disebalik yg tersurat kembalilah ke jalan yg benar hanya agamamu ISLAM yang dapat memberi seribu satu ketenangan dalam hidup.Jika benar ayahmu penyebab kecelaruan maka CELAKA lah dia namun jika kamu sendiri yang suka melihat bangsa dan agama lain mentertawakan agama suci mu maka kamulah yg akan menerima musibahnya.AMIN

  18. video sufiah di youtube.

    demi menjaga maruah islam, negara dan keluarga

    mari “flag as sexual content” terhadap video tersebut

    anda hanya perlu daftar sebagai pengguna youtube..seterusnya klik butang flag

    utk memberi signal kpd pengurusan youtube agar video tersebut didelete

  19. Sufiah yusof mungkin terlihat salah jalan, tapi yang pasti dia tidak merugikan orang lain. Berbeda dengan Noordin M top dan Dr azhari, kepintarannya hanya buat membunuh orang lain.

    Dr azhari dan Noordin M top agamanya kuat, tapi moralnya rendah. Saya tidak tahu pengetahuan agama sufiah yusof, mungkin dangkal jugasehingga dia tidak bermoral.

    Tapi sufiah yusof TIDAK PERNAH MEMBUNUH ORANG!

  20. […] Sebagai seorang yang pernah menuntut di Australia….Teruskan Membaca […]

  21. berdoalah dan susulilah sufiah sebagai seorang muslimah yang berharga… maaf… jgnla terlalu memburukkan keaadan dia… kita juga mempunyai peranan…

  22. […] SPM bukan satu-satunya kejayaan dalam hidup. Posting saya mengenai kisah malang genius matematik, Sufiah Yusuf : Permata Yang Berkecai jangan dilupakan. Masih banyak kejayaan-kejayaan dalam kehidupan dan perjuangan ini yang mesti […]

  23. […] SPM bukan satu-satunya kejayaan dalam hidup. Posting saya mengenai kisah malang genius matematik, Sufiah Yusuf : Permata Yang Berkecai jangan dilupakan. Masih banyak kejayaan-kejayaan dalam kehidupan dan perjuangan ini yang mesti […]

  24. ….. begitulah hukum alam ………….karma menimapa kepada keluarga pelaku……bukan setakat ujian Allah…..

  25. SAYA JUGA AMAT SEDIH DGN AP YG MNIMPA SUFIAH.SY BRDOA AGAR SUFIAH X AKN MNGIKUT KE JLAN SYAITAN….

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: