Eropah: Islam Tidak DiPatuk 1 Lubang 2 Kali

       kaabah-org2-solat.jpg        daneflag.jpg        madinah.gif

Belanda ..filem “Fitna”.  Denmark … karikatur “Mohamad”

“Mereka ingin memadamkan (tersebarnya) cahaya (agama) Allah dengan mulut-mulut mereka, tetapi Allah enggan sebaliknya Dia akan menyempurnakan cahayaNya walaupun orang-orang kafir tidak suka.” (At-Taubah : 32)

<Updated 28/4/2008 Denmark pernah rugi 2billion Euro><Updated 6/4/2008> Kali pertama Eropah menghina Islam akhir-akhir ini ialah pada 30/9/2006 dengan tersiarnya 12 karikatur pengganas “Nabi Muhammad” diakhbar perdana Demnark, Jyllands-Posten. Perdana Menteri Denmark enggan memohon maaf, atas alasan “kebebasan bersuara”. Umat Islam bangkit dan memboikot produk Denmark. Setelah Denmark kerugian hasil eksportnya 1 juta Pound Sterling sehari selama beberapa bulan, baru permohonan maaf dibuat. Kini, tidak sampai 2 tahun, Eropah sekali lagi, menerusi Belanda cuba menguji perasaan umat Islam dengan pembuatan filem “Fitna”. Kali ini Islam tidak akan dipatuk 1 lubang 2 kali seperti yang disabda oleh Rasulullah saw.

jyllands-posten_logo.png

Dalam isu pertama, Perdana Menteri Denmark, Anders Fogh Rasmussen berkata bahawa Kerajaan Denmark tidak akan meminta maaf kerana kerajaan tidak mengawal media atau surat khabar. Alasan beliau nanti berlaku pula sekatan “kebebasan bersuara”. Ulamak dan umat Islam menjawab bahawa “kebebasan bersuara” tidak sama dengan kebebasan mengutuk atau kebebasan menghina. Jyllands-Posten akhirnya meminta maaf kerana telah menghina Islam, namun tetap berpendapat mereka berhak menerbitkan karikatur tersebut dengan alasan fundamentalisme Islam tidak ada authority terhadap sebarang penerbitan media di jajahan Denmark. OIC dan Liga Arab menuntut sekatan terhadap Denmark. Produk Denmark diboikot hebat di Negara-negara Arab terutamanya, demonstrasi di banyak Negara-negara Umat Islam, Kedutaan Denmark di Syria dan Lubnan di bakar. Iran memutuskan hubungan dagangan dengan Denmark.

Kali ini di Belanda pula, pada 27/3/2008 lalu, ketua parti politik PVV (People’s Party for Freedomand Democracy), Geert Wilders telah mengeluarkan satu filem bertajuk “Fitna” dengan menafsirkan 6 Surah dalam Al-Quran berkaitan Jihad melalui klip-klip video pengeboman WTC New York, penyembelihan wartawan asing oleh Al-Qaeda, letupan keretapi di Madrid, ucapan imam-imam masjid tentang jihad melawan Kristian dan Yahudi dan sebagainya. Penafsiran tersebut tidak diguna pada konteksnya, bahkan kejadian-kejadian yang berlaku belum dapat disabitkan dengan Islam hingga kehari ini melalui proses penyiasatan dan kehakiman. Filem tersebut disudahi dengan membentangkan statistik bilangan umat Islam di Belanda (1 juta) dan Eropah (54 juta) yang bertambah mendadak dengan menyeru agar suasana Islamisasi Eropah ini mesti dihalang dengan segera demi Kebebasan dan Demokrasi masadepan.

Filem ini akan memberikan gambaran buruk kepada masyarakat Barat dan dunia terhadap Islam dan penganutnya melalui penyelewengan hakikat dan fakta sejarah. Islam digambarkan ganas dan menyekat kebebasan. Kita percaya isu ini didalangi oleh musuh-musuh Islam terutamanya golongan Yahudi yang menguasai media dan mempunyai kekuatan ekonomi yang boleh menentukan halatuju sesebuah negara dan umat.

Pernah dizaman Nabi saw, seorang Quraisy yang berpengaruh kerana berkebolehan bersyair ditangkap dalam satu peperangan lalu dia meminta belas kasihan Nabi saw untuk membebaskannya dengan berjanji tidak akan cuba mempengaruhi masyarakat kearah memusuhi Islam. Nabi saw membebaskannya dengan syarat dia berhenti dari mempengaruhi masyarakat kearah menentang Islam. Namun, setelah dibebaskan, dia kembali menghasut orang ramai memusuhi Islam. Selepas itu, dalam satu peperangan lain dia ditangkap dan sekali lagi dia meminta belas kasihan Nabi saw agar dibebaskan sepertimana dulu. Nabi saw bersabda bermaksud, ‘Aku tidak akan membiar engkau kembali kepada kaummu dan berkata , ‘Aku telah berjaya menipu Muhammad dua kali’. Orang mukmin tidak dipatuk dua kali dalam satu lubang”, lalu Nabi saw mengarahkan supaya dia dibunuh.

Dalam isu memfitnah Islam yang terbaru ini, Dr. Yusof Al-Qardhawy, Pengerusi Dewan Ulamak Islam SeDunia mengajak umat Islam kepada 5 perkara :

  1. Menyangkal tuduhan Denmark bahawa Nabi Muhammad saw adalah seorang yang gila seks dan darah dengan cara ilmiah.
  2. Negara-negara Islam mesti tampil di hadapan sekali dengan berani menyatakan pendirian masing-masing dalam membela Rasulullah saw.
  3. Pemimpin-pemimpin umat Islam mensti menunjukkan kepada dunia bahawa umat Islam masih hidup dan mencintai Aqidah mereka yang suci dan sahih.
  4. mengajak umat Islam memperbanyakkan karya seni seperti penghasilan drama dan filem untuk memperkenalkan Islam kepada masyarakat dunia.
  5. Melakukan boikot ekonomi terhadap negara-negara yang cuba menyakiti pegangan umat Islam kerana telah terbukti Boikot Ekonomi mampu memberi kesan dan pengaruh terhadap sesuatu negara.

Difahamkan, selepas filem ‘Fitna’ ini akan menyusul pula filem kartun “The Life of Muhammad” yang dibuat oleh tokoh Parti Buruh Belanda kelahiran Iran bernama Ehsan Jami.

Kita percaya kebanyakan masyarakat Denmark, Belanda dan Barat tidak memusuhi Islam, tetapi ramai ahli-ahli politik mereka khususnya dari kalangan Yahudi atau dalam gerakan Zionis Yahudi, adalah mereka yang menjadi perancang, pembiaya dan pengedar filem-filem fitnah seperti “Fitna” ini. Pemerintah umat Islam harus menyatakan bangkangan mereka terhadap Belanda di kedutaannya, menggantung hubungan diplomatik atau sekurang-kurangnya perdagangan sehingga Kerajaan Belanda memohon maaf dan mengambil langkah membendung aktiviti mempersendakan Islam. Umat Islam seharusnya terus memboikot barangan Belanda, Denmark dan beralih kepada produk umat Islam tempatan atau dari negara-negara umat Islam yang lain. Sesungguhnya telah terbukti senjata ekonomi yang telah digunakan oleh umat Islam dalam menangani banyak isu global yang telah sudah.

lego.gif      lurpak.jpg      rbrgblog135pix.jpg

Sebahagian produk Denmark.

Zahirkan bantahan utk memboikot barangan Belanda:

01. Dutch Lady – Susu
02. Ferrero Roche – Coklat
03. Wall¢s – Ais Krim
04. Ing -Insurans
05. Planta -Magerin
06. Lady¢s Choice -Magerin
07. Lipton -Teh
08. Shell -Minyak
09. Knorr -Perisa Makanan
10. Dove -Mandian
11. Sunlight -Magerin/Pencuci Pinggan
12. Radiant -Deodoran
13. Rexona -Deodoran
14. Ponds -Produk Kecantikan
15. Kieldsens -Coklat
16. Slimfast -Produk Pelangsing
17. Lego -Permainan Kanak-Kanak
18. Philips -Barangan Elektrik
19. Duyvis -Makanan Ringan
20. Gouda -Keju
21. Robin -Pencuci Lantai/Pakaian
22. Ariel -Pencuci Lantai/Pakaian
23. Omo -Pencuci Lantai/Pakaian
24. Labello -Lip Balm
25. Pickwick -Teh
26. Venz -Mentega Coklat
27. Kinder Bueno -Coklat
28. Unilever -Syarikat
29. Dumex -Susu Tepung
30. Nutricia -Susu Bayi
31. Sunsilk -Shampoo
32. Fair & Lovely -Produk Kecantikan
33. Lux -Mandian
34. Vaseline -Lip Balm
35. Cif -Pencuci Lantai
36. Surf -Pencuci Kain
37. Wishbone -Pencuci Kain
38. Doriana – Keju Krim
39. Bertolli -Minyak Masak
40. Clear -Shampoo
41. Breeze -Pencuci Kain
42. Sun -Pencuci Kain
*sumber PPIM*

 

Report: Muslim Boycott Hurts Denmark’s Economy(IsraelNN.com)

The Danish Arla Foods Company announced recently that it had suffered serious losses due to a Muslim consumer boycott.  If the boycott continues for the entire year, the company could lose $372 million, managers said.Source:
http://www.israelnationalnews.com/News/Flash.aspx/144969

Danish Foreign Minister Per Stig Moller recently spoke to the local daily Boerson and warned that a third printing of the caricatures could cause Denmark serious long-term financial losses.

 

—————–

Great news

Hope you all know about the Denmark newspaper who made fun upon our loving Prophet and till now they never regret… let us make them regret for all time…
 
The Denmark ambassador, prime minister and Denmark channel they all try to do something just to stop the boycott made by Muslims last month, by which their losses has reached to 2 billion Euro.  If we continue to boycott Denmark products after 7 months it could reach around 40 billion Euro’s destruction.
 
Dear All, please spread the news to all your friends you know in order to rise up our spirit and warning Denmark and other hostile nations towards Islam, we Muslim are united and not easy to break against any one who think to harm or insult Almighty’s message peace be upon him.
 
Believers do not let this message stop in your PC.

 

 

Advertisements

11 Respons

  1. Begitulah sikap mereka yang biadap menghina Nabi Muhammad. Namun kita tidak harus lupa bahawa tindakan menghina Rasulullah ini juga belaku di negara kita. Malah lebih parah ia dilakukan oleh mereka yang mengaku muslim. Kita dapat lihat dan dengar bagaimana mereka menolak sunah/hadis termasuklah mempersendakan ayat-ayat suci al-Quran. Merekalah golongan sekular….

  2. FirmanNYA : “Sesungguhnya agama di sisi Allah adalah Islam”.
    Bersama kita menjaga agama Islam yang tercinta.
    Saya ingin bertanya kepada Ustaz:
    Siapa sebenarnya Osama Laden?
    Ini kerana saya ada juga terdengar mengatakan bahawa beliau merupakan hanya “propaganda” Amerika..

  3. asslm…
    artikel yg menarik & sgt tepat pd waktunya cuma nk bgtau
    ada pembetulan buat ust pada artikel ni,bukan DENMARK yg timbulkan isu ‘Fitna’..tapi HOLLAND.

    >harap membantu

  4. assalamualaikum.. maaf nak tanya sikit..denmark ke belanda yang terlibat dengan filem fitna tu.. rasanya belanda? sila perbetulkan kalau ana silap.. ok, wassalam

  5. salam..

    setahu sy,belanda yg bwat filem tu.. tp bukan sluruh belanda,sorang menteri tu je.. n dari ape yg sy bace, pdana menteri diorang dah mintak maaf n x bstuju pun dgn pengeluaran filem tu.. menteri tu je yg kuarkan gak.. so kene boikot jugak ke barangan belanda ni? wallahu’alam..

    sy juge confuse dlm pendirian nak boikot ke x.. bile bace saifulislam.com ngan entry ustaz kali ni,macam ade pcanggahan pulak..

    bukan nk timbulkan pdebatan, tp kalo bleh nak leraikan pcanggahan ni? jzkk..

  6. celaka punye org puteh.

  7. ana pon rase, yg terbitkan filem fitna, adalah belanda (holland/netherlands).

  8. dah terang2 dlm crita tue “show”, ngkorang nak cakap ape lagi? imam2 sendiri yg cakap, ajaran shinga budak kecil di ajar mengatakan org yahudi adalah “ape and pigs”.. kebencian orang2 muslim kpd yahudi adalah ketara sangat.. so, kalau semua TV boleh tunjuk apa yg di gempar gempurkan bahawa yahudi or israel adalah kejam, kenapa yg sebalik nya tidak?! dlm erti kata and obviously islam mengutuk kristian dlm perlabgai sudut.. haaiizzzz

  9. ustaz! bubuh la email, senang nak kontek. saya nak p umrah dengan ustaz ni….

    (saya kensel nak bawak bini tengok tulip kat amsterdam sebab kebiadapan belanda)

  10. salam..
    pndapat saya utk hamba Allah..kita boikot jela..walaupun hanya seorang menteri yg melakukannya..namun apakah tindakan yg lebih wajar kerajaan Belanda lakukan terhadap Geert Wilders yg telah mhina Islam??di manakah peranan mereka??sedangkan Islam xkan dipatuk 2 kali..wallahu’alam..
    ::sekadar pendapat::
    ust,tlg betulkan kalau salah..
    wassalam..

  11. Ustaz, ana minta izin untuk ambil artikel ustaz untuk dipublishkan dlm buletin PEMBINA… jzklh

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: