Syahid Setinggi-tinggi Cita Kami

Ahmad Syahid bin Abdul Halim, 4 bulan. Lahir pada 10/1/2008. Moga Ahmad Syahid dan kita mendapat anugerah Syahid suatu hari nanti.

<Updated 8/5/2008 Kisah-kisah Jihad Moden> Rasanya tak terlambat saya menulis sedikit tentang mati syahid, sempena kelahiran anak kami ke 13, Ahmad Syahid. Dia lahir sebaik saya dan rombongan tiba di Madinah dari Mekah dalam Musim Haji lalu. Setiba di Malaysia, suasana dan tumpuan penulisan blog ini adalah banyak kepada Pilihanraya. Adapun ketika ini, dalam suasana lebih tenang, kita kembali merenung sejenak kepada suatu harapan tinggi Nabi saw, para Sahabat ra dan orang-orang beriman di dunia yang fana ini. Teruskan membaca