Syahid Setinggi-tinggi Cita Kami

Ahmad Syahid bin Abdul Halim, 4 bulan. Lahir pada 10/1/2008. Moga Ahmad Syahid dan kita mendapat anugerah Syahid suatu hari nanti.

<Updated 8/5/2008 Kisah-kisah Jihad Moden> Rasanya tak terlambat saya menulis sedikit tentang mati syahid, sempena kelahiran anak kami ke 13, Ahmad Syahid. Dia lahir sebaik saya dan rombongan tiba di Madinah dari Mekah dalam Musim Haji lalu. Setiba di Malaysia, suasana dan tumpuan penulisan blog ini adalah banyak kepada Pilihanraya. Adapun ketika ini, dalam suasana lebih tenang, kita kembali merenung sejenak kepada suatu harapan tinggi Nabi saw, para Sahabat ra dan orang-orang beriman di dunia yang fana ini. “… Demi Tuhan yang nyawaku ditanganNya, aku ingin dibunuh diJalan Allah, kemudian aku dihidupkan, kemudian aku dibunuh, kemudian aku dihidupkan, kemudian aku dibunuh, kemudian aku dihidupkan, kemudian aku dibunuh” (Hadis Sahih riwayat Al-Bukhari dan Muslim).

Dari Anas ra. berkata, “Bapa saudaraku Anas bin An-Nadr tidak bersama dalam Perang Badar lalu dia berkata, “Ya Rasulullah, aku tidak bersama ketika engkau kali pertama berperang menghadapi musyrikin. Jika aku dapat memerangi musyrikin, Allah akan memperlihatkan kamu apa yang akan aku lakukan”. Pada hari Perang Uhud dan tentera Islam menerima padah, dia berkata, “Ya Allah, aku memohon maaf kepadaMu terhadap apa yang mereka (tentera Islam) lakukan dan aku berlepas diri untukMu dari apa yang mereka (tentera Musyrikin) lakukan, kemudian dia mara dan bertemu menghadap Saad bin Muaz (ketua Ansar) lalu berkata, “Ya Saad bin Muaz ! Syurga dan demi Tuhan, aku sedang mencium bau Syurga yang datang dari arah Bukit Uhud”. Saad berkata, “Ya Rasulullah! Aku tidak mampu lakukan sepertimana yang dia dapat lakukan. Kata Anas, “Kami dapati padanya lebih dari 80 liang akibat pukulan pedang, tikaman tombak dan panah. Dia telah terbunuh dan dikelar-kelar oleh kaum Musyrikin. Tidak seorang pun yang dapat mengenalinya kecuali kakaknya melalui jari-jarinya. Kata Anas ra, “Kami lihat atau rasa bahawa ayat ‘Dari kalangan orang-orang beriman terdapat mereka yang membenarkan apa yang dijanjikannya kepada Tuhannya’… (hingga akhir ayat) diturunkan untuknya atau para Sahabat ra seperti beliau. (Hadis Sahih riwayat Al-Bukhari).

Pada 15/1/2008 saya mengisytiharkan nama “Ahmad Syahid” ketika di Mihrab Nabi saw, di dalam Ar-Raudhah, taman dari Taman-taman Syurga melalui SMS ke merata tempat di banyak negara. Moga Allah berkati keluarga dan anak-anak kita. Amin.

Dari ibu kepada Harithah ra, dia datang bertemu Rasulullah saw dan berkata, “Ya Nabi Allah! Bolehkah engkau ceritakan mengenai Harithah (yang terbunuh di Perang Badar oleh panah yang tidak diketahui penembaknya). Sekiranya dia di Syurga, aku akan bersabar. Sekiranya tidak, aku akan menangis sekuat-kuatnya demi mengenangkan dia”. Nabi saw bersabda, “Wahai Ummu Harithah, sesungguhnya ia adalah taman di dalam Syurga. Sesungguhnya anakmu mendapat Syurga Firdaus yang tertinggi” (Hadis Sahih riwayat Al-Bukhari).

Dari Abu Said Al-Khudry ra berkata, “Mahukah kamu aku beritahu tentang sebaik-baik manusia dan sejahat-jahat manusia. Dari sebaik-baik manusia ialah lelaki yang bekerja (berperang) di Jalan Allah di atas kuda, unta atau kakinya sendiri sehingga bertemu syahid. Dari sejahat-jahat manusia ialah lelaki yang membaca Kitab Allah (Al-Quran) namun dia tidak mendapat apa-apa ransangan darinya” (Hadis riwayat An-Nasaie).

Dari Rasyid bin Saad ra. dari seorang Sahabat bahawa seorang lelaki bertanya, “Ya Rasulullah ! Kenapa orang-orang beriman diduga di dalam kubur-kubur mereka melainkan orang yang mati syahid?”. Nabi saw menjawab, “Telah memadai kilauan pedang-pedang (musuh) di atas kepalanya (ketika Jihad) itu sebagai dugaan“. (Hadis riwayat An-Nasaie).

Bersabda Nabi saw kepada Ummu Khallad ra, “Sesungguhnya anakmu mendapat pahala 2 syahid“. Dia bertanya, “Kenapa ?”. Nabi saw bersabda, “Kerana dia dibunuh oleh Ahlul Kitab” (Hadis riwayat Abu Daud).

Kekadang manusia tidak menerima jalan diplomasi. Mereka hanya memahami Bahasa Kekuatan. Dari Iraq, sebahagian tentera Amerika pulang ke tanahair mereka di dalam keranda. Benar kata-kata Ahli Hikmah Islam, ‘”Sesungguhnya Kebenaran itu mesti ada Kekuatan yang menjaganya”.

Dari Sahl bin Hunaif ra berkata : Sabda Nabi saw, ” Sesiapa yang meminta Allah untuk mati syahid dengan sebenar-benarnya, Allah akan menyampaikannya ke mertabat Syuhadak walaupun dia mati di atas katilnya (mati biasa)” (Hadis diriwayatkan dalam Sunan Sittah kecuali Al-Bukhari).

Dalam suatu ceramah yang saya dengar, Salahuddin dari England, yang pulang dari Jihad di Bosnia tahun 1995 berkata, “Jika esok ada operasi Jihad melawan tentera Serbia, petang sebelumnya dibuat susunan barisan Mujahideen mengikut prestasi masing-masing ketika latihan-latihan di kem kami. Mereka yang prestasi baik ketika latihan dan terpilih berada di barisan hadapan (yaitu yang paling banyak membunuh dan terbunuh) akan berasa sangat gembira dan mereka akan bersama-sama menyambutnya dengan mengeluarkan apa sahaja makanan yang mereka ada pada petang berkenaan sebagai kenduri kesyukuran kerana berharap mereka akan ke Syurga esoknya. Mereka yang disusun untuk berada di barisan belakang akan seharian murung, ada yang menangis, duduk bersendirian di sudut-sudut kem dan bertekad untuk membaiki prestasi mereka ketika latihan akan datang diadakan”. Dalam satu operasi di bulan November 1995, 500 orang Mujahideen berjaya mengalahkan ribuan tentera Serbia dan menawan Gunung Palialik, ibu segala gunung di Bosnia yang pernah gagal ditawan Hitler selama 5 tahun berperang di Perang Dunia Kedua. Mujahideen menawan gunung tersebut dalam masa 4 minit sahaja !. Sebaik kemenangan tersebut Amerika memaksa Bosnia, Croatia dan Serbia menandatangani Perjanjian Dayton yang menghentikan Jihad Islami di Bosnia. Sebelum itu, disepanjang 1992-1995, Amerika berdiam diri dan menyerahkan urusan menghancurkan Bosnia kepada Eropah dan Rusia.

Salahuddin menyambung cerita bahawa kesemua Mujahideen yang datang ke Bosnia dari berbagai negara mengharap pintu Syurga mereka dari medan Jihad di bumi Bosnia, cuma setiap kali tamat dan berjaya operasi bertempur mengalahkan puak Serbia, mereka masih tidak dipilih Allah sebagai Syuhadak (plural Syahid). Hanya beberapa orang mendapat anugerah syahid. Mereka pun berbincang bagaimana kawan-kawan tersebut mendapat syahid sedang mereka tidak merasa. Lalu seorang berkata bahawa si polan sebelum operasi rajin membersihkan tandas kem, sedangkan waktu itu bukan gilirannya mencuci tandas. Seorang lagi berkata si polan tolong mengupas bawang, memotong daging dsb sedang bukan gilirannya seperti yang disusun dalam jadual. Bila menjelang hari operasi bertempur Serbia seterusnya, suasana kem menjadi riuh kerana ramai Mujahideen berebut untuk mengupas bawang, memotong daging, mencuci tandas dsb walaupun waktu itu bukan giliran mereka bertugas, tidak lain selain untuk mendapat anugerah Syahid dalam operasi esoknya !

Saya pernah bertemu dengan seorang Mesir yang juga pulang dari Jihad di Bosnia 1992 – 1995 dan minta dia ceritakan perihal Mujahideen di sana. Dia berkata, “Sebelum kami melancarkan mana-mana operasi bertempur melawan Serbia, kami terlebih dahulu memakai celak mata”. Setelah saya bertanyakan sebab mereka memakai celak, dia menjelaskan, “…kerana sekiranya kami gugur syahid, kami telahpun bersolek dan tak perlu membuang masa berhias ketika bertemu dengan bidadari-bidadari Syurga !”. Saudara dan saudari, lihatlah keimanan mereka yang begitu tinggi dengan janji Allah swt kepada para Syuhadak dan mereka yang berjuang dijalanNya.

Dari Al-Miqdam bin Muad Yakrab berkata : Bersabda Rasulullah saw, “Untuk seorang syahid disisi Allah ada 6 kelebihan (1) Diampunkan dosanya serta merta, (2) Dia melihat tempat duduknya di dalam SYurga, (3) Dilindungi dari azab kubur, (4) Dia diberi keamanan di Hari Goncangan Dahsyat, (5) diletakkan dikepalanya mahkota dari permata yang lebih baik dari seisi dunia, (6) Berkahwin dengan 72 isteri dari Hur Ain (bidadari), (7) Dia memberi syafaat kepada 70 orang dari sanak saudaranya” (Hadis riwayat At-Tarmizi dan Ibnu Majah).

Perlu ramai kita berusaha gigih untuk membawa perubahan kehidupan hari ini kepada penghayatan akhlak dan perjuangan Generasi Islam Pertama suatu masa dahulu.

Lihatlah ya akhi dan ukhti dari sebahagian kecil hadis-hadis tentang Jihad dan Syahid di Jalan Allah, betapa besarnya fadilat dan ganjaran mereka yang berjihad dan terbunuh di Jalan Allah.  Kerana itu Generasi Pertama Islam terdahulu berlumba-lumba mendapatkannya, samada lelaki maupun wanita, lalu Allah memberikan mereka kemenangan menjatuhkan Kuasa-kuasa Besar Dunia dan menyerahkan kepimpinan dunia kepada mereka. Sebaliknya jika umat Islam jauh dari keimanan dan semangat Generasi Pertama, bukan sahaja mereka tidak mampu berperanan membimbing dan memimpin umat-umat lain, bahkan dihina dan dirosakkan oleh Barat seperti yang berlaku pada generasi zaman ini.

7 Respons


  1. shocked: MALAYSIA MAKE NEW RULES FOR CHRISTIANS!!

    EVERY CHRISTIANS MUST SAY “ALLAH” RATHER THAN “GOD” & DONT SAY “TRINITY” ANYMORE..
    This is because English language not suitable anymore because the original Bible is in Arabic.

    The full story is here: ckasih.blogspot.com

  2. TAHNIAH BUAT USTAZ>>>>

    Program Pemantapan Muslimah
    Anjuran Dewan Muslimat PAS Negeri Sembilan
    &
    NISA` Negeri Sembilan
    10 Mei 2008
    9.30 Pagi – 3.30 Petang
    Dewan D`ARK,
    Taman Sri Kasih, Senawang,
    Seremban,
    Negeri Sembilan Darul Khusus

    SEMUA MUSLIMAH DIJEMPUT HADHIR,
    MOGA ADA MANFAATNYA
    INSYA`ALLAH

  3. cukup menyedarkan…

    apakah ciri2 utama seseorang itu yg ingin berjihad, ya ustaz?

  4. alhamdulillah. Saya pernah dengar cerita ustaz yang ini. sedap dan mnyegarkan bila dapar refresh balik.Moga iman bertambah untuk syahid

  5. ustaza, mohon masa ustaz utk lawat blog ana.
    Ana sangat mengharapkan komen pembaikan drpd ustaz.

    JazakaALLAHu khoiran kasiran

  6. oh ya, ini alamatnya:-
    http://akhmohd777.wordpress.com

  7. Jzkk utk tazkirah yg menyegarkan ingatan dn semangat utk mencapai syahid.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: