Tun Mahathir Keluar UMNO & Pandanganku

<Updated 22.5.2008 Kerajaan Perpaduan vs Kerajaan Penghapus Lawan> <Updated 21.5.2008 Cadangan2> Akhirnya pada 19.5.2008, Dr. Mahathir Mohamad yang pernah memimpin UMNO, bertindak keluar dari parti yang diasaskannya. Jika Dato’ Onn Jaafar mengasaskan UMNO (1946), Tun Mahathir dan timbalannya, Dato Seri Anwar Ibrahim adalah pengasas UMNO Baru pada tahun1987 setelah UMNO (1946) diharamkan Mahkamah. Tahun 1997 perkataan “Baru” digugurkan. Hari ini kedua-dua pengasas UMNO tersebut berada di luar, sudah tiada lagi di dalam, meninggalkan seribu satu sumbangan dan kenangan bersama UMNO. Teruskan membaca