Kita Menolak Resolusi 1249 Kongres US

Kita menolak sekeras-kerasnya Resolusi 1249 Kongress Amerika yang meminta Kerajaan Amerika mempengaruhi Kerajaan Iraq kearah mengiktiraf Israel dan kewujudannya, mengadakan hubungan diplomatik dan ekonomi dengannya kerana ia akan meneguhkan pengaruh Israel  dan mendatangkan malapetaka kepada umat di Timur Tengah dan dunia. Disamping itu kita menuntut Amerika agar segera berundur dari bumi Iraq tanpa syarat atau menerima padah dari para mujahideen Islam yang terus menerus berjihad menamatkan penjajahan asing ke atas Iraq.

Pada 5 Jun 2008 lalu, 3 orang ahli Kongress Amerika telah menggerakkan usaha menekan Kerajaan Iraq agar secara resmi mengiktiraf “Israel” tanpa syarat, mengadakan hubungan diplomatic dan ekonomi secara terbuka dengan Israel, menerima nasihat kepakaran Israel terutama dalam bidang pertanian, teknologi dan perubatan. Setelah dibentangkan 57 ahli Kongres lain menyokong.

Bangsa tunggal di dunia yang membunuh kanak-kanak dan mengusir manusia dari kediaman mereka secara konsisten adalah bangsa Yahudi.

 

Resolusi 1249 menyatakan bahawa Pentadbiran Amerika hendaklah menggunakan pengaruhnya untuk meyakinkan Iraq dan Negara-negara lain yang mempunyai hubungan diplomasi dengan Amerika agar akur akan hak “Israel” untuk wujud dan mengadakan hubungan diplomatic dengannya. Resolusi ini menyatakan sebab mesti diadakan hubungan tersebut ialah “Israel” merupakan “peneraju” dalam bidang pertanian, teknologi dan perubatan dan ini akan menggalakkan kemajuan Iraq khususnya dalam membina semula Negara tersebut yang telah dimusnahkan oleh peperangan. Resolusi itu juga menyatakan bahawa walaupun Kerajaan Amerika telah membelanjakan USD50 bilion sehingga sekarang kepada Iraq berupa bantuan ekonomi dan keselamatan, namum Kerajaan Iraq masih belum mengiktiraf kewujudan “Israel” yang merupakan sekutu utama Amerika di Timur Tengah.

Resolusi 1249 juga cuba meminta Iraq masuk bersama-sama dengan Israel, Amerika Syarikat dan Negara-negara di Timur Tengah dalam menghadapi “kumpulan-kumpulan ekstremis” ke arah mencapai “perdamaian”.

Barang diingat bahawa sehingga kini Negara-negara yang masih tidak mengiktiraf kewujudan “Israel” dan masih menganggapnya sebuah Negara penjajah ialah Afghanistan, Algeria, Bahrain, Bangladesh, Greece, Brunei, Chad, Cameroon, Cuba, Djibouti, Indonesia, Iran, Iraq, Kuwait, Lubnan, Libya, Malaysia, Maldives, Mali, Maghribi, Niger, Korea Utara, Oman, Pakistan, Qatar, Saudi, Emirates, Tunis dan Yaman.

Kita menyeru kepada Kerajaan Malaysia dan Negara-negara yang lain di dunia khususnya Negara-negara Islam agar terus menerus tidak mengiktiraf “Israel” yang ditanam dan disuburkan oleh Barat di tengah-tengah bumi Islam, mengutuk usaha meroboh rumah dan kampong rakyat Palestin, pembinaan taman-taman perumanahn baru Yahudi di tanah rakyat Palestin, pembinaan Tembok Pemisah 200 km yang memisah dan menjerat rakyat Palestin, penahanan puluhan ribu umat islam, pengusiran 6 juta rakyat Palestin di serata dunia dan lain-lain tindakan tidak berperikemanusiaan dan bertentangan dengan Undang-undang Antarangbangsa dan uruf kemanusiaan.

Satu Respons

  1. bersama kita mendoakan kesejahteraan rakyat palestin…..

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: