Pandangan Islam Tuduhan Anwar Liwat

Dato’ Seri Anwar Ibrahim hampir umum bertanding tidak lama lagi dalam pilihanraya kecil untuk ke Parlimen dan pejabat Perdana Menteri Malaysia.

<Update 7.7.2008 Pandangan saya tentang Ujian DNA, CCTV dalam pertuduhan di sisi Syarak> <Al-Bayyinah ala Mudda’ie wal-Yameen ala man ankara” (Penuduh mesti mengemukakan bukti. Yang menafi mesti bersumpah) – Syarak> Ketua Pakatan Rakyat, Dato Seri Anwar Ibrahim, yang mendakwa akan menubuhkan Kerajaan Malaysia baru tidak lama lagi, selewat-lewatnya September 2008, kini sekali lagi dituduh meliwat. Pada tahun 1998 beliau dituduh meliwat Azizan. Walaupun sepanjang perbicaraan Azizan sendiri menafikan sebanyak 3 kali dia diliwat Anwar, namun Anwar akhirnya dipenjara 6 tahun (hukuman rasuah isu liwat). Setelah 6 tahun, Anwar bebas dari tuduhan meliwat dan selamat dari disambung penjara selama 9 tahun lagi (hukuman liwat). Kali ini seorang bernama Saiful pula melapurkan dia diliwat Anwar beberapa kali dan terakhir pada 26 Jun lalu. Teruskan membaca