Peranan ulamak Msia dlm isu Tuduh Anwar Liwat

Masyarakat Islam masih mengharap dan menunggu dari para ulamak, cendikiawan dan pegawai Islam di Malaysia garis panduan cara bersikap dalam isu Saiful tuduh Dato’ Seri Anwar Ibrahim meliwatnya. Mereka memerlukan panduan dari Syarak, bukan omongan warung di jalanan. (foto Universiti Al-Azhar, Kaherah, Mesir).

Ketika posting ini ditulis, isu Saiful menuduh Anwar meliwat beliau beberapa kali, kali terkhir pada 26 Jun 2008 telah 3 hari berlalu. Siasatan polis telah bermula. Penafian Anwar telah direkodkan dan saman terhadap Saiful telah dikeluarkan. Semua pihak termasuk polis, orang politik, masyarakat bandar dan desa sudah mula bersuara dan mencari sikap. Yang belum kedengaran jelas adalah kenyataan resmi dan meluas para ulamak, cendikiawan dan pegawai hal ehwal Islam. Teruskan membaca