Kalimat “Allah” dilangit 20 Ramadan

Kalimat “Allah” dilangit seperti yang dirakamkan oleh Feeda, Brunei.

<Update 25/9/2008 Mumi Firaun Ramses II> Firman Allah swt. bermaksud “Kami akan memperlihatkan kepada mereka tanda & keterangan Kami di ufuk sana, dan dalam diri mereka sendiri sehingga jelas kepada mereka bahawa sesungguhnya Dia adalah benar. Adakah tidak cukup sesungguhnya Tuhanmu amat menyaksikan tiap sesuatu. Sesungguhnya mereka dalam keraguan terhadap pertemuan dengan Tuhan mereka (di Hari Pembalasan). Sesungguhnya Dia Maha Menggarap tiap sesuatu” (Fussilat:52-54).]

Diantara tanda-tanda kekuasaan Allah swt di muka bumi hari ini ialah jasad Firaun di zaman Nabi Musa as, bernama Ramses II. Tubuh badan beliau diawetkan dengan teknik zaman tersebut, teknik yang tidak ada di zaman kini sehingga tubuh badan dengan tulang, daging, rambut dan matanya masih kelihatan untuk menjadi tatapan dan pengajaran buat umat manusia dulu, kini dan selamanya.

“Maka pada hari ini Kami menyelamatkan kamu dan tubuh badan kamu supaya menjadi keterangan kepada orang selepas kamu. Dan sesungguhnya ramai manusia lalai terhadap keterangan-keterangan Kami” (Yunus:92)

Tubuh badan Firaun Ramses II, yang mendakwa dirinya Tuhan di depan Nabi Musa as, masih terdapat di Museum Firaun, Cairo pada hari ini. Saya melawatnya beberapa kali. Beliau ditempatkan di dalam bilik khas dipanggil “Royal Mummies Room” bersama beberapa mummy diraja yang lain. Di luar bilik tersebut terdapat beberapa puluh mummy lain, kebanyakannya di dalam keranda zaman itu, yang boleh ditonton pelawat-pelawat Museum Firaun.

Selain kekalnya tubuh badan Firaun Ramses II, satu yang menakjubkan lagi ialah di dalam bilik tersebut, mumi-mumi diraaja yang lain, oleh kerana tindak balas dengan udara sekian lama, walaupun tubuh badan mereka juga kekal dan utuh, namun berubah menjadi warna kegelapan hampir hitam. Sebaliknya tubuh badan Firaun Ramses II masih berwarna coklat seperti dahulu kala ! Ini bermakna ia bukan sahaja kekal susuk tubuh badannyanya, bahkan dengan warna asalnya sekali. Subhanallah !!

Malangnya bagi ramai orang, seperti mana Allah swt berfirman dalam surah Fussilat ayat 52-54 di atas dan surah Yunus ayat 92, keterangan demi keterangan ini tidak memberi kesan kepada mereka … Sesungguhnya mereka dalam keraguan terhadap pertemuan dengan Tuhan mereka (di Hari Pembalasan) (surah Fussilat) …. Dan sesungguhnya ramai manusia lalai terhadap keterangan-keterangan Kami” (Surah Yunus). Manakala sebahagian manusia lagi, melalui keterangan dari Allah mudah diransang ke arah petunjuk dan ketaqwaan. Jelas disini betapa pentingnya Rahmah dan Hidayah Allah kepada kita. Tanpanya, “Disumbat ramai jin dan manusia (kerana) mereka ada hati tetapi tidak memahami (keterangan-keterangan Allah) dengan menggunakannya. Mereka ada mata tetapi tidak melihat (keterangan Allah) dengannya. Mereka ada telinga tetapi tidak mendengar (keterangan Allah) dengannya. Mereka seperti binatangm bahkan lebih sesat lagi. Mereka adalah orang-orang yang lalai” (Al-A’raaf:179).

Di luar Museum Firaun, yang terletak di tengah-tengah kotaraya Cairo berpenduduk 15 juta orang itu sendiri ramai manusia yang melakukan maksiat dengan mendedah aurat, bercampurgaul bebas dan sebagainya, apatah lagi di negara-negara jauh seperti Malaysia, sedang tanda dan keterangan Allah sedia untuk ditatapi dan diambil pengajaran.

Semoga Allah menjauhkan kita dari sifat lalai yang membahayakan ini.

******** oOo ********

Petikan sumber foto-foto kalimah “ALLAH’ dilangit 20hb Ramadan.

From:
Sent: 22 September 2008 08:31
Subject: FW: Kalimah ALLAH d langit – KB 20th Sept 
 
 
 
 
 

 

Assalamualikum semua,

    feeda kan share some pics taken by me last saturday 20th.September. Pics taken at noon. The story was on saturday atu kami bz bepanyap2 and masak2 utk majlis tadarus, sungkai ,tahlil and sembahyang berjemaah tarawih di rumah. So Nana (aged 9)and baby(15) my nieces was d living room memvacuum carpet. So durang buka pintu dapan. Masa durang keluar d beranda durang liat awan yg very clear showing kalimah ALLAH. So the kids shouting dari luar sampai ke dapur belusir Ada AYat ALLAH di langit. So kami at first nda caya jua tapi sudah durang insisted its true hehe belusiran jua feeda and the rest keluar rumah. sampat2 mengambil camera di bilik hhihihi. Kali dapan pintu mendongak ke langit SubhanALLAH.. The clowd beransur ilang once azan zuhur.
 
 
Rgds,
Feeda
 
Yang baik itu datangnya dari ALLAH dan sebaliknya ada lah dari kita sendiri.

Foto ke 02

Foto ke 03

19 Respons

  1. Inilah kekuasan Allah. Jadikan ini sebagai ikhtibar

  2. Subhanallah, dahsyat benar bahasa Melayu Brunei, semoga bahasa Melayu “hidup” di Nusantara.

  3. Masya Allah!!!
    Tuan ana nak copy the picture. TQ, alberangque

  4. 4JJI….ALLAHU AKBAR!!! Kata guruku, Tahun ini lailatul qadar jatuh pada malam 21 ikut sifiri Imam Al Ghazali kerana puasa mula Isnin. Mungkin juga itu salah satu tanda lailatul qadar akan tiba pada malamnya. Wallahu a’lam.

    Ana pun nak cpy … he,he

  5. salam..
    Allahu Akbar..

  6. ███████████████████████████████████████
    ███████████████████████████████████████
    ███████████████████████████████████████
    ███████████████████████████████████████

    KINI TELAH DIBUKA..
    PUSAT DOWNLOAD MELAYU

    MACAM-MACAM ADA! DOWNLOAD SECARA PERCUMA!!!
    ►Audio Muzik
    ►Ceramah & Motivasi
    ——Audio
    ——Video
    ►Ebook
    ——Majalah
    ————————Majalah PC ada,
    ————————Majalah PC Xtra ada,
    ————————Mangga ada,
    ————————Ujang ada,
    ————————Mastika ada,
    ————————Gila-Gila ada,
    ————————Majalah Apo? ada,
    ————————Majalah Gempak ada,
    ————————Majalah Utopia ada,
    ————————Majalah Mingguan Wanita ada,
    ————————Majalah Mastika ada,
    ————————Majalah Wisel ada,
    ————————Majalah Arena Bolasepak ada,
    ————————Majalah Hai ada,
    ————————Majalah Maskulin ada,
    ————————Majalah G3 ada,
    ————————Majalah Max It ada,
    ————————Majalah Star Soccer ada,
    ————————Majalah Klik ada,
    ————————Majalah Remaja ada,
    ————————Majalah CHIP ada,
    ————————Majalah Aliran Informasi Pertahanan TEMPUR ada,
    ————————Majalah Rasa ada,
    ►Filem
    ——Versi DVD
    ————Cerita Indonesia
    ————Cerita Melayu
    ————Cerita Orang Putih
    ——Versi VCD
    ————Cerita Indonesia
    ————Cerita Melayu
    ————Cerita Orang Putih
    ►Rancangan Televisyen
    ——8TV
    ——Astro Ceria
    ——Astro Prima
    ——Astro RIA
    ——AXN
    ——NTV7
    ——RTM
    ——TV3
    ——TV9
    ►Video Muzik
    ——Muzik Indonesia

    dan banyak lagi..!!!

    Masuk sini= http://media-mlayu.notlong.com

    TENGOK DULU BARU TAHU, CAKAP SAJA TARA GUNA

    ███████████████████████████████████████
    ███████████████████████████████████████
    ███████████████████████████████████████
    ███████████████████████████████████████

  7. Tak impress dgn gambar2 yg ditunjukkan… sebelum ni pon byk terima email yg membicarakan perkara yg sama. Persoalannya adakah dgn cara ini Allah menunjukkan kekuasaanNya kpd manusia agar manusia beriman atau bertambah imannya??? kalau macam tu dah berapa ramai org kafir yg masuk islam bila dpt gambar2 semacam ini …. dgn teknologi maklumat yg canggih sekarang ini dimana beribu2 email boleh dihantar dgn sekali tekan kekunci saja… begitu senang sekali utk menympaikan dakwah…
    WaAllahu a’lam

  8. Satu komentar menarik drp internet mengenai benda2 mcm ni… bukan saya tulis … sekadar forward harap dapat dipublish.. waAllaahuA’lam..

    **************************************************

    “Subhanallah, pokok itu rukuk!”

    “MashaAllah telinga bayi ini membentuk perkataan ‘Allah'”

    “Inilah kuasa Allah, kubah boleh terbang dengan zikir”

    Rata-rata Muslim memandang sesuatu fenomena ajaib sebagai tanda-tanda kebesaran dan kekuasaan Allah. Asal ada saja kalimah Allah di langit, di bulan atau di mana-mana saja, cukup mudah untuk mulut ini menjustifikasikannya sebagai kekuasaan Allah. Padahal yang dilihatnya cumalah satu imaginasi dalam kepala sahaja.

    Mengapa saya mengatakan ia hanyalah imaginasi? Kerana imaginasi inilah yang membuat kita meleret-leret sehingga tapak selipar, kasut, tayar, logo susu F&N pun dikatakan menyerupai kalimah Allah sehingga menyusahkan pengeluar produk tersebut. Mengapa pula tidak kata itu sebagai kuasa Allah? Bukankah kalimah Allah itu berada di mana-mana bahkan di selipar?

    Nabi Musa dan Bani Israel

    Apabila diceritakan ‘keajaiban-keajaiban’ seperti ini, saya teringat kisah Nabi Musa dan Bani Israel yang banyak disebutkan Allah dalam Al-Quran. Berbeza dengan para sahabat dan umat Muhammad, Bani Israel perlu disajikan dengan pelbagai mukjizat barulah mereka mahu beriman dengan Allah dan Rasul-Nya, Musa A.S.

    Dan (ingatlah), ketika Kami belah laut untukmu, lalu Kami selamatkan kamu dan Kami tenggelamkan (Fir’aun) dan pengikut-pengikutnya sedang kamu sendiri menyaksikan (AQ 2:50)

    Dan Kami naungi kamu dengan awan, dan Kami turunkan kepadamu “manna” dan “salwa”. Makanlah dari makanan yang baik-baik yang telah Kami berikan kepadamu; dan tidaklah mereka menganiaya Kami; akan tetapi merekalah yang menganiaya diri mereka sendiri. (AQ 2:56)

    Dan (ingatlah) ketika Musa memohon air untuk kaumnya, lalu Kami berfirman: “Pukullah batu itu dengan tongkatmu”. Lalu memancarlah daripadanya dua belas mata air. Sungguh tiap-tiap suku telah mengetahui tempat minumnya (masing-masing). Makan dan minumlah rezki (yang diberikan) Allah, dan janganlah kamu berkeliaran di muka bumi dengan berbuat kerusakan. (AQ 2:60)

    Tapi apakah dengan ‘iman ajaib’ ini membuat mereka menjadi manusia paling bertaqwa? Bahkan mereka juga adalah kaum yang membunuh para nabi dan mengubah isi kandungan kitab Allah.

    Berbeza dengan para sahabat yang pernah disabdakan Rasulullah sebagai golongan terbaik, mereka tidak perlu dizahirkan dengan mukjizat-mukjizat untuk mereka melafazkan syahadah. Cukuplah dengan beberapa ayat dari Al-Quran (Saidina Umar) malahan satu kalimah (Saidina Bilal) sudah membuatkan mereka beriman dengan Allah dengan sepenuh hati.

    Apakah Kebesaran Allah?

    Apakah makna kebesaran Allah bagi kita? Apakah dengan kejadian-kejadian pelik dan ajaib yang mengatasi kebiasaan (khawariqul adat) itu adalah kebesaran Allah? Ataupun fenomena biasa dan normal yang pada pandangan kita adalah amat membosankan itu adalah kebesaran Allah?

    Kita lebih mudah mengucap ‘subhanallah’ melihat bayi yang dilahirkan dengan berwajah seperti ular berbanding bayi yang dilahirkan normal.

    Kita lebih mudah mengucap ‘subhanallah’ melihat awan yang (kononnya) berbentuk kalimah Allah berbanding melihat awan yang biasa.

    Kita lebih mudah mengucap ‘subhanallah’ melihat kubah yang (kononnya) terbang berbanding melihat kubah dipindahkan dengan kren ciptaan inovatif akal manusia kurniaan Allah.

    Mengapa mesti dengan perkara pelik dan ajaib baru beriman?

    Bagi saya kebesaran Allah itu adalah pada proses kejadian hujan, putaran Bumi yang menghasilkan siang dan malam, perjalanan Bumi mengelilingi matahari yang menghasilkan empat musim, kejadian alam (Big Bang) dan sewaktu dengannya.

    Bukan manusia berjalan di atas air, atau ikan bercorak kalimah Allah, atau pokok rukuk dan yang sewaktu dengannya.

    Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi, dan silih bergantinya malam dan siang terdapat tanda-tanda bagi orang-orang yang berakal (Ali Imran: 190)

    Beberapa Fakta

    Manusia boleh berjalan di atas air dengan teknik silap mata.

    Tidak pernah ada orang bukan Islam memeluk Islam kerana ada kalimah Allah di langit.

  9. jika kita benar2 memerhatikan alam ini,
    kita akan jumpa kalimah2 tauhid di setiap tempat yang kita lalui,
    sama ada kita menyedarinya atau tidak..

  10. Sekadar perkongsian, tetibe teringat artikel dari http://www.saifulislam.com nie > http://saifulislam.com/?p=1328

    “Masya Allah… tulisan ‘Allah’ jelas kelihatan di puncak gunung itu!”, terpegun sebahagian kita dengan berita sebegini.

    “Kalimah Allah jelas kelihatan di benua Afrika, jika dilihat dengan imej satelit. Subhanallah!”, terlopong segelintir kita dibuatnya.

    “Ishh… dahsyatnya. Budak itu lahir dengan tanda ‘Allah’ di telinganya. Mesti budak tu luar biasa dan ajaib!”, komen seorang daripada kita kepada suatu laporan akhbar.

    “Subhanallah, lihat tu… Ikan Allah!”, hingga terbit sebuah halaman web rasmi untuk ‘ikan Allah’ ini.

    ikanallah.jpg
    Ikan Allah?

    Saya masih tidak faham. Sejak dulu lagi saya memang kehairanan. Mengapakah masyarakat kita sangat obses dengan kemunculan imej yang dilihat sebagai lafz al-jalalah ‘Allah’ di pelbagai tempat. Di langit, di perut lembu, di dalam isi tembikai, di kepala budak, di batang pokok di hutan, di sarang lebah dan entah di mana lagi…

    Apakah semua itu keajaiban?

    Mungkin ya, tetapi mungkin sangkaan semata.

    Tetapi apa yang pasti ialah, mengapa hanya dengan kemunculan benda-benda sebegitu baru kita dapat ‘melihat Allah’. Mengapa tanda-tanda atau ayat Allah itu hanya mampu kita kesan apabila ia muncul sedemikian rupa? Yang sebahagiannya mungkin hanya sangkaan kita semata?

    Mengapa kita tidak mampu ‘melihat Allah’ pada hari-hari biasa? Pada kelahiran biasa? Pada awan biasa? Mengapa harus menanti yang luar biasa baru tergerak hati untuk percaya dan peduli kepada-Nya?

    albaqarah55.jpg

    Dan (kenangkanlah) ketika kamu berkata: “Wahai Musa! Kami tidak akan beriman kepadamu sehingga Kami dapat melihat Allah dengan terang (dengan mata kepala kami)”. Maka kerana itu kamu disambar petir, sedang kamu semua melihatnya.[Al-Baqarah 2: 55]

    Apakah kita telah dijangkiti dengan penyakit yang sama sebagaimana penyakit yang menimpa Bani Israel? Tidak mampu mendatangkan percaya kecuali dengan garapan pancaindera? Hilang deria melihat apa yang di luar upaya mata? Hanya mahu mempercayai Allah jika Musa memperlihatkan-Nya, sebagaimana mereka memperlihatkan patung anak lembu itu sebagai sembahan?

    Atau seperti penganut Kristian yang sentiasa ternganga melihat ‘Virgin Mary’ yang berdarah lantas disangka ‘Bloody Mary’?

    virginmaryeire.jpg

    Apakah begitu sekali rendahnya nilai iman kita, hingga hanya mampu percaya selepas melihat?

    Lupakah kita kepada segala-gala benda biasa yang luar biasa ini?

    Lihat diri kamu sendiri… tidakkah kamu mampu melihat Dia? Hanya jika di dahimu tertulis kedut yang disangka kalimah Allah, baru kamu akui kebesaran Dia? Lupakah kamu kepada peringatan-Nya:

    addzariyat211.jpg

    “Dan pada dirimu itu, mengapakah kamu tidak perhatikan tanda-tanda dan bukti kebesaran Dia?” [Adz-Dzaariyaat 51: 21]

    Lihat dengan mata hatimu jari jemari yang sepuluh di tanganmu itu. Ia jari jemari biasa yang luar biasa. Panjang pendeknya menyerlahkan kesempurnaan penciptaan Dia. Lihat tubuh badanmu, jantungmu, matamu, kulitmu… semua yang biasa-biasa itu sebenarnya bukan biasa malah luar biasa. Mengapa harus dinanti sesuatu yang di luar kebiasaan untuk menyedari kehebatan Dia? Dangkal sungguh keupayaan kamu mengimani Dia.

    Renung langit… lihat bulan dan bintang, perhatikan pertukaran malam dan siang… segala kejadian biasa itu bukan biasa-biasa. Semuanya luar biasa. Lupakah kita semua kepada sebutan Dia dalam firman-Nya:

    aliimran190.jpg

    Sesungguhnya pada kejadian langit dan bumi, dan pada pertukaran malam dan siang, ada tanda-tanda (kekuasaan, kebijaksanaan, dan keluasan rahmat Allah) bagi orang-orang Yang berakal;(Iaitu) orang-orang yang menyebut dan mengingati Allah semasa mereka berdiri dan duduk dan semasa mereka berbaring, dan mereka pula memikirkan tentang kejadian langit dan bumi (sambil berkata): “Wahai Tuhan kami! tidaklah Engkau menjadikan benda-benda ini dengan sia-sia, Maha Suci Engkau, maka peliharalah Kami dari azab neraka. [Aal Imraan 3:190-1]

    Mengapa yang luar biasa juga yang dicari, sedangkah segala-galanya terbentang di depan mata. Setiap kejadian sekecil atau sebesar mana sekali pun, tetap padanya ada tanda dan bukti kebesaran-Nya.

    Tetapi dengan tanggapan manusia kaku yang gagal mengesan kehadiran-Nya hinggalah nama-Nya muncul (disangka muncul) di sana sini, kita sia-siakan mesej Allah yang disampaikan terus menerus pada penciptaan alam ini. Juga kita sering terkejut tidak tentu hala.

    Bukan sahaja terkejut dengan terpahatnya jalur-jalur yang ditafsir sebagai ‘mesej dari-Nya’, malah menganggap pula ikan itu ikan Allah, budak ini budak Allah… apa semua ini?

    Kita lupa kepada hakikat segala yang ada di sekitar ini, sedang dan sentiasa berhubung dengan Allah, melihatnya mendatangkan tenang, mendengar suaranya mendatangkan harmoni di dalam jiwa. Semuanya zikrullah..

    israa44.jpg

    Langit yang tujuh dan bumi serta sekalian makhluk yang ada padanya, sentiasa mengucap tasbih bagi Allah; dan tiada sesuatu pun melainkan bertasbih dengan memujiNya; akan tetapi kamu tidak faham akan tasbih mereka. Sesungguhnya Dia adalah Maha Penyabar, lagi Maha Pengampun [Al-Israa’ 17: 44]

    Sesungguhnya paradigma tahyul (takhayyul barangkali) menjadikan kita gagal melihat yang tersirat di sebalik yang tersurat, pada hari-hari biasa, kejadian-kejadian biasa… yang di sebalik semua itu tersimpan makna yang agung dan luar biasa.

    hajj46.jpg

    Sebenarnya bukanlah mata kepala yang buta, tetapi yang buta itu ialah mata hati yang ada di dalam dada [Al-Hajj 22: 46]

    Buta mata hilang warna… buta hati hilang makna dan erti. Buta mata tak nampak jalan di dunia, buta hati tak nampak jalan menuju ke Syurga.

    ABU SAIF @ http://www.saifulislam.com
    56000 Kuala Lumpur

  11. Assalamualaikum wr wb

    Ramai yg memberi komen ttg kalimah “ALLAH” dilangit, dibuah, telinga, ikan dsb seperti yg berlaku sebelum2 ini dan akan datang. Ada yang mengambil sepenuhnya tanda2 itu sebagai satu2nya cara utk meyakinkan manusia ttg kebesaran Allah utk lebih kuat beriman dan mendapat hidayah. Ada yg menolaknya utk dijadikan suatu yg supernatural (luar biasa), tak kurang menganggapnya tahyul (dongeng) dgn anggapan manusia boleh sahaja mengambil menfaat dari semua makhluk ciptaanNya dimuka bumi sebagai tanda kebesaranNya.

    Saya anggap kedua2 pandangan ini lahir dari sifat inginkan umat Islam berada dijalan yg sahih, jauh dari mengharap sepenuhnya tanda / keterangan luarbiasa sedangkan ianya jarang berlaku.

    Kalimat “ALLAH” dalam posting diatas hanya saya forwardkan sahaja tanpa ada komen kecuali satu ayat Al-Quran. Ia mungkin terbentuk secara kebetulan. Ia mungkin tidak kebetulan. Yang menarik ialah ia mula dikenalpasti oleh hanya kanak-kanak yang pandai membaca tulisan Arab! Namun, mumi Firaun Ramses II, disertai tulisan dan pandangan saya kerana ia tanda luarbiasa yang Allah sebut dalam AL-Quran dan mengajak manusia mengamatinya. Barang diingat, Al-Quran turun 14 abad lalu, sedang mumi Firaun Ramses II ditemui hanya 2 abad yang lalu.

    Berdasarkan nas-nas, saya cenderung kepada mengambil sikap di pertengahan iaitu :

    (1) Tidak sepenuhnya berharap keterangan luarbiasa untuk mendapat hidayah, kerana ramai insan mendapat hidayah kerana rahmahNya, tanpa dibentangkan keterangan luarbiasa. Juga, banyak umat terdahulu terus kufur walaupun dibentangkan keterangan luarbiasa sep Bani Israel zaman Nabi Musa as, Nabi Muhammad sae membelah bulan depan Quraisy selepas permintaan mereka.

    (2) Tidak menolak sepenuhnya keterangan luar biasa yang boleh menguatkan lagi keimanan seperti permintaan Nabi Ibrahim as kepada Allah agar tunjukkan kuasaNya menghidupkan mayat. “Adakah kamu tidak beriman?”, firman Allah. Jawab Nabi Ibrahim as, “Saya memang beriman, akan tetapi agar hati ku lebih yakin”. Kisah-kisah Rasulullah saw menunjukkan mukjizatnya banyak disebut oleh seerah. Bahkan membuat penolakan terhadap suatu keterangan luarbiasa yang boleh menguatkan iman merupakan ciri keras atau tertutupnya hati seseorang seperti banyak yg disebut Allah dalam Al-Quran.

    Ustaz Halim
    http://www.inijalanku.wordpress.com

    • assalamualaikum ustaz,
      saya juga percaya dan beriman dengan ALLAH YG SATU, namun saya sering juga mencari tanda2NYA disekeliling sebagai penguat iman. SUBHANALLAH, ALLAH memang ada di mana2. namun kita kene beringat supaya tidak terpedaya dan terpesong dgn dakyah kafir dan yahudi LAKNATULLAH. Ya ALLAH selamatkanlah kami dari FITNAH KUBUR DAN FITNAH DAJJAL DAN HIMPUNKAN KAMI DALAM GOLONGAN ORANG BERIMAN, AMIN YA RABBAL ALAMIN.

  12. lihatlah dengan mata hati

  13. salam…ana sentiasa kagum dgn pendakwah seperti ustaz…
    menginsafkan…

  14. apa itu tanda kiamat.. kan cuma tulisan ALLAH saja

  15. BOLEHKAH USTAZ KOMEN SEDIKIT TTG RAMADHAN 2012 DAN KESAHIHAN HADIS YG DISANADKAN OLEH NUAIM BIN HAMAD ITU?

Tinggalkan Jawapan kepada inijalanku Batal balasan