Apabila Umat Celaru Idola

Ulamak adalah pewaris Nabi-nabi” (Hadis). Nabi adalah pemimpin, pembimbing dan idola sesebuah umat. (Foto hiasan – Hasan Al-Banna sedang ditemuramah).

<updated 30/10/2008 “Ciri-ciri pemilihan idola”> Dalam mendidik sesebuah umat, disamping pelajaran di sekolah dan tunjuk ajar di media massa, penonjolan idola memainkan peranan penting yang sangat memberi kesan. Oleh itu Rasulullah saw disamping menyuntik Al-Quran ke dalam diri dan negara, Baginda saw juga menonjolkan idola-idola agar masyarakat di Madinah ketika itu mudah mencontohi idola tersebut. Idola yang tertinggi ialah seperti berikut :

  1. Sahabat 10 orang yang dijanjikan Syurga. Mereka ialah Abu Bakar, Umar, Uthman, Ali, Abdul Rahman Auf, Tahlah Ubaidillah, Saad Abi Waqqas dll.
  2. Ahli Badar iaitu 313 Sahabat yang menyertai Perang Badar yang merubah sejarah bukan sahaja Arab tetapi sejarah kemanusiaan, seperti kata Sayyid Qutb dalam Tafsir Zilal.
  3. Ahli Bai’ah Ridwan seramai ~1500 orang. Firman Allah swt bermaksud, ”Sesungguhnya ALlah redha kepada orang-orang beriman, ketika mereka berbai’ah (ikat janji setia) di bawah pohon tersebut …”. (Al-Fath:18). Ketika itu Sayyidina Uthman Affan disangka di bunuh Quraisy ketika perundingan Hudaibiyah, lalu Nabi saw mengajak mereka berbaiah untuk membalas kematian Uthman ra.
  4. Isteri-isteri Baginda saw digelar Allah sebagai “Ummahatul Mukminin” (Ibu-ibu orang-orang beriman).

Dari senarai di atas, jelas bahawa ciri-ciri mereka yang dipilih untuk ditonjolkan (atau diberi “gelaran”) di dalam masyarakat Islam atau dengan kata lain, “Ciri-ciri Pemilihan Idola” adalah seperti berikut:

  1. Keimanan kepada apa yang disampaikan oleh Rasulullah saw kepada mereka dan keyakinan penuh dan bulat untuk memperjuangkan dan menyebar Risalah Islam ke seluruh pelusuk dunia.
  2. Penglibatan mereka yang menonjol dalam medan Jihad dan peperangan, berbanding Sahabat yang lain, demi meninggikan Kalimah Allah berdepan dengan kalimah-kalimah kufur dan syirik.
  3. Istiqamah (teguh dan berpanjangan) mereka berjuang bersama-sam Rasulullah saw menghadapi cabaran walau berjalan masa yang panjang, sehingga Allah mendatangkan kemenangan dariNya. Mereka berjuang dengan tidak mengenal erti letih dan kepayahan.

Dengan pengumuman dari Allah swt dan RasulNya saw melalui Al-Quran dan Al-Hadis, kesemua mereka di atas, dalam kehidupan dan pergerakan seharian mereka di pasar, jalan raya, masjid dsb menjadi idola, teladan kepada lelaki, wanita dan kanak-kanak masyarakat Islam ketika itu. Sejarah mereka pula menjadi aspirasi generasi selepas itu termasuk kita hari ini dan umat akan datang. Merekalah seolah-olah “Tun”, “Tan Sri” dan “Dato” dalam masyarakat di Madinah di zaman Nabi saw. Di banyak negara di dunia hari ini juga memakai method yang sama, seperti menganugerahkan gelaran “Sir” sebagai idola untuk dicontohi masyarakat dan generasi akan datang. Pentingnya penonjolan hinggakan disekolah-sekolah, pengawas dilantik berdasarkan kriteria-kriteria istimewa, dan mereka memakai pakaian yang mudah dibezakan dengan pakaian pelajar-pelajar yang lain.

“As-Sabiquun Al-Awwaluun (orang-orang yang awal lagi terdahulu memeluk Islam dari kalangan orang-orang Muhajiriin (Mekah) dan Ansar (Madinah)) dan orang-orang yang mengikuti (mencontohi) mereka dengan baik, Allah redha kepada mereka danmereka redha kepada Allah. Allah sediakan untuk mereka Syurga yang memgalir sungai-sungai di bawahnya. Mereka kekal (berada) di dalam Syurga itu selama-lamanya. Itulah kemenangan yang hebat” (At-Taubah:100).

 

Apabila ada kepincangan dalam masyarakat, selain mempersalahkan syaitan dan iblis, yang turut mesti dibuat penilaian ialah sukatan dan sistem pelajaran, media masa dan penonjolan idola. Kesemuanya harus dipastikan kesahihannya.

Sebaliknya pula apabila idola dalam masyarakat menjadi celaru, penonjolan tokoh bukan dari asas yang kukuh ke arah matlamat yang kabur apatah lagi menyimpang, maka tidak pelik apabila masyarakat pula akan menjadi celaru, kabur dan boleh berlaku penyimpangan seperti gelaja sosial, keruntuhan akhlak, maksiat bermaharajalela, terganggu ketenangan dan keselamatan dan sebagainya. Gelincirnya gerabak-gerabak dari landasan keretapi tidak lain selain gelincirnya kepala gerabaknya terlebih dahulu. Kepala dalam masyarakat ialah pemimpin, idola, tokoh dan ulamak.

Semoga Allah swt memelihara kita dan orang ramai dari sebarang kegelinciran dari JalanNya dan menganugerahkan kepada masyarakat kita contoh tauladan yang terbaik dengan bilangan yang ramai. Amin.

<Lampiran>.

Siaran langsung majlis anugerah DMSM Shah Rukh Khan

KUALA LUMPUR Utusan Online 23 Okt. – Majlis penganugerahan Darjah Mulia Seri Melaka (DMSM) yang membawa gelaran Datuk kepada aktor Bollywood, Shah Rukh Khan akan disiarkan secara langsung menerusi saluran Zee, Astro.

Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam berkata, siaran langsung itu bukan sahaja boleh ditonton oleh rakyat negara ini tetapi juga rakyat India.

 

Dato’ Shah Rukh Khan (Foto Hiasan)

Menurutnya, aktor itu dijangka tiba di Melaka pada 29 November ini untuk menerima anugerah itu daripada Yang Dipertua Negeri Melaka, Tun Khalil Yaakob pada hari yang sama.

”Majlis akan diadakan di Seri Negeri pada kira-kira pukul 10 pagi. Persiapan majlis sedang dibuat,” katanya ketika ditemui pada Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Ketua Menteri Melaka di sini hari ini.

Shah Rukh Khan, 41, menerima anugerah tersebut sempena sambutan ulang tahun Khalil yang ke-70 pada 11 Oktober lalu.

Mohd. Ali berkata, kedatangan Shah Rukh Khan tidak dibiayai oleh kerajaan negeri sebaliknya aktor itu membayar sendiri tiket penerbangan pergi dan balik.

Beliau berkata, kerajaan negeri hanya menyediakan tempat tinggal untuk satu malam semasa Shah Rukh berada di Melaka.

Menurutnya, aktor itu juga akan dibawa melawat destinasi pelancongan menarik di Melaka seperti Menara Taming Sari dan Eye of Malaysia selain memenuhi acara bertemu peminat.

Timbalan Presiden MCA: Soi Lek buat kejutan

 

 

Ong Tee Keat (kiri) dan Chua Soi Lek meraikan kemenangan masing-masing selepas pengumuman keputusan pemilihan jawatan tertinggi MCA di Wisma MCA, Kuala Lumpur malam tadi. – Gambar AHMAD ZAKKI JILAN

 


    

KUALA LUMPUR Utusan Online 18 Okt. – Datuk Ong Tee Keat menepati ramalan apabila dipilih sebagai Presiden MCA yang baru menewaskan Datuk Chua Jui Meng pada pemilihan parti itu hari ini dengan majoriti 512 undi.

Tee Keat yang juga Naib Presiden MCA memperoleh 1,429 undi manakala Jui Meng mendapat 917 undi dengan 22 undi rosak.

Datuk Seri Dr. Chua Soi Lek pula mencipta kejutan apabila beliau yang terpaksa melepaskan jawatan dalam parti dan kerajaan ekoran skandal video seks berjaya menewaskan tiga calon lain untuk memenangi jawatan Timbalan Presiden MCA.

Bekas Naib Presiden MCA itu memperoleh 1,115 undi untuk mengatasi Datuk Seri Ong Ka Chuan (1,001 undi), Datuk Donald Lim Siang Chai (209) dan Lee Hack Teik (10 undi).

Kedua-dua jawatan Presiden dan Timbalan Presiden MCA ditandingi selepas penyandangnya, Datuk Seri Ong Ka Ting dan Tan Sri Chan Kong Choy membuat keputusan tidak mempertahankannya pada pemilihan kali ini.

Bagi jawatan Naib Presiden, bekas Ketua Wanita MCA, Datuk Dr. Ng Yen Yen mencatat sejarah apabila berjaya menduduki satu daripada empat kerusi tersebut bersama Datuk Kong Cho Ha, Datuk Liow Tiong Lai dan Tan Kok Hong.

Mereka menewaskan empat lagi calon iaitu penyandang jawatan Datuk Dr. Fong Chan Onn, Lim Teck Chong, Datuk Chor Chee Heung dan Datuk Yap Pian Hon.

Proses pemilihan parti yang diadakan di Wisma MCA di sini berjalan lancar selepas ia dirasmikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.

Seramai 2,378 perwakilan dari seluruh negara menghadiri Perhimpunan Agung Tahunan MCA Ke-55 itu.

Sementara itu, Presiden MCA yang baru, berjanji akan meneruskan reformasi parti seperti yang telah dijanjikan dan meminta ahli parti menghormati keputusan yang telah dibuat oleh para perwakilan pada pemilihan hari ini.

Menurutnya, beliau amat berterima kasih kepada para perwakilan yang telah memberi mandat kepadanya untuk memimpin parti.

‘‘Saya akan bekerjasama dengan Timbalan Presiden, Datuk Seri Dr. Chua Soi Lek untuk memimpin parti pada masa depan.

‘‘Sebenarnya tiada perbalahan antara saya dengan Soi Lek, cuma pandangan kami mungkin berbeza dalam sesetengah perkara sahaja,” katanya kepada pemberita selepas majlis pengumuman keputusan pemilihan parti di Wisma MCA di sini malam ini.

Soi Lek pula yang membuat kejutan apabila memenangi jawatan Timbalan Presiden berkata, beliau sangat berpuas hati dengan keputusan pemilihan kali ini dan menghargai sokongan dan galakan yang telah diberikan oleh para perwakilan.

‘‘Saya akan bekerjasama dengan Tee Keat dan ahli jawatan kuasa pusat yang baru dilantik untuk memperbaharui imej parti .

‘‘Kita mahu mengukuhkan parti untuk mengembalikan keyakinan masyarakat Cina terhadap MCA,” katanya.

7 Respons

  1. Gambar-gambar haram yg disiarkan telah mencemarkan kesucian blog ini… Harap admin boleh ambil tindakan segera. : (

  2. betapa kita kehilangan arah.
    moga rijal terus bangkit,
    agar generasi kita tidak lagi tersilap memilih ikon masyarakat,
    tidak menerima pelaku bersalah,
    hanya setelah mereka mengucapkan sekelumit kemaafan

  3. mungkin idola manusia sekarang lebih kepada duniawi.

  4. alhamdulillah. bertemu juga pengupasan tajuk idola. atau lebih tepat qudwah seperti kata salim a. fillah

  5. Aslkm,
    Saya pernah berucap kepda sekumpulan pelajar sekolah dan menekankan bahawa idola kita sepatutnya Rasulullah. Bagi remaja, boleh ikut Saidina Ali ataupun Fatimah. Kalau tidak mampu, ikutlah para ulama dan ustaz ustazah yang mereka kenal.
    Setakat itu ok.
    Lepas tu naik pengetua. Dia pulak tekankan idola utamanya ialah ibu bapanya, dan semua pelajar pun mesti begitu.
    Apalah punya pengetua…
    Kalau ibu bapa dijadikan idola utama, habis rosaklah majoriti budak-budak tu sebab saya memang kenal penduduk kawasan itu.

  6. Salam,

    Betul En. Alex

    Surah Al-Ahzab Ayat 21;
    “[33:21] Sesungguhnya telah ada pada (diri) Rasulullah itu suri teladan yang baik [uswahtul hassanah] bagimu (yaitu) bagi orang yang mengharap (rahmat) Allah dan (kedatangan) hari kiamat dan dia banyak menyebut Allah.”

  7. Salam ziarah Ya Ustaz,,,

    Hamba menuntut ilmu di sini..

    “iesy azizan au mut syahidan”

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: