Tazkirah Kemenangan Obama

Barack Obama, seorang berkulit hitam, menang dalam Pilihanraya Amerika 4/11/2008 lalu, mengalahkan McCain, berkulit putih dan bakal menjadi Presiden Amerika 2 bulan lagi, negara orang kulit putih. Pendirian-pendirian Parti Demokrat (parti Obama) dan Parti Republikan (parti McCain dan Bush) banyak berbeza dalam isu dalaman Amerika, tetapi tidak jauh berbeza dalam menekan dan menundukkan negara-negara dan umat Islam. Bill Clinton dari Parti Demokrat (parti Obama) semasa menjadi Presiden Amerika di tahun-tahun 1990an adalah diantara orang yang menghentikan Jihad Islam di Bosnia ketika Jihad tersebut mekar dan mengalahkan Serbia yang telah membunuh 250,000 umat Islam sepanjang 1992-95. Tentang isu Palestin, saya melihat sendiri kempen Obama yang menyokong Israel dengan berpendirian Israel adalah sekutu Amerika yang terkuat, Jerusalem yang bersatu adalah ibu negara Israel (ketika ini Jerusalem Barat milik Israel dan Jerusalem Timur milik umat Palestin). Semalam Obama melantik Rahm Emanuel, anak nasionalis Yahudi sebagai Ketua Staff Rumah Putih, satu jawatan paling berpengaruh, walaupun mendapat kritikan berbagai pihak. Sememangnya individu-individu dan lobi Yahudi telah membarah lama di jasad pelbagai institusi di Amerika termasuk kedua-dua parti Demokrat dan Republikan sendiri. Saya percaya kebanyakan pejuang Islam yang jelas fikrahnya akan menilai kemenanagan Obama dengan kacamata di atas.

Presiden Barack Hussein Obama II

Dalam posting kali ini saya ingin sampaikan apa yang menarik disebalik kemenangan Obama dinegara yang memimpin dan terkuat di dunia, yang perlu diambil pengajaran oleh umat lain yang ketinggalan dalam memegang kepimpinan dunia.

Kepimpinan dunia, seperti yang dinikmati Amerika zaman ini, adalah anugerah Allah kepada sesiapa yang dikehendakkiNya. “Qulillahummama likal Mulk, tuktil Mulka man tasyak …” (Katakanlah kerajaan itu adalah milik Allah. Engkau memberi kerajaan/kepimpinan kepada siapa yang Engkau kehendakki. Engkau rentap kepimpinan dari siapa yang Engkau kehendakki. Engkau memuliakan siapa yang Engkau kehendakki. Engkau hina sesiapa yang Engkau kehendakki. DitanganNya kebaikan. Sesungguhnya Engkau berkuasa atas tiap sesuatu”. Setelah umat Islam dijajah dan lalai, kepimpinan dicabut dari mereka dengan berakhirnya Khilafah Islam pada tahun 1924, diambilalih oleh British, Amerika dan Barat sehingga ke hari ini. Walaupun kafir, mereka memiliki sekurang-kurangnya kelebihan tertentu hingga melayakkan mereka mengambilalih kepimpinan dunia dari umat Islam. Walaupun beriman, umat Islam umumnya telah kehilangan banyak syarat dan kekuatan asasi yang dikehendakki Allah agar melayakkan mereka memimpin dan membimbing dunia. Ini rahsianya dan tidak difahami ramai umat Islam. Anehnya saya dapati Obama (dan ramai pimpinan Barat) menyelami beerapa hakikat, dari ucapan kemenangan beliau kelmarin di Chicago.

Rasulullah saw juga telah mendidik para Sahabat ra hakikat-hakikat ini iaitu :

  1. Ideologi atau Fikrah mengatasi bangsa dan warna kulit dalam perjuangan mana-mana umat. Dalam ucapan di Chicago semalam Obama menyebut diantara pengundi Amerika ialah seorang wanita kulit hitam berumur 107 tahun. Dizaman wanita itu dilahirkan, seorang sepertinya tidak boleh mengundi kerana jantina dan bangsanya. Hari ini Amerika berbeza, semua rakyat membentuk negara Amerika yang satu dan bersatu. Ucapan ini dikala ramai pemimpin orang Islam yang memainkan isu perkauman untuk mencapai misi peribadi demi mendapat kuasa.
  2. Landasan kekuatan dan perjuangan ialah ideologi dan fikrah. Obama menyatakan bahawa Amerika kuat bukan kerana kekayaan dan senjata semata-mata yang memang sedang dinikmatinya, akan tetapi kerana demokrasi, kebebasan dll yang menjadi ideologinya. Pegangan ini dikala ramai pemimpin umat Islam berjuang kerana periuk nasi dan meratah kontrek projek sana dan sini.
  3. Rakyat Amerika sendiri telah menunjukkan kepada dunia terutama umat Islam bahawa warna kulit dan bangsa tidak menjadi masalah kepada mereka dikala ramai umat Islam dididik dan diomokkan isu perkauman sempit hingga menjadi darah daging mereka dan lupa kepada anjuran-anjuran Rasulullah saw. “Dengar dan taatilah, walaupun yang memimpin kamu seorang hamba dari Habsyi (Afrika) …”.
  4. Amerika menunjukkan contoh ulung kepada dunia dan umat Islam satu bentuk kebebasan dan syura yang wujud di negara mereka iaitu “Kerajaan Rakyat, Dari Rakyat dan Untuk Rakyat”, dikala banyak negara umat Islam dibarahi kediktatoran, ketidakadilan dan ketakutan dikalangan warganegaranya melata, disamping televisyen dan akhbar hanya dimonopoli oleh satu pihak sahaja.

Kita berdoa dan berharap agar Amerika samada berubah menjadi lebih baik aqidah, akhlak dan peranannya di dunia sehingga Islam mendominasi kehidupan masyarakatnya, atau Amerika terus dibarahi Yahudi dan Syirik, runtuh ketamadunan dan kepimpinannya, lalu dikalahkan oleh umat Islam yang berkualiti dan hakiki dimasa terhampir.

Kita juga berdoa agar umat Islam kembali kepada ajaran dan penghayatan islam yang hakiki yang dibawa oleh Rasulullah saw. Hanya dengan membaiki dan meningkatkan kualiti Islam mereka, Allah akan mengembalikan kepimpinan dunia ini kepada mereka sekali lagi seperti yang pernah dikecapi oleh generasi-generasiislam yang terdahulu. Ameen.

Ustaz Halim   http://www.inijalanku.wp.com

.

.

.

.

.

.

.

BIOGRAFI AYAH OBAMA, BARACK HUSSEIN OBAMA SR. (SENIOR)

180px-barack_obama_sr_jr

Barack Obama, bersama ayahnya, Barack Hussein Obama Senior tahun 1971. Emak saudaranya yang disiar Parti Republikan semasa kempen sebagai tinggal di Amerika tanpa visa bernama Zaituni. Datuknya bernama Hussein Obama dan neneknya bernama Akumu Habiba.

Early years

Obama Sr. was born on the shores of Lake Victoria just outside Kendu Bay, Kenya and raised in Alego.[7] He was the son of Hussein Onyango Obama (c. 1895-1979, buried at Alego)[2] by his second wife, Akumu Habiba.[2] His family are members of the Luo ethnic group. Obama Sr. was raised as a Muslim, but later became an atheist.[8] Obama Sr. was born to Onyango (buried at Kendu Bay, Kenya) and his wife Nyaoke in one of their Luo villages. Before working as a cook for missionaries in Nairobi, Onyango had travelled widely, enlisting with the name Onyango Obama in the British colonial forces during World War I and visiting Europe, India, and Zanzibar, where he converted from Christianity to Islam. Onyango had at least three wives; Barack Obama Sr. was the son of Akuma/Akumu, the second wife. However, he was raised by Onyango’s third wife, Sarah, after Akuma/Akumu left her family and separated from her husband in 1945.[2][9] Obama Sr. grew up in Nyang’oma Kogelo, and was married at the age of eighteen in a tribal ceremony to Kezia, with whom he had four children.

[edit] Education

From 1950 to 1953, Obama Sr. studied at Maseno National School, an exclusive Christian boarding school that is run by the Anglican Church of Kenya. The head teacher, B.L. Bowers, described Obama Sr. in his records as “very keen, steady, trustworthy and friendly. Concentrates, reliable and out-going.”[10]

Obama Sr. received a scholarship in economics through a program organized by nationalist leader Tom Mboya. The program offered Western educational opportunities to outstanding Kenyan students. [11] President-elect Obama said of his father’s scholarship, “The Kennedys decided: ‘We’re going to do an airlift. We’re going to go to Africa and start bringing young Africans over to this country and give them scholarships to study so they can learn what a wonderful country America is. This young man named Barack Obama [Sr.] got one of those tickets and came over to this country.[12] An article by Michael Dobbs in The Washington Post, however, states that the Kennedy family did not become associated with the educational airlift until 1960, a year after Obama Sr. was studying in the United States. Initial financial supporters of the program included Harry Belafonte, Sidney Poitier, Jackie Robinson, and Elizabeth Mooney Kirk, a literacy advocate who provided most of the financial support for Obama Sr.’s early years in the United States, according to the Tom Mboya archives at Stanford University.[11]

At the age of 23, Obama Sr. enrolled at the University of Hawaii at Manoa, leaving behind a pregnant Kezia and their infant son. He had already turned away from Islam and become an atheist by the time he moved to the United States.[8] Barack Obama Sr.’s daughter Auma has commented that her father “was never a Muslim although he was born into a Muslim family with a Muslim name.”[12]

On 21 February 1961, Obama Sr. married fellow student Ann Dunham in Maui, Hawaii.[13] Obama Sr.’s and Dunham’s son, Barack Obama II, was born on August 4, 1961. Dunham left school to care for the baby, while Obama Sr. completed his degree. He graduated from the University of Hawaii in June 1962, leaving shortly thereafter to travel to Cambridge, Massachusetts, where he would begin graduate study at Harvard University in the fall.[14] Later that summer, Dunham and the year-old baby Barack stopped to visit her friends in Mercer Island, Washington, the Seattle suburb where she had grown up,[14][15][16] before joining Obama Sr. in Cambridge. However, mother and son soon returned to Seattle, where she enrolled at the University of Washington.[15][14] Dunham, missing her family, then moved back to Hawaii[15] and filed for divorce in Honolulu in January 1964. Obama Sr. did not contest, and the divorce was granted.[13] He visited his son only once, in 1971, when Barack was 10 years old.[citation needed]

While at Harvard, Obama Sr. met an American-born teacher named Ruth Nidesand. She followed him to Kenya when he returned there after he received a master’s degree (AM) in economics from Harvard in 1965.[17] Nidesand eventually became his third wife and had two children with him before they divorced.[18]

[edit] Return to Kenya

On his return to Kenya, Obama Sr. was hired by an oil company and then served as an economist in the Ministry of Transport, and later became senior economist in the Kenyan Ministry of Finance.[19] In 1965 Obama Sr. wrote a paper titled “Problems Facing Our Socialism,” published in the East Africa Journal, harshly criticizing the blueprint for national planning, “African Socialism and Its Applicability to Planning in Kenya”, which had been produced by Tom Mboya‘s Ministry of Economic Planning and Development.[20] As President-elect Barack Obama describes in his memoir, his father’s conflict with President Kenyatta destroyed his career.

Obama Sr.’s life then took a tailspin into drinking and poverty, from which he never recovered. His friend, Kenyan journalist Philip Ochieng, has described Obama Sr.’s difficult personality and drinking problems in the Kenya newspaper The Nation.[11] Obama Sr. lost both legs in an automobile collision, and subsequently lost his job. He died in 1982, at the age of 46, in a car crash in Nairobi.[11]

Obama Sr. is buried in Alego, at the village of Nyang’oma Kogelo, Siaya District, Kenya.

ULASAN RINGKAS:

Sedikit ulasan terhadap kenyataan Presiden MCA semalam yang memuji kemenangan Obama, berkulit hitam berbanding di Malaysia yang umatnya masih dibelenggu isu perkauman, contohnya isu perlantikan wanita Cina menjadi YDP PKNS Selangor.

Jawapan saya : Apa yang berlaku di Amerika dan Malaysia ada persamaan dan ada pula perbezaannya termasuk :

  1. Obama beragama Kristian. Bangsa tidak menunjukkan ideologi, akan tetapi Aqidah jelas menunjukkan ideologi seseorang yang mempengaruhi perjuangnnya. Umat Melayu di Malaysia jelas boleh menerima warga Islam keturunan India menyandang jawatan penting dalam negara sejak beberapa dekad yang lalu. Warga Cina Islam di Malaysia agak kurang penglibatan daam politik berbanding warga India Islam.
  2. Walaupun datuk nenek moyangnya berketurunan Kenya, Afrika, Obama seperti juga ramai warganegara Amerika yang berkulit hitam atau kulit berwarna (coloured people) telah menunjukkan asimilasi (pencairan) mereka menjadi rakyat Amerika terutama mereka kini bertutur dalam bahasa Amerika dan mengamalkan budaya Amerika. Berbeza dengan di Malaysia dimana orang Cina tidak asimilasi ke dalam budaya Melayu dan masih bersungguh-sungguh mempertahankan bahasa dan budaya yang diwarisi dari tanah Cina Besar.

Tiba perkara asas ini iaitu agama, bahasa dan budaya menyebabkan masih dan akan wujud perkiraan perkauman di negara Malaysia. Kita membuka pintu seluas-luasnya untuk mereka memeluk Islam dengan sebenar-benarnya, memimpin dan membimbing orang lain ke arah yang diredhai Allah di dunia dan Akhirat.

Sekian.

www.inijalanku.wordpress.com

Advertisements

12 Respons

  1. Alhamdulillah. Sejak pengumuman kemenangan Obama tempoh hari saya menunggu-nunggu ulasan dari ustaz. Hehe..

    Memang benar apa yang ustaz katakan. Jazakallahu khair

  2. salam..satu pendekatan yang baik dan agak ilmiah untuk menyedarkan umat islam…saya setuju pandangan anda

  3. Syukran ya ustaz. Saya pun tertanya-tanya adakah dengan kemenangan Obama ini satu yang menggembirakan? Bagi saya tak kira siapapun yang memegang ‘dunia politik gergasi’ itu, umat Islam perlu menganjurkan WASPADA. Kali ini pemimpin yang terpilih adalah pemimpin yang lebih cilik dan bijak.

  4. ustaz, apa pula pendirian kita terhadap pengebom bali yang baru dihukum tembak sampai mati tu yer? (maaf, itada kaitan dengan post ini. tak perlu approve comment ini pun takpe.)

  5. nak tanya ustaz, dari mana sumber maklumat yang ustaz dapat ni??

  6. nak tanya ustaz, dari mana sumber maklumat yang ustaz dapat ? saya memangla percaya 100% apa yg ustaz cakap tapi kalau orang lain mesti nakkan sumber maklumat sprti majalah,suratkhabar untuk dijadikan bukti..

  7. Laman ini adalah satu medan penerangan berteraskan dalil aqli dan naqli dalam membongkar kesesatan dan penyelewengan gerakan-gerakan sesat dan menyeleweng dari agama islam.
    http://pondokhabib.wordpress.com

  8. ifa, kan ust ada letak link ucapan obama dalam artikel di atas. mungkin boleh semak di sana.

    syukran ust.

  9. Musuh Islam merencana.. tapi Allah sebaik-baik perencana

  10. panduan untuk masyarakat melayu islam di malaysia.

  11. apa pendapat tentang jemaah tabligh.kerja paling mulia disisi ALLAH

  12. Salam ziarah,
    jkk.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: