Tazkirah Letupan 2002 di Bali

oct28_39

Pada 12.10.2002 tempat pelancung Paddy’s Pub dan Sari Club di pulau peranginan Bali dibom mengakibatkan 202 terbunuh (164 kebanyakannya pelancung Barat dan 38 orang Indonesia) dan 209 tercedera. Pelancung Barat yang terbunuh termasuk dari Australia (88 orang), United Kingdom (24), Amerika (7), Jerman (6), Sweden (5), Belanda (4), Perancis (4), Denmark (4), New Zealand (3), Switzerland (3), Brazil (2), Kanada (2), Jepun (2), Afrika Selatan (2), Korea Selatan (2), Ecuador (1), Yunan 91), Itali (1), Poland (1), Portugal (1), Taiwan (1). Tiga lagi tidak dikenali. Ketua Jemaah Islamiyah, Abu Bakar Bashir dipenjara dua setengah tahun. Pengarah Operasi Jemaah Islamiyah, Riduan Isamudin (Hambali) kini di Amerika di tempat yang tidak diketahui dan tidak didakwa, manakala Imam Samudera, Amrozi Norhasyim dan Ali Ghufron dihukum tembak sampai mati pada 9 .11.2009 yang lalu.

Selepas hukuman mati dilaksana ke atas 3 suspek pengeboman tersebut berbagai reaksi badan dan orang ramai telah ditunjukkan. Beberapa kumpulan dakwah di Indonesia mengisytiharkan ketiga-tiga yang ditembak mati sebagai para Syuhadak. Majlis Ulamak Indonesia yang bersidang membuat keputusan yang sebaliknya. Kita tidak berasrat mentarjih (memilih) pandangan mana, samada ia betul atau salah, sebaliknya menyerahkan hak Allah ini kepada Empunyanya. Namun kesempatan ini sangat baik jika kita kembali melihat nas-nas Al-Quran dan panduan Ilahi agar lebih jelas jalan yang bakal ditempoh di hadapan.

Sesungguhnya Hijrah yang berlaku dizaman Rasululllah saw disamping meninggalkan banyak pengajaran, ia juga banyak meletakkan asas Kaedah bagi agama Islam untuk dipakai hingga ke Hari Kiamat. Sebahagian para Muhajirin ra yang meninggalkan harta dan sanak saudara mereka di Mekah demi Aqidah mereka, masih menaruh harapan kepada anak-anak, suami, isteri, saudara mara dan kenalan agar suatu hari nanti mereka akan bertemu dalam iman dan kasih sayang, agar suatu hari nanti pertembungan dan peperangan yang sengit diantara Islam dan Kafir ini akan berakhir. Allah swt ingin membersihkan jiwa-jiwa mereka dari sebarang kekotoran dan kekusutan hingga mereka dapat benar-benar tajarrud (bulat) demi agama, aqidah dan manhaj Islam.

Setelah Hijrah, umat Islam tinggal berasingan dengan Musyrikin Mekah, berlakulah siri peperangan demi peperangan hingga umat Islam bersiap sedia pada Tahun 8H untuk mengalahkah Mekah. Semasa tentera Islam seramai 10,000 mujahideen bergerak menuju ke Mekah, seorang Sahabat, juga ahli Badar, bernama Hatib bin Abi Balta’ah cuba membocor rahsia pergerakan tentera ini dengan mengutus surat ke Mekah kerana saudara maranya yang kafir, dikhuatiri tewas teruk dan dibunuh beramai-ramai, masih ramai di sana. Surat tersebut berjaya dipintas. Umar ra mencadang agar dia dibunuh. Rasulullah saw yang memahami perasaan dan kelemahan jiwa manusia, memaafkan Hatib ra dan mengingatkan Umar akan kedudukan Hatib ra yang tinggi disisi Allah swt sebagai ahli Badar (yang terlibat dalam Perang Badar).

Allah swt menurunkan ayatNya bermaksud, “Wahai orang-orang beriman, janganlah kamu mengambil musuhKu dan musuh kamu sebagai teman-teman setia yang kamu sampaikan kepada mereka (rahsia Muhammad) kerana rasa kasih sayang, padahal mereka telah ingkar kepada kebenaran yang datang kepadamu, mengusir Rasul dan kamu, kerana kamu beriman kepada Allah, Tuhanmu …” (Al-Mumtahanah:1).

Allah swt juga Maha Mengetahui betapa hati-hati sebahagian mereka begitu rindu dan ingin agar permusuhan dan jurang yang mengasingkan mereka dengan sanak saudara di Mekah dilenyapkan lalu Allah swt meletakkan bibit harapan dihati mereka agar suatu hari nanti musuh-musuh Islam itu akan kembali kepangkuan Islam dan kedalam saff kaum Muslimin. Bukan itu sahaja, bahkan Allah swt kemudainnya mengasaskan satu Kaedah Utama untuk Islam dalam Hubungan Antarabangsa diantara umat Islam dan umat selain mereka, dimana Allah swt menjadikan boikot dan permusuhan sebagai suatu hal yang dikhususkan di kala permusuhan dan pencerobohan. Adapun ketika tiadanya permusuhan dan pencerobohan, maka pilihan yang ada ialah melakukan Kebajikan terhadap siapa yang layak menerima kebajikan dan berlaku Adil dalam pergaulan. FirmanNya bermaksud:

“Mudah-mudahan Allah menimbulkan kasih sayang antaramu dengan orang-orang yang kamu musuhi dikalangan mereka. Dan Allah Maha Berkuasa. Dan Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. Allah tidak melarang kamu dari berbuat baik dan berlaku adil terhadap orang-orang yang tidak memerangi kamu kerana Agama, dan tidak (pula) mengusir kamu dari tempat kamu. Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang berlaku adil. Sesungguhnya ALlah hanya melarang kamu menjadikan sebagai teman (dari kalangan) orang-orang yang memerangi kamu kerana agama, dan mengusir kamu dari tempat kamu, dan membantu orang lain (dalam) mengusir kamu. Dan barangsiapa yang menjadikan mereka sebagai teman, mereka itulah orang-orang yang zalim” (Al-Mumtahanah:7-9).

Islam adalah agama kesejahteraan, aqidah kasih sayang, sistem yang ingin memayungi dan menegakkan manhajnya di seluruh alam yang dibawah naungannya. Islam ingin menghimpunkan manusia dibawah panji-panji Allah swt sebagai saudara mara yang saling berkenalan dan berkasih sayang. Tidak ada disana yang menghalang keinginan ini melainkan pencerobohan musuh-musuhnya keatas Islam dan umatnya. Namun apabila musuh-musuh Islam tidak menceroboh, maka Islam tidak ingin untuk bermusuh dengan sesiapa. Hinggakan apabila Islam dalam keadaan permusuhan dengan seteru-seterunya, faktor-faktor kasih sayang masih terus wujud yang ditunjukkan melalui akhlak yang baik dan adil dalam pergaulan dalam menantikan tibanya hari dimana mereka yakin bahawa kebaikan itu hanyalah apabila mereka berada di bawah panji-panji Allah swt Yang Maha Tinggi. Islam sekali-kali tidak berputus asa dalam menanti tibanya hari tersebut dan sentiasa bekerja ke arah itu.

Dari ayat di atas, Allah swt memberi kelonggaran kepada umat Islam dalam mengasihi orang-orang kafir yang tidak memerangi mereka kerana Agama dan tidak menghalau mereka dari tempat mereka, disamping membenarkan umat Islam menghulurkan kebajikan dan berlaku adil terhadap mereka tanpa mengurangkan hak-hak mereka sedikitpun.

Inilah kaedah Islam terhadap orang-orang bukan Islam, dimana ia adalah seadil-adil kaedah dan bertepatan pula dengan tabiat, pandangan dan gambaran Agama ini terhadap kehidupan manusia, pandangan umum Islam terhadap kewujudan alam itu sendiri yang lahir dari Tuhan Yang Satu, menuju kepada Tuhan Yang Satu, yang saling bertolong menolong dalam ciptaan dan taqdirNya yang berbagai bentuk dan corak.

Ia adalah asas Syariat Antarabangsa Islam yang menjadikan asas Perdamaian sebagai asas yang tetap diantara semua manusia, tidak boleh mengubah yang tetap ini melainkan jika :

(1) berlakunya pencerobohan bersenjata yang mesti diserangbalas, atau

(2) kekhuatiran berlakunya pengkhianatan selepas memeterikan perjanjian yang boleh dianggap ancaman untuk menyerang, atau

(3) menghalang dengan kekuatan sebarang bentuk kebebasan Dakwah, kebebasan agama dan kepercayaan dimana ini juga dikira satu bentuk pencerobohan.

Adapun selain dari yang diatas, maka Islam menghulurkan perdamaian, kasih sayang, kebajikan dan keadilan kepada manusia sejagat.

Kaedah inii juga menepati Tasawwur Islam yang menjadikan isu diantara Islam dan musuh-musushnya sebagai isu Aqidah sahaja semata-mata dan bukan isu-isu yang lain. Kerana isu Aqidah semata-mata, seorang yang beriman itu berperang. Tidak ada peperangan dan permusuhan sesama manusia melainkan diatas isu kebebasan Dakwah dan Kepercayaan, melaksanakan sistem Allah di mukabumi dan meninggikan Kalimah Allah.

Semoga dari nas-nas Ilahi dan sedikit huraiannya di atas, umat Islam khususnya para pendakwah akan terbimbing dalam melalui Jalan Dakwah yang luas dan jauh ini, yang dipenuhi pula di kiri kanannya dengan persimpangan-persimpangan yang boleh membawa mereka ke bukan destinasi yang dikehendakki oleh Islam. “Dan orang-orang yang bersungguh-sungguh dalam (mencari keredhaan Kami) nescaya Kami tunjukkan mereka jalan-jalan Kami. Dan sungguh Allah bersama dengan orang-orang yang membuat perbaikan” (Al-Ankabuut:69).

Ustaz Haji Abdul Halim Abdullah www.inijalanku.wordpress.com

Rujukan utama – Tafsir Fi Zilalil Quran oleh Asy-Syahid Sayyid Qutb.

4 Respons

  1. jazakallahu khair

  2. Suatu perkara yang dihuraikan dengan baik sekali. JazakaLlah ustaz!

  3. terima kasih atas penerangannya.

  4. saya orang Indonesia ..
    Ustadz.., inilh ijtihad mereka tuan…!
    mereka bukanlah anak kemaren sore yang belajar Islam..
    Mereka telah belajar Islam dalam teori dan praktik nyata sampai menghadapi kerasnya orang2 kafir memerangi Islam.

    Perdamaian memanglah sebuah hal yg menyenangkan.
    Tetapi, perdamaian tidak mesti sebuah solusi dalam peperangan…!

    Kenapa tuan tidak memperhatikan berapa kali baginda Rasul SAW berperang sampai puluhan kali…???

    Kenapa pula kita menerika Syariat Demokrasi yang sangat bertentangan dengan Prinsip Islam…????

    wallahu a’lam

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: