Haji Anugerah Allah Maha Agung

kaabah1

Nabi Ibrahim as tidak menyangka laungannya yang kerdil di tengah di padang pasir akhirnya disambut jutaan manusia setiap tahun, yang datang dari seluruh ceruk dan pelusuk dunia. Ini tidak mustahil, jika yang mengarahkannya itu sendiri adalah Allah Rabbul Jalil. Dulu Allah swt mengarahkan Nabi Ibrahim as menyeru manusia agar datang ke Kaabah mengerjakan Haji. Kini ALlah swt sendiri menggerakkan hati-hati manusia ke sana. FirmanNya bermaksud, “Dan serulah (wahai Ibrahim) manusia mengerjakan Haji, nescaya mereka akan mendatangi (kearah) kamu dengan cara berjalan dan (menunggang) diatas tunggangan. Mereka datang dari tiap ceruk yang dalam …” (Al-Quran).

Beberapa pemerhatian yang tersingkap dihadapan saya berkenaan dengan ibadah yang besar dan hebat ini diantaranya :

  1. Rezeki adalah ditangan Allah swt. Ramai jemaah Haji atau Umrah yang saya saksikan ada yang sekadar memiliki warung nasi lemak untuk sarapan pagi sahaja. Sebaik pulang ke tanahair, saya menziarahi warung yang sangat dhaif yang dibina olehnya sebaik suaminya meninggal dunia, meninggalkan dia dan 6 orang anak yang masih kecil. Sambil membesarkan anak-anak, dia telah menunaikan Haji dan beberapa kali Umrah! Ada seorang lagi wanita berumur sekadar berniaga kedai runcit di kampung. Ketika menziarahinya saya dapati kedai runcit dhaifnya hanya terdapat beberapa jenis barang keperluan harian seperti beras, gula, tepung, kicap dsb. Namun dia telah menunaikan Haji mengikut pakej dan telah mengerjakan Umrah beberapa kali dengan wang perniagaannya itu, katanya! “Sesungguhnya Allah Dialah Pemberi Rezeki, Yang Memiliki Kekuatan Yang Ampuh” (Al-Quran).
  2. Petunjuk Hidayah di tangan Allah swt. Disebalik orang-orang yang sangat sederhana aktiviti kehidupannya seperti di atas, ramai golongan kaya atau professional yang masih belum pernah ke Tanah Suci. Diantara mereka ramai yang telah melancung ke luar negara. “Sesungguhnya engkau tidak boleh memberi hidayah kepada orang yang engkau kasihi, tetapi Allah lah yang memberi petunjuk kepada siapa yang dikehendakkiNya” (Al-Quran).
  3. Ditahun-tahun 1990an dahulu jemaah Haji Iran ketika dalam Masjidil Haram, membaca buku khas yang dibawa dari Iran. Adapun ditahun-tahun kini, saya lihat kebanyakan mereka membaca Al-Quran sama seperti jemaah-jemaah Haji dari negara-negara lain. Saya beranggapan ia disebabkan kesan puluhan ribu jemaah Iran yang pulang dari Tanah Suci, bergaul dengan jemaah Sunni dan mempengaruhi masyarakat di Iran apabila mereka kembali ke tanahair. “Sesungguhnya rumah (ibadat) yang pertama diletakkan untuk manusia terletak di Bakkah (Mekah) dan menjadi petunjuk kepada seluruh dunia” (Al-Quran).
  4. Tahun-tahun 1990an dahulu hanya beberapa orang dari negara Cina yang kelihatan. Kini jumlah mereka ribuan orang. Jika dulu tudung tradisional wanita Cina adalah ringkas menampakkan dagu, kini ramai yang memakai tudung seperti wanita negara-negara lain. 
  5. Bilangan Jemaah Haji dari Negara-negara Barat semakin ketara. Walaupun kebanyakan mereka adalah dari asal negara umat Islam seperti Arab, Pakistan dan Bangladesh, namun fenomena ini sangat memberansangkan.
  6. Ramai Jemaah-jemaah Haji dari negara-negara Islam kini berusia lebih muda berbanding tahun 1990an dulu.
  7. Perkembangan diatas memaksa pembangunan yang lebih pesat dijalankan terutama Mekah dan Madinah. Contohnya, projek pembangunan di Asy-Syamiah dan Jabal Umar yang terletak disebelah Masjidil Haram, dimana ratusan bangunan lama diruntuhkan dan bukit batu pejal granit asal diratakan ke 5 tingkat bawah bumi.

Kesemua di atas menunjukkan sebahagian kekuasaan Allah swt dan tanda-tanda umum positif kepada umat Islam. Kesedaran umat terhadap kebenaran agama mereka, Islam semakin ketara. Ini berlaku dikala Musuh-musuh Islam diserata dunia dari kalangan Yahudi, Nasrani dan Musyrikin terus menerus meningkatkan tekanan dan serangan mereka terhadap umat Islam. Serangan mereka tidak menambah kepada umat Islam melainkan kesedaran dan kecintaan terhadap Agama ini. “Mereka (musuh-musuh) merancang. Allah (juga) merancang. Dan Allah adalah sebaik-baik perancang” (Al-Anfaal).

Semoga ALlah memberi rezeki dan hidayahNya kepada kita semua untuk menunaikan ibadah Haji dan Umrah di Tanah Suci sesegera mungkin. Ameen.

Ustaz Halim www.inijalanku.wordpress.com

2 Respons

  1. assalamualaikum..terima kasih

  2. […] Oleh: Ustaz Abdul Halim Abdullah, KPN ISMA NS Sumber: Blog Ustaz Abdul Halim […]

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: