Buang Bayi: Jahiliyah Abad 21

bayi-dibuang

Bayi ditemui dalam lubang tandas semalam 14/12/2008 dalam keadaan sedang menghisap jari. Semangatnya untuk terus hidup dan menjadi ahli baru dalam masyarakat lebih tinggi dari semangat ibunya yang tidak berperi kemanusiaan, lebih besar dari semangat ayahnya yang tak tahu dimana dan tidak bertanggungjawab.

Saya tersentak lagi di pagi hening di Tanah Suci ini apabila membaca kisah bayi dibuang oleh ibu yang baru melahirkannya. Hati menjadi lebih sayu apabila melihat fotonya, mengetahui dia dibuang didalam tandas awam dan menghisap jari kerana lapar ketika ditemui. Alangkah dahsyatnya fenomena Jahiliyah hari ini, zaman dimana saya hidup di dalamnya dan berjuang untuk merubahnya.

Jahiliyah hari ini lebih dahsyat dari Jahiliyah di zaman Rasulullah saw. Dizaman itu, mereka hanya membuang sebahagian bayi-bayi perempuan kerana takut dijadikan bahan pelepas nafsu dihari besar mereka nanti, seperti adat dizaman tersebut. Jahiliyah hari ini membuang bayi tanpa mengira jantina, samada anak lelaki atau anak perempuan. Jahiliyah dizaman itu membuang bayi dan menanamnya di padang pasir, sedang Jahiliyah dizaman saya hari ini membuang bayi di dalam lubang tandas !! “Dan apabila (di Hari Kiamat) bayi-bayi yang ditanam bertanya, ‘Kerana dosa apa mereka dibunuh (ditanam)” (At-Takwir:8).

Dalam para Duat hari ini termasuk saya mengejar cita-cita memegang panji-panji perjuangan para Rasul dan Rasulullah saw, kekadang timbul rasa malu di hati saya apabila membandingkan semangat juang mereka dan para Sahabat ra dalam merubah Jahiliyah dizaman masing-masing :

  1. Sebelum mendapat Risalah Islam lagi, Nabi saw telah rimas dan tidak tahan melihat dan hidup di dalam Jahiliyah dizaman Baginda saw, lalu sering mengasingkan diri naik kepuncak Jabal Nur dan berkhalwah di Gua Hirak sedang ramai pendakwah hari ini apatah lagi masyarakat awam yang tidak merasa seperti itu. Tanpa “Inkar Al-Qalb” (menginkari dengan hati), seseorang tidak akan terdorong beramal menuju sesuatu objektif yang tiada pula.
  2. Sebaik medapat Risalah Islam, Baginda saw terus berjuang di dalam masyarakat sehingga yang beriman mengikutinya dan yang menginkarinya bertindak menghalau dan memeranginya. Sedang ramai masyarakat Islam hari ini yang membaca kisah-kisah Jahiliyah seperti membuang bayi di atas, tidak bergerak apa-apa dalam merubah keadaan, sedang Risalah Islam telah ada pada mereka sejak dilahirkan.
  3. Dengan iman dan semangat berjuang tanpa mengenal letih dan sakit, Rasulullah saw dan para Sahabat ra akhirnya berjaya merubah keadaan Jahiliyah di Semenanjung Arab dalam masa 20 tahun (610-632M) sedang fenomena Jahiliyah seperti diatas di tanahairku Malaysia sejak 20 tahun lalu saban hari semakin menjadi-jadi. Isi kandung rancangan di televisyen, bahan bacaan dan tontonan di majallah dan akhbar, program bebas muda mudi di serata tanahair dan sebagainya menunjukkan arus Jahiliyah Abad 21 ini semakin mengganas dan tidak mampu dihadapai oleh majlis Tahlil dan bacaan Yaasin, sebaliknya Islam menuntut pemahaman dan pengorbanan dari mereka yang ikhlas dalam bentuk Amal Islami yang tersusun dan mengutamakan amal dari bercakap, menekankan tarbiyah sebenar dari sekadar berkempen kosong semata-mata.

“Ceritakanlah kepada mereka kisah-kisah, moga-moga mereka mengambil peringatan” (Al-Quran). Mudah-mudahan kisah bayi yang kuat semangat untuk terus hidup di atas, dan kisah ibu dan bapa malang yang bakal di hakimi oleh Allah swt  di Hari Pembalasan tersebut menjadi peringatan buat kita semua sebagai masyarakat Islam, khususnya para Pendakwah di Jalan Allah swt.

Rasulullah saw dan para Sahabat ra telah mendapat pengiktirafan dan keredhaan Allah dari prestasi amal Dakwah yang telah mereka kerjakan. Sedang kita pula, penilaian Allah swt terhadap prestasi Amal Dakwah kita masih berjalan. “Itulah umat yang terdahulu. Bagi mereka (keredhaan dan pahala) adalah apa prestasi yang telah mereka perolehi, sedang bagi kamu adalah (dari prestasi) apa yang kamu perolehi. Kamu tidak akan ditanya tentang apa yang mereka (umat terdahulu) telah lakukan. (Oleh itu tumpulah terhadap tugasan dan prestasi kamu sendiri)” (Al-Quran).

Moga Allah menggolongkan kita ke dalam mereka yang menolong dan memenangkan AgamaNya dan merubah masyarakat kita kearah menjadi Masyarakat Islam yang menjadi contoh dan pemimpin kepada masyarakat lain di dunia. Ameen.

Sekian,

Ustaz Halim www.inijalanku.wordpress.com

Al-Madinah Al-Munawwarah, Saudi Arabia.

 

Bayi dibuang dalam lubang tandas awam

Oleh Zuliaty Zulkiffli
bhnews@bharian.com.my


BAYI yang ditemui dalam keadaan tali pusatnya terbelit pada leher, manakala sebahagian punggungnya terperosok dalam lubang tandas kini mendapat rawatan di Hospital Jitra.

CHANGLUN: Berpantang maut sebelum ajal. Begitulah nasib seorang bayi lelaki yang ditemui masih hidup selepas dibuang dalam lubang tandas awam di pasar basah Perkampungan Tradisi, Lembah Keriang dekat sini, semalam.

Bayi seberat 2.4 kilogram itu ditemui dalam keadaan tali pusatnya terbelit pada leher, manakala sebahagian punggungnya terperosok dalam lubang tandas.

Ketua Polis Daerah Kubang Pasu, Superintendan Sawaludin Hamenudin ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan mengenai penemuan bayi itu dan siasatan sedang dijalankan.

Sementara itu, seorang penduduk, Rofidah Md Noor, 45, berkata beliau terkejut apabila dimaklumkan mengenai penemuan bayi itu oleh seorang lelaki berusia 30-an, kira-kira jam 10 pagi.

“Sebaik dimaklumkan, saya bergegas ke tandas dan mengambil bayi itu sebelum membalut badannya dengan surat khabar.

“Ketika ditemui, bayi itu dalam keadaan lemah dan sedang menghisap jari dipercayai lapar, manakala kakinya lebam,” katanya.

Rofidah percaya bayi itu baru dilahirkan berdasarkan kesan darah dalam tandas berkenaan.

Bayi itu dibawa ke Pusat Kesihatan Changlun sebelum dipindahkan ke Hospital Jitra untuk rawatan lanjut.

6 Respons

  1. memang memang dan memang jahiiyah!!! dari buang baik bagi kt orang…

  2. astaghfirullah…
    dunia mmg sdh smpai pde p’akhiran..
    bile mne ibu x lagi ad rse ksih syg t’hdp ank y dilahirknnya dengan perit jerihnye…
    emm~
    kpade wanita/gadis2 diluar t’msuk dri sye…
    jge la btas2 pgaulan…
    elakkn maksiat…
    sngguhnye…
    sume 2 y m’jdi punca n p’mulaan pd kes nie..
    waallahualam…

  3. ya allah…npe la ada mnusia yg mcm ni???
    kucing aku mti pon aku nngis…apetah lg byi…
    aku ni mnusia bhati pnyayang…
    kucing kurap pon aku belai…
    lau xnk ank…jgn wt mksiat…da sdap…ank ko buang..
    tggu laa nsb ko kt akhrat nnti…
    org mcm ni jgn d maafkn!!!
    aku gram bol bce artikel ni…

    ya allah ya tuhanku….kau percepatknlaa jdohku….
    kerana aku xsbr tok bgelar IBU….

  4. Anaklah yang mampu mendoakan kita di alam kubur nanti..nape la dibuang..saya macam tak percaya je seorang ibu yang mengandungkan janin di dalam rahimnya selama 9 bln takde sikitpun sifat penyayang kepada anak itu hingga sanggup dibuang..dibunuh!
    Sedih tengok baby yang comel dibuang macam smpah.. nape ditambah dosa lg..nape kehadiran baby tu tidak dianggap teguran drp Allah utk kembali kepadanya.. Ya Allah jauhkan aku dan zuriat keturunanku dari tergolong dlm golongan org2 yg zalim ini ya Allah..

  5. Tuhan akn mblas mrka2 y mbuang bayi t dakhrat kelak..binatang pn syg anak..!

    • tu la bodo pi buang anak mai kat ku x pa hehehehe.kalau dia bagi kat ku aku syukur daripada x ada anak………

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: