Kenyataan 40 Ulamak Al-Azhar & Mesir ttg GAZA

mayat-kanak2

Kerakusan Yahudi yang dilaknat Allah swt membunuh umat Islam Palestin yang dikepung ketat oleh Israel dan Mesir, serta tiada tindakan ketenteraan yang diambil oleh Kuasa-kuasa Besar Dunia dan Kerajaan-kerajaan umat Islam telah disaksikan sendiri oleh Umat Islam dan masyarakat antarabangsa. Sudah terang lagi bersuluh. Penyembelihan sudah masuk minggu ke 3. Kini rakyat jelata dan masyarakat boleh menilai sendiri sejauh mana kefahaman dan perangai pemimpin masing-masing terhadap Islam dan umatnya. “Medan kata-kata tidak sama dengan medan amal. Medan amal tidak sama dengan medan Jihad. Medan Jihad yang salah tidak sama dengan medan Jihad yang Sahih yang berhasil lebat dari pengorbanan yang minimal dan optimal” (Hasan Al-Banna). Gerakan Ikhwan Muslimin Mesir dan Universiti Al-Azhar walau berdepan dengan berbagai halangan, namun ikatan dan sumbangan moral dan material umat Islam Mesir tetap sampai ke Gaza sejak bertahun-tahun lalu. Mesir tetap abang kepada adiknya Gaza walaupun cuba dihalangi oleh mereka yang korup dan tembok di Laluan Rafah di sempadan antara mereka. Berikut adalah kenyataan umum yang ditandatangani oleh 40 orang ulamak besar Al-Azhar dan Mesir mengenai perang yang sedang dilakukan oleh tentera Yahudi ke atas umat Islam di Gaza, Palestin. Semoga ianya menjadi iktibar, kayu ukur, sikap, asas tindakan kita bersama. Kepada Allah jua kita memohon keampunanNya di atas kealpaan kerajaan dan umat Islam di zaman kita ini serta kelemahan diri kita sendiri dalam menunaikan hak saudara seIslam di Gaza. Ameen.

 ibu-4-anak-dibom

Dengan nama Allah, Maha Pemurah, Maha Penyayang

 

KENYATAAN UMUM :

 

Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Tiada Tuhan selain Dia, Maha Kuat, Maha Penentu, Maha Perkasa, Maha Menguasai, Maha Esa, Maha Menentukan. Di dunia dan di langit ini tiada satu pun yang boleh melemahkanNya. Selawat dan salam ke atas penghulu kita Muhammad, hamba Allah dan RasulNya, imam para Mujahideen dan pemimpin pembukaan wilayah-wilayah Islam.

 

120px-man_see_school_nakbaSesungguhnya kejadian-kejadian yang berlaku sekarang ini di bumi Islam dan umat Islam, di bumi Gaza, Palestin yang bangkit teguh berdepan dengan pencerobohan dan penyembelihan yang diinkari oleh apa sahaja nilai, akhlak dan kemanusiaan semuanya, mewajibkan kami, sekumpulan para ulamak dan pendakwah di Mesir, menandatangani Kenyataan Umum ini sebagai mengemukakan pandangan kami, tanggungjawab kami di depan Allah swt dan menjelaskannya kepada orang ramai.

 

PERTAMA : Sesungguhnya Palestin yang diberkati Allah swt seperti yang disebut di dalam Al-Quran adalah bumi Islam dalam erti kata yang sebenarnya, Kiblat Pertama, di dalamnya terdapat masjid yang kedua di bina di atas muka bumi, masjid ketiga suci bagi umat Islam dan tempat israk Rasul kita saw. Oleh kerana itu, sesiapa pun tidak boleh mengalah dan menyerahkan walau seinci  dari buminya kepada orang-orang bukan Islam. Firman Allah swt bermaksud, “Maha suci Tuhan yang mengisrakkan (menggerakkan) hambaNya di waktu malam dari Masjidil haram ke Masjidil Aqsa yang Kami berkati sekelilingnya, agar Kami memperlihatkan kepadanya sebahagian dari tanda-tanda (kekuasaan) Kami” (Al-Israk:1).

 

bush_israel_thumbnail

 

KEDUA : Zionis Antarabangsa yang berwajahkan Israel adalah manusia yang paling sengit permusuhannya terhadap orang-orang beriman disepanjang sejarah mereka. Telah jelas dan terbukti permusuhan mereka terhadap Allah dan rasul-rasulNya. Merekalah dalang setiap kejahatan, kerosakan, memunkiri perjanjian, menghalalkan perkara-perkara yang diharamkan Allah, khianat dan berdendam terhadap sesiapa sahaja yang berinteraksi dan mendekati mereka. Sesungguhnya mereka telah menceroboh bumi Palestin dengan mengusir dan membunuh penduduknya yang beragama Islam melalui dokongan berterusan dari Negara-negara Barat yang zalim dan bermusuhan. Firman Allah swt bermaksud, “Sungguh kamu akan dapati manusia yang paling sengit permusuhannya terhadap orang-orang beriman ialah orang Yahudi dan orang-orang musyrik” (Al-Ma’idah:82). Zionis Israel ini adalah kumpulan yang menceroboh dan menjajah bumi Palestin. Oleh itu Kebenaran mestilah dikembalikan semula kepada tuannya walau panjang mana berlalunya zaman. Kita tidak redha dan tidak menerima Penjajahan zalim dari puak Zionis ini terhadap Bumi Suci kita.

 

KETIGA : Jihad dijalan Allah dan Penentangan Bersenjata adalah pilihan yang strategik ke arah mengembalikan bumi yang diceroboh dan hak 82px-oldwoman_cry_baby_nakbayang dicuri. Zionis sebenarnya tidak mengetahuii bahasa dalam bentuk perbincangan dan tidak memahami makna Perdamaian. Cara mereka ialah pembunuhan dan melakukan kerosakan di bumi. Oleh itu kami yakin bahawa satu-satunya bahasa yang difahami oleh mereka iala bahasa Jihad dengan segala cara dan jenis. Jangan dihentikan Jihad melainkan setelah orang Zionis yang terakhir keluar dari bumi Palestin. Firman Allah swt bermaksud, “Dan persiapkan (diri kamu dalam) menghadapi mereka (dengan) apa (sahaja) yang kamu mampu dari (bentuk-bentuk) kekuatan, dan dari kuda-kuda yang disiap siaga. Dengan (kekuatan) itu kamu menakutkan musuh Allah dan musuh kamu” (Al-Anfaal:60).

 

ismail-haneah-01

Ismail Haniyeh dari Gerakan HAMAS, Perdana Menteri Palestin yang memenangi Pilihanraya Umum II pada 25/1/2006. Amerika dan Israel telah melakukan sekatan ketas 1.5 juta penduduk dan membunuh hingga kini 800 orang untuk cuba merubah Kerajaan HAMAS secara paksa untuk digantikan dengan sebuah kerajaan yang tunduk kepada Penjajahan Barat dan Yahudi.

 

KEEMPAT : Mereka yang mengambil jalan Jihad dan Penentangan sebagai jalan mereka, memikul ruh-ruh mereka di atas bahu, menyumbangkan para Syuhadak, harta, mengorbankan apa yang mahal dan bernilai sebagai harga untuk membebaskan bumi ini, sekalipun musuh memiliki 93px-mother_baby_nakbakelengkapan ketenteraan canggih dan kekuatan menyerang penuh kejam yang menyerlahkan kebencian membabi buta mereka terhadap setiap orang Islam, mereka itulah dari golongan yang dimenangkan dengan izin Allah. Mereka layak didokong, dibantu dan ditolong. Sabda Rasulullah saw bermaksud, “Akan terus ada satu golongan dari umatku yang terus terang di atas kebenaran, menentang musuh-musuh mereka sehingga datang ketentuan Allah sedang mereka masih dalam keadaan demikian. Seseorang Sahabat bertanya, “Dimanakah mereka ya Rasulullah ?”. Baginda saw menjawab, “Di Baitul Maqdis dan di sekeliling Baitul Maqdia”. (Hadis riwayat Ahmad).

 

KELIMA : Di sini kami ingin mengingat dan menegaskan peranan masyarakat dunia dalam membantu mereka dalam isu ini dan kewajipan di segi Syarak yang agama kita mewajibkan ke atas mereka ialah berjihad di jalan Allah dengan erti kata yang sebenar-benarnya, menyumbang bantuan material, melakukan pemboikotan ekonomi, politik dan kebudayaan terhadap Israel dan terhadap negara-negara yang mendokongnya samada di Barat atau Timur, menolak untuk mengadakan hubungan dengannya dalam apa jua bentuk sekalipun. Kami menegaskan bahawa haram berinteraksi dengan badan Zionis ini dan dengan sesiapa yang mendokongnya dalam apa bentuk sekalipun.

 

Kita wajib berpendirian seperti firman Allah swt bermaksud, “Dan janganlah kamu merasa hina, dan jangan (pula) merasa sedih sedang kamulah yang paling tinggi sekiranya kamu orang-orang beriman. Jika kamu ditimpa kesakitan, maka (ketahuilah bahawa) mereka juga ditimpa sakit seperti kamu. Demikianlah Kami mempergilirkan hari-hari (turun naik dan suka duka) dikalangan manusia. Dan supaya Allah mengetahui (siapa benar-benar) orang-orang beriman dan supaya Dia mengambil para Syuhadak dari kalangan mereka. Dan Allah tidak suka orang-orang zalim” (Ali Imran : 139-140).

 

Menjadi kewajipan sekelian umat Islam agar bersatu dan berhimpun di bawah satu kepimpinan. Setiap dari kalangan mereka menjalankan peranan masing-masing dan meninggalkan segala bentuk perselisihan yang dimurkai Allah yang membantutkan Jihad dijalanNya. Firman Allah swt bermaksud, “Dan berpegang tuguhlah kamu dengan tali Allah dan jangan kamu berpecah belah. Dan ingatlah nikmat Allah ke atas kamu ketika kamu dulu bermusuh-musuhan lalu Allah menyatukan hati-hati dan dengan nikmatNya kamu jadi bersaudara”. (Ali Imran : 103).

 

Ini adalah kenyataan umum kepada orang ramai. Setiap orang menanggung tanggungjawab msing-masing. Kepada para Mujahideen di Gaza, Palestin dan di mana sahaja bumi Islam yang sedang dijajah, kami katakan kepada mereka bahawa sesungguhnya dengan darah, kamu telah membayar harga Iman, keagungan dan kemuliaan. Oleh itu teguhlah kamu, maralah ke hadapan dan bersabarlah. Allah bersama kamu dan Dia sekali-kali tidak akan mensia-siakan amalan-amalan kamu. Firman Allah swt bermaksud, “Orang-orang yang apabila manusia berkata kepada mereka “Sungguh manusia telah menghimpunkan (kekuatan) untuk (memerang) kamu, maka takutkan kamu kepada mereka. (Namun yang jadi sebaliknya) maka bertambah keimanan mereka lalu berkata, ‘Cukuplah kami dengan Allah. Dialah sebaik-baik Pelindung” (Ali Imran : 173).

 

copy-of-sy-al-birri-us-halim1

Asy-Syeikh Muhammad Abdul Mun’im Al-Birri (kiri) di depan Universiti Al-Azhar, Kaherah pada bulan Jun 2008 lalu. Beliau memegang jawatan Ra’is Jabhah Ulamak Al-Azhar (Ketua Barisan Ulamak Al-Azhar) yang mengetuai seluruh Ulamak Al-Azhar di Mesir. Mesir banyak mengajar saya erti perjuangan, cinta ilmu, ikhlas dan tawadhuk.

Ditandatangani oleh :

1.   Dr Muhammad Abdul Mun’im Al-Birri – Ketua Barisan Ulamak Al-Azhar

2.   Dr. Nasr Farid Wasil

3.   Dr Zaghlul An-Najjar

4.   Dr Abdul Sattar Fathullah Said

5.   Dr Muhammad Ammarah

6.   Dr Al-Fattah Asy-Syeikh

7.   Dr Safwat Hijazi

8.   Ustaz Asy-Syeikh Jamal Qutb

9.   Ustaz As-Syeikh Ahmad Al-Mahlawy

10.   Dr Abdul Halim Uwais

11.   Dr Mohd Rakfat Uthman

12.   Dr Abdullah Barakat

13.   Dr Abdullah Samak

14.   Ustaz Asy-Syeikh Abu Ishak Al-Huwainy

15.   Ustaz Asy-Syeikh Hazim Solah Abu Ismail

16.   Ustaz Asy-Syeikh Mohd Jibril

17.   Dr Solah Sultan

18.   Ustaz Asy-Syeikh Ahmad Halil

19.   Dr Mohd As-Soghir

20.   Ustaz Asy-Syeikh Saleim Abu Al-Futuh

21.   Dr Ahmad Al-Assal

22.   Dr Hazim As-Sarsawy

23.   Dr Abdul Rahman Foudah

24.   Ustaz Asy-Syeikh Mohd Mustafa

25.   Dr Hussein Syihatah

26.   Dr Solah Harun

27.   Ustaz Asy-Syeikh Salamah Abdul Qawiyy

28.   Dr Jamal Abdul Hadi

29.   Dr Hasan Ubaid

30.   Ustaz Asy-Syeikh Mohd Abdul Fattah

31.   Dr Ahmad Abu Huzaifah

32.   Dr Alak As-Sayyid Abdul Rahim

33.   Dr Umar Abdul Aziz

34.   Ustaz Asy-Syeikh Rejab Zaki

35.   Dr Mazin As-Sarsawy

36.   Ustaz Asy-Syeikh Ahmad Sabry

37.   Ustaz Asy-Syeikh Ahmad Al-Juhayny

38.   Ustaz Asy-Syeikh Muzhir Amin

39.   Ustaz Asy-Syeikh Ali Abu Al-Hasan

40.   Ustaz Asy-Syeikh Mustafa Al-Azhary

 

 

Diterjemahkan oleh :

ust_halim_small21

Ustaz Haji Abdul Halim Abdullah, 

Blog INI JALANKU  www.inijalanku.wordpress.com

 

 

13 Respons

  1. subhanallah…

  2. Salam Ust Halim,

    Terima kasih kerana menterjemahkan teks ini.
    Amat berguna untuk kami yang tidak memahami bahasa arab,

    JZKK

  3. Ya Allah, Engkau tabahkanlah hati saudara kami di Palestin..

  4. […] Kenyataan 40 Ulamak Al-Azhar & Mesir ttg GAZA credits to inijalanku.wordpress.com […]

  5. salam ziarah kembali ustaz…selama ni menjadi silent reader sahaja:)

  6. […] Filed under Artikel/Cerpen, Peringatan.. – dipetik daripada blog Ustaz Halim dalam entri bertajuk Kenyataan 40 Ulamak Al-Azhar & Mesir ttg GAZA […]

  7. subhanallah

    spasibo ustaz dlia provodenie (terima kasih ustaz for the translation)

    mohon untuk copy n paste

    masih ramai yg salah anggap ttg ulama Mesir

    salam dari bumi Russia

  8. bro ustaz..
    arab dan yahudi mmg sejak dulu kamcing,walaupun pernah bermusuh dgn nabi kita,tapi apa kurangnya org arab sendiri yg lebih teruk musuhnya sesama mereka,3 khulafa al rasyidin sapa yg bunuh kalau bukan org arab sendiri..lepas2 itu sejarah membuktikan tonggak kekhalifahan ramai cerdik pandainya diambil dikalangan org yahudi,ini ustaz akan dapat selepas mengkaji sejarah secara detail,antaranya siapa yg men terjemahkan kitab2 ilmu purba dari timur ke barat dari bahasa asal kpd arab kalau bukan cerdik pandai yahudi,yg mana pencetus kpd kecemerlangan ilmu diawal zaman islam…mereka berterusan berhubung rapat disetiap dinasti khalifah sehinggalah diawal abad ke 20 selepas perang dunia kedua dan diwujudkan negara israel yg dirancang rapi oleh puak kristian yg mmg bencikan islam dan yahudi,maka bermulalah bibit2 permusuhan mereka kemuncaknya adalah setelah kekalahan perang bangsa arab dan dirampas tebing barat dan gaza sekitar beberapa pula tahun dulu maka api kebencian sesama mereka meluap2 hingga kini…
    pandangan saya lebih baik sepupu sepapat ni yg mengaku bersaudara dari zuriat nabi ibrahim di damaikan..buat perbincangan supaya tempat2 suci ketiga2 agama samawi di kecualikan tanpa pemerintahan mana2 bangsa,bebas dilawati,negeri yg dirampas kerana kalah perang dikembalikan,dan biarkan tanah sekangkang kera yg tiada tempat2 suci ketiga2 agama di beri utk mereka perintah,hidup aman damai dgn sepupu mereka dan gunakanlah manafaat kepandaian mereka seperti pernah digunakan dari awal islam hingga ke zaman osmaniyah dikembalikan..bayangkan dgn yahudi yg bijak pandai dan sepupunya arab byk wang tapi kurang cerdik digabungkan dunia ini milik mereka,biar barat terlopong.

  9. Boikot la mengikut kemampuan.
    Tanya diri.Boleh mati ke kalau tak mkn McD or starbucks?
    Coke??Kalau tak minum, boleh mati ke.

  10. Ya Allah..Engkau selamatkanlah saudara2 kami di palestin.cekal dan kuatkan hati mereka.amin.

  11. Utk lebai perantau dan mereka2 yg sewaktu dgnnya.
    Mungkin saudara perlu mengingati kembali firman Allah:
    “Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak sekali-kali akan meredhai kamu (wahai Muhammad) sehingga engkau menurut ugama mereka (yang telah terpesong itu).” (al-Baqarah: 120)

    Ini perkhabaran daripada yg Maha Mengetahui tentang makhluknya. Marilah kita beriman sebagaimana yg disampaikan.

    Dari segi sejarah (memandangkan lebai banyak memperkatakan tentang sejarah), bumi Aqsa dapat menaungi ketiga2 agama samawi hanya semasa pemerintahan Islam.

    Semasa angkatan salib menguasainya, bumi Aqsa bermandikan darah.

    Semasa Zionis memerintah?? No komen. Dah penuh dlm tv, akhbar dan internet.

    Pihak berkecuali? Badan2 dunia sekrg terbukti dibonekakan terutama dlm menangani isu umat Islam. Darah umat Islam dipandang sepi.

    Akhirnya kitalah sendiri yg perlu membela nasib umat kita di samping pertolongan Allah.
    “Sesungguhnya Allah tidak mengubah nasib sesuatu kaum, sehinggalah mereka mengubah diri mereka sendiri” (ar-Ra’d: 11)

  12. salam,syukran ya akhi coz menerangnkn pe yg perlu diterang.sesungghny ulama’2 azhar dan dunia dri dlu hingga sekarang tidak henti2 berusaha membebaskan plestin dri pencorobhan israel laknatullah..di sini ana ingin mengingatkan sahabat2 janganlah kita mudah2 mencaci,memfitnah ulama’2..kita tidak tahu ape usaha2 mrka telah lakukan kerana kita tidak rapat dengan mereka..adakah penting bagi mereka mengheboh2kan usaha2 mereka itu ke dalam media..sesungguhnya ulama’2lah barisan paling hadapan mempertahankan islam..nabi telah bersabda mafhumnya,sesungguhny umat2 ku tidak akan berkumpul utk menghancurkan agama ku(yakni islam)..ade pendapat ulama mngatakan umat2 ku di sini adalah ulama’2..jadi berhati2lah andai ade artikal2 yg memfitnah ulama’2.nabi menggalakkn kita menyiasat dahulu andai sampai sesuatu berita pada kita..mohon maaf & pembetulan andai ade salah silap.syukran sekali lagi pada ustaz kerana menyiarkan artikal ini.wasalam

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: