Ceramah balu Asy-Syahid Dr Aziz Ar-Rantisy HAMAS di Dewan MPS, Seremban (Rabu 25/3/2009) anjuran ISMA NS

sayap-kiri-perjuangan

Esok Rabu 25/3/2009, pukul 2.30 petang, ISMA NS menganjurkan satu ceramah umum “CINTA & AIRMATA WANITA PALESTIN” oleh Ustazah Rasya Al-Adluny, balu Asy-Syahid Dr. Abdul Aziz Ar-Rantisy, bekas Ketua Umum HAMAS bertempat di Dewan MPS (Majlis Perbandaran Seremban), Negeri Sembilan. Masuk adalah percuma. Semua muslimat (sahaja) dijemput hadir. 

Kini selesai sudah tugasku“, kata Dr Aziz Ar-Rantisy, dengan muka berseri, kepada Rasya bila dia menyerahkan saki baki wangnya kepada isterinya setelah anak terakhir mereka baru melangsungkan perkahwinan dan dia juga telah selesai membayar semua hutang-hutangnya. Sebaik suaminya keluar dengan kereta, Rasya mendengar dentuman kuat. Suaminya dijemput syahid oleh Allah. Teruskan membaca

Ahmad Yasin HAMAS dlm kenangan

ahmad-yasin-05

 

sayap-kiri-perjuangan

Ustaz Syeikh Ahmad Yasin (1937-2004), pengasas gerakan HAMAS, Palestin. Dibedil syahid pada 22/3/2004. Pengganti beliau, Dr. Abdul Aziz Ar-Rantisy 1947-2004 (foto di bawah Ustaz), doktor pakar kanak-kanak (pediatrik) juga dibedil syahid pada 17/4/2004, kurang sebulan selepas mengambilalih tugas dari Ustaz Ahmad Yasin.

Kelmarin, 22/3/2009, genap 5 tahun perginya Ustaz Ahmad Yaasin, pengasas HAMAS di Palestin yang syahid bila kereta yang dinaikinya semasa pulang dari solat di masjid dibedil dengan peluru berpandu Israel dari helicopter Apache buatan Amerika. Musuh menyangka HAMAS hidup kerana kewujudan tubuh badannya, tetapi hakikatnya HAMAS terus hidup dengan Manhaj yang ditanam olehnya kedalam jiwa umat dan disuburi pula oleh darah syahidnya yang mengalir suci. Teruskan membaca