Mengembali maruah umat ini

Netanyahu & Mubarak 2009

Netanyahu (kiri) dan Mubarak (kanan) di pusat peranginan Sharm Asy-Syeikh, Mesir.

Begitu lemahnya keadaan umat Islam di abad ini, hinggakan salah seorang pemimpin mereka, Presiden Mesir, Hosni Mubarak, terpaksa menerima hormat kunjungan ketua Yahudi terbaru, Perdana Menteri Israel, Benyamin Netanyahu, semalam Isnin 11/5/2009 di Sharm Asy-Syeikh, Mesir. Ia berlangsung sedang baru 4 bulan lalu mereka diperangi Yahudi dari udara, laut dan darat, bersenjata canggih dan kimia, mengorbankan 1300 syahid dan ribuan masih belum sembuh dari kecederaan. Ia berlangsung sedang 1.5 juta penduduk Islam disaat ini sedang dikepung kejam di Gaza, kem tahanan terbesar dalam sejarah manusia, sejak 3 tahun lalu hingga saat ini serta pencabulan kebebasan dan hak-hak asasi berterusan di Tebing Barat dan Baitul Maqdis.

ikh1

Sebaik menjadi Perdana Menteri Israel dan sebelum berlepas ke Sharm Asy-Syeikh, Mesir, Netanyahu secara resmi menolak Pelan Damai Arab 2002 (serah Tebing Barat dan Golan dan dapat balasan berbentuk keamanan dari Arab), enggan keluar dari Golan, Syria yang ditawan Yahudi sejak 1967 dan menolak penubuhan negara “Palestin”. Perjanjian Oslo pernah dimeteri pada 1993 antara Perdana Menteri Rabin dan Presiden Yasir Arafat yang menggariskan bahawa PLO mengiktiraf wujudnya “I.s.r.a.e.l”, menghancurkan HAMAS dengan janji Jerusalem diserah kepada PLO pada akhir tahun 1996. Namun apa yang berlaku ialah, setelah PLO mengiktiraf negara ‘I.s.r.a.e.l”, menangkap ribuan pendokong HAMAS, Netanyahu menang Pilihanraya, naik sebagai Perdana Menteri di awal tahun 1996 dan menolak semua yang terkandung dalam Perjanjian Oslo 1993. Kini tahun 2009, setelah 16 tahun, ia berlaku lagi dan oleh aktor Netanyahu juga. Begitulah umat Islam dipermainkan oleh Yahudi dan Barat, hari demi hari, tahun demi tahun dan dekad demi dekad. Seorang dari mereka berbuat janji, seorang yang lain memansuhkannya. Musuh bermain dengan masa. Mereka memerlukan lagi masa untuk mengYahudikan bandar Jerusalem, mengIsraelkan keseluruhan negara Palestin dan mencipta sejarah baru. Sedang ramai pemimpin umat Islam memerlukan masa juga, tetapi untuk mengkayakan diri dan keluarga serta bermegah dikenang sejarah sebagai ketua negara, walau tidak mempunyai apa-apa agenda Islam dan agenda mengagungkan umatnya.

yasin009

Alangkah baiknya jika sebaik sahaja pengistiharan Netanyahu seperti diatas, para pemimpin umat Islam bangkit dan berada bersama rakyat mengutuk ucapan tersebut, Perang Gaza dan Penjajahan Abad 21 keatas Palestin.

Secara jelas kita nyatakan bahawa kita dan umat Islam mengutuk kunjungan Netanyahu yang menjejak kaki memalit najis di bumi Islam Mesir. Kerajaan-kerajaan di negara-negara umat Islam harus bersungguh-sungguh menyeru agar ditamatkan sekatan dan kepungan Yahudi dan Barat ke atas umat Islam Gaza yang sedang diancam kebuluran dan penyakit. Tanggungjawab ini akan dipersoalkan oleh Allah swt di Hari Akhirat. Sepatutnya mereka malu dengan Presiden Venezuela, Chavez, seorang kafir dan bukan-Arab, yang mengutuk serangan 22-hari Israel ke atas Gaza, menganggapnya sebagai “holocoust”, memutuskan hubungan diplomatik Venezuela-Israel, mengusir Duta Israel dan semua kakitangannyadari bumi Venezuela dan menyeru Presiden Israel, Peres dihadapkan ke Mahkamah Antarabangsa di The Hague.

Chavez & Obama

Presiden Venezuela, Chavez mengutuk Israel & Bush atas serangan ke atas Gaza. Apabila Obama mengalahkan McCain dari parti Bush, Chavez menghulurkan plan persahabatan semula dengan US. Beliau bercadang membuka kedutaannya semula di US di bawah Obama. Orang-orang yang tidak beriman tidak berprinsip yang jelas. Harapan hanya kepada umat Islam yang berpegang teguh kepada panduan Al-Quran dan Al-Sunnah.

Dalam dokongan Amerika yang padu kepada Israel, diaspek politik dengan perisai Veto di Majlis Keselamatan PBB, diaspek ekonomi dengan bantuan USD30bilion yang dilulus Senate baru-baru ini, diaspek tentera dengan penyaluran senjata, teknologi dan kepakaran, perutusan resmi Presiden Obama kepada umat Islam sedunia dari bumi Mesir pada 4/6/2009 ini tidak akan ada nilainya barang sedikitpun. Actions speak louder than words. “Mereka akan terus menerus memerangi kamu hingga mereka dapat memurtadkan kamu sekiranya mereka mampu” (Al-Quran).

HamasRallyImage4

(Foto: Rapat umum HAMAS, Palestin) “Yang aku maksudkan dengan Jihad ialah kefardhuan yang berkekalan hingga ke Hari Kiamat. yang dimaksudkan oleh hadis Nabi saw bermaksud, ‘Siapa yang mati sedang dia belum berperang atau belum berniat untuk berperang, dia mati dengan kematian Jahiliyah’. Peringkat terendah ialah menginkari dengan hati. Peringkatnya yang tertinggi ialah berperang dijalan Allah. Diantara kedua-dua peringkat tersebut, jihad pertuturan, jihad penulisan, jihad tangan dan berkata benar dihadapan ketua negara yang zalim. Dakwah tidak hidup melainkan dengan Jihad. Betapa tingginya cita-cita Dakwah dan luasnya rung lingkupnya, begitu jugalah agungnya Jihad dijalannya, tingginya harga yang dituntut untuk memenangkannya dan melimpah ruahnya pahala bagi mereka yang bekerja (ke arah itu). Firman Allah swt bermaksud, “Berjihadlah kamu dijalan Allah dengan sebenar-benar Jihad” (Surah Al-Hajj)”  [Hasan Al-Banna]

Semoga Allah swt segera memenangkan Agama ini dalam berhadapan dengan musuh-musuhnya. Moga kita dapat membina generasi demi generasi yang memahami dan menghayati Islam dalam kehidupan serta terus menerus memperjuangkan Islam sehingga ke Hari Kiamat. Ameen.

Ustaz Halim INIJALANKU  www.inijalanku.wordpress.com

4 Respons

  1. MasyaAllah ustaz~~

    sedih melihat kepincangan ini…

    hidup sebagai seorang muslim tidak lagi dibanggakan?

    semoga Allah memelihara kita supaya sentiasa bangga sebagai seorang islam.

    mohon benar jika ustaz mampu beri nasihat kepada ana, berdepan dengan dunia barat (Australia)

  2. Nantilah kita semua akan hadirnya hari kiamat.
    Kehebatan mesir pun hanya tinggal pada monumen-monumen bersejarah sahaja…

  3. salam, teruskan perjuangan mmbuat blog ni!

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: