Ikhwan hadir pengkebumian cucu Presiden Mesir

Keranda Cucu Mubarak

Alak (kanan) dan Jamal Mubarak (kiri) sedang mengusung jenazah anak Alak, cucu Presiden Husni Mubarak. Turut hadir ialah beberapa orang pimpinan tertinggi Ikhwan Muslimin.Kini, Jamal fokus untuk mengganti ayahnya menjadi Presiden Mesir. Alak fokus bidang koporat.

Beberapa pimpinan Ikhwah Muslimin turut hadir dalam pengkebumian cucu Presiden Mesir yang meninggal dunia, Muhammad bin Alak bin Husni Mubarak, diantara mereka ialah Dr. Abdul Mun’im Abu Al-Futuh yang merupakan Setiausaha Majlis Doktor-doktor Arab, Dr. Muhammad Saab Al-Katakiny, ketua Ahli-ahli Parlimen Ikhwan Muslimin dan Ir. Saad Al-Husainy, ahli Parlimen. Ketiga-tiga mereka adalah anggota Maktab Irsyad (Pimpinan Tertinggi) Ikhwan Muslimin.

Ahli-ahli Parlimen Ikhwan Muslimin yang juga turut hadir ialah Husein Muhammad Ibrahim, Naib Ketua Ikhwan di dalam Parlimen, Dr. Ahmad Diyab, Setiausaha Ikhwan didalam Parlimen dan Dr. Muhammad Al-Beltajy, Penolong Setiausaha Ikhwan di dalam Parlimen.

Dalam kenyataan yang dikeluarkan, Dr. Muhammad Saad Al-Katatiny menyatakan kehadiran mereka dalam pengkebumian jenazah cucu Presiden Mesir ini merupakan satu kewajipan kemasyarakatan dan kemanusiaan dan tidak mempunyai apa-apa motif politik. Telah menjadi kebiasaan bagi Ikhwan Muslimin melaksanakan kewajipan-kewajipan seumpama itu tanpa melihat perbezaan atau kesepakatan dalam pandangan atau kecenderungan politik masing-masing.

(Ketika ini Naib Mursyid Am Ikhwan Muslimin, Ir. Khairat Syatir dan beberapa pimpinan tertinggi Ikhwan sedang menjalani hukuman penjara 7 tahun. Hukumannya dijatuhkan oleh Mahkamah Tentera Mesir, bukan Mahkamah Awam, bersama beratus pendokong Ikhwan yang lain diserata Mesir, terdiri dari kalangan orang awam).

Rujukan : Ikhwan Online 21/5/2009  http://www.ikhwanonline.com/Article.asp?ArtID=49251&SecID=211

Terjemah & ringkasan : Ustaz Halim INIJALANKU  www.inijalanku.wordpress.com

Satu Respons

  1. salam ziarah dari KRIM Shah Alam Klang

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: