“PM” angkat sumpah depan Presiden-tamat-tempoh

Abbas dpn Fayyadh

“Perdana Menteri” dan “Menteri-menteri Kabinet” dari parti-parti selain HAMAS (sedang HAMAS yang menang Pilihanraya Umum 25.1.2006) mengangkat sumpah di hadapan “Presiden” yang dah tamat tempoh kuasanya. Begitulah yang berlaku semalam di Tebing Barat, Palestin. Hasbunallah wa nikmal Wakeel (Cukuplah Allah pada kami. Dialah sebaik-baik tempat mengadu).Tempoh kuasa presiden bagi Mahmud Abbas (Gerakan FATAH) telah tamat 8 Januari 2009 lalu (lebih dari 4 bulan lalu). Sepatutnya pilihanraya memilih presiden telah lama berjalan akan tetapi oleh kerana populariti FATAH nyata rendah seperti yang ditunjukkan dalam keputusan Pilihanraya Umum Palestin 25.1.2006 (hanya 27% berbanding Gerakan HAMAS 65%), maka FATAH bekerjasama dengan Amerika dan Israel melancarkan Perang Gaza bermula 27.12.2008 iaitu 2 minggu temat tempoh Presiden, agar presiden yanag baru nanti dinaikkan melalui peperangan dan kehancuran HAMAS dan bukannya melalui Pilihanraya. Sampai berita bahawa apabilan Perang Gaza bermula, beberapa pimpinan FATAH telahpun berada di Mesir sebagai persediaan untuk ditabal menjadi Kabinet Baru di Gaza, sekiranya Gaza jatuh ke tangan Israel. Sangkaan dan harapan mereka meleset kerana setelah 22 hari Perang Gaza, HAMAS dan umat Palestin masih utuh dengan pilihan mereka untuk hidup merdeka.

Abbas dan Fayyadh 2

Semalam, tanpa mengendahkan tempoh jawatan Presiden telah tamat 4 bulan lalu, sidang damai dan perpaduan diantara HAMAS dengan FATAH yang sedang berjalan di Kaherah, Parlimen Palestin yang masih dalam tempoh sahlaku (baru berlalu 3 tahun dan baki 1 tahun), HAMAS yang telah menang sepatutnya mentadbir kesemua dua wilayah Palestin, iaitu Gaza dan Tebing Barat, akan tetapi Mahmud Abbas membentuk pula kabinet baru di Tebing Barat mengikut seleranya sendiri.

Faruq Al-Qadumy

Faruq Al-Qadumy, Ketua Biro Politik PLO, menyelar mainan sia-sia Mahmud Abbas. PLO dikuasai Gerakan FATAH sejak mula ia ditubuhkan pada tahun 1964. Kutua Umum FATAH hari ini ialah Mahmus Abbas sendiri.

Seorang pimpinan FATAH, Faruq Al-Qaddumy yang juga Ketua Biro Politik, Pertubuhan Pembebasan Palestin (PLO) yang beribu pejabat di Tunis sejak tahun 1982, mengkritik hebat tindakan yang diambil Mahmud Abbas. Beliau menyifatkan apa yang berlaku sebagai mengenepikan pandangan ahli-ahli Parlimen FATAH dan asas-asas demokrasi, bahkan menyelar Mahmud Abbas dan menuduhnya melakukan perkara yang sia-sia, diktator dan cuba memaksakan pendangan sendiri ke atas orang lain. Ia juga sekadar sebuah kerajaan tempatan yang digunakan oleh Barat yang menaja dengan wang kepada Palestin untuk menjauhkan masyarakat dari pimpinan mereka agar mudah diperkotak katikkan oleh General Keith Dayton, Penyelaras Amerika dalam “Biro Hal Ehwal Keselamatan Palestin”. 

Tidak pelik, kerana pada ramai pimpinan Arab dan Islam zaman kini, pengiktirafan yang lebih penting adalah datangnya dari Amerika, Eropah dan Kuasa-kuasa Besar, dan bukannya dari rang undang-undang yang digubal oleh rakyat dan masyarakat Islam. “Perdana Menteri” Salem Fayyadh dan Kabinet Baru ini sudah pasti diiktiraf oleh Barack Obama, peneraju “D.e.m.o.k.r.a.s.i” dan Kuasa-kuasa Besar Dunia. Persoalannya adakah Negara-negara Umat Islam akan mengikut jejak langkah Amerika dan Barat kerana takut dan mengikut telunjuk, atau tidak mengiktiraf kepresidenan Mahmud Abbas dan kabinet haram Salem Fayyadh ? Ini akan dinilai oleh umat Islam dalam beberapa bulan dan tahun kedepan ini.

Moga melalui perjuangan umat Islam yang gigih, Allah swt menganugerahkan kita kebebasan, keadilan, kesejahteraan dan keagungan dalam hidup di dunia ini. Ameen.

Ustaz Halim INIJALANKU   www.inijalanku.wordpress.com

6 Respons

  1. salam alayk ustaz
    maaf mengganggu bagi jemputan kat entri komen ni

    ustaz, saya nak jemput ustaz jadi penceramah pada bulan Ramadhan, untuk Nuzul Quran di Kolej Kediaman Nilam Court, Universiti Sains Islam Malaysia, tarikh dalam perancangan: 11 september 2009

    Segala kerjasama ustaz saya dahului dengan ucapan terima kasih.

    Daripada,
    Rabiatul ‘Adawiah Mohd Hosni (0133574418)
    Biro Pembangunan Insan
    Kolej Kediaman Nilam Court
    USIM

  2. MashaAllah, sebegitu sekali perancangan mereka. Harap makin ramai yang akan menyokong HAMAS.
    Artikel yang sangat membantu, tetapi sayang tidak dimeriahkan dengan respon.

  3. Hal di atas menunjukkan kebaculan manusia yang masih mahu mengikut hawa nafsu.Apa dah jadi dengan dunia islam lain ?sistem demokrasi yang dilaung2kan oleh mereka kini dicauli terang2an demi untuk mendapat kuasa.

  4. Pengajian Kitab bersama Sheikh Muhamad Fuad Kamaluddin(Ahli Majlis Fatwa N.Sembilan),

    Hari ini di Surau Kemensah Heights
    Muslimin & Muslimat semua dijemput hadir,

    Tarikh : 26 MEI 2009 (SELASA – HARI INI)
    Masa : Lepas Solat Maghrib & Bacaan Ratib Al-Haddad
    Tempat : Surau Kemensah Height, belakang Zoo Negara.

    Sebarang pertanyaan sila hubungi En. Maznor di talian 019 662 3826.

    http://pondokhabib.wordpress .com

  5. Salam ustaz

    out of topic.
    jikalau lepas tarikh SPM,ada tak pakej utk gi umrah?
    Berapa ya satu pakej
    umrah=murah

  6. salam…tumpang lalu..siapa minat konspirasi, sejarah melayu yg hilang atau perbincangan sufi, boleh la ke http://www.nusanaga.blogspot.com

    selain tu boleh eratkan tali persaudaraan…nilah zamannya untuk bangkitkan sesuatu…

    wassalam

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: