Hati Akhirat kunci kejayaan Dakwah

Bukit Pemanah

Bukit Pemanah (Jabal Rumaah), bukit kecil di depan (banjaran) Bukit Uhud. Godaan dunia terhadap sebahagian kecil tentera Islam mengalahkan keseluruhan tentera Islam di Perang Uhud, setelah mereka menang di Pusingan Pertamanya. Tidakkah ia cukup memberi pengajaran?

<updated 15.6.2009> Ketika menziarahi tapak Perang Uhud, Bukit Uhud, Bukit Pemanah dan Tanah Perkuburan Uhud, hakikat bahawa Dakwah ini tidak menerima dunia bertahta dihati sangat kuat berlegar difikiran saya. Ini ditambah lagi dengan pemerhatian terhadap ramai para Duat (pendakwah) yang kecundang dek dunia dan kemewahan, belum lagi diduga dengan kesakitan, kepayahan dan nyawa melayang.

Kisah ringkasnya, dalam Perang Uhud, Rasulullah saw meletakkan posisi sebahagian tentera pemanah di Bukit Pemanah (Jabal Rumaah) dengan arahan jangan turun dari bukit tersebut samada dikala tentera Islam menang atau kalah.

Money currencies

Apabila tentera Islam menang, dan tentera di bawah bukit sibuk mengutip harta-harta rampasan perang yang ditinggalkan Quraisy, sebahagian besar tentera pemanah di atas bukit tergoda dengan Dunia, membantah arahan tadi dan terus engkar dengan mereka turun ke bawah untuk turut tidak ketinggalan merasa sama harta-harta tersebut. Pertahanan di bukit terbiar. Khalid Al-Walid dan tentera berkudanya segera menyerang dari arah bukit tersebut, membunuh sekitar 70 tentera Islam dan Rasulullah saw sendiri berdarah. Dalam keadaan hampir kalah ini, perang berjaya dihentikan apabila Rasulullah saw mengarahkan tentera Islam untuk naik ke atas Bukit Uhud.

Kubur Syuhadak Uhud

Bukit Pemanah (di belakang) dan tanah Perkuburan Syuhadak Uhud. Asy-Syahid Hamzah Abdul Mutalib, Asy-Syahid Mus’ab bin Umair dan Asy-Syahid Abdullah bin Jahsy di liang hujung, manakala baki lebih 60 Sahabat ra yang syahid di liang yang berhampran di foto.

Bukan tentera dan umat Islam kalah kerana tiada strategi. Uhud membuktikan strategi pertama ada dan boleh menang di Pusingan Pertama. Bukan Islam kalah kerana kurang bilangan, kelengkapan dan teknologi. Uhud membuktikan semua kekurangan-kekurangan diatas tidak menghalang Islam menang di Pusingan Pertama. Kekalahan umat Islam di Uhud dijelaskan oleh Allah swt dalam Al-Quran, bermaksud, ‘Sungguh Allah telah membenarkan janjiNya, ketika kamu mengalahkan mereka dengan izinNya. Hingga apabila kamu rosak, membantah-bantah arahan yang dikeluarkan, kamu langgar, setelah Dia melihatkan kepada kamu APA YANG KAMU SUKAI. SEBAHAGIAN KAMU HENDAK DUNIA, dan sebahagian kamu hendak Akhirat. Kemudian kamu tidak dapat melawan mereka kembali, supaya Allah menguji kamu. ALlah memilik kurnia yang luas untuk orang-orang beriman” (Surah Ali Imran).

Bukit Pemanah 2

Bukit Pemanah : Pengajaran untuk umat Islam hingga ke Hari Kiamat. Memahami mesej yang disampaikan Allah swt di dalam Al-Quran mengena bukit kecil ini dan tanah perkuburan di bawahnya sudah cukup untuk mengembalikan kejayaan buat Dakwah dan mengembalikan keagungan buat umat Islam ini sekali lagi.

Jelas sekali bahawa kekalahan umat Islam ialah kerana rosak hati-hati, membantah-bantah dan mengengkari arahan yang kesemua itu hakikatnya ialah kerana Allah, Akhirat dan Dakwah ini tidak bertahta di hati seperti mana Dunia bertahta. Pandangannya terhadap kereta, rumah, gaji mengaburi mata hatinya dari merenung Akhirat. Lalu janji Allah untuk memiliki bidadari Syurga tidak menjadi sekuat gaji bulanan yang diperolehinya. Matlamat Dakwah ini tidak sepenting unjuran-unjuran perniagaan dan pulangan saham yang sedang diusahakannya. Organisasi Dakwah ini tidaklah perlu diberi keutamaan selayak syarikat tempat dia bekerja dan mencari nafkah dan kemewahan.

Money fire

Sering kita sedih melihat gugurnya syahid umat Islam di Palestin dan di dunia Islam yang lain, namun kita juga sedihMoney businessmen apabila melihat tidak kurang bekas para Duat yang dulunya ayam kampung tangkas pergi ke mana sahaja di medan Dakwah ini menuntut masanya, tetapi apabila hakikat Uhud tidak bertunjang kukuh didalam hati dan jiwa, ramai kemudiannya menjadi ayam daging yang nampak gemuk berisi fizikalnya dengan kemewahan dunia, rumah besar dan kereta mewah tetapi hakikatnya terkurung di pejabat dan banglo, dari merasai kemerdekaan jiwa dan kemanisan serta keluasan medan Amal Dakwah yang berkat ini.

Kubur Syuhadak & Kami

Demi berjaya mencapai matlamat Dakwah ini, Imam Hasan Al-Banna mnegaskan bahawa yang beliau kehendaki dengan Ikhlas itu ialah bahawa setiap lelaki dan wanita di dalam Dakwah hendaklah meletakkan wajah Allah, mencari keredhaanNya dan ganjaran pahala dariNya sebegai tujuan bagi setiap perkataan, amalan, jihad dan kesemua yang lahir darinya, tanpa menoleh kepada pulangan atau ganjaran material, pangkat atau gelaran, menonjolkan atau pun menarik diri. Oleh yang demikian, dia menjadi tentera kepada Fikrah (Ideologi) dan Aqidah, bukan tentera memburu pulangan dan menfaat. “Katakanlah ‘sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku dan matiku adalah untuk Allah, Tuhan sekelian alam. Tiada syirik bagiNya. Demikian aku diperintahkan. Dan aku termasuk dari kalangan orang yang menyerah diri’ ” (Al-Quran). Dengan itu fahamilah slogan kita “Allahu Ghayatuna” (Allah Matlamat Kita).

Uhud akan terus diziarahi oleh umat Islam dan ia akan terus memberikan pengajaran kepada mereka yang ingin mengambil iktibar bahawa godaan Dunia ini telah banyak menimpakan kekalahan kepada umat, organisasi, jemaah dan individu Islam di seluruh dunia, disepanjang zaman.

Ustaz Halim INIJALANKU  www.inijalanku.wordpress.com

Al-Madinah Al-Munawwarah

11 Respons

  1. assalamualaikum ustaz,

    jzkk atas perkongsian, semoga iktibar Uhud mendapat tempat dalam jiwa para du`at, apalagi bagi kami yang masih bertatih. semoga tetap tsabat dan sabar, serta tabah… Allahumma ameen…

    ya Allah, jadikanlah dunia itu di tangan kami dan bukan di dalam hati kami… Allahumma ameen…

    salam dari sydney

  2. Semoga ALlah menguatkan hati-hati para du’at untuk terus bermujahadah lebih-lebih lagi semasa menghadapi ujian materialistik keduniaan. Ameen

  3. jzkk ust.. tazkirah yg sgt bermanfaat dan mmg patut diingat2kan selalu.

  4. uhibbun dunya wa qaratil maut…
    Penyakit ni harus dihindari..
    JazakaAllah ustaz

  5. Jazakallahu khairan, ust A. Halim.
    فاسثقم كما أمرث!

  6. salam,jzkk ust atas artikel yg menarik ni…thabat bukan satu perkara yg mudah sbb kite tak dapat baca ape yg akan berlaku pada masa akan datang… kdg2 bile fikir rase takut jugak nak hadapi masa depan..Hanya Allah shjalah tempat pergantungan agar terus thabat atas jalan ini…Rabbuna musta’an

  7. alhamdulillah..terima kasih ust..
    kongsilah lagi ustaz, makna d sebalik perjalanan hidup Rasulullah. setiap kata nama dlm perjalanan hidup beliau pastinya ada makna yang mendalam dan mekar hingga kini jika benar2 dihayati.
    terima kasih Allah mengizinkan ustaz berkongsi dlm membantu kami.

  8. Assalamualaikum wrtbkth…
    jazakaAllahukhairan ustaz atas tazkirah yang ditulis…alhamdulillah ia mengetuk hati kita agar sentiasa menilai diri supaya ikhlas menjalankan amal ibadah tugas yang diamanahkan… semoga Allah swt mengampuni dosa2 kita semoga dirahmati kita dengan taufiq dan hidayah di sisiNya semoga kita cemerlang di dunia dan akhirat …. dan dimasukkan di dalam syurgaNya bersama-sama dengan orang2 yang banyak berbuat bakti…ameen

    rosyadah

  9. Salaam ustaz

    Sy teringin nak utarakan satu persoalan yang sy dh lama mencari jawapan. Kalau kt tgk para sahabat dahulu sgt suka berkorban harta, malah ada para shbt (Talhah dan AbuBakar) yang sanggup memberi semua harta kekayaannya ke jalan Allah dan Allah membalasnya kembali dgn lebih byk nikmat. Sy teringin sgt utk menjadi org spt itu.

    Tapi sy tertanya2 dlm situasi cthnya sbg pelajar. Mcm mana sy boleh mencapai pengorbanan spt itu. Sy inginkan agar semua duit sy diberi ke jalan Allah. Tapi sy perlu save duit juga, ada utk kegunaan ibu bapa, ada utk supaya boleh pergi prog bila balik msia, dan ada juga utk persiapan berkahwin (oh segannya nak sebut).

    Jadi mcm mana tu ustaz. Betul, tak best bila terasa hati dicengkam dunia sedangkan jiwa mengharapkan akhirat.

    Anyway, ahlan wasahlan ke aus thn ni ust🙂

  10. Salam..maaf mencelah..bagi yang berminat nak study di bumi anbiya’ maybe link ini ade baik nya…
    http://www.skba.wordpress.com

  11. Umumnya kita tidak tahu sampai bila kita akan mampu bertahan. Selalu berdoa dan perlu fikir pengorbanan orang lain berbanding diri sendiri.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: