Kelahiran Gen 3 di Jalan Dakwah

Yahya 01.

Yahya b. Shuhaib Ar-Rumy, cucu (Gen3) pertama saya.

Kelmarin, Ahad 28/6/2009 jam 11am, saya mendapat berita anak sulung kami, Uswah telah selamat melahirkan anaknya, Yahya bin Shuhaib, 3.5kg, di Cairo. Alhamdulillah, kedua-dua ibu dan bayi sihat walafiat. Yahya adalah cucu kami dan cucu besan yang pertama. Perkahwinan Shuhaib dan Uswah berlangsung pada 15/2/2008 yang lalu di Cairo. Sekarang saya dan isteri berpangkat “datuk” dan “nenek. Bagi setiap kejadian di dalam Jalan Dakwah ini, duat sentiasa mencari dan mengambil pengajaran darinya :

  1. Masa berlalu begitu pantas. Rasa baru berkahwin (25/7/1985) semalam, hari ini (28/6/2009) dah bercucu. Dah 24 tahun rupanya saya membina rumahtangga. Masa tidak menunggu kita, akan tetapi kitalah yang mengejar masa dengan amal dan Dakwah, siang dan malam. Alangkah ruginya orang-orang yang leka atau membuang masa, atau orang yang nampak memenuhi masanya, tetapi melalui jalan yang salah ke matlamat yang tersasar !
  2. Rijal ud-Dakwah silih berganti. Kehadiran Yahya menandakan Generasi Ketiga telah tiba untuk disediakan bagi mengambilalih panji-panji Perjuangan Islam yang panjang ini. Persoalannya ialah sebaik mana kita menyiapkan mereka untuk memikul amanah yang besar ini, termasuk persiapan aspek ilmu, iman, keperibadian, pengalaman, jiwa dan sebagainya.
  3. Hari ini masih sibuk dan disibukkan. Sesetengah orang termasuk mereka yang pernah terlibat di Jalan Dakwah berkata, “Ketika usia muda, hidup memang sibuk. Nanti bila dah tua dan bercucu, masa banyak terluang, boleh kita selalu ke surau dan fokus kepada Dakwah semula”. Apa yang terjadi sebaliknya. Semakin berusia, semakin kita sibuk dan disibukkan oleh berbagai perkara kehidupan. Oleh itu, jangan menangguh, rebutlah peluang dihari muda sebelum datang hari tua, senang sebelum susah, lapang sebelum sibuk, sihat sebelum sakit, hidup sebelum mati.
  4. Dakwah ini terus hidup dan berkembang dengan “Hikmah Asy-Syuyukh wa Hamasah Asy-Syabab” (Hikmah para Veteran dan semangat para Belia). Medan Dakwah generasi saya (ayah) tidak sama dengan medan Dakwah generasi Uswah (anak), apatah lagi generasi Yahya (cucu) nanti. Dakwah harus menggarap kedua-dua aspek tidak berubah (Ath-Tsawabit) seperti Aqidah, Ibadah dan Akhlak, dan dalam masa yang sama menggarap aspek-aspek berubah (Al-Mutaghayyirat) mengikut masa, tempat dan suasana. Cara berdakwah kepada generasi panggung wayang dan telegram tentu sekali berbeza dengan generasi internet dan handphone.
  5. Kehadiran cucu menunjukkan hari-hari kematian semakin menerpa. Selepasnya datang pula Hari Hisab dan Hari Pembalasan Abadi. Kalau begitu, apalah gunanya beramal tanpa ikhlas, yang hanya akan membataskan tuannya kepada ganjaran di dunia ini sahaja? Apalah gunanya mengangkat diri dan menjatuhkan orang lain, dalam syarikat maupun dalam organisasi Dakwah itu sendiri? Apalah hebatnya harta dunia, nafsu syahwat, pangkat, gelaran dll. yang digilai manusia sedang mereka akan meninggalkan kesemua itu di hari yang semakin hampir kedatangannya? “Cukuplah mati itu sebagai pemberi ingatan” (Hadis).
  6. Syukur kerana Allah swt masih menthabatkan saya dan isteri untuk berada di Jalan Dakwah ini hingga ke saat bercucu. Semasa hendak mendirikan rumahtangga, saya sering mengambil ingatan tentang sebahagian Pendakwah yang menjadi leka dan lalai dari tanggungjawab Dakwah selepas mereka berumahtangga. Sebahagian dari mereka yang dapat bertahan, tidak dapat pula terselamat setelah mereka beranak pinak dan disiukkan oleh mereka. Moga Allah swt menthabatkan kita sehingga ke cicit pula, insyaAllah. (Thabat = teguh, berterusan dan istiqamah walau berlalu masa yang panjang). “Katakanlah sekiranya ayah-ayah, anak-anak, adik beradik, pasangan, saudara mara, harta yang kamu kumpulkan, business yang kamu takut rugi dan rumah yang kamu syok tinggal di dalamnya lebih kamu sukai dari Allah, RasulNya dan berjihad di JalanNya, maka tunggulah sehingga Allah mendatangkan keputusannya. Allah tidak memberi petujuk kepada orang-orang fasiq” (Al-Quran).

walimah-pasangan.jpg

Pengerusi ISMA-Mesir, Shuhaib Ar-Rumy & Uswah Hasanah di hari Walimah mereka tahun 2008 lalu. Menaiki kenderaan Bait Muslim, melalui Jalan Dakwah, menuju ke arah Ustaziatul Alam.

Asiah-Ummi

Di hari yang sama 28/6/2009, di Jordan, lahir Gen3, Asiah Awatiff Aiman, jam 9.40 pm, 11 jam selepas Yahya Shuhaib dilahirkan, anak sulung Ketua Wanita ISMA-Jordan, Asma’ Khalid, kawan sebumbung Uswah di Sek. Men. Islam Hira’, Jeram, Selangor suatu masa dahulu. Ayah Asiah, Aiman, adalah Setiausaha Agung ISMA-Jordan. “Panji yang suci ini, ia harus terus berkibar. Tetap disambut walau zaman berubah dan berputar” (sedutan Nasyid Sinaran Azhar 1996 – nyanyian Ustaz Sidek Al-Kelantany). Foto dari http://sentuhanjiwa.wordpress.com/2009/06/28/asiah-awatiff-binti-aiman/

hamas_ayyash

Ir. Yahya Ayyash, lepasan fakulti kejuruteraan Universiti Bier-Zeit, Gaza. Jurutera pertama Gerakan HAMAS yang mencipta bom operasi-operasi syahid HAMAS membunuh Yahudi. Beliau syahid diledak kepalanya oleh handphone yang dipasang bom didalamnya. Bapa saudaranya, peminjam handphonenya sebanyak dua kali bagi pihak Yahudi, kemudiannya berhijrah ke Amerika Syarikat. Syahidnya Yahya Ayyash melahirkan lebih ramai Yahya sepertinya di Dunia Islam, insyaallah.

Semoga Allah swt memberkati keluarga dan anak cucu kita, diberiNya kejayaan di dunia dan di Akhirat, dijauhkan dari sebarang mara bahaya, penyakit dan penyimpangan dari jalan Dakwah ini. Ameen.

Ustaz Halim INIJALANKU   www.inijalanku.wordpress.com

27 Respons

  1. Salam. Tahniah untuk ust. Semoga cucu ini memberi menafaat kepada Islam, berjuang mempertahankan ugama ALLAH ini.

  2. Mabruk Ust..

    Moga Yahya bakal menjadi pewaris risalah satu hari nanti.

  3. Salam ziarah Datuk Ustadz Halim (;p) ,

    Tahniah! Dah ada title Datuk ni… Muga Yahya membangun sebagai pejuang yang lebih baik dari atuknya…

    Burika laka fil Mauhub wa syakartal Wahib wa Ruziqta birrahu. (Diberi keberkatan bagimu pd si anak, dan kamu berterima kasih pd Yg Memberi)

    Wassalam,
    AbuSafiyyah

  4. ALHAMDULLIAH DAH DAPAT CUCU.

    MAILAH KE MANEK URAI BANTU PERJUANGAN ISLAM

  5. Tahniah ya, ust A. Halim. Kami tumpang gembira dan syukur. Nanti cucu balik kampung beraya, bolehlah dia dengar pengalaman datuk dia kat Mesir dulu. Bestnya! 🙂

  6. Alhamdulillah.
    Seronok. Sejak akhir-akhir ni, banyak kelahiran mujahid/mujahidah baru, termasuklah Yahya ni.
    Mabruk, ustaz. Moga Yahya jadi waris risalah yg hebat ini.

    Salam tahniah,
    -Syahrul Fitri
    Adelaide, Australia
    (Adelaide diserikan oleh Husnun Nasihah, Mujahid Iqbal, Hamzah Istisyhad, Umayr, Zayd, dll – ramai sgt nak ditulis di sni)

  7. Assalamualaikum wbt.

    Syukur Alhamdulillah & Tahniah kpd Ustaz Halim sekeluarga. Moga kehadirannya akan membawa keberkatan dan lahir lagi pendakwah Islam yang membawa perjuangan dan sinar keimanan kepada generasi akan datang. Insyallah

    Hj RoseAdy & Hjh Salmi,
    Bandar Baru Bangi

  8. Assalamualaikum wrtbkth..

    Ustaz Halim dan ustazah, alhamdulillah dan tahniah atas kurniaan Allah mendapat cucu pertama. Saya memang antara peminat blog ustaz, refleksi ustaz amat menyentuh hati saya dan semoga ustaz akan terus menulis dalam usaha saling berpesan untuk kebenaran dan kesabaran… ameen semoga doa ustaz untuk kebaikan kita semua dan seluruh generasi kita akan dimaqbulkan oleh Allah swt.

    Suami saya kirim salam dan ucap tahniah juga… doakan kami sekeluarga…

    ni dia nak tulis pulak…..

    ASM Ust Halim…Ingat saya lagi.. Che gu Puaad Othman yang mengajar Fizik dahulu di MRSM.. dan kita jumpa kat Mekah tu. Jika Ustaz happen to be around UKM.. drop by and give me a call office: 03-89215914 atau ust email saya : puaad@ukm.my
    Selamat bercucu..
    Wassalam

    • Assalamualaikum wrtbkth..

      Semalam anak ketiga kami baru pulang dari mengikuti program perkhemahan dan bila mendengar cerita dia tentang ceramah ustaz di situ, kami beritahu dia yang itulah ustaz Halim yang menjadi ustaz di Maktab kami semasa kami menunaikan haji tempoh hari. Dia anak perempuan kami yang ketiga Nur Imani baru habis ikuti IB program di KMB sedang menunggu keputusannya. Mudah2an berkat doa semua dia mendapat keputusan cemerlang. ..ameen.. semoga dia turut menjadi pewaris perjuangan dakwah kita ameen..

      wassalam

      rosyadah

  9. alf mabruk!!

    Doakan juga kepada yg ‘on da way’ moga selamat bersalin.

    wallahu a’alam

  10. Tahniah, alf mabruk ustaz ekeluarga

  11. Salam Yg Bhg Datuk Abdul Halim Abdullah

  12. Mabrook Ustaz. Moga Yahya menjadi daei seperti ayah dan datuknya Insya-Allah.

  13. Assalamualaikum….
    Taniah ustaz sekaluarga..

  14. Majlis Munajat Perdana Malam ini bersama Syeikh Fuad : http://pondokhabib.wordpress. com

  15. salam,

    mabruk ustaz.moga benih yg lahir ini akan terus tumbuh merendang, memberi manafaat kepada umat seluruh alam.

  16. tahniah akhi dari kami sekeluarga

  17. tahniah akhi kami tumpang gembira

  18. Mabrur Ustaz!

    “ Semoga Allah memberkati kurnianNya, syukurilah atas pemberian ini, penuhilah keperluannya dan rezekikanlah masa hadapannya”

  19. Salam Ustaz,
    Tahniah saya ucapkan. Semoga Yahya menjadi penyambung perjuangan.
    Nadhrah, Kuatagh 88

  20. mabruk alaikum mudir…atas kelahiran cucu baru..
    syukur alhamdulillah…uswah selamat melahirkan

  21. Assalamu`alaikum,

    Tahniah atas kelahiran cucu pertama. Cuma terpanggil untuk mencoretkan komen di sini kerana tepat 10 tahun sebelumnya, pada 28 Jun 1999, Hassan Muslih Hafiz Al-Asadi telah selamat dilahirkan di Royal Women’s Hospital, Melbourne, Australia.

    WALlahua’lam

  22. alfu mabruk khususan ila ust halim wa kak fariza, moga anakcucu thabit ala hazatthariq

Tinggalkan Jawapan kepada Megat Ahmad Rithauddeen Batal balasan