Jihad : Jalan Islam di Iraq hari ini

JAMI Iklan

Barisan Penentangan Islam Iraq. Slogan mereka “Al-Mautu fi Sabilillahi Asmaa Amanina” (Mati di Jalan Allah adalah cita-cita kami yang tertinggi”. Slogan ini mula diajar oleh Asy-Syahid Hasan Al-Banna.

Musuh-musuh Islam di Barat, boneka mereka di Dunia Islam dan media massa antarabangsa tidak sudah-sudah cuba menipu umat Islam yang sedang bangkit di zaman ini. Apa yang Amerika dakwa menarik tenteranya dari Iraq bermula dari 30/6/2009 adalah helah semata-mata, bertujuan menaikkan populariti Perdana Menteri Iraq boneka Amerika hari ini, Nuri Al-Maliky, dan Presiden Amerika Barack Obama yang kononnya telah mengkritik Presiden Bush tentang Iraq dalam kempen Presidennya yang lalu. Ia juga bertujuan menunjukkan bahawa Amerika menunaikan semua isi-isi “Perjanjian Keselamatan Bersama” diantara Penjajah Amerika dan Kerajaan Iraq sebelum ini.

Wanita IraqApa sebenarnya berlaku ialah setelah serangan bertubi-tubi keatas Tentera Amerika oleh Gerakan Penentangan Islam, menyebabkan tentera Amerika terpaksa berundur untuk menarik nafas seketika dan terdesak mengatur strategi yang lain pula. Gerakan Islam berjanji akan memberi pukulan berterusan siang dan malam sehingga mereka berjaya menghalau saki baki tentera Amerika yang terakhir dari bumi Islam Iraq, samada musuh cabut meninggalkan bumi Iraq dengan berpakaian tentera atau menyamar berpakaian awam.

Amerika bukan datang menceroboh untuk membebaskan rakyat Iraq dari penindasan Presiden Saddam US di IraqHussein seperti yang didakwa sebelum serangan pada tahun 2003 oleh Presiden Bush. Sebenarnya Amerika datang dengan mempunyai beberapa objektif jahat yang telah dirancang lama sebelum dari serangan dan pencerobohan dibuat. Ia tidak jauh berbeza dengan matlamat-matlamah Penjajahan Barat ke atas umat Islam di Abad-abad 16-20M yang lalu. Yang paling utama ialah:

  1. Melenyapkan identiti Islam dalam jiwa rakyat Iraq sehingga mereka menjadi sebuah umat tanpa pegangan dan asal usul Aqidah. Oleh itu sebelum dipaksa keluar dari Iraq, Amerika memastikan Iraq mempunyai kerajaan, pusat siaran tv dan radio yang sekular, pendidikan dan silibus yang sekular, menyuburkan pusat dan kegiatan maksiat dan melalikan dan seumpama itu. (Foto dibawah : Pesta Konsert Sunburst 2009, Kuala Lumpur, salah satu produk manusia Islam yang diingini oleh Barat. Hanya dengan produk seperti ini, pemimpin Barat dan Zionis Yahudi akan tidur lena).Sunburst KL '09 1
  2. Menguasai dan menundukkan kehendak dan pilihan umat Iraq kearah apa yang menguntung dan menjaga kepentingan Amerika, Israel dan Barat. Ini dicapai melalui pencerobohan, penjajahan dan membentuk kerajaan boneka yang tidak mewakili aspirasi dan harapan rakyat. (Foto dibawah : Presiden Perancis, Syarkozy, yang telah mengharapmkan tudung dan purdah di institusi-institusi awam di Perancis bersama Presiden Mesir, Hosni Mubarak. Sejak Napolean Bonaparte Perancis menawan dan menjajah Mesir, Mesir mengikut telunjuk Barat dan Timur hingga ke hari ini).
  3. ikh1
  4. Mengaut kekayaan dan hasil bumi Iraq untuk memenuhi poket dan perbendaharaan negara Amerika, Israel dan boneka-boneka mereka.
  5. Membuka jalan dan peluang kepada pengaruh dan pencerobohan Zionis ke dalam Iraq dan Timur Tengah.
  6. Menghancur dan menghalang kesatuan Arab dan Dunia Islam serta memastikan pergolakan dan perselisihan berpanjangan diantara umat Islam.
  7. Menceroboh kehormatan masyarakat yang merdeka dan melakukan penghinaan berbagai bentuk ke atas para tahanan di penjara-penjara.

Dr. Harith Al-Ubaidy

Al-Ustaz Dr. Harith Al-Ubaidy, ketua anggota Parlimen Iraq dari Parti At-Tawaafuq (Parti Sunni Iraq) ditembak syahid pada Jumaat 12/6/2009 yang lalu selepas menyampaikan Khutbah dan mengimamkan Solat Jumaat. Pembunuhan tokoh-tokoh Islam Sunni Iraq sering dilakukan oleh salah satu dari 4 pihak : Perisik Amerika, Kerajaan Nuri Al-Maliky (Parti Syiah Sekular), Gerakan Mafia Syiah atau Tanzim Al-Qaedah.

Dr. Harith Al-Ubaidy 2

Jenazah Dr. Harith Al-Ubaidy dibawa ke pusara. Sejak 6 tahun penjajahan Amerika, pembunuhan terancang telah mengorbankan ribuan professional Islam terdiri dari para ulamak, imam dan khatib masjid, professor universiti, doktor pakar, pemimpin masyarakat, perancang ekonomi, jurutera berbagai bidang, ahli masyarakat dan sebagainya. Ini sebagai persediaan sebelum Amerika “mengundurkan diri” setelah “membebaskan” Iraq dari kekejaman Presiden Saddam Hussein. Iraq mesti dihancurkan bukan sahaja bangunan dan infrastrukturnya, bahkan sumber tenaga manusia cendikiawannya, agar Iraq memakan masa berabad untuk pulih semula.

Terang lagi bersulu, bahawa satu-satunya bahasa yang hanya difahami oleh Amerika di Iraq, Palestin dan lain-lain wilayah Islam yang dijajah ialah bahasa kekuatan dan Jihad, bukan bahasa perbincangan dan politik. Benarlah firman Allah swt bermaksud, “Mereka akan terus menerus memerang kamu sehingga mereka dapat memurtadkan kamu dari Agama kamu sekiranya mereka mampu” (Al-Quran). Sehingga hari ini, Batalion Salahuddin Al-Ayyubi, sayap tentera Barisan Penentangan Islam, Ikhwan Muslimin Iraq, telah melakukan 5000 operasi penentangan terhadap Penjajah Amerika sejak 5 tahun lalu di 9 wilayah utama, merangkumi ¾ keluasan negara Iraq. Operasi-operasi tersebut adalah dalam berbagai bentuk diantaranya periuk api, serangan berdepan, melancarkan meriam Hound dan berbagai jenis peluru berpandu.

Bush & kasut Zaidi

Sebelah kasut dilempar ke Presiden Bush, manakala Perdana Menteri Iraq, Nuri Al-Maliky di sebelah beliau.

Semoga Allah swt segera memberi kemenangan kepada Gerakan Islam yang berjihad menentang Penjajahan Amerika di Iraq dan mengembalikan kedaulatan dan kebebasan kepada umat Islam di sana. Ameen.

Ustaz Halim INIJALANKU   www.inijalanku.wordpress.com

Advertisements

9 Respons

  1. Allahuma unsur ikhwanana mujahideen fi iraq!!

    Allhuma ija’alna minhum.

    Ameen ya rabb.

  2. “Semoga Allah swt segera memberi kemenangan kepada Gerakan Islam yang berjihad menentang Penjajahan Amerika di Iraq dan mengembalikan kedaulatan dan kebebasan kepada umat Islam di sana. Ameen.”

    Ameen..

  3. Masa dengar ucapan Obama baru2 ni, ingatkan depa nak keluar gitu je.

    Rupanya sebeb dah tak tahan dan sebab “walan tardho ankal yahudu walan nasara…”

    “Allahumman sur ikhwananal mujahidina fi ‘Iraq”

  4. Iyalahkan, takkanlah prinsip seorang Presiden terpaksa mengorbankan modal berbilion US sebelum ini. Mesti ada perancangan sebaliknya. Selepas mengundur ini kalau ada serangan jihad pasti dia akan claim serangan puak radikal, pelampau atau penjenayah.
    Pernah juga tonton video mengenai jihad Muslim ini. Lancar roket selamba macam main lastik sahaja.Berani sungguh.
    Apapun ini satu petanda kejayaan jihad mereka kerana musuh terpaksa tukar taktik.

  5. Allahu Akbar..!

    Semoga kita tak hanyut dengan muslihat mereka, lalu berpeluk tubuh berpuas hati dengan apa yang ada. Yang pasti, Jihad perlu tetap diteruskan, tarbiyah pada diri dan generasi muda tetap terus perlu dilaksanakan. Pada Allah jua kita mohon kekuatan. Ya Rabb.

    Kerja kita terlalu banyak dan terlalu berat. Hanya padaNya…Hanya padaNya…segala kekuatan.

  6. Firman Allah s.w.t : ” Mereka sentiasa berusaha hendak memadamkan cahaya Allah (ugama Islam) dengan mulut mereka, sedang Allah tetap menyempurnakan cahayaNya, sekalipun orang-orang kafir tidak suka (akan yang demikian). ” (Surah As-Saff : 8)

    Allahumman sur ikhwannal mujahidina fil Iraq wa fi kulli makan.

  7. apa yang tertulis dalam bawariq al-iroq telah bermula.
    aku bimbang di malaysia, kerana terlalu benci kepada ameno, lalu kita berpakat dengan musuh, lalu hancurlah asas kekuatan ummah islam di malaysia, sebagaimana marah kepada saddam, lalu kita mengalu2kan kedatangan amerika dengan permaidani merah, lalu hancur luluhlah iroq.
    malangnya erdogan malaysia!!!

  8. Apakah yang dilakukan pemimpin Arab sekarang?

    Salam Ziarah~

  9. ALLAH BERADA DI BUMI MENJELANG KIAMAT!!!!

    Tenang-tenangkan diri…
    Sila layari http://manatuhanallah.wordpress.com/
    Terima Kasih

    Krulayar

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: