Tahniah ISMA Australia

P1030079

Detik bersejarah pada 16/7/2009 di University of Melbourne… “Dengan ini saya mewakili Kedutaan Besar Malaysia di Canberra, merasmikan penubuhan Ikatan Muslimin Malaysia Australia (ISMA-Australia)”.

Pada 16/7/2009 lalu wakil kepada Tuan Yang Terutama (TYT), Duta Besar Malaysia di Australia, iaitu Setiausaha Satu (1st Secretary), Dr. Sirajuddin b. Suhaimee, merasmikan penubuhan ISMA-Australia, atas inisiatif ahli-ahli ISMA dikalangan mahasiswa/i di universiti-universiti di Australia. Sebelum ini TYT di Mesir telah merasmikan penubuhan ISMA-Mesir pada tahun lalu. Teruskan membaca

Ulangtahun Perkahwinan ke 24

P1030179

The Brisbane Mosque, tempat saya dan isteri, Fariza diijabkabul pada 25/7/1985. Beberapa hari lepas, kami berkesempatan ke sana, dengan semangat juang yang sesegar 24 tahun lalu, bahkan lebih kuat dan lebih mantap lagi, alhamdulillah. Moga Allah kurniakan istiqamah dan tsabat di JalanNya. Ameen.

Pada 25/7/2009 lalu, genap 24 tahun saya dan isteri, Fariza mendirikan Bait Muslim/rumahtangga. Yang juga menarik ialah menjelang Ulangtahun Bait Muslim kali ini, kami diizin Allah menziarahi Brisbane Mosque, tempat di mana kami diijabkabul dan Walimah dilangsungkan. Teruskan membaca

Selamat Pengantin Baru

P1030359

Setelah Perkahwinan Uswah & Shuhaib Ar-rumy b. Selamat, saudara kembarnya tahun lalu, pada 25/7/2009 baru-baru ini, AJK ISMA-Mesir, Salman Al-Farisi b. Selamat dan Dr. Fatimah bt. Dr.Rosli, selamat melangsungkan perkahwinan mereka. Majlis Ijabqabul dilakukan pada jam 11am di Surau Al-Ikhlas, Subang Jaya, Teruskan membaca