Ulangtahun Perkahwinan ke 24

P1030179

The Brisbane Mosque, tempat saya dan isteri, Fariza diijabkabul pada 25/7/1985. Beberapa hari lepas, kami berkesempatan ke sana, dengan semangat juang yang sesegar 24 tahun lalu, bahkan lebih kuat dan lebih mantap lagi, alhamdulillah. Moga Allah kurniakan istiqamah dan tsabat di JalanNya. Ameen.

Pada 25/7/2009 lalu, genap 24 tahun saya dan isteri, Fariza mendirikan Bait Muslim/rumahtangga. Yang juga menarik ialah menjelang Ulangtahun Bait Muslim kali ini, kami diizin Allah menziarahi Brisbane Mosque, tempat di mana kami diijabkabul dan Walimah dilangsungkan. Ketika ke sana untuk solat Asar, saya sempat bertemu teman-teman lama ketika saya menuntut di sana dahulu, dan saya bersyukur dan terharu mendapati mereka masih iltizam/commit bersolat jemaah di masjid dalam suasana kehidupan di tengah-tengah masyarakat Barat yang melalaikan. Imam Rahimullah yang mengendali dan mendaftarkan perkahwinan kami telah lama ke rahmatullah. Moga Allah meletakkan beliau dikalangan para Anbiyak, Syuhadak dan Solihin.

Ditahun-tahun 1980an dan sebelumnya, trend orang Malaysia di dalam maupun di luar negara ialah beraqad nikah di tempat kenduri kahwin, biasanya di rumah pengantin. Jarang orang melangsungkan aqad nikah di masjid. Seingat saya, saya diantara pelajar Malaysia terawal di Brisbane yang melangsungkan aqad nikah di dalam masjid. Hari ini beraqadnikah dalam masjid sudah menjadi pilihan ramai mempelai. Terima kasih kepada Al-Akh Sayyid Qandil dari Canberra (sekarang di Sydney) dalam ceramahnya mencadang agar aqad nikah dilakukan di dalam masjid. Jika tidak, saksikanlah betapa orang-orang Kristian melangsungkan perkahwinannya di dalam gereja, sedang orang-orang Islam beraqad nikah di rumah, katanya. Walaupun ketika itu saya masih berumur 18 tahun, kata-kata beliau semasa Perkhemahan  Nasional se-Australia ketika itu, benar-benar saya pegang. Bila tiba masa saya akan melangsungkan aqad nikah, tanpa nasihat dan dorongan selain ucapan beliau, saya mengambil keputusan untuk beraqad nikah di Brisbane Mosque. Alhamdulillah ia menjadi kenyataan.

P1030177

Sebaik tiba di Brisbane Airport. Kali pertama saya menjejak kaki di Brisbane Airport ialah pada 24/1/1983 seperti yang termaktub dalam pasport lama saya yang masih ada dalam simpanan, iaitu lebih dari 26 tahun yang lalu. Kali pertama isteri saya pula ialah pada 7/1/1984, lebih dari 25 tahun yang lalu. Pada 20/7/2009 baru-baru ini, kami kembali sekali lagi.

P1030203 

Ini rumah pertama saya di Australia (1983) iaitu di Wellington Road, Red Hill, Brisbane, lebih kurang 1/2 kilometer dari pusat matrikulasi saya di Kelvin Grove State School, Brisbane. Di sini saya tinggal bersama Shukor (MRSM Kuantan), Zabidi (MCKK) dan Shamsuir (MCKK).

P1030201

Rumah isteri saya yang pertama di Australia iaitu di Prospect Terrace, Kelvin Grove, Brisbane di tahun 1984 ketika di matrikulasi. Isteri saya tinggal bersama Wan Mariam (kahwin dengan Zulqarnain Ghazali tahun 1986), Hamisah (kahwin dengan Hariffin Boosroh tahun 1986) dan Normadiah (kahwin dengan Johan).

P1030208

Rumah Pengantin Baru“. Berfoto di hadapan rumah pertama kami pada tahun 1985 sebaik sahaja menjadi pengantin baru, 24 tahun lalu. Rumah tersebut di Sandford Street, St. Lucia, Brisbane dekat dengan University of Queensland, St. Lucia, Brisbane. Berkahwin awal, ketika belajar di luar negara, adalah salah satu nikmat Allah yang terbesar buat diri saya.

P1030187

Moga Sandford Street, St. Lucia akan terus menjadi saksi kepada Bait Muslim yang kami bina hanya semata-mata kerana untuk lebih mantap dan tsabat di Jalan Dakwah ini. Ameen.

Cabaran atau objektif Bait Muslim yang dan mesti lalui ialah seperti berikut :

  1. Baik dalam memilih pasangan hidup, membantunya dalam menjalankan tanggungjawab dan mendapat hak-haknya. Sebaiknya kita berkenan rupa parasnya, kerana itu anjuran Rasulullah saw kepada seorang Sahabat yang telah bertekad mengahwini seorang wanita Ansar tetapi belum melihatnya. Setelah itu, agama atau prestasi Tarbiyah dan Dakwah menjadi ukuran dan keutamaan. Selepas itu faktor pelajaran, pengkhususan, keluarga, kesihatan, negeri asal dan sebagainya boleh dipertimbangkan.
  2. Memastikan pasangan menghormati Fikrah (dakwah atau ideologi) yang kita bawa. Ini bermakna, saya mesti memastikan isteri saya, Fariza menghormati perjuangan saya. Fariza juga mesti memastikan bahawa saya menghormati perjuangan yang dia bawa dan bersedia berkorban atau mati untuknya. Mencapai aspek ini adalah sukar melainkan si isteri itu sendiri mengikuti Tarbiyah yang sama manhaj, memahami Islam sesyumul dan sejelas kefahaman suaminya. Begitu juga dipihak satu lagi. Memenangkan ideologi bukan juga sekadar Tarbiyah, bahkan ia juga adalah perjuangan dan organisasi yang menggerakkan ideologi tersebut sehingga sampai ke penghujungnya. Dalam hal ini, adalah penting suami dan isteri berada diorganisasi yang sama, samada sejak di awal alam perkahwinan, atau diusahakan dengan gigih disepanjang kehidupan Bait Muslim.
  3. Menjaga adab-adab Islam dalam setiap keadaan dan kehidupan berumahtangga. Suasana atau bi’ah Islam dalam rumahtangga bukan sahaja penting dalam meneguhkan jiwa Islam dalam diri suami dan isteri, malah ia sangat penting bagi pembesaran anak-anak yang sememangnya terpengaruh besar dari bi’ah tersebut yang mereka membesar di dalamnya. Elakkan perhiasan Barat/kafir kerana ianya akan  mengingatkan kita selalu dengan dunia dan kebendaan. Jauhi perhiasan tahap mewah dan membazir kerana ia akan melemahkan daya juang anak-anak. Jangan beri laluan kepada media massa yang merosakkan dari membolos masuk ke dalam rumahtangga kita lalu membinasakan generasi yang sedang kita bina.
  4. Baik dalam mendidik anak-anak dan pembantu rumah dengan prinsip dan ajaran Islam. Hendaklah suami dan isteri benar-benar sepakat dalam menentukan masadepan Islam anak-anak mereka, lalu mereka sepakat pula dalam menentukan jenis dan tempat pendidikan mereka. Khuatirilah tarbiyah mereka kerana ia adalah tanggungjawab kita. Jangan khuatir gaji dan rezeki mereka di hari muka, kerana ia adalah tanggungjawab Allah swt. Jika tarbiyah mereka berjaya, pasti rezeki mereka mencukupi dan diberkati. Sebaliknya, jika gaji mereka tinggi, belum tentu mereka pewaris perjuangan para Rasul dan bersama mereka di Syurga Firdaus.

P1030189

Di Milton Parkland, Brisbane. Kata segelintir orang, perjalanan rumahtangga tidak selalunya dihiasi bunga-bunga. Sedangkan lidah lagi tergigit, apa pula suami isteri. Pada saya, jika bersama di Jalan Dakwah dan punya satu matlamat yang sama dan nampak matlamat tersebut dengan basirah, Allah akan memberi taufiqNya kepada rumahtangga hamba-hambaNya yang ikhlas lagi bersungguh-sungguh.

Setelah 24 tahun berumahtangga, perjalanan yang perlu kami tempuh masih jauh di hadapan. Masih banyak cabaran yang perlu dilalui. Namun begitu masih banyak pahala menunggu yang masih belum dikaut oleh orang-orang yang ikhlas dan berjuang. Disamping merenung masadepan, sesekali saya menoleh ke belakang mengamati pengalaman 24 tahun silam. Saya dapati :

  1. Siapa yang menolong Allah dalam memperjuangkan agamaNya, Allah akan menolongnya pula dan akan meneguhkan kehidupan mereka para pejuang. Setelah beberapa dekad, saya amat tenang dengan profesyen dan karier para Rasul ini, iaitu – Dakwah di Jalan Allah. Melalui berbagai kisah dan pengalaman, saya dapat rasai pertolongan dan keberkatan Allah sentiasa melimpahi hamba-hambaNya yang memiliki profesyen ini.
  2. Ikatan Aqidah dan Perjuangan Aqidah adalah ikatan yang amat kuat, lebih kuat dalam mengikat saya, isteri dan anak-anak dari ikatan kekeluargaan yang sememangnya dah kuat, alhamdulillah. Ikatan ini juga telah mengikat mereka yang berada di JalanNya walau tidak mempunyai talian persaudaraan darah. Setelah mengamati kegawatan sosial dalam masyarakat, saya amat yakin tiada yang mampu mengikat kembali orang ramai yang berbagai ragam di keliling kelalang kita melainkan dengan Ikatan Aqidah dan Perjuangan.
  3. Binaan sesebuah keluarga diatas asas yang jauh dari Tarbiyah Islam adalah binaan yang rapuh. Seperti binaan biasa, semakin tinggi binaan tersebut, semakin condong dan boleh runtuh pada bila-bila masa. Ketika keluarga masih kecil dan anak-anak masih di sekolah rendah, ramai yang tidak menyedari. Akan tetapi setelah anak-anak membesar dan menjadi remaja atau belia, baru terserlah kerosakan akhlak dan keretakan perasaan dan binaan yang dibina selama ini. Keluarga seperti ini pula tidak mampu bergabung dengan keluarga yang lain dalam masyarakat atau jika bergabung tidaklah lama kerana akhlak kata mengata, jatuh menjatuh dan seumpamanya adalah ciri yang biasa kedapatan. Contoh seperti itu di dalam masyarakat hari ini terlalu banyak untuk disebut satu persatu.
  4. Binaan sebuah keluarga atas asas Tarbiyah dan Dakwah Islam adalah binaan yang teguh. Semakin membesar, semakin kuat dan mengukuh. Ia semakin hebat apabila bergabung pula dengan keluarga-keluarga yang lain yang dibina di atas asas yang sama, dengan semangat Ukhuwwah dan Ithar (mengutamakan orang lain), lalu membentuk Masyarakat Islam yang cinta dan jujur ikhlas bersungguh dalam menghayati dan memperjuangkan Islam.

Semoga Allah swt terus membantu kita membina Bait Muslim dan Masyarakat Islam yang sejati. Tidak ada jalan selain ini dalam menjayakan cita-cita untuk melihat Keagungan Islam kembali bersinar dipersada antarabangsa seperti yang pernah dikecapi oleh Generasi Islam Terdahulu. Ameen ya Rabbal alameen.

Ustaz Halim INIJALANKU   www.inijalanku.wordpress.com

15 Respons

  1. Salam Ustaz dan Ustazah sekeluarga…..

    Kekkon 24syuu nen kinenbi omedetou!!

    “Ya Allah! Berilah kami apa apa yang telah Engkau berikan kepada hambuMU yang soleh dan solehah”

    dari kami,
    mohd rizal & zaiton
    …serta abdul aziz,abdul hadi & ain sofiah

  2. Tahniah ustaz. Semoga berbahagia di bawah rahmat dan kasih sayang ALLAH.

  3. Wah..ana pon masih terngiang2 cerita2 ustaz nih di Brisbane tempoh hari-awe sydney-

  4. selamat pengantin baru
    .
    .

  5. assalamualaikum..tahniah ustaz….m0ga bahagia hga akhir hayat…

  6. TAHNIAH USTAZ !

  7. masyaAllah………

  8. Malam Aspirasi Generasi Salahuddin – Pidato Perdana

    Jadual Pengajian Ilmu bagi Bulan Julai-Ogos 2009

  9. Assalamualaikum ustaz

    saya ada 1 soalan nak tanya…berkaitan ceramah ustaz baru-baru ini di Brisbane berkenaan Palestin.alhamdulillah pembentangan yg amat berkesan dan membuka minda umat tentang situasi umat islam di Palestin dan tanggungjawab kita sebagai muslim kepada saudara seaqidah kita.cuma 1 point ustaz saya mungkin kurang jelas.ustaz ade mention yg kita semua berdosa kerana khilafah islam jatuh dan kita kena berusaha mendapatkan semula agar kita tidak berdosa.pertama, bukan kah Al Quran menegaskan yg seseorg tidak akan menanggung dosa org lain?apakah nas yg ustaz gunakan when mentioning about 3 days pun dah berdosa kalo tiada khilafah?and thirdly, adakah perjuangan nabi dulu untuk menegakkan khilafah?atau pun untuk menegakkan aqidah?dari apa yg saya faham, nabi x pernah bercita2 mendapatkan kuasa cuma pemerintahan di madinah itu adalah sebagai “hadiah” atas keikhlasan perjuangan dan sebagai memudahkan utk ditegakkan syariat, bukan perkara pokok di dalam perjuangan nabi dan kita sebagai umat baginda (kerana ada nabi wafat tanpa mendapat kerajaan pun tetapi asas perjuangan aqidah itulah kebenaran yg mereka bawa)..minta penjelelasan ustaz, wallahualam

    • Waalaikumsalam wr wb.
      – Jatuhnya Khilafah Islam merupakan satu malapetaka bukan shj bagi umat Islam tetapi juga bagi dunia, keran hilangnya pimpinan dunia yang beriman. Dosa umat hari ini bukan sebab jatuhnya Khilafah dulu, tetapi sekiranya mereka tidak berusaha untuk mengembalikannya semula. Bagi yang berusaha seperti berdakwah, memberi kesedaran kepada orang lain, berusaha membaiki masyarakat dan kerajaan ke arah mengembalikan Khilafah islam, maka dia telah menjalankan tanggungjawabnya.
      – Nas ialah firman Allah swt, “Wa lay yaj alallahu lil kafiriin alal mukminin sabeela” (Allah tidak akan memberi jalan (redha) kepada orang2 kafir mengatasi (menguasai) orang2 beriman”. Jika runtuh Khilafah, PBB/kafir menguasai dunia, dan ini tidak diredhai Allah. Wajib ke atas umat islam merubahnya. Yg penting usaha, dan serah hasilnya kepada Allah.
      – Perjuangan Nabi2 terdahulu ialah menegakkan Aqidah di dalam qalbu (agama) dan di atas mukabumi (sistem). Kerana itu Nabi saw berhijrah ke madinah (menegakkan sistem) dan tidak berpada di Mekah. Sebhg Nabi2 terdahulu wafat tanpa sempat tegakkan negara kerana tentangan keras umatnya. Nabi2 lain yang berjaya tegakkan negara ialah Nabi Daud, Nabi Sulaiman, Nabi Yushak dll.

      Ustaz Halim INIJALANKU

  10. MasyAllah ustaz…
    Sungguh menyentuh hati!
    Semoga sentiasa dalam mawaddah wa rahmah ~
    Doakan kami ikhwah & akhawat di NZ
    Doakan ISMA NZ yg baru mahu bertapak di bumi kiwi ni, moga Allah bagi kekuatan ^-^

    • terima kasih. Syabas atas pembikinan website ISMA New Zealand yang baru saya terjumpa kelmarin. Satu lonjakan amal Dakwah di negara Kiwi. Moga terus mencipta lonjakan-lonjakan seterusnya yang diberkati Allah swt. Ameen. – Us.Halim

  11. […] Artikel/Cerpen, Peringatan.. – diambil daripada blog Ustaz Halim dalam entrinya yang bertajuk Ulangtahun Perkahwinan ke-24 […]

  12. […] Artikel/Cerpen, Peringatan.. – diambil daripada blog Ustaz Halim dalam entrinya yang bertajuk Ulangtahun Perkahwinan ke-24 […]

  13. assalamualaikum ustaz dan kakak(fariza),tahniah kerana 24thn dn masih terus teguh dijalan ini, tahniah juga kerana utk batch kami itm 1983,kakak jadi juara anak 12,next ialah akhi salleh-khamisah bachek 10 org alhamdulillah.teruskan perjuangan dn generasi pelapis yg soleh wa musleh ini akan menjadi pemangkin kearah masyarakat yang beriman,berilmu dn beramal.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: