Selamat Pengantin Baru

P1030359

Setelah Perkahwinan Uswah & Shuhaib Ar-rumy b. Selamat, saudara kembarnya tahun lalu, pada 25/7/2009 baru-baru ini, AJK ISMA-Mesir, Salman Al-Farisi b. Selamat dan Dr. Fatimah bt. Dr.Rosli, selamat melangsungkan perkahwinan mereka. Majlis Ijabqabul dilakukan pada jam 11am di Surau Al-Ikhlas, Subang Jaya, manakala majlis Walimah berlangsung pada malamnya di Kelab Shah Alam, Selangor. Baarakallu lakuma, wabarik alaikuma, wa jamaa bainakuma fi khair …

Salman Al-Farisi, pelajar tahun akhir Syariah di Universiti Al-Azhar, Mesir, adalah adik kembar menantu pertama saya, Shuhaib Ar-Rumy, suami anak sulung kami, Uswah Hasanah Abdul Halim. Manakala Dr. Fatimah, lulusan Perubatan di Universiti Kaherah, adalah anak kedua Dr. Rosli, seorang ahli ekonomi, yang juga pernah menjawat Pesuruhjaya Parti Islam SeMalaysia (PAS) Negeri Sembilan selama 2 penggal.

Kedua-dua mempelai akan kembali ke Mesir pada 19/8/2009 ini.

Berikut saya perturunkan foto-foto majlis Aqadnikah mereka buat tatapan teman-teman yang mengenali di dalam dan di luar negara.

P1030231

Beberapa hari sebelum hari AqadNikah, saya dan isteri bertemu dengan besan saya, Encik Selamat dan isteri, yang  juga merupakan kedua orangtua Salman Al-Farisi di Sekolah Menengah Islam Hira’, Klang, Selangor. Ini kali pertama kami bertemu setelah kali pertama kami berempat mendapat cucu pertama, Yahya bin Shuhaib Ar-rumy yang dilahirkan di Mesir.

P1030236

Kali terakhir Salman Al-Farisi keluar dari rumahnya sebagai seorang bujang. Demi memenuhi tuntutan Sunnah dan Perjuangan, beliau mula membina dan masuk ke fasa Bait Muslim.

P1030243

Foto terakhir bersama ibu bapa dan saya sebegai seorang bujang. Bergambar di depan rumah sebelum bertolak ke tempat Aqadnikah. Barang-barang hantaran dah dimasukkan ke dalam belakang kereta.

P1030253

Pengantin perempuan tiba di Surau Al-Ikhlas, tempat Aqadnikah berlangsung. Berbaju melayu lengkap ialah ayah pengantin perempuan, Dr. Rosli Yaakop.

P1030257

(Bekas) Pesuruhjaya PAS Negeri Sembilan bersama Ketua Perhubungan ISMA Negeri Sembilan. Kampung dan medan Dakwah adalah sama di Negeri Sembilan. Sesekali bertemu di luar Negeri Sembilan. Kali ini di Surau Al-Ikhlas, Subang Jaya. Wargih awak yo kosan eh. Apo tak kokoba’an marghen. Kek sinia lak jumpo.P1030249

Surau Al-Ikhlas, Taman Subang Jaya, Selangor.

P1030304

Aqadnikah pun berlangsung. Hanya sekali Ijab dan Qabul diantara Dr. Rosli dan Ustaz Salman, ikatan perkahwinan dimeteri. Di belakang pengantin lelaki, Ustaz Salman adalah pengantin perempuan, Dr. Fatimah. Di belakang pengantin perempuan (agak terlindung) ialah ibunya. Di dinding sebelah kiri, berpakaian tudung dan baju kurung biru ialah ibu penganting lelaki, Kak Rokiah, besan kami.

P1030306

P1030307

P1030308

Sebaik Aqadnilah selesai, syukur dan doa menyusul. Ibu pengantin perempuan di belakang pengantin perempuan (foto jelas). Disampin foto full (atas sekali), saya buat close up capture tiap pengantin lelaki dan pengantin perempuan berdoa, supaya nanti sepanjang hayat mereka, lihat kembali foto-foto ini dan ingat doa yang diharapkan dimakbulkan Allah. Moga Allah perkenankan doa-doa ini sejak dari detik kita selesai melafazkan Aqadnikah sehingga kita melafazkan Syahadah ketika nazak nanti.

P1030310

P1030311

Ibu (atas) dan ayah (bawah) kepada Salman sebaik selepas AqadNikah dan Doa. Hati saya terdetik untuk rakamkan wajah si ibu dan si ayah sebaik sebaik selepas detik yang bersejarah ini. Sebagai yang melahir dan membesarkan, sumbangan Dakwah yang anak lakukan diperolehi sama oleh si ayah dan ibu. “Ya Allah, ampunilah dosa-dosa kami dan kedua orang tua kami. Rahmatilah mereka seperti mereka telah mendidik kami sejak kami kecil lagi” (Al-Quran).

P1030328

Menyerahkan Mas Kahwin, di depan khalayak ramai. Masa saya kahwin di Australia dulu, lepas majlis di masjid, saya dan isteri, naik kereta saya, terus pulang ke rumah baru. Di bilik rumah, saya serah Mas Kahwin. Kalau tengah ramai-ramai macam foto di atas, masa tu saya berumur 19 tahun, mungkin saya menggelabah.

P1030329

Ustaz Salman nampak confident, mungkin umur pun dah dewasa dan menguasai ilmu-ilmu Syarak. Kalau masa umur 19 tahun dulu, kalau serah MasKahwin depan orang ramai pun saya rasa akan menggelabah, apatah lagi kalau camni. Nasib baik saya dulu berkahwin di luar negara, takdalah sangat upacara-upacara terbuka macam ni 🙂

P1030347

Selain sanak saudara, anugerah Allah yang terbaik di dunia ini ialah teman-teman seperjuangan, yang hadir di hari gembira dan juga insyaAllah di hari duka. Selamat Pengantin Baru … Dr. Fatimah.

 

Ustaz Halim INIJALANKU   www.inijalanku.wordpress.com

 

 

 

 

 

4 Respons

  1. Assalamualaikum.

    Jazakumullahukhairankathiran kerana bersama sama meraikan majlis perkahwinan Salman dan Fatimah.

    Semoga gambar gambar yang diterakan akan menjadi kenangan abadi kepada kami sekeluarga dan kepada semua pelayar blog ustaz . InsyaAllah.

    Kepada Allah jua kita panjangkan kesyukuran diatas rahmatNya yang tidak terhingga kepada kita semua.

    Saya isteri dan seluruh ahli keluarga ucapkan terima kasih kepada semua yang hadir dan memohon ampun dan maaf diatas segala kekurangan.

    Wassalam.

    • Waalaikumsalam wr wb.

      Wa’alaikum ajma’in. Tahniah sekali lagi kepada kedua mempelai dan kedua-dua ahli keluarga. Moga rumahtangga2 kalian diberkati ALlah. – Us.Halim.

  2. Buat pasangan pengantin,
    Barakallahulak wa barak a’laikuma wa jam’a bainakuma fi khair.

    “Ujian yg sebenar anda berdua akan bermula pada saat ini..smoga tabah dlam bimbingan Allah utk mengharunginya.”

  3. Tahniah buat Akh Salman Al-Farisi b. Selamat dan Ukht Dr. Fatimah bt. Dr.Rosli serta kedua-dua keluarga serta ikhwah dan akhawat fillah. Bersinarlah rumah tangga dakwah!

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: