Vokalis nasyid Rabbani, Asri ke rahmatullah

Rabbani Asri

Saya terkejut bercampur sedih bila mendengar berita kematian Asri Ibrahim, penasyid Munajat, vokalis utama kumpulan nasyid Rabbani pagi tadi. Pada saya pemergian beliau adalah satu kehilangan besar bagi projek pembangunan Islam yang sedang saya usahakan dalam perjuangan dan kehidupan saya. Ditambah pula saya sorang yang sukakan nasyid-nasyid Islam. Pada saya kehadiran dan keaktifan kumpulan-kumpulan nasyid pada zaman ini adalah amat penting dalam menghadapi serangan musuh-musuh Islam melalui berbagai bentuk, diantaranya melalui bentuk hiburan dan kesenian.

Perjuangan Islam hari ini tidak sama teknik dan strategi dengan perjuangan Islam zaman lampau dalam banyak aspek. Dizaman lampau kebiasaannya dakwah dilakukan dengan cara ceramah, pengajian dan penonjolan tokoh, seperti ketokohan Imam Ahmad bin Hanbal, Asy-Syeikh Izz Abdus Salam dan sebagainya. Ini adalah kerana, musuh-musuh Islam juga menggunakan cara konvensional yang sama. Adapun pada hari ini, musuh-musuh Islam merobek dan merosakkan aqidah, kefahaman dan penghayatan umat Islam melalui media massa, hiburan, artis, sukatan pelajaran, sistem pentadbiran, internet dan sebagainya. Ramai belia telah menukar idola mereka dari Rasulullah saw dan para Sahabat, kepada para artis, tokoh koporat dan ahli sukan. Oleh itu ramai mereka mengunjungi konsert dan stadium dengan meninggalkan surau dan masjid. Dengan kehebatan persembahan yang ditunjukkan oleh para artis dan media massa, ramai belia tidak nampak lagi kenapa mereka harus duduk mendengar tazkirah dan ceramah yang tidak punya daya tarikan yang setanding lagi membosankan. Mereka semakin hanyut. Gejala sosial dikalangan mereka bertambah berlipat kali ganda. Mereka hilang arah dan matlamat, jauh sekali menjadi generasi harapan yang akan berjuang mengembalikan kegemilangan Islam yang pernah dicapai oleh generasi silam.

Rabbani

Sunburst KL '09 1Selepas ketiadaan Almarhum Asri RABBANI, mampukah kita memberi alternatif Kesenian Islam sebagai ganti kepada artis dan persembahan Budaya Kuning yang telah benyak menyesatkan masyarakat kita terutama golongan muda mudi. (Foto : Konsert Sunburst 2008, Kuala Lumpur. Foto diatas mempamirkan gelagat lelaki di atas pentas. Saya tidak mempamirkan gelagat para artis dan hadirat wanita dalam Konsert yang sama).

Kehadiran kumpulan-kumpulan nasyid Islam memberi nafas baru kepada perjuangan Islam zaman kini. Apabila album “Puji-pujian” didalamnya nasyid “Sesungguhnya” oleh kumpulan Raihan mencipta rekod tanahair dengan jualan lebih 600,000 unit, berbanding pencapaian terbaik mana-mana artis tanahair sebanyak 30,000 sahaja, saya sangat optimis bahawa suatu hari nanti kita boleh ucapkan selamat bersara kepada artis-artis yang merosakkan akhlak muda mudi melalui pakaian, kelakuan dan lagu mereka. Selama ini mereka tidak boleh dilemahkan pengaruh mereka melalui ceramah dan tazkirah agama kita kepada masyarakat. Golongan belia masih tetap menggilai mereka. Tetapi pengaruh “kesenian” atau budaya kuning mereka sebenarnya boleh dihadapi dengan Kesenian Islam seperti yang dibuktikan oleh pencapaian kumpulan-kumpulan nasyid dan artis seperti Al-Marhum Asri Ibrahim, Rabbani, Raihan, Hijjaz dan seumpamanya. Nabi saw mengarahkan Hassan bin Tsabit, seorang yang mahir bersyair dengan sabda Baginda saw bermaksud, “Wahai Hassan! Balaslah syair mereka (kaum musyrikin Quraisy dan Yahudi Madinah) dengan syair kamu. Sesungguhnya syair kamu lebih tajam dari mata lembing !”. Demikian Rasulullah saw mengajar kita dalam berdakwah dimana pedang dihadapi dengan pedang, hujjah dihadapi dengan hujjah, manakala kesenian dihadapi dengan kesenian.

Asri Ibrahim bersama ibunya. Beliau anak ke 7 dari 13 adik beradik.

Minat saya kepada bakat Asri adalah sejak dari tahun 1980an lagi, ketika itu beliau sering mendendangkan bacaan Maulid bagi jemaah Darul Arqam pimpinan Ustaz Ashari. Asri kemudiannya mengorak langkah memberikan lonjakan kepada jemaah Darul Arqam apabila kumpulan tersebut meneroka ke bidang Kesenian Islam dengan terbentuknya kumpulan nasyid Nada Murni. Nama Asri melonjak melalui nasyid “Musafir Kelana” (Berjalan bermusafirlah melihat keagungan Allah ...). Namun pada saya, nasyid beliau era kumpulan Nada Murni yang paling saya minati ialah nasyid “Munajat” (Tuhan, kubisikkan kerinduan, keinsafan, pengharapan … Tuhan, kusembahkan pengorbanan, membuktikan kecintaan) versi lama (Nada Murni), kini ada versi baru (yang tidak sebaik versi asal/lama/Nada Murni) diikuti nasyid “Sunnah Orang Berjuang versi asal” (kini diulang nasyid oleh Hijjaz dengan beberapa perubahan) dan sebagainya.

Asri dilahirkan pada 3/8/1969 di Klang, Selangor. Beliau meninggal dunia di Pantai Medical Centre, Kuala Lumpur, setelah diserang sakit jantung. Beliau yang berumur 40 tahun, meninggalkan seorang isteri, Halizah Shahzan, 39 tahun dan 6 orang anak. Asri rebah ketika membuat rakaman program Syahadah di Angkasapuri. Pemergian beliau adalah satu kehilangan besar buat dunia Kesenian Islam khususnya dan perjuangan Islam di Malaysia dan Dunia Melayu amnya. Semoga segala usaha dan dakwah beliau diterima dan diganjari Allah swt. Inna lillahi wa inna ilaihi raji’uun.

Ustaz Halim INIJALANKU  www.inijalanku.wordpress.com

17 Respons

  1. Al Fatihah

  2. al_fatihah…. buat allahyarham saudari asri n takziah buat keluarga nya… rasa terkejut tp apa kan daya.. kita semua pn akan kembali ke sana juga…sabar dan redha dengan semua ketentuan ILLAHI

  3. salam us halim

    1. pertama sekali takziah kepada kaum keluarga ustaz asri.

    2. ana nak betulkan sikit tulisan ustaz. album raihan yang ustaz maksudkan di atas tu ialah ‘Puji-Pujian’ bukan ‘Sesungguhnya’. ‘Sesungguhnya’ merupakan salah satu lagu dalam album ‘Puji-Pujian’.

    3. Bilakah NGO Islam seperti ISMA akan ada satu kumpulan nasyid yang boleh menerobos masuk ke industri hiburan tanah air ini ye? sama2lah kita fikirkan….kita punya bakat tapi tidak diasah dengan cara yang betul. kalau betul asahan tersebut ana rasa kita akan melihat kemunculan mereka sepertimana Shoutul Harakah, Izzatul Islam, Ruhul Jadid, Raihan, Hijjaz, Rabbani, In-Team, Unic, dan banyak lagi….

  4. inna lillahi wa inna ilaihi raji’un..

    berita TV3 mengenai pemergian ustaz asri boleh tengok dekat sini

  5. saya berpendapat lapangan hiburan/kesenian masa kini amat memerlukan sentuhan dakwah Islam. Ia merupakan keperluan yang amat mendesak kerana umat Islam masa kini rata-ratanya hilang arah dalam mendapatkan sentuhan keseniaan Islam yg membina iman dan jiwa… projek iqomatuddin ini perlu merangkumi semua bidang, sekalipun bidang hiburan. cuma perlu timbang tara yang mana perlu dihalukan dan yg mana perlu dikemudiankan

  6. saya berpendapat lapangan hiburan/kesenian masa kini amat memerlukan sentuhan dakwah Islam. Ia merupakan keperluan yang amat mendesak kerana umat Islam masa kini rata-ratanya hilang arah dalam mendapatkan sentuhan keseniaan Islam yg membina iman dan jiwa… projek iqomatuddin ini perlu merangkumi semua bidang, sekalipun bidang hiburan. cuma perlu timbang tara yang mana perlu didahulukan dan yg mana perlu dikemudiankan

  7. al-fatihah ,semoga Allah merahmati almarhum ust asri di alam lain ..ameen..

  8. al fatihah..semoga beliau ditempatkan di kalangan org soleh.inshaallah..kita pula bakal menyusul

  9. Alfatihah diaminkan buat Gemullah Us. Asri yang kembali ke rahmatullah pada khamis 13/8/09 jam 11.00 pagi berkenaan.

    Kebetulan hari berkenaan saya menjadi tetamu untuk bersama- sama arwah di majlis pelancaran program Syuhadah Musim ke 5 di Angkasapuri, K. Lumpur.

    Tapi apakan daya, Allah menentukan segala-galanya. Ustaz pergi buat selama-lamanya lantas bagi membenarkan sebuah lagu nasyid beliau, bagi orang-orang yang sentiasa mencari jalan kebenaran iaitu ‘ Pergi Tak Kembali Lagi’.

    Buat sahabat-sahabat beliau dalam Rabbani teruskan usaha menyeru manusia kepada jalan kebenaran. Jadikan pentas dunia ini satu perjuangan bagi menegakkan kebenaran.

    • dari Dia kita datang pada Dia kita kembali..
      cuma persiapkan diri seblum masa yang telah ditetapkan pada diri kita pula….
      saya juga cuba betulkan diri..insyaAllah

  10. Jadual Tafaqquh Fid Din Sepanjang Ramadhan 2009

    Klik :

  11. semoga Allah merahmatinya.Setiap kita ada titik noktah dalam hidup cumanya belum tentu bilakah masa tersebut.
    igtkanlah sesama bersaudara yang kita semakin hampir padaNya

  12. Al fatihah kepada allahyarham..
    takziah kepada keluarga arwah..
    semoga roh arwah ditempatkan di kalangan orang-orng yang beriman…
    amin

  13. Takziah…al-fatihah

  14. Masa zaman sekolah asrama dulu pon, kalau ada program konsert kat Dewan Besar, geng Mat Surau lawan dengan program ceramah di surau. kalau lagu kat Dewan Besar boleh didengari…Mat2 Surau ni pon laungkan Asma’u l husna atau nasyid2 Arqam.

  15. al-fatihah…
    ya Allah…tempatkan ia disisiMu…
    Hapuslah segala dosa dan khilafnya..
    (Andi Taufik – Aceh – Indonesia)

  16. ikut belangsungkawa…

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: