Teman Hasan Al-Banna, Farag Naggar ke rahmatullah

asd18

Lagenda Ath-Tsabat di Jalan Dakwah, Al-Marhum Farag Naggar (1923-2009), teman setia Hasan Al-Banna, memegang amanah dakwah Ikhwan Muslimin dari berumur 15 tahun sehingga ke akhir hayatnya ketika berumur 86 tahun, melalui tahun-tahun pelarian di dalam negara sendiri selama 22 tahun. “Sesungguhnya orang-orang yang berkata ‘Tuhan kami adalah Allah’ kemudian mereka istiqamah, mereka tidak perlu takut dan bersedih hati” (maksud Al-Quran dalam foto di atas).

Pagi itu saya melihat berita-berita perkahwinan, majlis dan sebagainya yang sengaja memilih tarikh 9.9.09 kerana keunikan tarikh tersebut. Saya tidak menyangka bahawa di tarikh itu juga, saya dan Dakwah ini menangisi dan mengucapkan selamat tinggal kepada salah seorang idola perjuangan Islam Abad 21, Ustaz Farag Naggar yang kembali ke rahmatullah. Sungguh berat saya menerima berita dan hakikat ini. Teruskan membaca