Dari kes yang dianggap “peribadi” oleh sesetengah orang, menjadi isu kebangsaan dan dunia. Hukuman ke atas Kartika (foto di atas) bakal meletakkan peminum-peminum arak di kalangan umat Islam di Malaysia dalam keadaan berjaga-jaga, bersembunyi atau meninggalkan terus minuman najis tersebut.
Isu Kartika minum arak dan hukuman denda RM5000 dan 6 sebatan rotan yang dijatuhkan oleh Mahkamah Tinggi Syariah Kuantan pada 20/7/2009 menyingkap beberapa hakikat dalam perjuangan mengembalikan Islam di Malaysia.
Arak diharamkan oleh Allah swt pada Tahun 8 Hijrah seperti yang disebut oleh Ibnu Hajar dalam kitab Fathul Bari (syarah Hadis-hadis Sahih riwayat Al-Bukhari). Arak haram diminum samada sedikit atau banyak, kerana Allah mengharamkannya, bukan mengharamkan kesannya (mabuk) berdasarkan firmanNya bermaksud, “Hanyasanya arak, judi, telek, azlam (jenis judi) adalah najis dari amal Syaitan, maka kamu jauhilah ia”. (Al-Quran).
Hukuman sebat ke atas peminum arak termasuk salah satu hukum-hukum Hudud di dalam Islam. “Hudud” bermakna hukuman yang telah ditentukan kadar dan bentuknya oleh Allah swt iaitu ada 7 kesalahan (i) Zina, (ii) Qazaf, (iii) Mencuri, (iv) Samun, (v) Minum arak, (vi) Qisas, dan (vii) Murtad. Selain dari 7 kesalahan di atas, hukumannya diserah kepada Hakim untuk menentukan kadar dan bentuknya, atau dipanggil Takzir.
Mazhab Hanafi mempunyai hukuman tertentu terhadap peminum arak yang sedikit dan terhadap orang yang minum sehingga mabuk. Mazhab-mazhab lain tidak membezakan si pesalah samada dia minum sedikit atau minum sehingga mabuk, berdasarkan hadis, “Setiap yang memabukkan adalah arak. Setiap arak adalah haram” (riwayat Muslim dan Ad-Darulqutny).
Jumhur para Fuqahak menentukan hukuman bagi peminum arak atau pemabuk ialah 80 sebatan, berdasarkan kata Sayyidina Ali ra bermaksud, “Apabila seseorang itu minum, dia mabuk. Apabila dia mabuk, dia hilang akal. Apabila dia hilang akal, dia akan bercakap merapu (seperti menuduh orang berzina). Hukuman ke atas penuduh adalah 80 sebatan”. (riwayat Ad-Darulqutny dan Malik). Hadis ini Hadis Munqatik, tetapi Mausul dari An-Nasaie dan Al-Hakim, dari Thaur, dari Ikrimah, dari Ibnu Abbas.
Berbeza dengan jumhur di atas, ulamak mazhab Asy-Syafie menentukan hukuman peminum arak dan apa sahaja yang memabukkan ialah sebanyak 40 sebatan berdasarkan hadis bermaksud, “Adalah Nabi saw menyebat peminum arak dengan pelepah tamar dan ni’al sebanyak 40 sebatan” (riwayat Al-Bukhari dan Muslim). Sayyidina Ali ra berkata, “Rasulullah saw menyebat 40 kali, Abu Bakar ra menyebat 40 kali, Umar menyebat 80 kali. Semuanya adalah sunnah. Dan ini (80 sebatan) lebih aku sukai” (riwayat Muslim).
Kartika Sari Dewi binti Shukarno (foto atas), model separuh masa yang ditangkap minum arak dalam satu serbuan di hotel di pantai Cherating, Pahang. Tak silap saya, nama “Kartika Sari Dewi” adalah nama anak Presiden Sukarno berdarah Jepun. Kisah perkahwinan Sukarno dengan Naoko Nemoto (diubah beliau kepada Ratna Sari Dewi – foto kiri) agak masyhur semasa saya kecil-kecil dulu. Kali ini kedua-dua nama tersebut muncul kembali, jadi masyhur juga tapi dalam isu dan kesan yang berbeza.
“Jangan ganggu saya”, kata Kartika kepada individu, badan, kumpulan yang cuba mempengaruhi beliau untuk menarik balik akuan bersalahnya meminum arak dan bersedia di rotan sebanyak 6 kali. “Laksanakan hukuman tersebut dengan segera” …” jika boleh dikhalayak ramai sebagai pengajaran kepada orang lain …”, dari riwayat sesetengah media.
Kartika Sari Dewi Shukarnor ditangkap di sebuah hotel peranginan di Cherating, Kuantan dan dijatuhkan hukuman 6 sebatan rotan dan denda RM5000 oleh Mahkamah Tinggi Syariah Kuantan. Sebaik hukuman tersebut dijatuhkan, ramai individu, ahli-ahli politik, badan-badan kerajaan dan badan bukan-kerajaan telah datang menemui Kartika dengan kepentingan dan matlamat masing-masing. Kartika sendiri telah mengaku bersalah dan akur dengan hukuman yang dijatuhkan ke atasnya. Bahkan sambil meminta hukuman tersebut disegerakan, dia juga meminta agar semua pihak jangan lagi mengganggu dirinya dan keputusan yang dibuatnya.
Sedikit pandangan saya dalam isu ini adalah seperti berikut :
(1) Hukuman yang dijatuhkan oleh Hakim Mahkamah Tinggi Syariah Kuantan, Datuk Abdul Rahman Yunus, dalam keterbatasan Enekman-enekman Syarak Pahang yang ada, bukanlah hukuman Hudud yang digariskan oleh Syariat Islam iaitu 40 sebatan atau 80 sebatan. Namun menjatuhkan hukuman Denda RM5000 dan Rotan 6 sebatan, telah menegaskan kepada orang ramai bahawa meminum arak di Malaysia adalah suatu jenayah yang boleh dihukum.
(2) Mereka yang sangat membenci arak melihat hukuman Denda RM5000 dan Rotan 6 sebatan adalah ringan berbanding dengan apa yang ditentukan dalam Syariat Islam. Mereka berharap agar suatu hari nanti, hukuman yang lebih keras akan diaktakan demi kesejahteraan umat di negara ini, bahkan di dunia. Bagi peminum arak pula, mereka terkejut dan takut dengan hukuman yang mereka kira berat dan di luar dugaan.
(3) Apabila individu dan badan-badan membantah hukuman berkenaan, ini bermakna mereka bukan membantah perlaksanaan hukum Hudud dalam Islam kerana hukuman tersebut bukan hukuman Hudud (40 atau 80 sebatan), tetapi mereka membantah terhadap suatu penegasan di mata orang ramai dan dunia, bahawa orang Islam yang meminum arak di Malaysia telah melakukan suatu jenayah yang berat.
Kartika dan suami ketika membuat rumah terbuka Hari Raya baru-baru ini.
(4) Puan Hamidah Merican, Pengarah Eksekutif Sisters in Islam (SIS) dan mereka yang seumpamanya, mempersoalkan prosedur hukuman diambil, kerana permintaan SIS agar hukuman tersebut disemak semula telah ditolak oleh Mahkamah Tinggi Syariah Kuantan, dengan alasan hanya Mahkamah Rayuan Syariah sahaja berhak memutus semula hukuman tersebut. Mahkamah memutuskan sesuatu berdasarkan undang-undang yang diputus di Dewan Undangan Negeri yang mewakili masyarakat di Pahang. Jika Kartika sendiri akur dengan hukuman tersebut dan DUN adalah mewakili umat, maka siapakah SIS ? Benarkan SIS mewakili “public interest” seperti yang ia dakwa? SIS sebenarnya mewakili siapa? Adakah SIS mewakili pihak-pihak tertentu di dalam, di luar negara atau kedua-duanya sekali? Diantara hujahan Hamidah lagi ialah, dia khuatir Malaysia akan dilihat oleh masyarakat antarabangsa dari sebagai negara Islam contoh kepada negara yang telah yang telah rosak reputation (nama baik), yang tidak “moderate” (sederhana) dan “progressive” (membangun) !! Adakah membenarkan minum arak memberikan suatu bentuk identiti “kesederhanaan” dan “pembangunan” kepada sesebuah negara umat Islam di mata Barat dan dunia ?
Begini budaya negara yang dikatakan sederhana dan membangun, yang harus dicontohi oleh Malaysia dan negara-negara umat Islam ?
(5) Bersungguh beberapa pihak mengkritik hukuman rotan, di ketika bersungguh Kartika sendiri meminta agar hukuman rotan segera dijalankan, bahkan di khalayak ramai demi sebagai pengajaran, menunjukkan pihak-pihak pengkritik sebenarnya bukan mengasihani Kartika, akan tetapi khuatir dan takut Syariat Islam sedikit demi sedikit akan mengambil tempat di bumi Malaysia. Apabila Syariat melata, rakyat akan sejahtera dan ini akan menyempitkan lagi musuh-musuh Islam untuk bergerak merosakkan umat dan menguasai mereka.
Kartika dan anaknya, Kaitlynn, 5 tahun.
(6) Ini adalah Precedence Case (kes sulong) seorang wanita dijatuhkan hukuman sebat disamping denda kerana meminum arak. Ini bermakna, jika berlaku lagi kes-kes seumpama ini, keputusan Datuk Abdul Rahman Yunus dan reaksi masyarakat selepas hukuman itu boleh diambilkira oleh hakim-hakim dan peguam-peguam selepas ini dalam menjatuhkan hukuman yang setimpal (tanpa melebihi apa yang terdapat dalam Enekman Jenayah Syariat di negeri masing-masing yang sememangnya terhad). Yang lebih penting lagi ialah umat Islam diberi kesedaran akan bahayanya jenayah arak yang selama ini dipandang remeh oleh ramai orang. Nabi saw bersabda bermaksud, “Peminum arak adalah seperti penyembah berhala” (hadis marfuk riwayat Al-Bazzar dari Abdullah dari Amru Al-As). Sabdanya lagi bermaksud, “Arak adalah ibu kepada segala kejahatan” (hadis marfuk riwayat An-Nasaie dari Uthman bin Affan). Dalam hal-hal seumpama ini, saya sering menitikberatkan pentarbiyahan umat, iaitu apakan kesan tarbawi (pendidikan diri dan jiwa) yang boleh berlaku dan ditingkatkan dalam diri masyarakat Islam khususnya, dan rakyat Malaysia amnya.
(7) Allah Maha Penerima Taubat. Jika taubat Kartika diterima Allah swt, dia kembali ke fitrah asalnya tanpa dosa kerana arak tersebut. Namun jika kesan dari perbuatan dan taubat Kartika dapat menyedarkan ramai umat Islam di Malaysia dan dunia, moga Allah menunjukkan terus kepada Kartika jalan orang-orang yang mendapat petunjuk.
(8) Kita lihat bagaimana sesuatu umat itu dididik oleh Allah swt bukan sahaja melalui pendidikan formal di surau dan masjid, bahkan melalui isu-isu semasa dan kejadian-kejadian yang tampak di mata. Demikian juga Allah swt mendidik Generasi Pertama para Sahabat yang terdahulu. Kisah-kisah seperti Aisyah ra dan Hadith Al-Ifk, Kaab bin Malik dan Perang Tabuk, Khaulah binti Tsaklabah dan Rasulullah saw dan sebagainya, disamping ayat-ayat Al-Quran yang turun memberi penjelasan, kesemuanya meninggalkan kesan-kesan tarbawi kepada masyarakat. Moga umat kita akan terus dididik melalui ilmu dan isu, serta kesempatan yang diambil oleh para Pendakwah dalam memberikan penjelasan dan pengajaran kepada mereka.
(9) Masyarakat Islam juga harus mengambil kesempatan ini untuk memperkasakan akhlak dan Fiqh Islam dalam hal pengharaman arak diantaranya ialah menyebar dan menjelaskan isu ini kepada orang ramai, membuat lapuran segera kepada pihak berkuasa terhadap orang Islam yang minum arak, melekatkan poster tentang bahaya dan haramnya arak dan seumpamanya. Dizaman handphone berkamera digital hari ini, tidak susah merakam foto orang yang sedang meminum arak dan menghantar foto tersebut melalui mms ke Pejabat Agama Negeri atau pihak berkuasa tempatan. Jika kesedaran ini melata, banyak maksiat terang-terangan boleh dikawal atau terus dibenteras.
(10) Mendesak pihak berkuasa agar menghadkan premis penjualan arak kepada tempat yang sangat khusus, seperti yang sedang berlaku dalam hal penjualan daging babi atau kedai ubat tradisional Cina, contohnya melarang jualan arak di gedung dan pasaraya awam, kedai-kedai awam dan di kawasan ramai orang Islam. Tidak logik orang Islam dilarang meminum arak dan pesalahnya dihukum sebat, dan dalam masa yang sama arak tersebut dijual di mana-mana di depan mata mereka. Dalam hal ini pihak Majlis Perbandaran mempunyai kuasa yang lebih dari yang diperlukan untuk melaksanakan saranan ini.
Ustaz Halim www.inijalanku.wordpress.com
KARTIKA WILLING TO RECEIVE PUNISHMENT, GIVES NOTICE NOT TO BE DISTURBED
KUALA LUMPUR, Sept 16 (Bernama) — Kartika Sari Dewi Shukarnor, the part-time model handed a sentence of a RM5,000 fine and six strokes of the rotan after pleading guilty to drinking alcohol at a hotel in Cherating, Pahang, has given notice not to be disturbed.
Kartika, who was resigned to the sentence and wanted it to be carried out quickly, said too many individuals, politicians, government organisations and non-governmental organisations had met her and her family lately.
This, she said, had occasionally disturbed her’s and her family’s life and that besides she had been urged to do things she did not want to do.
“As such, I give notice that I do not want to be disturbed by any individuals, politicians, government organisations and non-governmental organisations and any meeting that has, is and will be planned and any communication with me and my family should be stopped immediately,” said Kartika
in a statement issued through the legal firm of Adham and Associates here today.
Kartika said she would not hesitate to take legal action against any one who disturbed her peace and that of her family after this.
–MORE
KARTIKA-NOTICE 2 (LAST) KUALA LUMPUR
In the statement she stressed that she very much regretted and was repentful of the offence she committed.
“I will not hold anyone responsible for the carrying out of the caning,” she said.
Kartika said she had received advice from several civil and syariah lawyers on the carrying out of the sentence and was satisfied with the advice given.
She had also appointed several civil and syariah lawyers from the legal firm of Adham and Associates in Ipoh to look after the interests of herself and her family.
Kartika was fined RM5,000 and and sentenced to receive six srokes of the rotan by the Kuantan Syariah High Court on July 20 after pleading guilty to drinking alochol at a hotel in Cherating on July 11, 2008.
On Aug 24, the caning was postponed by Pahang Syariah High Court judge Datuk Abdul Rahman Yunus out of respect for the month of Ramadan.
— BERNAMA FRZ LES PST
SIS Revision of Kartika’s Case Turned Down by Registrar of the Kuantan Syariah Courts |
st1\:*{behavior:url(#ieooui) }
Press Statement
SIS Revision of Kartika’s Case Turned Down
No one has a right to filter applications
3 October 2009
Sisters in Islam (SIS) is shocked that its application for Revision on Kartika Sari Dewi Shukarno’s case was turned down by the Assistant Registrar of the Kuantan Syariah High Court yesterday. st1\:*{behavior:url(#ieooui) } The SIS lawyer in Pahang was taken aback when the Assistant Registrar returned all documents that were filed, together with the court fees paid, on 18 September 2009.
This unprecedented action from the office of the Registrar is a clear violation of the court process as all applications filed and duly paid must be accepted and heard. The Registrar or any court officer has no right to filter any applications. The Courts duty is to accept such applications and then it is for the Judiciary to hear all cases. Rejecting the application at the filing stage tantamounts to denying the right of a party to be heard, and in this particular case, denying SIS the right to be heard.
The system of filtering of applications has no place in a free and fair judicial system. This erratic action brings disrepute to the Syariah judicial system.
The Revision filed by SIS at the Syariah High Court in Kuantan also asked for a stay of execution of Kartika’s sentence of whipping. SIS maintains that it is acting in the public interest so as to resolve the controversies and to provide clarity on the legality of the whole court process.
SIS and other members of the Joint Action Group for Gender Equality (JAG) also held a press conference on 30 September expressing concern when the media reported that the Pahang Syariah Chief Judge had reviewed the revision that was filed by himself earlier. The media reported that the revision was heard in a departmental meeting between the Pahang Religious Department (JAIP) and the Pahang Syariah Chief Judge on 28 September and it was later announced that the whipping sentence for Kartika would proceed. Section 168 of the Pahang Syariah Criminal Procedure Enactment 2002 states that only the Syariah Court of Appeal has the power to review a Syariah High Court decision, not a departmental meeting.
SIS reiterates that the issue of Kartika and whipping as a form of criminal punishment have to be resolved through a valid and clear legal process. As a moderate and progressive Muslim country, Malaysia must uphold the rule of law and ensure that justice is done. Kartika’s case has created uproar at the national and international levels and caused damage to Malaysia’s reputation as a model Muslim country.
Dr Hamidah Marican Executive Director Sisters In Islam |
SIS Revision of Kartika’s Case Turned Down by Registrar of the Kuantan Syariah Courts |
Press Statement
SIS Revision of Kartika’s Case Turned Down
No one has a right to filter applications
3 October 2009
Sisters in Islam (SIS) is shocked that its application for Revision on Kartika Sari Dewi Shukarno’s case was turned down by the Assistant Registrar of the Kuantan Syariah High Court yesterday.
The SIS lawyer in Pahang was taken aback when the Assistant Registrar returned all documents that were filed, together with the court fees paid, on 18 September 2009.
This unprecedented action from the office of the Registrar is a clear violation of the court process as all applications filed and duly paid must be accepted and heard. The Registrar or any court officer has no right to filter any applications. The Courts duty is to accept such applications and then it is for the Judiciary to hear all cases. Rejecting the application at the filing stage tantamounts to denying the right of a party to be heard, and in this particular case, denying SIS the right to be heard.
The system of filtering of applications has no place in a free and fair judicial system. This erratic action brings disrepute to the Syariah judicial system.
The Revision filed by SIS at the Syariah High Court in Kuantan also asked for a stay of execution of Kartika’s sentence of whipping. SIS maintains that it is acting in the public interest so as to resolve the controversies and to provide clarity on the legality of the whole court process.
SIS and other members of the Joint Action Group for Gender Equality (JAG) also held a press conference on 30 September expressing concern when the media reported that the Pahang Syariah Chief Judge had reviewed the revision that was filed by himself earlier. The media reported that the revision was heard in a departmental meeting between the Pahang Religious Department (JAIP) and the Pahang Syariah Chief Judge on 28 September and it was later announced that the whipping sentence for Kartika would proceed. Section 168 of the Pahang Syariah Criminal Procedure Enactment 2002 states that only the Syariah Court of Appeal has the power to review a Syariah High Court decision, not a departmental meeting.
SIS reiterates that the issue of Kartika and whipping as a form of criminal punishment have to be resolved through a valid and clear legal process. As a moderate and progressive Muslim country, Malaysia must uphold the rule of law and ensure that justice is done. Kartika’s case has created uproar at the national and international levels and caused damage to Malaysia’s reputation as a model Muslim country.
Dr Hamidah Marican Executive Director Sisters In Islam |
Filed under: Uncategorized |
shukran, pandangan yang menitik berat level tarbawi masyarakat.
Ramai yy memberi pandangan namun pandangan tarbawiyah tak semua blh nmpk.
Moga msyrakat khususnya d Malaysia mampu membuka minda (being open minded) dgn kemampuan hukum islam dlm menegakkan keadilan~~
Salam,
Ustaz saya minta izin dari ustaz sekiranya ada artikel yang yang bolih memberi manafaat kepada umat Islam, bolih saya copy dan paste untuk dimuat dalam blog saya kerana saya bukanlah keluaran pendidikan Ugama Islam. Ini bertujuan untuk untuk menyalurkan maklumat untuk kepentingan umat kepada sesiap yang layari blog saya. Bolih jadi ada yang tidak tahu atau tak pernah layari laman ustaz. Wassalam.
salam ustaz.
terima kasih untuk satu sisi tarbiyyah yang berjaya ustaz jelaskan yg banyak org tak nampak. selama ni orang cuma banyak mempertikaikan isu2 teknikal jer.
Majlis Haul Prof. Dr. Sayyid Muhammad Ibn ‘Alwi Al-Maliki Al-Hasani
Malam ni di Masjid Taman TAR lepas Maghrib http://pondokhabib.files.wordpress.com/2009/10/haul-sayyid-muhammad-alawi-di-rembau1.jpg
Jazakallahu khoiran atas penjelasan…semoga kita semua diberi taufiq & hidayah
ana baca separuh je haritu…tak smpt nk hbiskan..
moga2 dgn awal 6 sbatan tu akn digndakn ke hukuman hudud yg sbnr,insyaALLAH..ana pernah dgr satu kisah ni ada seorg lelaki yg selama ni tak pernah lgsung solat, pada suatu hari dia berjumpa dgn seorg ustaz dan kata ‘nk buat solat 3x sehari je boleh?’dan ustaz tu mbenarkan sb dia tahu keadaan lelaki tu..dgn 3x solat yg dia buat,Allah bukakn hatinya untuk cukupkan 5x sehari dtmbh dgn solat sunat lg…Maha suci Allah yg membukakan hati hamba-hamba-Nya…
Sememangnya arak itu haram. Kartika ditangkap dan dihukum atas kesalahan minum arak.
Mengikut fatwa mufti selangor bahawa merokok juga haram. Betapa banyak org islam merokok dikhalayak ramai.. alangkah bagusnya jika ditangkap juga. mudah2 han kemudiannya tiada lagi org islam dan melayu yang merokok. akhirnya kita jadi bangsa yang sihat dan kuat.
APA BLEH ANA KATAKAN…
kita semua perlu sedar bhawa hukuman yg dttapkan oleh ALLAH mrupakan sbaik2 hukuman…
jika kta percaya pada Allah, perlulah kita laksanakan apa yang dperintahan oleh Alllah..
[…] Isu Kartika dan Syariat Islam […]