Tarbiyah menjaga saff perjuangan

Maktab Irsyad

Sebahagian anggota Maktab Irsyad (Jawatankuasa Pusat) Ikhwan Muslimin, pagi semalam Isnin 19/10/2009 di Kaherah, Mesir.

Khabar media massa di Mesir yang mengatakan Mursyid Am Ikhwan Muslimin, Al-Ustaz Mahdi Akef, meletakkan jawatan ternyata khabar angin yang sengaja dilakukan untuk memberi gambaran buruk kepada orang ramai terhadap keutuhan organisasi berkenaan. Pagi Isnin 19/10/2009 semalam, ibu pejabat Ikhwan Muslimin berjalan seperti biasa dengan kehadiran pimpinan pusat seperti Mursyid Am, Al-Ustaz Mahdi Akef sendiri, Naib Mursyid 01 Dr. As-Sayyid Habib, Setiausaha Agung Dr. Mahmud Izzat dan ahli-ahli Jawatankuasa Pusat (JKP) Maktab Irsyad diantara mereka ialah Dr. Rasyad Al-Bayumy,  Ustaz Lasyin Abu Syanab, Dr. Mahmud Ghuzlan, Dr. Muhammad Badi’, Dr. Mahmud Hussein, Dr. Muhammad Mursy, Dr. Muhammad Saad Al-Katakiny, Dr. Muhyi Hamid, Dr. Muhammad Abdul Rahman dan Ir. Saad Al-Husainy. Yang tidak dapat hadir pada pagi semalam ialah Al-Ustaz Muhammad Abdullah Al-Khatib dan Al-Ustaz Sobry Arafah.

Mahdi Akef

Al-Ustaz Mahdi Akef, Mursyid Am Ikhwan Muslimin.

Mereka sepakat membuat keputusan untuk membuat kenyataan umum menolak khabar angin yang disiarkan oleh pihak media massa tentang “perletakan jawatan” tersebut, menggesa para Ikhwan agar tidak disibukkan dengan hal berkenaan yang cuba mengalih fokus mereka dari amal-amal Dakwah mereka yang lebih penting, membuang tenaga mereka dari menumpu kearah membaiki masyarakat, meninggatkan prestasi jemaah mereka yang menyatu, menguat dan meningkatkan Ukhuwwah, mengatasi segala isu yang lain.

Ustaz Mahdi Akef menegaskan khabar angin yang disiarkan oleh pihak-pihak media mengenainya adalah suatu perkara yang menghairankan kerana urusan dalaman Ikhwan adalah hak Ikhwan semata-mata. Adalah lebih baik pihak media menyebarkan berita mengenai penyelewengan dan kezaliman yang berlaku di dalam negara, 300 orang Ikhwan yang masih di dalam penjara Mesir tanpa sebarang dakwaan dan kesalahan selain mereka mempertahankan Fikrah Islam dan menyeru kearah kebenaran, kebebasan dan keadilan.

Dr. Muhyi Hamid, salah seorang anggota Maktab Irsyad (Jawatankuasa Pusat), menegaskan bahawa jemaah Ikhwan adalah saf yang satu, berpegang kepada prinsip, nilai dan akhlak. Anggota Ikhwan hidup dengan intipati Ukhuwwah yang sebenar dan kefahaman yang sahih. Apa sahaja usaha untuk merenggangkan pimpinan mereka adalah suatu usaha yang akan berakhir dengan kegagalan.

Mahmud Hussein

Dr. Mahmud Hussein, anggota Maktab Irsyad Ikhwan Muslimin.

Salah seorang anggota Maktab Irsyad, Dr. Mahmud Hussein mengatakan usaha sedemikian adalah untuk memberi gambaran buruk terhadap Ikhwan. Ia merupakan usaha terdesak pihak tertentu dalam menanam perselisihan diantara pimpinan dan ahli dalam organisasi.

Diantara pengajaran-pengajaran yang boleh kita perolehi dari isu ini ialah :

(1)    Kesatuan dan Ukhuwwah Islamiyah adalah diantara rukun-rukun terpenting dalam mana-mana organisasi yang memperjuangkan Islam. Tanpanya organisasi tersebut hanya tinggal sebagai kelab, badan atau persatuan biasa semata-mata tanpa ruh perjuangan Islam yang sebenar.

(2)    Ukhuwwah dan kasih saying dikalangan anggota dalam saff mampu menjaga jemaah dari berlaku keretakan dan kemusnahan.

Pic37

Yang aku mahu dengan kamu semua berUkhuwwah ialah hati-hati dan ruh-ruh diikat dengan ikatan Aqidah. Aqidah adalah ikatan yang paling kuat dan mahal. Tidak ada kekuatan dalam Dakwah ini tanpa kesatuan dan tidak ada yang dinamakan kesatuan tanpa kasih sayang. Kasih sayang yang paling minima ialah berlapang dada (sesama kamu). Kasih sayang yang paling tinggi ialah Al-Ithar (mengutamakan orang lain melebihi diri sendiri”. Firman Allah swt bermaksud, “Sesiapa yang terselamat dari bersifat bakhil pada dirinya (hanya mengutamakan dirinya sendiri), maka mereka adalah orang-orang yang berjaya)”. [Hasan Al-Banna]

(3)    Diantara peranan musuh-musuh Islam atau pihak lawan ialah meretakkan hubungan sesama anggota dalam organisasi dan juga mengelirukan masyarakat. Dengan cara ini tseqah atau kepercayaan terhadap organisasi tersebut dapat dilemahkan, lalu mereka akan lari meninggalkannya atau memberi sokongan kepada pihak-pihak yang lain pula.

(4)    Adalah penting pihak pimpinan mengeluarkan kenyataan-kenyataan umum  resmi kepada masyarakat awam dengan segera demi mengelakkan berlakunya kekeliruan dalam masyarakat, dalam sesuatu isu penting, apatah lagi isu yang sengaja direka oleh pihak-pihak berkepentingan kearah mencapai muslihat tertentu.

(5)    Ukhuwwah atau kasih sayang juga lahir dari kesatuan kefahaman (wahdah al-fikr) yang sahih terhadap Islam dan cara menegakkan Islam (Manhaj At-Taghyir). Ukhuwwah dan Wahdatul Fikr tidak akan lahir melainkan dengan Tarbiyah yang sahih, bersungguh, bersistem,  memakan masa yang lama dan melalui berbagai aktiviti dan pengalaman yang panjang. Oleh itu asas kepada Dakwah dan sebarang perubahan dalam jiwa diri dan masyarakat tidak lain tidak bukan ialah Tarbiyah itu sendiri.

Ustaz Halim   www.inijalanku.wordpress.com

Advertisements

13 Respons

  1. ….hmmm

  2. Jadual Majlis Haul Imam Al Haddad 2009 klik : http://pondokhabib.files.wordpress.com/2009/10/haul.jpg

  3. salam,
    ust ke sana ke?
    alhamdulillah, ikhwan masih dihati isma, moga atas jalinan ukhuwah tersebut menyatukan kita dlm 1 tanzim, 1 jamaah, amin

  4. Salam,
    Innalillahiwainna ilaihirojiun. Berita sedih dimaklumkan bahawa Syeikh Hassan Basyir telah meninggal dunia kira-kira jam 8.30 pagi tadi di Hospital Pakar Damansara. Insyaallah solat jenazah akan diadakan selepas solat Asar di Masjid UPM petang ini.

  5. Setuju dengan pandangan abul qasim…moga ukhuwwah menyatukan kita dalam 1 tanzim 1jamaah. Saya berdoa agar kita akan kembali ke dalam tanzim ikhwan. Harapan ini bersandarkan kepada keperibadian Ust Halim. Ameen.

  6. Biarpun sekarang tidak bersama
    kita berdoa dan berharap
    moga suatu hari nanti
    kita tetap akan bersama
    kalaupun tidak kita.. anak2 generasi kita
    kita amat2 berharap.. mendung itu tidak lama
    Ya Allah, satukanlah hati2 kami,
    jauhilah kami dari bencana fitnah… Amin.
    KAMI RINDU DAN SAYANG SEMUA IKHWAH!

  7. T_T terharu,,,,

  8. semoga kita kembali ke pangkuan jemaah..1 tanzhim, 1 jemaah, ke arah ustaziatul alam..

  9. Semoga kita kembali bersama Jemaah. Atifi, Fikri dan Tanzimi. Amin.

  10. […] Diantara peranan musuh-musuh Islam atau pihak lawan ialah meretakkan hubungan sesama anggota dalam organisasi dan juga mengelirukan masyarakat. Dengan cara ini tseqah atau kepercayaan terhadap organisasi tersebut dapat dilemahkan, lalu mereka akan lari meninggalkannya atau memberi sokongan kepada pihak-pihak yang lain pula. Adalah penting pihak pimpinan mengeluarkan kenyataan-kenyataan umum  resmi kepada masyarakat awam dengan segera demi mengelakkan berlakunya kekeliruan dalam masyarakat, dalam sesuatu isu penting, apatah lagi isu yang sengaja direka oleh pihak-pihak berkepentingan kearah mencapai muslihat tertentu. Ukhuwwah atau kasih sayang juga lahir dari kesatuan kefahaman (wahdah al-fikr) yang sahih terhadap Islam dan cara menegakkan Islam (Manhaj At-Taghyir). Ukhuwwah dan Wahdatul Fikr tidak akan lahir melainkan dengan Tarbiyah yang sahih, bersungguh, bersistem, memakan masa yang lama dan melalui berbagai aktiviti dan pengalaman yang panjang. Oleh itu asas kepada Dakwah dan sebarang perubahan dalam jiwa diri dan masyarakat tidak lain tidak bukan ialah Tarbiyah itu sendiri. [Baca sepenuhnya] […]

  11. […] Tarbiyah menjaga saff perjuangan Perjuangan […]

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: