Setakat ini krisis pimpinan MCA berakhir dengan beberapa resolusi persefahaman diantara 2 tokoh teratas Kee Tiat dan Soi Lek. Ini dicapai melalui syura EGM mereka. Krisis Mahathir-Anwar berakhir dengan lebam, penjara, pengaiban, roadshow, kebangkitan rakyat dan Mahathir terpaksa melepas jawatan PM.
Krisis dikalangan kepimpinan merupakan suatu yang agak lumrah, bukan sahaja pada musim ini di Malaysia dalam parti-parti dan NGO-NGO, malah ia adalah fenomena banyak negara dan empayar sepanjang zaman. Oleh kerana itu, samada ia berlaku atau tidak, bukanlah suatu yang asing dan menarik perhatian sangat. Akan tetapi cara dan suasana setiap pertubuhan, negara atau empayar itu menyelesaikan krisis tersebut adalah yang menarik perhatian penganalisis-penganalisi. Cara dan suasana krisis juga berbeza diantara satu badan dengan badan yang lain.
Di Malaysia, malah di dunia yang mengamalkan organisasi berperlembagaan secara amnya, diantara yang menarik perhatian saya lagi ialah sering krisis dikalangan pimpinan ini ditangani dengan lebih baik oleh perkumpulan bukan-Islam berbanding dengan organisasi Islam itu sendiri, walhal ditangan mereka ada panduan dari Al-Quran dan Al-Hadis.
Krisis pemimpin dalam jemaah Al-Arqam berakhir dengan pemecatan dan tuduhan-tuduhan liar sesama mereka. Krisis pemimpin dalam UMNO, Mahathir-Anwar 1998, menyaksikan perkara-perkara berikut :
(1) Mahathir, dengan kuasa Perdana Menteri, memecat Anwar dari jawatan Timbalan Perdana Menteri atas tuduhan salahlaku moral. Pada hari berikutnya, Mahathir, dengan kuasa Majlis Tertinggi UMNO, memecat Anwar dari keahlian UMNO, sekaligus menafikan peluang Anwar mencabar Mahathir dengan bertanding jawatan Presiden di AGM terdekat. Kesemua ini berlaku cepat sebelum Anwar dibuktikan bersalah dan diberi peluang membela diri di media massa.
(3) Anwar membuat roadshow seluruh negara tetapi kemudiannya ditangkap oleh pasukan Gerak Khas, dibelasah dalam tahanan, di penjara tanpa bicara dibawah ISA. Anwar kemudiannya dibicara atas tuduhan rasuah dan dipenjara 6 tahun.
(4) Walaupun terdapat rasa tidak puashati, para perwakilan dan ahli-ahli UMNO tidak pernah membela Anwar secara resmi dalam AGM, samada ketika hukuman 6-tahun-penjara belum dijatuhkan keatasnya, maupun setelah Anwar didapati tidak bersalah dan dibebaskan oleh Mahkamah Rayuan 6 tahun selepas tempoh hukuman penjara tamat.
Krisis dalam pimpinan MCA, walaupun ahlinya dikalangan bukan-Islam, agak menarik perhatian saya dan boleh dijadikan perbandingan dalam beberapa perkara :
(1) Soi Lek dipecat daripada jawatannya pada 26 Ogos berikutan skandal seks beliau yang dirakamkan dalam cakera padat digital (DVD) awal tahun lalu. Soi Lek mengakui perbuatan terkutuk tersebut, oleh itu dia telah sah bersalah.
(2) Keputusan Majlis Presiden itu diubah apabila Central Committee (Majlis Tertinggi, MT) MCA memutuskan untuk sekadar menggantung keahlian Soi Lek selama empat tahun berkuat kuasa serta-merta walaupun bekas Menteri Kesihatan itu tidak mengemukakan rayuan.
(3) EGM MCA yang diadakan pada 10 Oktober lalu pula menyaksikan perwakilan meluluskan usul undi tidak percaya terhadap Presiden MCA, Tee Keat dan membatalkan keputusan Majlis Presiden untuk memecat Soi Lek. Perwakilan ke EGM itu bagaimanapun mengundi untuk tidak mengembalikan jawatan Timbalan Presiden kepada Soi Lek. Ini satu keputusan yang berani dan berterus terang dari para perwakilan MCA dari seluruh Malaysia, terhadap pimpinan yang mereka sendiri memilihnya.
Perbezaan ketara diantara badan Islam, parti atau NGO, berbanding dengan badan bukan-Islam di Malaysia ialah :
(1) Pimpinan badan Islam boleh bertindak walaupun hanya berasaskan tuduhan-tuduhan dalam keadaan Majlis Syura mereka tidak berani atau tidak berterus terang menyanggah, manakala pimpinan badan bukan-Islam seperti MCA, bertindak dan membuat keputusan berdasarkan fakta dan pengakuan bersalah, serta boleh berhadapan dengan keputusan Majlis Syura mereka yang peka dan berani yang mungkin tidak berpihak kepada pihak Eksekutif / AJK / Maktab Tanfizi.
(2) Sebarang AGM, EGM, Syura dan badan legislatif seumpamanya, yang mempunyai lebih berkuasa dari badan eksekutif seperti Presiden, Majlis Tertinggi (MT) mampu menjadi badan pengimbang diantara satu sama lain. Malangnya ia berlaku dengan agak baik dalam badan-badan bukan-Islam seperti keputusan EGM MCA membatalkan keputusan Majlis Presiden MCA baru-baru ini.
Badan Legislatif (penggubal peraturan) seperti AGM, EGM, Majlis Syura dan seumpamanya sering mewakili kesemua corak dan arus dalam sesebuah organisasi. Ini adalah kerana ia dipilih oleh akar umbi dari sememangnya berbagai corak dan arus. Adapun Badan Eksekutif (pelaksana aktiviti) seperti Presiden, Majlis Tertinggi, Maktab Tanfizi (dalam bahasa Arab, bererti badan pelaksana), AJK dan seumpamanya, ia mungkin mewakili kesemua corak yang ada dalam sesuatu organisasi (Kepimpinan Perpaduan) atau ia mungkin juga dimonopoli oleh sesebuah corak atau arus yang dominan sahaja (Kepimpinan Monopoli). Ini bergantung kepada selera Ketua No.1 yang dipilih, samada hendak membentuk Kepimpinan Perpaduan (seperti di Indonesia) atau Kepimpinan Monopoli (seperti di Malaysia). Organisasi yang berjaya ialah apabila Badan Legislatifnya berperanan demi kepentingan organisasi dan menanungi keseluruhan ahli dan corak mereka. Dengan ini, keutuhan dan kesatuan adalah lebih hampir dapat dicapai. Adapun sekiranya Badan Legislatif membenarkan dirinya sekadar dijadikan alat tunggangan Badan Eksekutif (BE), yang mengiyakan setiap usul, pelan dan tindakan yang dilihat bersesuaian dengan selera(BE)nya sahaja, maka ini meletakkan organisasi tersebut dalam posisi retak menunggu belah, sangat fragile, berlaku ketidakadilan dalam jiwa dan pentadbiran, menimbulkan syak wasangka serta perasaan tidak selamat dalam jiwa sesetengah ahli dan lain-lain unsur yang negatif. Organisasi seperti ini akan berlegar dalam satu putaran yang sama, tahun demi tahun, melayani keretakan dan permasalahan dalaman, tidak ke mana dan menanti penghujung jangka hayatnya yang tidak panjang. Contoh badan, parti, gerakan seumpama ini banyak kita dapati di mana-mana.
Kesemua yang saya paparkan diatas adalah aspek sistem. Sebenarnya aspek sistem dengan segala kecanggihan cara pemilihan, pengimbangan kuasa, accountability dan sebagainya tidak mempunyai makna apa-apa sekiranya keperibadian dan jiwa individu didalam sistem itu sendiri rosak. Kata-kata hikmah ulamak Islam yang masyhur, “Kekadang terdapat di sana undang-undang yang tidak sempurna namun hukuman yang tepat boleh diputuskan oleh seorang hakim yang bertaqwa. Sebaliknya kekadang terdapat undang-undang yang lengkap, namun hukumannya tersasar kerana ianya diputuskan oleh hakim yang rosak”. Oleh kerana itu asas kita membentuk apa sahaja organisasi, negara dan tamaddun ialah Tarbiyah atau pembentukan iman, jiwa dan jatidiri. Tanpanya, istilah-istilah canggih seperti Legislative, Executive, Judiciary, seperation of powers etc hanya tinggal istilah dan harapan, tetapi tidak berpijak dialam nyata dan tidak memberi menfaat kepada bani insan.
Ustaz Halim www.inijalanku.wordpress.com
Jawatan Soi Lek kekal
pengarang@utusan.com.my
KUALA LUMPUR 3 Nov. – MCA semakin bergolak apabila Jawatankuasa Pusat (CC) MCA memutuskan Datuk Seri Dr. Chua Soi Lek memegang semula jawatan Timbalan Presiden manakala Datuk Seri Liow Tiong Lai kembali kepada jawatan asalnya sebagai Naib Presiden.Tiong Lai yang memegang jawatan No. 2 itu selama 19 hari sejak 15 Oktober lalu bagaimanapun akan mencabar keputusan ROS dan CC kerana berpendapat ia tidak mematuhi perlembagaan parti.Keputusan mesyuarat itu diumumkan oleh Presiden MCA, Datuk Seri Ong Tee Keat berikutan pengesahan ROS dalam sepucuk surat yang diserahkan kepada MCA hari ini.ROS mengiystiharkan bahawa Soi Lek kekal memegang jawatan tersebut berdasarkan kepada keputusan Mesyuarat Agung Luar Biasa MCA pada 10 Oktober lepas.”ROS memutuskan bahawa memandangkan keahlian Soi Lek telah dikembalikan semula melalui EGM, maka, jawatan sebagai Timbalan Presiden juga dikembalikan semula.”Keputusan ini dibuat melalui proses pengundian di dalam CC di mana majoriti bersetuju supaya Soi Lek memegang semula jawatan Timbalan Presiden manakala Tiong Lai sebagai Naib Presiden,” katanya.Beliau juga mengumumkan, sebagai menghargai pengalaman Timbalan Presiden itu, mesyuarat turut melantik Soi Lek sebagai ketua pasukan bertindak mengenai Bajet 2010.Mesyuarat CC di ibu pejabat parti di Wisma MCA itu turut dihadiri Soi Lek, Tiong Lai dan semua anggota CC.Soi Lek dipecat dari MCA dan jawatan Timbalan Presiden pada 26 Ogos lepas tetapi mesyuarat CC MCA pada 29 Ogos membuat keputusan hanya menggantung keahlian Soi Lek. Bagaimanapun dalam EGM pada 10 Oktober perwakilan mengembalikan semula keahlian Timbalan Presiden parti itu.Tee Keat juga mengumumkan bahawa mesyuarat juga menarik balik cadangan untuk mengadakan EGM bagi menentukan sama ada pemilihan baru parti patut diadakan.Katanya, EGM yang telah dicadangkan oleh 16 anggota CC yang dibuat pada 29 Oktober lepas pula didapati tidak mematuhi perlembagaan parti dan Biro Undang-Undang akan meneliti semula cadangan mesyuarat agung tersebut.”Mesyuarat berpendapat bahawa tidak ada faedahnya untuk mengadakan EGM baru dan ia juga akan menghakis sumber-sumber di dalam parti. Oleh itu adalah lebih baik untuk tidak mengadakan mesyuarat tersebut,” katanya.Mengenai pemecatan empat anggota CC yang dilantik iaitu Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Chor Chee Heung; Setiausaha Penganjur Kebangsaan, Yoo Wei How; Gan Hong Su dan Chai Kim Sen, Presiden MCA itu menegaskan bahawa mereka tidak dipecat sebaliknya digantikan dengan anggota baru.Katanya, pelantikan keempat-empat anggota CC itu telah setahun dan mesyuarat menilai semula peranan mereka serta merasakan tidak menepati kehendak yang diharapkan oleh parti, sebab itu mereka diganti.”Tiga orang anggota CC baru yang dilantik menggantikan mereka ialah Datuk Donald Lim, Chua Tee Yong dan Datuk Tan Ching Meng manakala pelantikan Setiausaha Penganjur Kebangsaan akan diumumkan kemudian,” katanya.Ditanya mengapa tindakan untuk menggantikan keempat-empat anggota CC baru itu dibuat pada masa ini, Tee Keat menegaskan ia perlu diputuskan oleh CC.”Memandangkan mesyuarat diadakan hari ini maka ia adalah landasan yang sesuai untuk menentukan keanggotaan mereka,” katanya.Disoal adakah tindakan ini kerana mereka menandatangani surat untuk diadakan EGM bagi mengadakan pemilihan parti yang baru, beliau menegaskan ia tidak ada kaitan.Sementara itu Soi Lek ketika ditemui memberitahu, beliau selama ini sentiasa berada di pihak yang betul dan masih lagi Timbalan Presiden parti yang sah berdasarkan kepada perlembagaan parti.Katanya, kalau EGM mengembalikan keahliannya maka ia juga diikuti dengan pengembalian jawatan sebagai Timbalan Presiden.”Pendirian saya masih seperti dulu dan merasakan seperti orang terkenal, sentiasa dikejar oleh wartawan,” katanya
Hormati keputusan EGM – Tiong Lai
pengarang@utusan.com.my
KUALA LUMPUR 27 Okt. – Masalah dalaman MCA yang disangkakan telah berakhir dengan perdamaian antara Presiden MCA, Datuk Seri Ong Tee Keat dan bekas timbalannya, Datuk Seri Dr. Chua Soi Lek, Khamis lalu kini memasuki episod baru yang lebih dramatik.Ini berikutan kumpulan yang disebut-sebut sebagai fraksi ketiga iaitu Timbalan Presiden yang baru dilantik, Datuk Seri Liow Tiong Lai meminta semua pihak menghormati dan melaksanakan keputusan Mesyuarat Agung Luar Biasa (EGM) MCA, 10 Oktober lalu.Malah pada sidang akhbar di Wisma MCA yang turut dihadiri 14 anggota Jawatankuasa Pusat (CC) parti itu di sini hari ini, beliau turut menggesa supaya pelan perdamaian antara Tee Keat dan Soi Lek dibincangkan terlebih dahulu di peringkat CC.Tiong Lai mendakwa gesaan itu mewakili majoriti anggota CC yang meluahkan rasa tidak puas hati dengan pelan perdamaian itu kerana ia tidak melibatkan CC sebaliknya cuma melibatkan dua individu tersebut.Pada sidang akhbar itu, Tiong Lai menegaskan, keputusan EGM MCA pada 10 Oktober lalu yang meluluskan usul undi tidak percaya kepada Tee Keat dan menolak pelantikan semula Soi Lek sebagai Timbalan Presiden perlu dihormati dan dilaksanakan.Katanya, berikutan keputusan EGM tersebut tidak dilaksanakan sepenuhnya maka ia telah menimbulkan banyak kekeliruan.Bagaimanapun ditanya pemberita sama ada gesaannya yang didakwa mewakili majoriti anggota CC MCA itu bermaksud Tee Keat perlu meletakkan jawatan, Tiong Lai berkata:”Sebab itu saya kata banyak tafsiran kepada perkara ini. Ada yang lihat dari sudut perundangan dan ada melihat dari sudut pandangan ahli. Jadi banyak pandangan.”Tapi paling penting kita perlu menghormati keputusan EGM. Parti ini parti yang demokratik, kita mesti hormat proses demokrasi. Jadi ini pandangan kami,”Hadir sama Ketua Pemuda MCA, Datuk Dr. Wee Ka Siong; Ketua Wanita MCA, Datin Paduka Chew Mei Fun dan Ahli CC MCA, Datuk Chor Chee Heung.Ditanya lanjut apakah maksud ‘hormat’ yang disebutnya itu, Tiong Lai hanya berkata: “Sebab itu saya kata kepada Tee Keat sewaktu mesyuarat CC bahawa beliau perlu lihat kepada keputusan EGM tersebut… Resolusi No. 1 (resolusi undi tidak percaya ke atas Tee Keat).”Mengenai adakah anggota CC yang hadir hari ini tidak dapat menerima alasan Tee Keat yang mahu mengekalkan jawatan tersebut kerana mendakwa masyarakat umum dan ahli memintanya kekal, Tiong Lai berkata, paling penting perkara itu perlu dibawa ke dalam CC.”Di sini kami hendak nyatakan kronologi iaitu Presiden sendiri menyatakan kepada kita beliau ingin letak jawatan selepas 10 Oktober dan beliau mengarahkan saya dan Datuk Wong Foon Meng (Setiausaha Agung) menjalankan kerja-kerja yang perlu dilaksanakan dalam parti.”Tapi kami berasa kesal apabila kami pula dituduh mahu memaksa Presiden meletakkan jawatan,” ujarnya.Menjawab soalan lain apakah tindakan Tee Keat yang mahu mengekalkan jawatannya bermakna Presiden MCA itu tidak menghormati EGM, Menteri Kesihatan hanya berkata:”Saya tidak cakap begitu.”Sementara itu, ditanya sama ada beliau maksudkan ‘hormat kepada keputusan EGM’ ialah Tee Keat patut kekal atau berundur, Tiong Lai berkata, perkara tersebut menimbulkan banyak kekeliruan berikutan banyak tafsiran dibuat.Namun apa yang sepatutnya dilakukan semua pihak, kata beliau, ialah membuat tafsiran berkenaan perkara itu berdasarkan keputusan resolusi EGM 10 Oktober lalu.”Kami di sini merasakan kita perlu menjelaskan perkara itu sebaik-baiknya supaya tidak dilabel oleh sesetengah pihak sebagai pengkhianat dan sebagainya, gelaran yang tak perlu sama sekali dilemparkan,” tegasnyaMengenai pelan perdamaian Tee Keat dan Soi Lek, Tiong Lai berkata, beliau hanya dimaklumkan tentang tajuknya sahaja tetapi tidak mengetahui sama sekali apa yang dimaksudkan dengan pelan tersebut.Katanya, pada dasarnya beliau bersetuju dengan apa-apa tindakan penyatuan parti kerana sememangnya MCA perlu langkah penyatuan secepat yang mungkin.
“Namun kalau nak laksanakan pelan perdamaian dalam parti dengan efektif sepatutnya ia dibentangkan ke CC kerana pelan itu pastinya memerlukan sokongan CC.”Dan pelan perdamaian ini juga perlu menerima semula Pengerusi Biro Undang-Undang MCA, Datuk Leong Tang Chong untuk menyatupadukan parti,” ujarnya.Sementara itu, Ka Siong dalam sidang akhbar itu turut mencelah dengan berkata, secara umumnya semua pemimpin yang waras pastinya tidak menolak usaha penyatuan.”Tetapi penyatuan tidak bermakna ia hanya melibatkan satu ada dua individu dalam parti. Ia mesti berlaku di semua peringkat dan bermula dengan CC,” katanya.Berhubung soal ‘hormat kepada keputusan EGM’, Ka Siong berkata, semua pihak perlu melihat kata-kata beberapa pimpinan MCA sebelum EGM berlangsung.Katanya, ketika itu semua bersetuju bahawa EGM adalah keutamaan tertinggi dalam menentukan hala tuju parti dan sehubungan itu, semua harus akur dengan keputusan EGM.
22/10/2009 |
In a press conference today by MCA President Dato’ Sri Ong Tee Keat, he announced that he and former Deputy President Dato’ Sri Dr Chua Soi Lek have agreed to work together as a team for the good of the party as well as to resolve leadership issues. He also added that Soi Lek has agreed to this without any pre-conditions.
Tee Keat also announced that Dato’ Sri Liow Tiong Lai would remain as Deputy President as he was elected into that position by the Central Committee, and that he had also accepted the suggestion by Tiong Lai to work together for the good of the party.
Adding that due to the current situation, he would discuss with the Secretary General Dato’ Sri Senator Wong Foon Meng about reviewing his previous call for another EGM.
Mentioning that now was the time to “forgive and forget”, he also added that it was also time to look at the bigger picture and determine what is good for the party and not for individuals. With a unified MCA in mind, he stressed that they can now work together to gain back the trust of the Chinese community and the Malaysian public.
Tee Keat also thanked all the MCA leaders for their effort to sit down together to achieve a greater unity plan for the party. He explained that the greater unity plan is meant to provide a platform for all quarters in the party to work together, adding that the Prime Minister Dato’ Sri Najib Tun Razak is in full support of it.
He concluded by saying that he was optimistic and hopeful that they are able to work together to achieve the greater unity plan for the betterment of the party.
The press conference, which was held at MCA HQ, Kuala Lumpur, also saw Soi Lek attending it together with Tiong Lai , Foon Meng, MCA Vice Presidents Dato’ Sri Dr Ng Yen Yen and Dato’ Sri Kong Cho Ha, Kampar MP Dato’ Sri Lee Chee Leong and Senator Heng Seai Kie.
-MCA Online-
Tee Keat, Soi Lek berdamai
pengarang@utusan.com.my
KUALA LUMPUR 22 Okt. – Presiden MCA, Datuk Seri Ong Tee Keat dan bekas timbalannya, Datuk Seri Dr. Chua Soi Lek akhirnya bersetuju untuk berdamai dan mengetepikan pergeseran antara mereka dalam pelan perpaduan utama yang dirangka oleh para pemimpin parti itu.
Pelan perpaduan itu telah mendapat restu dan sokongan daripada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN).
Tee Keat dalam sidang akhbar bersama Soi Lek, Timbalan Presiden MCA yang baru, Datuk Seri Liow Tiong Lai dan Setiausaha Agung, Datuk Wong Foon Meng memberitahu, beliau dan bekas timbalannya itu bersetuju untuk bekerjasama sebagai satu pasukan bagi menyatu serta memperkukuhkan semula MCA.
Menurutnya, Soi Lek telah bersetuju untuk bekerja dengan Presiden MCA tanpa sebarang syarat bagi memperkukuh dan menyatukan parti.
”Saya juga telah menerima cadangan daripada Tiong Lai untuk bekerja bersama dengan lebih rapat bagi kebaikan parti.
”Ini adalah masanya untuk bermaaf-maafan dan melihat persekitaran lebih luas mengenai apa yang baik untuk parti dan bukannya untuk individu,” katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat MCA di sini hari ini.
Sidang akhbar itu turut dihadiri Naib Presiden MCA, Datuk Kong Cho Ha dan Datuk Seri Dr. Ng Yen Yen serta dua ahli Jawatankuasa Pusat (CC) iaitu Timbalan Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Senator Heng Seai Kie dan Timbalan Menteri Luar, Datuk Lee Chee Leong.
Menurut Tee Keat, beliau akan berbincang dengan Foon Meng untuk meneliti semula keputusan mengadakan satu lagi mesyuarat agung luar biasa (EGM).
Beliau juga berjanji menemui semua pemimpin parti dalam usaha menjadikan MCA sebuah parti yang inklusif serta menyediakan ruang kepada semua pihak bertelagah bekerjasama sebagai satu pasukan.
Tambah Tee Keat, MCA yang bersatu akan membolehkan pemimpin-pemimpin memfokuskan perhatian kepada usaha mengukuhkan parti bagi mendapat keyakinan serta kepercayaan daripada masyarakat Cina dan Malaysia secara amnya.
Mengenai peranan yang akan dimainkan oleh Soi Lek selepas ini jelasnya, perkara itu masih terlalu awal untuk dinyatakan.
Katanya, tiada apa-apa perubahan dalam parti dengan Tiong Lai kekal sebagai Timbalan Presiden kerana CC MCA telah memilihnya untuk jawatan itu.
Tiong Lai ketika ditemui selepas sidang akhbar itu pula memberitahu, beliau menerima formula itu demi perpaduan parti.
Krisis kepimpinan MCA bermula apabila Soi Lek dipecat serta-merta daripada jawatannya pada 26 Ogos lalu berikutan skandal seks beliau yang dirakamkan dalam cakera padat digital (DVD) awal tahun lalu.
Bagaimanapun, keputusan Majlis Presiden itu diubah apabila CC MCA memutuskan untuk menggantung keahlian Soi Lek selama empat tahun berkuat kuasa serta-merta walaupun bekas Menteri Kesihatan itu tidak mengemukakan rayuan.
EGM MCA yang diadakan pada 10 Oktober lalu pula menyaksikan perwakilan meluluskan usul undi tidak percaya terhadap Tee Keat dan membatalkan keputusan Majlis Presiden untuk memecat Soi Lek.
Perwakilan ke EGM itu bagaimanapun mengundi untuk tidak mengembalikan jawatan Timbalan Presiden kepada Soi Lek.
Pada mesyuarat CC MCA pada 15 Oktober lalu bagi membincangkan keputusan EGM itu, Tee Keat tidak meletakkan jawatannya walaupun menerima banyak desakan manakala Tiong Lai dilantik sebagai Timbalan Presiden.
Filed under: Fikrah & Dakwah |
Salam ustaz. Entry yg padat & bermanfaat utk kami.
Ana & zaujah akan ke haji insyaAllah akhir tahun ni. Ada rezeki jumpa di sana.
salam: satu artikel yg baik.banyak memberi manafaat dan secara tak langsung diri ini termuhasabah.ana pernah dngr satu khutbah dari Ustaz Miftah,apa yg dismpaikan ade berkaitan..dlm khutbah tu Ustz Miftah bawa satu kesah dr Said Qutub yg baru pulang dr Eropah:”Aku baru pulang dari barat dan aku temui Islam banyak diamalkan..dan apabila aku pulang ke mesir aku temui ramai orang islam tapi aku tidak dapat lihat islam diamalkan” apa yg kita dpt lihat adalah realiti..apa bila umat islam tinggalkan ajaran islam..dgn sendiri islam itu akan lenyap..sebenarnya islam dpt dilihat dan dizahirkan daripada amalan..bukan pada nama dan kata2..