Bekas Mufti ditahan, mengajar tanpa tauliah

mazaa1

<Update 4/11/2009: Penahanan adalah keputusan mesyuarat bersama JAIS dan MAIS> <Update 6/11/2009: Kenyataan umum Ikatan Muslimin Malaysia> Bekas Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainal Abidin ditahan oleh pihak Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) malam tadi kerana mengajar tanpa tauliah. Dr Asri atau juga dikenali Dr. MAZA, adalah graduan B.A (Hons) B. Arab/Syariah University Of Jordan, M.A Pengajian Islam USM, Ph.D Al-Quran And Sunnah Studies, UIA (2003), mendapat 5 ijazah sanad menerusi jalur ulama India (2001), menerima Anugerah Maal Hijrah Peringkat Negeri Perlis 1427H & 1429 serta anugerah Tokoh Ma’al Hijrah USM Tahun 1430H.

Sebaik saya tamat pengajian Islam & Bahasa Arab di Universiti Al-Azhar, Mesir pada tahun 1997, saya dikurnia Tauliah Mengajar Agama oleh As-Sahibus As-Samahah Mufti Kerajaan Negeri Sembilan, Dato’ Mohd Murtadza Syeikh Ahmad pada tahun yang sama. Surat Tauliah juga dikeluarkan oleh Jabatan Mufti Negeri Sembilan. Oleh itu sefaham saya, Mufti sesebuah negerilah yang mentauliahkan guru-guru agama. Dengan itu umum beranggapan kedudukan Mufti dan keabsahannya melebihi guru-guru agama yang ditauliahkannya. Saya rasa alasan mengajar tanpa tauliah terhadap seorang bekas Mufti seperti Dr Asri, adalah sukar diterima oleh ramai masyarakat.

Beberapa bulan yang lalu, Dr Asri ditawarkan jawatan Yang Dipertua Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) oleh Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Dato Jamil Khir. Sejak jawatan itu ditawarkan, ada pihak-pihak yang kurang selesa lalu membuat bantahan dengan surat diserahkan kepada Yang Dipertuan Agung. Diantara isi kandungan surat tersebut ialah tuduhan Dr Asri tidak menganut aqidah Ahlus Sunnah wal Jamaah, keluar dari keempat-empat mazhab (Hanafi, Syafie, Maliki dan Hanbali), menolak hadis (riwayat) Al-Bukhary, mencerca Imam Al-Ghazali dan Imam An-Nawawi, mencerca/hina solat Hajat dan sebagainya.

Menurut beliau sebelum ini juga memang beliau mempunyai pandangan yang agak kontroversi seperti pandangan beliau terhadap pegawai pencegah maksiat mengintip kes-kes khalwat, penggunaan nama Allah di bible, tukar nama di ic disebabkan pertukaran agama, membelakangkan fatwa Majlis Fatwa tentang hukum yoga, tak bersetuju Majlis Fatwa berhimpun dalam perkara-perkara kecil seperti hukum memakai inai bercorak ditangan dan sebagainya.

Pengarah JAIS, Mohamed Khusrin Munawi menegaskan, tindakan itu diambil selepas Mohd. Asri berulang kali melanggar peraturan berkaitan aktiviti memberi ceramah agama di negeri ini. Menurutnya, Mohd. Asri tahu tentang peraturan tersebut tetapi terus melakukan kesalahan itu. “JAIS pernah menghantar pekeliling kepada semua mufti negeri termasuk Mohd. Asri yang memberitahu tentang keperluan mendapat kebenaran dan pentauliahan jabatan itu untuk membolehkan mereka menyampaikan kuliah di Selangor,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini. Menurutnya, Mohd. Asri kerap kali memberi kuliah agama tanpa tauliah termasuk di Hulu Klang yang dibuat hampir setiap bulan begitu juga di Masjid Seksyen 14, Petaling Jaya. “Ini bermakna beliau tidak menghormati peraturan yang telah ditetapkan di negeri ini,” ujarnya. Katanya, penahanan terhadap Mohd. Asri pada malam itu dibuat selepas mesyuarat JAIS dengan Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) dilakukan.

Akon di KL 24.10.2009

Konsert artis tak berbaju Akon di Kuala Lumpur pada 24.10.2009 yang lalu berlangsung dengan jayanya dihadiri ribuan umat Malaysia. Bentuk didikan dan pengajaran ala-Barat kepada masyarakat di Malaysia oleh artis-artis tak bertauliah masih berleluasa setakat ini.

Saya menjangka untuk beberapa tempoh kedepan ini, umat Islam akan disibukkan dengan isu penangkapan Dr Asri, tawaran  jawatan Yang Dipertua YADIM dan yang berkaitan, walaupun setelah Dr Asri dibebaskan dan jawatan tersebut telah ditolak. Ini adaah kerana kedudukan Dr Asri selaku bekas Mufti, YADIM mempunyai banyak NGO-NGO Islam dibawahnya, tawaran sebagai YDP YADIM dibuat oleh seorang menteri dalam program pimpinan UMNO yang dihadiri Perdana menteri sendiri, surat yang mebabitkan Yang Dipertuan Agung dan ditandatangani oleh Presiden Pertubuhan Peguan Syar’iyy sendiri dan sebagainya. Ia mungkin juga berkait dengan senerio politik di Malaysia, sejarah perselisihan diantara aliran tarikat-tarikat sufi dari zaman Abbasiyah di negara-negara Arab yang mengalir ke kumpulan-kumpulan Sufi di Malaysia hari ini, bertembung dengan aliran ulamak pro Ibu Taimiyah, Ibnu Qayyim, Asy-Syeikh Muhammad Abdul Wahab dan pengikutnya (Wahaby) yang mengalir ke kumpulan-kumpulan pro Salafi di tanahair kita hari ini.

Saya berharap agar isu dan pertembungan ini tidak memesongkan fokus umat Islam dalam membaiki dan meningkatkan iman dan akhlak mereka, berdepan dengan konspirasi musuh-musuh Islam di Barat dan Timur, dalam kita menuju cita-cita agar umat Islam mampu memimpin dan membimbing umat yang lain di Malaysia, rantau dan dunia ini.

Ustaz Halim  www.inijalanku.wordpress.com

Pandangan pertubuhan Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) terhadap isu penahanan Dr. Mohd. Asri Zainal Abidin

Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) mengikuti perkembangan isu penahanan bekas Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin oleh Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) baru-baru ini dengan penuh bimbang. Penahanan beliau yang disensasikan oleh media itu telah menyerlahkan wajah sebenar persengketaan antara aliran pemikiran dan politik orang Melayu Islam di negara ini, sehingga meletakkan imej umat Islam dalam konteks pentadbiran agamanya di mata bukan Islam sebagai sesuatu yang boleh diperlekehkan.

Isu ini sebenarnya tidak lahir dan tidak panas secara tiba-tiba dalam jangka masa sehari semalam, sebaliknya ia merupakan kemuncak kepada konflik antara aliran-aliran pemikiran yang sudah berlanjutan sejak sekian lama. Kenyataan-kenyataan yang dikeluarkan oleh pelbagai pihak yang dilihat hanya mengikut rentak rancak media yang mencari berita hanya memburukkan lagi keadaan. Kesannya ialah mencalarkan imej umat Islam dan Melayu yang seharusnya menjadi contoh kepada bangsa lain di negara ini.

Sehubungan dengan itu, ISMA menyeru semua pihak agar:

1. Berhati-hati dalam mengeluarkan kenyataan media dan tidak mudah terperangkap dalam sentimen sempit agar hubungan sesama muslim terjaga dan terpelihara dalam suasana kasih sayang dan hormat menghormati.

2. Tidak membawa perbezaan pendapat dan aliran pemikiran dalam agama ke peringkat persaingan yang tidak sihat dan mengambil tindakan-tindakan yang memalukan umat Islam sendiri berasaskan dorongan emosi melampau. Segala perbezaan pendapat dan aliran pemikiran ini seharusnya ditangani dengan matang dan mengikut lunas-lunas yang ditentukan oleh Islam.

3. Mengutamakan usaha menambah baik jentera pentadbiran dan peruntukan undang-undang Islam serta penguatkuasaannya, agar tidak menjadi bahan jenaka dan polemik yang tidak berkesudahan. Semua pihak harus rasa bertanggungjawab dalam hal ini dan tidak mudah menyalahkan pihak lain dengan sewenang-wenangnya.

4. Tidak membenarkan mana-mana parti politik menangguk di air yang keruh, sehingga menenggelamkan rasional dan kejujuran terhadap agenda pembangunan bangsa, melalui kenyataan-kenyataan yang menjurus kepada perbincangan yang tidak produktif dan tidak menguntungkan bangsa.

Ikatan Muslimin Malaysia
Bandar Baru Bangi
5 November 2009

Penahanan Dr. Asri bukan secara semberono – JAIS

Oleh AZIAN AZIZ
pengarang@utusan.com.my

SHAH ALAM 3 Nov. – Penahanan bekas Mufti Perlis, Dr. Mohd. Asri Zainul Abidin oleh Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) kelmarin bukan dibuat secara semberono atau mengikut telunjuk mana-mana pihak.Sebaliknya Pengarah JAIS, Mohamed Khusrin Munawi menegaskan, tindakan itu diambil selepas Mohd. Asri berulang kali melanggar peraturan berkaitan aktiviti memberi ceramah agama di negeri ini.Menurutnya, Mohd. Asri tahu tentang peraturan tersebut tetapi terus melakukan kesalahan itu.“JAIS pernah menghantar pekeliling kepada semua mufti negeri termasuk Mohd. Asri yang memberitahu tentang keperluan mendapat kebenaran dan pentauliahan jabatan itu untuk membolehkan mereka menyampaikan kuliah di Selangor,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.Menurutnya, Mohd. Asri kerap kali memberi kuliah agama tanpa tauliah termasuk di Hulu Klang yang dibuat hampir setiap bulan begitu juga di Masjid Seksyen 14, Petaling Jaya.“Ini bermakna beliau tidak menghormati peraturan yang telah ditetapkan di negeri ini,” ujarnya.Katanya, penahanan terhadap Mohd. Asri pada malam itu dibuat selepas mesyuarat JAIS dengan Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) dilakukan.Dalam pada itu, Mohamed Khusrin memberitahu, keputusan sama ada bekas Mufti Perlis tersebut bakal didakwa atau sebaliknya hanya akan diputuskan oleh Bahagian Pendakwaan JAIS sebelum penghujung bulan ini.Katanya, pada masa ini pihaknya sedang menyiapkan kertas siasatan kes Mohd. Asri yang ditahan mengikut Seksyen 119 Enakmen Pentadbiran Islam Selangor.“Sebaik sahaja kertas siasatan kes Mohd. Asri siap, kita akan serahkan kepada Bahagian Pendakwaan. Selepas itu terpulang kepada mereka untuk membuat keputusan,” jelasnya.Mohd. Asri ditahan oleh pasukan penguat kuasa JAIS malam semalam kerana menyampaikan kuliah agama tanpa tauliah di sebuah banglo di Taman Sri Ukay, Hulu Klang.Turut hadir pada majlis kuliah itu ialah Ahli Parlimen Ampang, Zuraidah Kamaruddin dan Ahli Dewan Undangan Negeri Hulu Klang, Saari Sungib.Ditanya mengapa Mohd. Asri tidak didakwa semalam, Mohamed Khusrin berkata, bekas mufti itu ditahan bukan untuk didakwa tetapi bagi membolehkan siasatan lanjut dijalankan terhadapnya kerana menyampaikan kuliah tanpa tauliah.“Macam polis menangkap penjenayah, kena dapat perintah reman dulu dan bila sudah siap kertas siasatan baru pendakwaan dibuat.“Cuma bezanya kita tidak dapatkan waran tahanan terhadap Mohd. Asri kerana kita telah bebaskan dia dengan bon jaminan JAIS,” jelasnya.

Bekas Mufti dihadapkan ke mahkamah hari ini!

Posted on 2 November 2009 by dupahang

|KUALA LUMPUR,2 Nov: Selepas negara dikejutkan dengan penahanan bekas KSU Mosti atas tuduhan rasuah, kini

DR MOHD ASRI ZAINAL ABIDIN
   
   

Bekas Mufti Perlis Dr Mohd Asri Zainul Abidin akan dihadapkan ke Mahkamah Syariah Gombak Timur, Keramat dekat sini jam 9 pagi ini atas dakwaan menyampaikan kuliah tanpa tauliah.

Dr Asri ditahan oleh sepasukan anggota polis dan pegawai JAIS ketika mengadakan ceramah agama di sebuah rumah di Taman Sri Ukay, Hulu Klang, Ahad malam.

Ceramah itu dihadiri kira-kira 100 orang termasuk Anggota Parlimen Ampang (KeADILan), Zuraida Kamaruddin dan Anggota Dewan Undangan Negeri Hulu Klang (PAS), Saari Sungib.

Mengulas lanjut penahanan itu, Zuraida kesal dengan sikap pihak JAIS yang bertindak seperti polis dan FRU, tanpa mahu bertolak ansur dan agak kasar terhadap bekas mufti itu.

“Saya kecewa pegawai JAIS seperti orang tak punya ilmu agama. Tiada budi bicara langsung,” katanya di sidang media jam 2.00 pagi tadi di rumah yang sama.

Beliau turut menjelaskan kenyataan pihak JAIS yang mendakwa Dr Asri berfahaman ‘Wahabi’ yang dianggap menyimpang,sedangkan di Parlimen, Menteri di Jabatan Perdana Menteri ketika itu, Datuk Zahid Hamidi telah mengesahkan bahawa fahaman itu tidak sesat.

Kata Zuraida, hairan sikap jabatan agama dan kerajaan, apabila Asri diizinkan berceramah di Perlis tetapi tidak di Selangor.

Dalam sidang yang sama, Saari juga menganggap kegagalan enakmen syariah telah menyebabkan tindakan pihak berkuasa agama bertindak secara terpilih dan bersifat poltik.

Dr Asri selepas dibebaskan sejam kemudian meminta Jabatan Agama membuat semakan dan menilai semula tindakan yang dilakukan ke atas dirinya.

“Cuba beritahu apa kriteria yang dia mahu… nak beri tauliah pada orang?

“Saya bekas Mufti. Ada PHD daripada UIA. Siapa yang buat keputusan untuk beri tauliah ini?

“Jika demikian, mereka telah menghalang orang untuk sampaikan ilmu,” katanya dalam sidang media tergempar yang dihadiri oleh pihak media dan para jemaah yang mengikuti kuliahnya.

Katanya, masih ramai pensyarah di bawah seliaan beliau dan IPTA lain yang tidak diberi tauliah, walaupun layak untuk menerimanya sehingga menyebabkan sekatan ke atas mereka untuk menyampaikan ilmu dan kuliah kepada masyarakat.

Dr Asri juga merakamkan penghargaan kepada kedua-dua wakil rakyat PAS dan KeADILan itu, yang mempertahankan dan membela beliau ketika penahanannya tengah malam tadi.

“Ini tidak bermakna saya sertai politik. Mereka telah membantu saya…terima kasih.

“Terima kasih kepada yang menyokong dan pihak media yang membuat liputan,” katanya dan sekaligus bersalaman dengan hadirin semua.

Suasana menjadi agak emosi seketika,apabila ada antaranya berpelukan dengan Dr Asri dan menangisi insiden yang tidak sepatutnya berlaku ke atas seorang tokoh agama.

Dalam pada itu, Ketua Polis Daerah Ampang, ACP Abdul Jalil Hassan dilaporkan berkata polis hanya membantu JAIS dalam operasi itu dan beliau tidak mempunyai maklumat lanjut berhubung penahanan bekas mufti Perlis itu. _

Bekas Mufti Perlis Dr Asri Zainul Abidin telah ditangkap oleh pihak polis dan pegawai JAIS

Posted on 2 November 2009 by dupahang

KUALA LUMPUR,2 Nov:Bekas Mufti Perlis Dr Asri Zainul Abidin telah ditangkap oleh pihak polis dan pegawai JAIS jam 12.15 tengah malam tadi.

   
 

DR MOHD ASRI ZAINAL ABIDIN Dr Mohd Asri Zainul Abidin mengulas mengenai ada pihak tertentu yang membuat pendedahan perbuatan maksiat menerusi internet ketika ditemui pemberita di pejabatnya dekat sini, hari ini. Menurutnya, pendedahan perkara yang mengaibkan atau memalukan individu tertentu melalui internet boleh menjatuhkan maruah individu terbabit dan haram di sisi agama Islam.
 
   

Kira-kira jam 10 malam tadi,sepasukan lapan anggota daripada Jabatan Agama Islam(JAIS) telah tiba, ketika Dr Asri baru selesai menyampaikan kuliahnya yang dilakukan secara rutin setiap bulan, di kediaman di Taman Sri Ukay,dekat sini.

Suasana menjadi agak tegang apaila orang ramai dan para jemaah yang mengikuti kuliah,terkejut dengan kehadiran sepasukan anggota polis sejumlah kira-kira 40 orang,yang mula mengepung pekarangan rumah tersebut.

Beberapa jemaah yang ditemui Harakahdaily,membayangkan situasi tersebut tidak ubah seperti suasana penangkapan bekas Timbalan Perdana Menteri Dato’Seri Anwar Ibrahim dirumahnya di Damansara pada tahun 1998 lalu.

Sungguhpun begitu,Ahli Parlimen Ampang Zuraida Kamaruddin,yang berada di kediaman itu,berjaya meminta orang ramai dan pihak polis yang berada di situ bertenang.

Dalam pada itu,kira-kira 2 jam, para pegawai Jais berunding untuk meminta Dr Asri ke pejabat agama atau balai polis berdekatan.Pada awalnya,Dr Asri mahu para pegawai itu mengambil keterangan di rumah tersebut, namun setelah berbincang agak lama,Dr Adsri akur untuk ke balai polis berdekatan.Beliau kelihatan menaiki van JAIS dan diiringi oleh beberapa buah kereta peronda polis.Sebelum pergi, Dr Asri sempat meminta supaya pihak media menunggu beliau dirumah tersebut kerana akan mengadakan sidang media.“Jangan bimbang,saya akan balik semula ke sini.Doakan saya.“Tunggu saya…akan membuat sidang media,” katanya di hadapan orang ramai dan pihak media yang mengerumuni rumah tersbut.Dipercayai tangkapan itu,berikutan dakwaan beliau yang dikatakan mengajar tanpa tauliah dan ada kaitannya dengan sidang media semalam serta memo bantahan lantikan beliau selaku Yang Dipertua Yayasan Dakwah Islamiah(Yadim).Beliau dipercayai dibawa ke balai polis Hulu Kelang untuk diambil keterangan.Turut serta bersama beliau ialah Ahli Dewan Undangan Negeri Hulu Kelang,Shaari Sungib. 

Bekas Mufti Perlis kena tahan, ceramah tidak ada tauliah

Posted on November 2, 2009 by editor

Bekas Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin yang ditahan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) tengah malam tadi kerana dipercayai mengajar ilmu agama tanpa tauliah dibebaskan dengan jaminan polis kira-kira pukul 1.10 pagi tadi.

mazaa1 Bekas MUfti Perlis, Dr Asri ditahan JAIS.

Bagaimanapun beliau dikehendaki hadir ke Pejabat Agama Islam Daerah Gombak pada pukul 9 pagi esok untuk merakamkan keterangan.

Sementara itu dalam sidang media selepas dibebaskan, Dr Asri bagaimanapun menolak sebab penahanannya ialah atas dakwaan beliau merupakan pengikut Wahabi.

“Dia (anggota JAIS) tak sebut pun perkara itu (Wahabi) kepada saya, dia kata saya mengajar tanpa tauliah, dia tak kata isu itu.

“Isu yang dia kata ialah kerana saya tidak ada tauliah… itu sahaja,” katanya.

Kejadian berlaku kira-kira pukul 9 malam apabila sekumpulan anggota JAIS memasuki sebuah banglo milik seorang ahli perniagaan di Taman Sri Ukay, Hulu Klang ketika Mohd Asri memberikan ceramah kepada lebih 300 pengikut.

Bagaimanapun suasana menjadi kecoh apabila sekumpulan lelaki yang berada di dalam banglo berkenaan cuba menghalang penguat kuasa JAIS untuk menahan Mohd Asri.

Pihak polis yang memantau operasi berkenaan hanya menjadi perantara kerana tidak mempunyai waran tangkap.

Turut sama berada dalam banglo berkenaan yang juga sedang mengikuti ceramah oleh Mohd Asri ialah Ahli Parlimen Ampang, Zuraida Kamaruddin dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Hulu Klang, Saari Sungib.

Mengulas mengenai kejadian tersebut, Mohd Asri menganggap penangkapannya itu telah dirancang sejak awal. Mana Exco Kerajaan Selangor yang jaga Agama ni. Sampai Bekas Mufti pun kena ada tauliah juga ker. Kesian! Kesian! Kesian

28 Respons

  1. ustaz, jzkk atas lontaran pandangan dan perkongsian. ana juga telah menonton video penerangan Ustaz Asri di youtube bersama media.

    kadang-kadang merasa pelik dengan orang yang mendapat ijazah graduan atas kursus-kursus tertentu, kerana tahunya mereka akan sesuatu tidak menjamin fahamnya mereka akan sesuatu. mempunyai watak dan kuasa dalam satu-satu badan samada boleh membantu perkembangan perjuangan atau hanya membawa bahaya kepada orang yang memegang kuasa tersebut dan mereka yang di sekelilingnya.

    aneh sungguh dengan perangai mereka ini, tidak suka, ditabur fitnah, kalau suka dipuja-puja. asal yang disukainya itu memuaskan kehendak dirinya.

  2. Salam Ya Muallim..
    Sedih tgk insiden sbgini, smakin mporak perandakn umat Islam di negara kita ini,sirah2 kkejaman terhadap ilmuwan agama mula timbul kembali..Moga Allah swt memberi hidayah dan rahmat kepada semua supaya Ukhwah Islamiyyah tidak terjejas.

  3. “Mengulas mengenai kejadian tersebut, Mohd Asri menganggap penangkapannya itu telah dirancang sejak awal. Mana Exco Kerajaan Selangor yang jaga Agama ni. Sampai Bekas Mufti pun kena ada tauliah juga ker. Kesian! Kesian! Kesian”

    Exco Kerajaan Selangor menegaskan mereka tidak ada kuasa ke atas JAIS dan tindakan JAIS adalah di atas kapasiti sendiri. Betulkan saya jika silap.

    Nama Dr Asri dah sebati dengan rakyat Malaysia. Ramai lagi rasanya ustaz-ustaz yang tidak ada tauliah dari Jabatan agama, tetapi saya yakin jika rakyat berpegang dengan Al-Quran dan Sunnah, mereka boleh menilai keilmuan seseorang tanpa memerlukan surat tauliah.

  4. Agaknya inilah yang dikatakan jumud, buat kerja langsung tiada gunakan budi bicara, manusia makan benda tak baik sepeti wang haram hasil jualan ugama akan di pertontonkan tuhan didunia dan akhirat tanpa disedarinya (maksunya tak sedar diri). Dengar lagu Mat Jais lagi baik, hidup ni kalau dah tak tahu membezakan ucapan yag jujur dan dusta, sifat yang mulia dan keji, perbuatan yang baik dan jahat, pendirian yang hak dan batil, tentu lebih teruk daripada haiwan keran haiwan itu selayaknya lah haiwan, tapi kalau manusia jadi haiwan disebut binatang, disebut orang sampai keanak cicit. Bersama samalah kita mengingati diri supaya tidak memperdagangkan tuhan dan ugama.

    Terima kaseh salam hormat.

  5. dia orang kata wahabi sesat…kalau sesat camne nak sembahyang kat mekah dan madinah tu..sebab semua kat situ wahabiiii….pening…

  6. Pelik2… dah peraturannya kalau nak ngajar di Negeri Selangor kena ada tauliah…jadi apa masalahnya?…x kira la Dr. Asri tu bekas Mufti ke apa ke…dia kena la hormat undang-undang yang telah digubal….

    Kalau seorang Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan sekalipun kalau dia x ada lesen memandu memang patutla dia kena tahan dan di saman…sebab dah undang2nya begitu…

    Hebat sangat ke Dr. Asri tu….? Ulamak ke dia?
    Kalau setakat ada PHD..belum tentu boleh jadi Ulamak…
    Tu yang kena faham betul2….

    Tengok dulu syarat2 nak jadi ulamak….
    Ulamak yang besar Macam Dato’ Dr. Harun Din pun dapatkan tauliah dari Negeri Selangor… (rujuk Sinar 4/11/09 – muka surat 24) Ini kan Dr. Asri yang memang ada menimbulkan Kontraversi….

    kalau bekas mufti yang ada PHD pun x tau hormat undang2..x tau la nak cakap apa kan…
    dah datang ke negeri orang hormat la undang2 negeri tersebut…

    • mungkin kita jangan salahkan Dr Asri kerana beliau juga a’lim. lagi satu kita melihat dia sebagai seorang manusia. dari segi teknikl pula beliau hanya menyampaikan majlis ilmu di rumah, macam usrah la jugak..sebenarnya ini adalah masalah pemikiran dan pendekatan dakwah yang sekelian lama wujud di Malaysia.. sapa ada kuasa dan tak puas hati maka di aboleh buat pa saja,.saya rasa Isma menyokong Dr Asri kerana yang slh itu jelas

    • salam wbt

      saudara, kita jangan melatah. tak semua yang ditangkap tu salah dan tak semua yg tak pernah ditangkap itu bebas dari kesalahan. hatta nabi yusuf juga pernah dipenjara sedangkan firaun tak pernah merasa kena cekup masuk lokap.

      mungkin saudara akan pertimbang semula pandangan saudara kalau Pengarah pengangkutan jalan yg tak berlesen tu bawa kereta semasa ditangkap tu atas sebab emergency nak hantar isterinya sakit nak bersalin yang mana masa tu tengah malam dah handphone pula mati tak dapat call ambulance. rumah tengah hutan jauh dari jiran-jiran.

      allahualam..sekadar pandangan.Allah jualah yg tahu siapa salah siapa benar.

    • salam alaikum saudaraku,
      meskipun dr asri ditangkap oleh jais namun setakat ini masih belum ada apa-apa dakwaan yg dibuat ke atas beliau.ana menghormati pendapat anta bahawa setiap penceramah patut mempunyai tauliah seperti yg dijelaskan sendiri oleh jais.oleh itu ana harap buat masa ini janganlah mana-mana pihak memberi andaian sendiri tanpa mendapat kesahihan secara luar dan dalam. lihatlah dgn mata hati dan mata kepala kerana penglihatan dgn mata hati itu lebih baik buat seorang muslim

    • pernah jadi bekas mufti tu bukan tauliah agama ker ? sebab ada orang yang ada kuasa terkena batang hidung ker?

  7. Minta Exco krjaan Negeri Selangor yg jaga agama ISLAM beri penjelasan…..insan keliru….

  8. saya juga keliru, kalau dr asri bisa ditingkap kesemua ustaz2 ISMA juga layak diheret kemahkamah kerana antum juga tidak pernah diberikan tauliah, antum semua juga ada degreenya sahaja tetapi berlagak seperti bertauliah, ini kan baru adil namanya
    tetapi usaha antum perlu diberikan tahniah kerana berjaya meningkatkan ISMA ketahap jemaah nombor satu asia tenggara, teruskan usaha menjadikan ISMA nombor satu di duinia diatas dasar asolah dan pengalaman yang sekian banyak sebelum ini

    • Salam..
      Kizar.. Heheh.. Mungkin enta tak baca entri Ustaz Halim sebelum ni, dia ada cerita dapat tauliah dari Mufti N9 untuk mengajar..

      Dan juga, mungkin enta tak baca entri ini dan entri sebelum ini.. Tentang nak menceritakan masalah sebenar negara ini, yang mana menceritakan krisis ijazah dan tauliah..

      Ana sarankan baik kita lebih ambil pusing, tentang isu artis tak bertauliah, pemimpin masyarakat/negara yang tak bertauliah.. yang penuh krisis akhlak..

      Ambil lah pendirian imam Syafie, “aku tidak akan berdebat dengan seseorang melainkan aku mengharapkan kebenaran lahir dari lidahnya”

      Janganlah sibuk untuk mencari kesalahan orang lain..

      Ni’mal ajrul ‘amilin…

    • Salam.

      Br. kizar ni macam perli nampak.
      Cemburu ke?

    • apakah komen ini??

  9. Assalamualaikum,

    Kesimpulannya senang sahaja. Kalau sudah ada undang undang dan ketetapan yang di buat (di dalam setiap negeri) ikut sahajalah. Tak kiralah samada kita ulamak ke, mufti ke dan sebagainya. Undang undang begini diolah untuk membendung kegiatan kegiatan yang tidak diingini. Cuba bayangkan jika tiada undang undang diperuntukkan, sesiapa pun boleh berceramah, huru hara jadinya sebab keadaan sekarang tidak menizinkan. Lainlah kalau Malaysia sudah diperintah menggunakan hukum Islam. Perlis sendiri pernah melarang ceramah agama yang hendak diadakan di sana. Cuba rujuk website ini http://bahrusshofa.blogspot.com/2009/11/jangan-lupa.html

    Akhir kata kalau kita tidak hormati undang undang, siapa lagi yang yang akan menghormatinya

  10. salam kizar?

    sy tk tahu pulak y ISMA jemaah nombor 1 asia tenggara(wpun sy org ISMA)

  11. salam..ISMA mesir ni ade masalah cket la..derang tak komit dengan persatuan tp memecahbelahkan

  12. Dr Asri kena tangkap. Yg ramai ustaz2 dok bg ceramah agama kt kampung2 tk tangkap pon. Allah tk suruh tangkap pun org yg berniat nk sampaikan ilmu agama. Allah tk suruh ada sijil pon.Allah tk sebut pasal akta pon. Yg akta2 agama ni ada dlm hadari kot.Tp allah akan melaknat org yg menghalang ilmu agama. Ceh!!

  13. Allah suruh sebar ilmu agama bukan tangkap org yg sampai ilmu agama. Ada paham?

  14. Kalau nak diikutkan penangkapan Mohd Asri itu tidak wajar tetapi sekiranya apa yang ia bawa boleh mempengaruhi satu keadaan ke satu keadaan yang lain ini akan menyebabkan tauliah amat diperlukan kerana syariah untuk mengikut jalan yang lurus memerlukan kepatuhan dan ketaatan yang amat tinggi untuk terus berada di jalan yang benar!!!

  15. Ya,adakah kita hanya perlu tauliah atau tidak kerana seseorang itu boleh diangkat mahupun dihina oleh Allah tetapi kalau ilmunya betul betul sampai ke akalnya masakan tidak banyak mufti mencemuhnya bahkan mengatakan penangkapan itu wajar.Seorang yang alim itu tidak akan menolak selawat!!!mahupun selawat Syifa’

  16. tiada tauliah merupakan suatu alasan yg tdk blh diterima akal.. inilah dia akhir zaman.. golongan ASWJ kembali menjadi ‘asing’.. ulamak dicantas..

  17. saya pon pening la..walaupun saya belum cukup matang dalam memahami semua benda. tapi..saya ni mmg suka fikir hal2 yang complicated mcm ni.

    ada yang melontarkan pendapat…semua benda yang dilakukan oleh pihak yang tangkap2 tu..bukan suka2. analogi nya lebih kurang begini…..walaupun sehebat mana kita boleh memandu di atas jalan raya, kita masih perlu ada lesen kan untuk memandu?

  18. slm,

    walaupun benda ni dah lama…sy nak komen gak..bila baca komen-komen yg diatas, terdapat beberapa komen yg membuat tuduhan2 yg tak berasas..selagi kita tak menghormati pendapat seseorang(bahkan pendapat itu disokong oleh hujah/dalil yg sahih), bagaimana org akan menghormati pendapat kita..

    jgnlah disebabkan pemikiran yg sudah sekian lama ditanamkan ke dlm kita, apabila ada satu benda yg baharu kita dgr/ketahui (kerana kejahilan kita)….kita menuduh dan menghina kerana tidak dpt menerimanya.

    sepanjang sy mendengar ceramah2 dari dr. Asri, beliau sering membawa hadis2 yg sahih jika mengeluarkan hujah/hukum.

    pada pendapat saya..undang2 digubal utk menjaga keamanan dan memberi kemudahan sesuatu tempat. ttp jika pihak yg berkuasa menggunakannya utk menzalimi org tak disukainya, abaikanla/langgarla undang2 itu.

    apabila sampai kepada kamu perkara dunia dan akhirat pada waktu yg sama..tinggalkan dunia itu sementara..dahulukan perkara akhirat.

    wslm

Tinggalkan Jawapan kepada MusleemWoman Batal balasan