Diantara Ijazah dan Tauliah

konvo um

Ramai yang berkata bahawa “Ijazah adalah penting untuk kehidupan, namun ia bukan satu-satunya faktor kejayaan dalam kehidupan dan usaha mencari nafkah”. (Foto hiasan)

Isu penangkapan Dr Asri atas alasan mengajar tanpa Tauliah menarik pemerhatian saya yang sejak dari dulu mengamati persoalan diantara Ijazah dan Tauliah, dan perbandingannya diantara pengkhususan teknologi berbanding dengan agama.

Apa yang hendak dikongsikan dalam posting ini tidak ada kaitan dengan isu penangkapan tersebut, tetapi ditulis dari pengalaman dan renungan saya setelah berada dikedua-dua alam pengajian agama dan pengajian teknologi.

Disatu aspek, bukan bergantung kepada ijazah semata-mata merupakan suatu yang diamalkan oleh badan-badan professional seperti bidang perubatan, kejuruteraan, arkitek, akauntan, juruukur dan sebagainya. Mereka yang berIjazah harus menduduki ujian atau praktikal dalam tempoh tertentu untuk melayakkan diri mereka mendapat Tauliah sebagai professional dan tandatangan mereka dikira laku. Contohnya, graduan ijazah kejuruteraan harus menduduki tempoh praktikal dan temuduga untuk mendapat title “Ir.” (Ingeniur) oleh Malaysia Institution of Engineers lalu dikira layak membuka firma sendiri dan meluluskan pelan dengan tandatangan sendiri. Begitu juga badan-badan yang lain. Hanya doktor yang professional yang layak membuka klinik. Hanya ketika ada seorang farmasi berijazah dan bertauliah, sesebuah kedai farmasi boleh dibuka kepada orang ramai. Hanya Arkitek graduan Part 03 yang layak menandatangani sesebuah pelan. Sekadar mempunyai ijazah Perakaunan belum melayakkan seseorang menandatangani penyata kira-kira syarikat sehinggalah beliau mempunyai Tauliah setelah lulus menduduki ujian-ujian Chartered Accountants. Kesemua kerja-kerja professional ini dikawal rapai oleh Kerajaan dan pihak-pihak penguatkuasa. Oleh sebab itu sebarang projek seperti Hospital Pakar terpaksa berbelanja besar kerana harga seorang doktor pakar melambung tinggi  kerana kuatkuasa yang ditetapkan.

konvo um 2

Malangnya apa yang saya perhatikan, dibidang Pengajian Islam, walaupun ada disana kuliah-kuliah yang menghasilkan graduan-graduan ijazah, tauliah-tauliah yang dikurniakan kepada yang berkelayakan, namun kawalan berupa akta atau peraturan, serta penguatkuasaan tidak diberikan hak yang sewajarnya. Saya sebutkan di sini beberapa contoh :

(1)   Jawatan Imam sesebuah masjid tidak diwajibkan seorang yang mempunyai ijazah Pengajian Islam, lebih-lebih lagi jurusan Tahfiz dan Qiraat. Dengan itu, masjid dan surau dibina tanpa perlu memikirkan dengan serius kos mencari mereka yang berkelayakan yang akan mengisi bangunan tersebut. Pihak pembangunan hanya memikirkan kos binaan masjid sahaja, sedang kos hospital mengambil kira kos bangunan dan bayaran doktor-doktornya yang mahal. Dengan ini kekal nilai seorang “ustaz” tidak melambung seperti seorang doktor atau engineer. Ramai akan mengadu jika rawatan terhadap pesakit tersilap. Tetapi tak ramai yang kesah jika bacaan Imam lari dari tajwid yang sahih, Imam tidak memahami dengan mendalam apa yang dibaca dan didoakan, serta tidak mampu mengajar kitab agama atau menjawab soalan-soalan harian bidang agama dari masyarakat setempat. Yang penting sah solat berjemaah sudah. Alangkah baiknya jika disyaratkan imam mesti dari graduan Agama yang bertauliah atau professional, dengan ini saham diri mereka naik, gaji mereka menjadi setanding dengan professional lain, lalu mereka menjalankan tugas bukan sekadar menjadi imam solat tetapi menjadi imam, pemimpin agama dikawasan setempat, menziarahi rumah ke rumah diwaktu petang dan malam, menjawab kemusykilan agama, mendorong kepada kebaikan, menegur kesalahan, membimbing dewasa dan belia dan sebagainya.

Ustaz Raid Solah

Ustaz Ra’id Solah, salah seorang tokoh pejuang Islam di Tebing Barat, Palestin.

(2)   Tidak ada syarat professional Agama bagi syarikat-syarikat atau individu-individu yang mengendalikan perniagaan ibadat Haji dan Umrah, sedangkan ibadat tersebut tidak mampu dikendali dengan sempurna melainkan oleh orang yang berilmu disamping berpengalaman. Jika akta memastikan adanya syarat tersebut, pengendalian akan bertambah baik, nilai lulusan “ustaz” akan melambung tinggi seperti seorang doktor, engineer dll yang mesti diwujudkan jawatannya dalam sesebuah syarikat pengkhususan berkenaan. Kesan dari tidak adanya peraturan dan penguatkuasaan tersebut, berapa banyak pengendalian ibadat Haji dan Umrah yang tidak jauh bezanya dari pengendalian pelancungan biasa semata-mata. Pernah seorang jemaah Haji yang hajinya tidak sah, kerana tiadanya bimbingan ketika di Tanah Suci sedangkan dia telah berbelanja belasan ribu ringgit untuk menunaikan ibadatnya di Tanah Suci. Pernah seorang dikenakan dam 20 ekor kambing (seekor RM325, oleh itu 20 x RM325 = RM6,500 !!) kerana berniat Umrah di hotelnya sebanyak 20 kali Umrah dan tidak berniat di Miqat sebenar di luar Mekah. Ini berlaku kerana mengikut tunjuk ajar ketua rombongannya yang tidak berkelayakan. Pernah seorang wanita didenda dengan banyak kesalahan dalam Ihram, kerana dia menyangka niat Umrahnya tidak terpakai dan dia tidak perlu berpantang larang, kerana dia berniat ketika dalam haid, sedangkan sesiapa yang berniat walau dalam haid, maka niatnya terpakailaku dan dia mesti berada dalam pantang larang (Ihram). Ini berlaku kerana mengikut pandangan ketua rombongannya yang tidak berkelayakan juga. Contoh dalam hal-hal seperti ini terlalu banyak untuk diperkatakan. Masalahnya juga ialah, jika ada jambatan runtuh atau rosak, semua pihak akan berusaha mencari jurutera dan kontraktornya, tetapi jika ibadat yang rosak tidak ramai yang prihatin.

DSCN0415

Besarnya harapan ibu bapa yang membesarkan dan guru-guru yang mengajar anak-anak tadika ini supaya mendapat ijazah bila dah besar nanti. Jangan dihampakan harapan-harapan ini.

(3)   Kelayakan professional dibidang Agama juga mesti diwajibkan bagi pengamal sektor bomoh. Ini adalah kerana bomoh yang jauh dari Bid’ah, adalah bomoh yang menggunakan Al-Quran dan Al-Hadis yang diajar oleh Rasulullah saw sahaja. Adapun membaca mentera, mendakwa mengetahui apa yang berlaku masa depan dan seumpamnya adalah bid’ah yang wajib dibenteras. Oleh sebab tiada akta dan penguatkuasaan, masyarakat terasa bebas untuk mendatangi sesiapa sahaja yang mendakwa bomoh walau mereka tidak mempunyai kelayakan dan tidak berada dibawah kawalan pihak berwajib. Maka timbullah di sana sini bomoh-bomoh persendirian bebas yang berbagai-bagai ragam dengan berbagai-bagai upacara pengubatannya. Tidak kurang yang mendekati amalan-amalan sihir, Syirik dan khurafat. Tidak salah seorang Bomoh Syariyy mengambil upah mengeluarkan jin yang bersarang dalam badan, walaupun setanding dengan kos bayaran mengeluarkan hernia atau kanser dari badan pesakit oleh doktor pakar bedah.

(4)   Syarikat yang mengendalikan Kursus Pra-Perkahwinan, seperti klinik yang disyaratkan mesti mempunyai doktor, hendaklah mempunyai graduan Agama yang bertauliah, kerana bidang feqah “Al-Munakahat” (nikah kahwin) ini banyak membabitkan hukum hakam Syarak yang kurang dipelajari di tempat-tempat belajar awam. Ini termasuk tajuk-tajuk yang lebih khusus seperti talak sebelum atau selepas dukhul, li’an, zihar, nafqah, fasakh, sulh, misyar, nusyuz, disamping tajuk-tajuk biasa yang lain seperti aqad, hak dan kewajipan suami dan isteri dan sebagainya. Supaya lebih kompetetif, saya kurang bersetuju pihak berwajib yang menentukan jumlah yuran Kursus Pra-Perkahwinan (RM80.00 termasuk makan minum di Negeri Sembilan). Ini seolah-olah sama dengan pihak berwajib menentukan bayaran rawatan oleh sesebuah klinik atau hospital pakar persendirian yang merawat seseorang pesakit. Sebaiknya biarkan graduan Agama yang bertauliah bersaing hidup dalam dunia perniagaan seperti graduan perubatan, kejuruteraan, farmasi, arkitek bersaing.

uq-logo.gif

uni-of-qld.jpg

The University of Queensland, St. Lucia, Brisbane, Australia, tempat saya belajar dan mendapat ijazah kejuruteraan (1984-1987).

   

Professor David Williams (kiri), Golder Professor in Geomechanics dan Professor Peter Dux (kanan), Professor in Structural Mechanics dan Ketua Jabatan pada hari ini. Hanya dua orang pensyarah saya yang masih ada di University of Queensland pada hari ini. Tahun-tahun 1984-1988, mereka masih muda dan baru masuk bekerja sebagai pensyarah. (Dari www.uq.edu.au)

Dr. Liza O’Moore, pensyarah di Faculty of Engineering, University of Queensland hari ini. 22 tahun dahulu Liza satu kelas dengan saya sepanjang 1984-1987. Tak sangka dalam ramai-ramai kami di satu batch, Liza memilih untuk berada terus di “uni” (sebutan orang Australia bermakna university), setia bekerja di tempat di mana dia pernah belajar. (Dari www.uq.edu.au).

Saya juga kurang bersetuju istilah sesetengah orang yang membahagikan diantara golongan “agama” dengan golongan “professional”, seolah-olah golongan agama bukan professional ! Istilah yang sebenar ialah golongan agama dan golongan teknokrat. Contohnya golongan agama yang menjadi panel Syariah di bank-bank tempatan dan antarabangsa yang banyak kedapatan di Malaysia adalah dikira golongan professional. Pada saya golongan agama bertugas menjaga nilai-nilai asli dan tetap dalam jiwa masyarakat seperti aqidah, ibadah, akhlak, menyesuaikan strategi-strategi berdepan dengan perkembangan dan kemajuan manusia yang pesat sepanjang zaman. Manakala golongan teknokrat pula bertugas merancang dan meningkatkan kemudahan, pembangunan dan teknologi fizikal manusia dan dunia ini yang sentiasa berubah dan berkembang, mengikut peredaran zaman yang pesat tanpa henti.

uni-al-azhar.jpg

copy-of-sy-al-birri-us-halim

Bersama Al-Ustaz Asy-Syeikh Muhammad Abdul Mun’im Al-Birry, Rais Jabhah Ulamak Al-Azhar (Ketua Barisan Ulamak Al-Azhar) di depan Universiti Al-Azhar pada April 2008 lalu. Mesir banyak mengajar saya secara amali erti mencinta ilmu, kesabaran, perjuangan , kegigihan, keikhlasan dan tawadhuk. Moga Allah swt membantu saya dalam menunaikan amanah ijazah yang telah dikurniakan oleh Al-Azhar sejak tahun 1993 dan tauliah yang diberi oleh Mufti Negeri Sembilan sejak tahun 1997 yang lalu.

Saya merindui zaman ketika di Mesir dahulu bila melihat para ulamaknya yang rata-rata hebat namun mengajar di masjid-masjid tanpa bayaran. Sebaik pulang ke tanahair, di tahun-tahun 1997-1998 saya sering menolak envelope berisi wang saguhati penceramah yang diberikan kepada saya sebaik selepas berceramah atau mengajar. Tetapi bila melihat sesama AJK Masjid bersengketa kerana itu, saya akur dan pasrah dengan budaya ditanahair kita. Apa yang hendak saya kongsikan dalam posting “Diantara Ijazah dan Tauliah” kali ini ialah, saya pernah berceramah “agama” bertajuk “Kerja itu Ibadah” dan mendapat RM100 (Seratus Ringgit). Saya juga pernah memberi talk “motivasi” bertajuk “Kerja itu Ibadah” di sebuah kilang dengan isi kandung penyampaian yang hampir sama dan saya terkejut bila mendapati cek yang dihulurkan kepada saya tertulis RM1000 (Seribu Ringgit) ! Kekadang saya terdetik, demikian agaknya segelintir masyarakat di tanahair kita melihat perbezaan “agama” dan “professional”.

najib-umrah

Selain masyarakat yang menuntut, pemerintah juga bertanggungjawab dalam meletakkan akta dan peraturan dalam memprofesionalkan graduan agama, sepertimana pemerintah telah meletakkan akta dan peraturan dalam memprofesionalkan bidang perubatan, kejuruteraan, arkitel dan sebagainya. Kesemuanya ialah untuk kemaslahatan orang ramai agar terhindar dari penyelewengan dan seterusnya bencana. (Foto hiasan).

Banyak lagi bidang-bidang Agama yang sepatutnya diprofessionalkan demi untuk kebaikan masyarakat agar sempurna ibadat dan kehidupan mereka, serta menjauhkan mereka dari ibadah yang tidak sempurna, bid’ah dan kesesatan.  Ini juga adalah untuk kemaslahatan serta menjaga kepentingan dan hak para graduan Agama yang saya nampak banyak dipinggirkan dek kerana kealpaan pihak berwajib dalam melihat bidang ini. Ini disatu sudut. Dari sudut yang lain pula, para graduan Agama sendiri mesti bangkit dan memperjuangkan hak-hak masyarakat untuk mendapat bimbingan agama yang lebih sempurna dan professional. Di pihak masyarakat pula, saya lihat mereka hanya mengikut rentak. Jika Pemerintah dan Ulamak bangkit menyatakan sesuatu, mereka akan terikut dan bersama. Jika Pemerintah dan Ulamak meneruskan status quo (apa yang dah ada), mereka pun ada banyak kerja lain dalam kehidupan harian yang hendak dilakukan.

Ustaz Halim  www.inijalanku.wordpress.com

9 Respons

  1. Salam Ya Muallim,
    Ahsanta,mmg discussion yg menarik..Mg dapat mbuka minda umat Islam yg membc,insyaAllah..

  2. Jazakallah ustaz. Kupasan yang amat menarik. Semoga Allah mengizinkan keluarnya ramai lagi ilmuan Islam professional yang akan memperjuangkan ummah di Malaysia ini. Moga anak-anak kita memulakannya.

  3. SubhanaLlah.Indahnya ilmu kalau di hiasi dengan deen.Semoga ALlah memberi kekuatan kepada Ustaz sekeluarga untuk meneruskan dakwah di muka bumi ini dan moga moga kami semua mendapat tempiasnya juga🙂 Make doa….

  4. Mabruk Ustaz,
    Satu tulisan yg membuka minda… seperti jugaDr Asri, kita kena selalu kemukakan idea2 baru… saya setuju.

    “Bidang agama patut diprofessionalkan….” menarik sekali lontaran itu….

    Cuma satu jer ustaz…. dlm bidang kejuruteraan, kedoktoran, perakaunan dan bidang profesional yg lain mereka ada standard tersendiri yg rata2nya (walaupon tak 100%) diterima pakai oleh semua professional, tidak byk masalah dlm hal piawai bagi menjalankan tugas mereka.
    Lain pula dlm bidang agama, dari dulu sampai sekarang tak abis2 bergaduh dan berselisih dlm menentukan hukum hingga masyarakat naik pening…. kekadang ustaz2 yg balik drp univ. yg sama pon berlainan pendapat dlm masalah yg remeh temeh … ada ustaz yg mempertahankan bida’ah hasanah melebihi rakyat palestin mempertahankan bumi palestin dan ada pula yg memperlekehnya … perbahasan perkara2 ni berlanjutan sampailah hari kiamat … macamana nak jadi professional?
    Maaf saya bukan nak merendahkan golongan agama … cuma thinking aloud

  5. Salam,
    Mohon kebenaran Ustaz untuk link di Facebook saya.

  6. Golongann ustaz2 sekarang kebanyakannya telah memalukan umat Islam seluruhan, banyak kes2 salah laku di kalangan ustaz2

    Ustaz2 tak suka berceramah kecuali dibayar lumayan
    Ustaz2 berlumba2 mencari ceramah dan kuliah kerana di sana terdapat bayaran yang lumayan
    Ustaz2 jual air2 berkat, kurma atau kismis ajaib yang sah khurafat
    Ustaz2 bisnes yang jelas bertentangan dengan syariat islam
    Ada ustaz2 yang mengatal dan tidak ada bezanya dengan orang lain
    Ada yang terlibat dengan sendikit menggunakan anak2 untuk mungutip derma kononnya
    Banyak ustaz2 yang menjadi ketagih ROKOK
    Banyak ustaz2 yang akhlak buruk
    Ramai ustaz2 yang rasa diri mereka hebat, dan orang lain salah belaka
    Kalaulah ustaz2 ni baik, sudah tentu Malaysia ni bertambah baik, tengok je lah negara kita sekarang

    Ikhlas dan Tenang

  7. Apa jadi brader? komen saya di tapis hampir sebulan, ni ke ADIL? dan saksama yang dipraktikkan oleh ISMA?

    haiiii

    Golongann ustaz2 sekarang kebanyakannya telah memalukan umat Islam seluruhan, banyak kes2 salah laku di kalangan ustaz2

    Ustaz2 tak suka berceramah kecuali dibayar lumayan
    Ustaz2 berlumba2 mencari ceramah dan kuliah kerana di sana terdapat bayaran yang lumayan
    Ustaz2 jual air2 berkat, kurma atau kismis ajaib yang sah khurafat
    Ustaz2 bisnes yang jelas bertentangan dengan syariat islam
    Ada ustaz2 yang mengatal dan tidak ada bezanya dengan orang lain
    Ada yang terlibat dengan sendikit menggunakan anak2 untuk mungutip derma kononnya
    Banyak ustaz2 yang menjadi ketagih ROKOK
    Banyak ustaz2 yang akhlak buruk
    Ramai ustaz2 yang rasa diri mereka hebat, dan orang lain salah belaka
    Kalaulah ustaz2 ni baik, sudah tentu Malaysia ni bertambah baik, tengok je lah negara kita sekarang

    Ikhlas dan Tenang

  8. Sekiranya tauliah itu di berikan kepada penceramah dengan ikhlas dan mengikut garis panduan, tidaklah jadi masaalah. Tetapi jika ada sebab sebab yang tersembunyi atau ada agenda lain, ia akan menimbulkan masaalah. Bagaimanakah seorang bekas Imam di masjid negara dan seorang mufti di Selangor tidak di beri tauliah untuk berceramah?

    • Seperti tauliah kepada jurutera, arkitek, jurukur professional dan seumpama mereka, Tauliah tidak dikeluarkan oleh agensi kerajaan tetapi institusi bidang2 itu sendiri seperti The Malaysia Institution of Engineers (IEM) dll, dimana keputusan memberi tauliah atau tidak adalah keputusan professional dan bukan berbau politik. The Malaysia Instituion of Ulamak (IUM) katakan (contohnya) berperanan sedemikian mengikut perlembagaan dan undang-undang kecil mereka.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: