Haji 2009 dan H1N1 2009

Sudah lama saya tak update blog ini. Setelah berlepas ke Tanah Suci pada 9/11/2009 lalu, baru kini, setelah 1 bulan, saya dapat berkongsi tulisan dengan pelawat yang budiman.

Isu H1N1, walaupun masih mendapat liputan di Barat tetapi nampaknya telah mula pudar di Negara-negara Umat Islam. Sangat jarang, dikalangan jutaan jemaah Haji dari seluruh dunia, saya melihat orang yang memakai musk. Yang jelas, rakyat Malaysia masih kuat mahu ke Mekah, tempat berkumpul dan bersesak jutaan manusia, walaupun diselubungi isu H1N1. Semalam saya di Klinik Malaysia di Syisha, Mekah, bertanya tentang bilangan kes H1N1 dikalangan jemaah Malaysia. Alhamdulillah, tiada satu kes confirmed berlaku, kata seorang doktor di situ. Memang kuat tawakkal umat Islam dan tinggi conta mereka untuk menjadi Tetamu Allah, mengunjungi Kaabah, menunaikan kewajipan Rukun Islam Ke 05.

Sebaik isu H1N1 berlaku atau “meletup” dalam bulan April 2009, saya dan rombongan Umrah pergi ke Tanah Suci bulan Jun 2009 dengan memakai musk menutupi hidung dan mulut. Setiba di sana, kami tidak mendapati dikalangan ribuan manusia, mereka yang memakai musk kecuali beberapa orang. Tidakkah mereka faham atau tidak kesah ?

Walaupun Kerajaan Malaysia tidak menggalakkan rakyat Malaysia ke Amerika Syarikat dan Melbourne, saya dan isteri beranikan diri sambil bertawakkal penuh kepada ALlah swt agar dihindari dari penyakit yang merbahaya ini. Setiba di Melbourne Airport pada Julai 2009, saya tidak mendapati orang-orang Australia di sana memakai musk.

Dari kedua-dua pemerhatian ini, dan kes-kes kematian yang berlaku kepada teman-teman yang dikenali di Malaysia dan segelintir umat manusia di seluruh dunia, tampak rahmat Allah swt kepada bani insan, dan hajat manusia kepada rahmat tersebut. Dialah Tuhan yang Maha Mengtahui hakikat virus ini, cara jangkitannya dan keadaan ia boleh membunuh. Dialah yang mengetahui tubuh badan siapa dikalangan ciptaanNya yang boleh bertahan melawan virus tersebut dan siapa yang sebaliknya. Moga Allah memelihara kita dari serangan biologi ini.

Amerika yang sedang giat menghasil dan memasarkan vaccine melawan virus ini memaklumkan akan ada pula Gelombang Kedua Virus H1N1 atau seumpamanya selepas ini …

Tahun ini berlaku hujan di Mekah. Di tahun 2004 juga berlaku, ketika jemaah Haji di Mina, yang dilengkapi khemah kalis api dan air. Tapi tahun ini berbeza dimana hujan turun membasahi khemah, permaidani dan bumi di Arafah yang berkhemahkan kain kanvas. Habis basah kesemuanya sebelum kami tiba, bermalam dan bersiang di sana. Suasana lembab tidak menghalang jemaah Haji menggunakan sebaik-baiknya peluang Hari Terbaik Dalam Setahun ketika Wuquf di Arafah untuk berdoa, beristighfar dan bertalbiyah. Moga Allah kurnia Haji yang Mabrur.

Kini kami telah melepasi Hari-hari Haji (8 – 13 Zulhijjah) dan sedang menunggu untuk ke Madinah, menziarahi Rasulullah saw, para isteri dan sahabat Baginda saw, bersolat 40 waktu di Masjid Nabawi serta mengambil pengajaran dari tempat-tempat yang bersejarah di sana.

Ustaz Halim   www.inijalanku.wordpress.com

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: