Ya Allah! Teguhkan umat Palestin

Tembok-Pemisah-Bawah-Tanah Mesir-Gaza yang zalim dan tidak berperikemanusiaan sedang dalam pembinaan … oleh orang-orang Islam sendiri !!

Kejayaan Mujahideen Palestin mengalahkan Tentera Israel awal tahun ini masih terasa. Sumber makanan dan senjata adalah melalui terowong-terowong yang merupakan saluran hayat mereka.

Mereka adalah umat yang dikepung disetiap sempadan negara sejak mereka memilih dan menabalkan HAMAS memenangi pilihanraya pada 25/1/2006 yang lalu, hidup serba kekurangan kerana sekatan, namun mampu menggagalkan tekad Yahudi, Amerika, Barat dan Timur untuk mengalahkan benteng pertahanan Gaza, negara sebesar pulau kepada Pulau Pinang. Mereka telah menggagalkan pelan jahat Yahudi dan Barat untuk membunuh kesemua pimpinan dan tokoh masyarakat didalamnya, seperti yang dilakukan keatas Saddam Hussein dan tokoh-tokoh sekelilingnya setelah Iraq jatuh ketangan Amerika.

 Musuh-musuh Islam mendapati umat Palestin masih mempunyai makanan dan senjata guna untuk menyambung kehidupan mereka dengan mulia dan agung jiwa, tidak tunduk hina dan menyerah kepada rancangan jahat Penjajahan dan Musuh-musuh Allah.

Kini terowong-terowong rahsia yang menghubungkan Gaza di Palestin dengan dunia luar, yang membekalkan makanan dan senjata, sedang cuba dimusnahkan dan dihalang dari dibina semula. Mesir tunduk dengan arahan Musuh-musuh Islam membina tembok bawah tanah sedalam 18 ke 30 meter, untuk mengukuhkan lagi sekatan ke atas Gaza disetiap sempadannya. Hasbunallah wanikmal wakeel !!!

Perancis pula baru melancarkan sebuah satelit dari tanah jajahannya, Guenia, ke angkasalepas guna untuk memantau sempadan Mesir-Gaza dan lain-lain tempat strategik di Timur Tengah, mampu menghantar isyarat ke Kerajaan Mesir mengenai sebarang pergerakan disempadan tersebut, bagi menghalang bantuan dan bekalan sampai kepada Umat Palestin !! Tidak cukup Tebing Barat di timur Palestin diasingkan dari dunia luar melalui pembinaan Tembok Pemisah oleh Kerajaan Israel. Kini Gaza di barat Palestin pula akan diasingkan dari negara kandung sendiri, Mesir dan dunia luar melalui pembinaan Tembok Pemisah Bawah Tanah oleh Kerajaan Mesir sendiri !!

Kita menyeru kepada Mahmud Abbas, “Presiden Palestin” yang telah tamat tempoh jawatannya hampir setahun lalu, Presiden Hosni Mubarak dari Mesir dan lain-lain pemimpin yang terlibat agar menarik balik keputusan membina tembok bawah tanah yang zalim dan menyedihkan ini. Ia hanyalah  perlaksanaan dari tekad Presiden Bush untuk menghancurkan Gaza diakhir tempoh presidennya Disember 2008 lalu, dan tekad Presiden Obama yang mahukan supaya tidak ada sebarang senjata boleeh diseludupkan ke dalam Gaza melalui sempadan Mesir.

Mursyid Am Ikhwan Muslimin, Ustaz Mahdi Akef dan anggota Maktab Irsyad yang baru diperjumpaan pertama kelmarin (23/12/2009). Sejak penubuhannya tahun 1928, Ikhwan Muslimin di Mesir berada di saf terhadapan dalam isu Palestin, membekalkan bantuan moral dan material dalam menggagalkan pelan-pelan Penjajah.

Kita yakin, sebarang usaha untuk menghancurkan umat Palestin tidak akan berhasil dan akan menemui kegagalan, insyaallah. Mereka akan terus berpegang kepada Kebenaran tanpa tawar menawar atau menyerah. Sabda Rasulullah saw bermaksud, “Akan terus ada dikalangan umat aku, golongan yang terang-terang diatas Kebenaran. Mereka tidak akan dimudharatkan oleh orang yang membiarkan mereka, sehinggalah datang ketentuan Allah, sedang mereka masih dalam keadaan sedemikian”. Para Sahabat ra bertanya, “Di manakah mereka ya Rasulullah?”. Rasulullah saw menjawab, “Di Baitul maqdis, dan disekeliling Baitul Maqdis”.

Moga Allah swt mengurniakan kepada kita jiwa sekental mereka dalam menghadapi kepungan-kepungan yang zalim itu. Moga Allah segera memenangkan Umat Islam ke atas musuh-musuhNya dan orang-orang Munafik yang berkhidmat untuk mereka. Ameen ya Rabbal Alameen.

Ustaz Halim  www.inijalanku.wordpress.com

2 Respons

  1. salam wbt…
    ustaz sy ada send emel kt ustaz untuk meminta pendapat skit…
    mohon di balas klu ada kelapangan..
    harap dapt membantu

  2. Assalamualaikum wbt…

    Tiada siapa yang paling jahat dlm isu palestin ini, bukn yahudi & negara2 barat, melainkan negara2 arab itu sendiri terutama Mesir munafik, yakni Hosni Mubarak laknatullah!!! Dan pemimpin2 arab lain disekitarnya adalah LEMBU2, KERBAU2 & UNTA2. Kita yang tinggal beribu batu jauh drp Palestin yang punyai simpati.. Siapa yang boleh menyalurkan sumbangan perang fisabillah kpd Palestine? Saya mahu kutip duit drp rakyat Msia secara berterusan & salurkan ke sana untuk persenjataan…Dah lama saya tertanya2…
    Wassalam

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: