Merai saat-saat manis

Saya dan teman-teman ketika  menuntut di Mesir di tahun 1990an. (Foto-foto dihantar oleh Dr Hatta Tarmizi baru-baru ini. Beliau kini di Melbourne, Australia).

<Updated 30.12.2009 Foto Al-Marhum Us Radhi dan Al-Marhumah Ush Rosiah> Melihat foto-foto masa lampau memang menyentuh perasaan. Apatah lagi jika berfoto bersama teman-teman seperjuangan di Jalan Allah, sama-sama memikul panji-panji yang diwarisi dari Rasulullah saw. Nostalgia seperti ini termasuk di dalam ertikata Al-Wafak (setia) dan Al-Wafak adalah salah satu kualiti penting yang mesti ada dalam diri para Duat (pendakwah). Baru-baru ini Dr Hatta Tarmizi, bekas pelajar perubatan di Mesir sezaman saya di sana, telah menghantar foto-foto tahun 1990 an kepada saya dan teman-temannya. Saya mengambil kesempatan ini untuk mengedarkannya kepada semua terutama kepada generasi terkemudian dari kami. Semoga bermenfaat untuk Dakwah ini.

Setelah kaum muslimin memenangi Perang Badar, tawanan perang tidak dibunuh, sebaliknya ditawarkan membayar tebusan dan mendapat pembebasan. Al-Ass, suami Zainab binti Rasulullah saw menghulurkan anting-anting yang dihantar isterinya dari Mekah kepada Rasulullah saw sebagai tebusan. Anting-anting tersebut pernah dimiliki Khadijah ra, dihadiahkannya kepada anaknya, Zainab dihari perkahwinannya dengan Al-Ass. Apabila melihat anting-anting tersebut, hati Rasulullah saw tersangat sayu. Enggan menerima tebusan tersebut, Rasulullah saw mensyaratkan kepada Al-Ass agar melepaskan Zainab dan membenarkannya berhijrah ke Madinah. Demikian contoh Al-Wafak yang tinggi yang ada pada Rasulullah saw walaupun Khadijah ra telah lama pergi ke alam barzakh. Bahkan sering hadiah-hadiah yang diterima Rasulullah saw diberikan oleh Baginda saw kepada teman-teman Khadijah ra yang masih hidup.

Saya duduk di tengah, dua dari kiri.  (Foto ihsan dari Dr Hatta Tarmizi, berdiri di tengah-tengah yang mengangkat tangan).

Dalam Dakwah ini, kenangan manis masa lampau merupakan salah satu bekalan yang sangat penting. Disepanjang perjalanan Dakwah, Ukhuwwah Islamiyah perlu dipupuk dan jangan sekali-kali diguris, jauh sekali dirosakkan. Dakwah tanpa Ukhuwwah tidak memberi makna apa-apa, seperti tin kosong yang tiada isinya, bahkan membuang masa, tenaga dan fikiran. Ukhuwwah adalah buah dari Iman “Sesungguhnya orang-orang yangberiman itu bersaudara (mempunyai ikatan Ukhuwwah)”. Tiada Ukhuwwah maknanya tidak sempurna Iman seseorang. Tidak sempurna Iman seseorang menyukarkan beliau dan perjuangan beliau untuk mendapat kemenangan yang sebenarnya adalah anugerah Allah yang mutlak.

Ketika majlis aqad nikah diantara pasangan Ustaz Abdul Rahman b Muda dengan Ustazah Jamiah Wahab. Saya sedang memegang pembesar suara. Juru nikah juga adalah dari kalangan kami, Ustaz Sulaiman Ibrahim, kini pensyarah di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

Benarlah kata-kata Al-Imam Asy-Syafie didalam syairnya bermaksud, “Orang yang merdeka (jiwanya) adalah orang yang meraikan saat-saat manis, atau yang bergabung kepada orang yang memberi menfaat kepadanya dengan satu lafaz“. Ahmad Rasyid menyambung ungkapan Al-Imam Asy-Syafie dengan katanya “Bahkan Dakwah ini telah meninggalkan kenangan-kenangan manis selama bertahun dan berdekad, bukan sekadar “saat-saat”. Dakwah ini juga telah memberi menfaat kepada kita sebanyak dan selama itu, dan bukan sekadar satu lafaz. Maka oleh itu peliharalah Al-Wafak kita dengan Dakwah ini ..”.

Dari kiri Ustaz Shahruzzaman Bistamam (AJK ISMA Perak), Ustaz A Rahman Muda (AJK ISMA Negeri Sembilan), Ustaz Abdullah Zaik A Rahman (Presiden ISMA) dan Dr. Mohd Faiz bin Jambli (ISMA Kuala Pilah), kini pakar sakit puan, diketika mereka menuntut di Mesir tahun 1990an.

Sebaliknya pula, orang yang tidak meraikan saat-saat manis atau tidak bersama dengan orang yang telah memberi menfaat kepadanya, adalah tanda yang hatinya tidak merdeka atau dibelenggu. Moga Allah swt memelihara hati-hati ini dari sifat sedemikian.

Allahyarham Ustaz Radhi Saleh (memakai baju hijau) bersama teman-teman seperjuangan ketika di Mesir di dalam salah satu program. Beliau menghembuskan nafas yang terakhir 4 hari lalu pada Sabtu 26.12.2009 di Wad ICU Hospital Pakar Pantai, Ipoh disebabkan penyakit hati (liver diseases), meninggalkan isteri, Ustazah Aina Safiah (graduan Al-Azhar, Mesir juga) dan 4 orang anak.

“Rabbana hablana min azwajina … Ya Allah kurniakanlah kami , pasangan dan zuriat yang menyejukkan mata. Jadikanlah kami pemimpin bagi orang-orang yang bertaqwa (Al-Quran). Allahyarhamah Ustazah Rosiah Othman (duduk ketiga dari kiri) menghembuskan nafasnya yang terakhir beberapa tahun lalu akibat keretanya dirempuh pacuan empat roda di Tampin, Negeri Sembilan. Ketika itu beliau duduk disebelah pemandu sambil memangku bayinya, yang walaupun tersepit tetapi selamat. Allahyarhamah meninggalkan suami, Ustaz Ali Suparman (graduan Al-Azhar, Mesir juga) dan seorang anak.

Benarlah juga kata-kata Al-Imam Hasan Al-Banna dalam Rukun Ukhuwwah bermaksud, “Akh (seseorang) yang benar dan jujur dalam Dakwahnya menganggap ikhwah (teman-teman)nya lebih utama untuk dirinya dari dirinya sendiri. Ini adalah kerana jika dia tidak bersama mereka, dia tidak akan dapat bersama dengan selain mereka (kerana tidak secucuk), sedang mereka pula jika tidak bersama dia, mereka sememangnya telah bersama sesama mereka. Sesungguhnya serigala hanya memakan kambing yang bersendirian .. (maksud Hadis)”.

Bersama-sama di dalam foto terdapat 5 orang yang kini didalam Jawatankuasa ISMA Pusat iaitu Ustaz Rushdi Alias (berdiri kedua dari kiri), Ketua Biro HRD, Ustaz Mohd Hazizi Abd Rahman (berdiri ke enam dari kiri, memakai jubah putih), Timbalan Setiausaha Agung, Ustaz Mohamad bin Ismail (duduk ke dua dari kanan), Ketua Biro Dakwah, saya (duduk ke tiga dari kiri) dan Ustaz Wan Hisyam Wan Embong (sebelah kiri saya, memakai baju cerah). Turut bersama ialah Ustaz Yusof Mohamad (kiri sekali), AJK ISMA Penang, Ustaz Abd Rahman Muda (kanan sekali), AJK ISMA Negeri Sembilan, Ustaz Tajul Ariffin (berdiri keempat dari kiri) dan Ustaz Abdul Halim Abdullah Imam (berdiri kelima dari kiri) dari AFAQ/WAMY, Ustaz Khairuldin Ghazali (duduk memegang budak) dari PEWARIS dan lain-lain.

 Saat-saat berukhuwwah ketika di alam mahasiswa pula mempunyai kemanisannya yang tersendiri.  Kehidupan dalam perjuangan ketika itu belum “dikusutkan” dengan dunia mengumpul wang ringgit dan hartanah, pangkat, kedudukan, kuasa, pengaruh dan persaingan-persaingan dunia alam dewasa lain yang banyak menggoda dan menipu. Saya menyeru kepada para belia sekelian agar mengambil semaksima mungkin masa, peluang, kesempatan ketika di alam belia mereka untuk terlibat sepenuh dan sebaiknya didalam Jalan Dakwah yang berkat ini. Semoga setiap amalan kita diterima Allah swt dan mengukuhkan lagi pendirian kita.

“Sekiranya kamu menolong Allah, Dia akan menolong kamu dan Dia akan menetapkan pendirian dan kedudukan kamu “ (maksud Al-Quran).

Ustaz Halim  www.inijalanku.wordpress.com

Advertisements

13 Respons

  1. masyaAllah,manis sungguh tiap detik berdakwah
    kenangan manis pasti menjadi pembakar semangat sentiasa kan ustaz? moga kita sama2 mengukir saat2 manis tiap saat berada atas jalan mulia ini,insyaAllah….

  2. Salam.
    Di doakan semoga Ustaz sekeluarga berada di dalam kelompok orang orang yang sentiasa mendapat hidayahNya walau di mana berada.

    Merai saat-saat manis bersama Ustaz Abdul Halim @

    http://whitewakgreen.blogspot.com/2009/11/1mb0lik.html

    p/s : masih di tanah suci? kalau sudah pulang ke Tanah Air harap dpt di maklum.Teringin ziarah ustaz.
    TQ in advance.

  3. Seronok tengok gambar ustaz muda-muda.

    • Assalamualaikum wbt,

      Syeikh Megat senior Jenan yang telah lama ana cari..anta pekaba? Masih di Timur Tengah ke? Bila balik Malaysia boleh jumpa bincang macam mana nak kembangkan lagi dakwah kita di Jenan.

      Aiman
      9903

  4. “Saat-saat berukhuwwah ketika di alam mahasiswa pula mempunyai kemanisannya yang tersendiri”.Benar.di alam mahasiswa,kita adalah golongan yg paling ideal.tidak ada tanggung jawab yg berat2.tidak ada isteri,anak2.bagi kita yg berjauhan dr keluarga,tidak ada tanggung jawab utk menjaga ibu bapa dan adik2..hanya,kita,pelajaran dan dakwah,juga ukhuwwah.
    Syukran atas perkongsian.
    doakan saya di sini.moga dapat meraih kemanisan2 seperti yg telah ustaz rasai di mesir bersama rakan2 seperjuangan.Juga kethabatan ustaz dan mereka2 yang sebarisan dengan ustaz..
    Jazakallah..

  5. ana tgk gambar ust lah dlm gambar tu macam muka akh zahir ariffin, ex-melb. cuma akh zahir lebih ‘langsing’. mungkin akh zahir masih muda…

  6. Ustaz lah memang macho..MasyaAllah! 🙂

  7. Kunjungan Habib Umar Ben Hafiz ke Pondok Baitul Qurro’, Sg. Udang Melaka : http://wp.me/piAx4-ZY

    Hari ini Jilsah bersama Habib Zaid Ben Yahya ANGGOTA IFTA’ (MAJLIS FATWA) DARUL MUSTHAFA : http://wp.me/piAx4-10Z

    Saranan Dr. Al-Qaradhawi Agar Aqidah Al-Asy’ari Terus Dijaga Di Malaysia : http://wp.me/piAx4-11d

  8. perenggan berbunyi, “Dakwah tanpa Ukhuwwah tidak memberi makna apa-apa” membuatkan ana berfikir puluhan kali.

    sungguh mendalam maksudnya. doakan kami ikhwah Jordan agar ikatan ukhuwwah makin bertaut dalam menyampakaikan risalah ini.

    terima kasih ustaz atas perkongsian

  9. Terbayang pula generasi kami 20-30 tahun mendatang. Terima kasih Ustaz Abdul Halim, atas gambar2 yang nostalgic. Juga atas jalan yang dirintis. “Allahumma sabbit qulubana ala dinik “^_^

  10. Subhanallah..Kenangan lama dalam medan tarbiah&dakwah memang manis jika dikenang..Bayangkan..Keadaan para sahabat2 R.A yang berjuang bersama Rasulullah saw..Rindu mereka pada baginda saw setelah kewafatan baginda saw..Mereka (sahabat R.A) melalui jalan@lorong yg pernah dilalui Rasulullah saw,solat di masjid yg pernah diimami Baginda saw,dan pelbagai lg kenangan bersama baginda saw..susah,senang,suka,duka mereka bersama Rasulullah saw…
    Jazakallah,ust. atas perkongsian yg sgt menyentuh hati. doakan kami istiqomah dan thabat di jalan ini.
    Salam dari bumi Tanta.

  11. keciknye muallim sharuzzaman. =P

  12. Sangat terharu dengan post ni… Semoga Allah beri kekuatan kepada ana dan sahabat-sahabat sekalian untuk terus tsabat hingga nafas terakhir…

    Allahuakbar!

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: