Hakim benarkan guna perkataan “Allah”

 

Hakim Mahkamah Tinggi, Lau Been Lan memutuskan akhbar mingguan kristian “Herald” sekarang boleh menggunapakai perkataan “Allah” dalam akhbar dan apa sahaja penerbitannya dan mengisytiharkan larangan yang dibuat oleh Menteri Dalam Negeri sebagai “illegal, null and void” (salah, tiada kesan dan terbatal). Keputusan Hakim Lau Been Lan tersebut dibuat dengan asas :

  1. Agama-agama lain selain Islam berhak diamalkan dengan aman dan harmoni di Malaysia. (Perlembagaan Persekutuan, Artikel 3).
  2. Pemohon, Archbishop Murphy Pakiam berhak bebas dalam bercakap dan mengutarakan pandangan (Perlembagaan Persekutuan, Artikel 10).
  3. Menteri Dalam Negeri dan Kerajaan Malaysia gagal membuktikan dalam perbicaraan bagaimana dengan menggunakan perkataan “Allah” boleh mengancam keselamatan negara.

Photo: The former Auxiliary Bishop Murphy Nicholas Pakiam was installed as the third Archbishop of Kuala Lumpur on the Feast of the Ascension May 29 at the Cathedral of St John. He succeeds 71-year old Archbishop Anthony Soter Fernandez, who resigned on May 24 due to ill health.

Pada 7/1/2009, Kementerian Dalam Negeri mengeluarkan permit kepada “Herald” dengan syarat tidak boleh menggunakan perkataan “Allah” dan dengan tanda “T.e.r.h.a.d” di Muka Pertamanya (edaran untuk orang Kristian sahaja) demi keselamatan dalam negara dan mengelak kekeliruan dikalangan umat Islam. Namun pada 16/2/2009, penerbit Herald, Archbishop Murphy Pakiam memfailkan permohonan Mahkamah bahawa larangan itu adalah salah, dan perkataan “Allah” bukan hanya untuk agama Islam.

Pandangan saya :

  1. Tanpa akta-akta yang lebih terperinci yang diluluskan di Parlimen atau DUN mengenai perkataan “A.l.l.a.h”, Hakim Lau Been Lan membuat keputusan menggunakan dua artikel dalam Perlembagaan Persekutuan yang sangat umum. Oleh sebab tersangat umum, hakim-hakim boleh memutuskan keputusan yang berbeza.
  2. Istilah “Keselamatan dalam negara” juga tiada perincian yang sewajarnya menyebabkan ia mudah ditafsirkan oleh sesiapa sahaja. Mereka yang berkepentingan agama dan ideology tersendiri akan menafsirkannya cara tersendiri. Mereka yang berkepentingan politik akan menafsirkannya cara tersendiri pula. Berapa ramai ahli-ahli politik dan NGO yang merengkok di dalam penjara lantaran tafisran “keselamatan dalam negara” yang bernagai. Mereka yang lebih dekat kepada umat Islam dan kepentingaan mereka hanya badan-badan Islam dan wakil-wakil rakyat mereka. Namun, adakah wakil-wakil rakyat umat Islam berjuang bersungguh-sungguh di dalam Parlimen atau Dewan Undangan Negeri (DUN) untuk mengaktakan apa yang bermenfaat untuk umat Islam, diantaranya mengenai isu perkataan “Allah” ? Atau hanya menyerahkan kepada pihak Eksekutif (Menteri atau Exco) dalam perlaksanaan dan menyerahkan tafsiran mengikut kehendak Judiciary (Kehakiman) semata-mata.
  3. Jika dengan bilangan wakil-wakil rakyat Islam dan pengaruh mereka dalam Parlimen terhadap wakil-wakil bukan-Islam (yang ramai sekular), usul larangan menggunakan perkataan “Allah” oleh agama-agama lain adalah mudah untuk diluluskan lalu menjadi akta. Saya tidak fikir kebanyakan wakil rakyat bukan-Islam yang rata-rata ahli politik atau ahli perniagaan dan bukan ahli agama akan beriya-iya untuk menggunakan perkataan “Allah” yang telah lama dipakai (sejak 700 tahun lalu) oleh umat Islam di Malaysia. Malangnya ramai wakil-wakil rakyat Islam kita tidak berfikir dan bertindak seperti ini. Langkah mengaktakan perkara-perkara yang bermenfaat kepada umat Islam kedalam Perlembagaan tidak perlu menunggu sehingga tertegaknya Daulah Islam terlebih dahulu.
  4. Selepas ini tidak salah orang-orang kristian mengatakan “Allah” beranak atau mempunyai anak dihadapan umat Islam samada dalam perbualan, penulisan lebih-lebih lagi dalam media massa dan ucapan umum. Diantara mereka mempercayai Nabi Isa (Jesus) sebagai anak Tuhan. Mahasuci Allah dari tohmahan tersebut. Sebahagian Kristian mempercayai bahawa Nabi Isa itulah Tuhan (Lord). Nanti mereka mengatakan Allah pernah ditangkap dan disalib.
  5. Pemakaian perkataan “Allah” dinegara lain tidak boleh dijadikan alasan membolehkan pemakaian tersebut di negara Malaysia. Contoh sesetengah Arab Kristian menggunakan perkataan “Allah” dalam insyaAllah, alhamdulillah dll. Syariat atau undang-undang berbeza dari satu negara ke satu negara bergantung kepada realiti setempat, keadaan masyarakat, keadaan masa dsb sama seperti undang-undang jalanraya, imigresen dsb yang berbeza di tempat yang berbeza pula. Perkataan “Allah” oleh semua penduduk berbilang agama dalam sesetengah negara seperti negara Arab tidak menimbulkan kekeliruan berbanding jika ianya tersebar dikalangan masyarakat di Malaysia.
  6. Jika keputusan KDN vs Murphy Pakiam diatas menjadi precedence case (kes sulung/terdahulu yang boleh dijadikan rujukan dan panduan penghakiman-penghakiman selepas ini), pengikut-pengikut agama lain juga kini boleh bebas menggunakan perkataan “Allah” di Malaysia. Disebabkan “Allah” mereka berbeza, mereka bebas, dan dijamin Perlembagaan Persekutuan, untuk menyifatkan “Allah” mengikut kehendak kepercayaan mereka walaupun dengan sifat-sifat yang bertentangan dengan Allah yang sebenar yang diimani oleh umat Islam seperti berupa patung, binatang dan sebagainya. Apabila berlaku di Denmark, disiarkan kartun bernama “Muhammad” berlaku huru hara bukan sahaja di Denmark, tetapi kebangkitan hampir di seluruh dunia, bagaimana pula yang akan berlaku jika disiarkan satu patung berkepala binatang bernama “Allah” dibumi Malaysia kesan dari keputusan Lau Been Lan tersebut ?
  7. Adakah isu ini yang baru sahaja lahir tahun lalu setelahmana umat Islam di Malaysia menggunakan perkataan Allah sejak 700 tahun lalu, menunjukkan peningkatan jiwa, kepekaan dan aktivisma umat bukan-Islam di negara ini, atau sebaliknya menunjukkan kekhuatiran mereka terhadap kepupusan berbanding Islam yang teguh seperti yang disebut oleh Prague Cardinal Miloslav Vlk. Atau adakah ia menunjukkan penurunan terus menerus kepekaan, penghayatan dan identiti Islam di dalam jiwa-jiwa umat Islam itu sendiri kesan dimamah suasana, pengaruh dan pendidikan Barat yang menguasai media massa, sistem dan cara mereka berfikir setiap hari dalam masa yang panjang ? Disebabkan kurang sensitif dan kemunduran jiwa seperti ini, orang-orang bukan-Islam lebih terbuka dalam mengemukakan sesuatu yang sensitif, berbanding dengan dekad dan zaman sebelum ini ?

Semoga Allah swt menguatkan jiwa umat Islam, membawa mereka kearah memahami dan menghayati agama mereka yang benar iaitu Islam. “Sesungguhnya Allah tidak merubah nasib suatu kaum sehingga mereka merubah apa yang didalam jiwa mereka sendiri” (Al-Quran).

Ustaz Halim   www.inijalanku.wordpress.com

32 Respons

  1. Apa peranan ISMA dlm kes ni???
    Semoga ISMA jd badan NGO yg terkehadapan dalam menangani isu berkaitan Islam….

    • jumaat ni ISMA dan beberapa NGO2 Islam yang lain akan menghantar memorandum bantahan terhadap penggunaan nama Allah di gereja..biiznillah..

  2. Hasbunallah wa ni’mal wakil…..
    moga Allah melindungi kita dr fitnah akhir zaman yang sgt dasyhat…

    **masih ramai lg umat islam terutamanya anak muda yg tidak ambil cakna ttg isu sebesar ini…malah tidak tahu pun isu ini kerana disibukkn dgn hal2 remeh lain…

    ***media arus perdana pun tidak memberi ‘coverage’ yg sepadan dgn isu besar umat islam ini…mungkin gosip artis lebih meningktkn jualan/keuntungn mereka.
    Diskusi dan forum berkenaan isu ini seharusnya disemarakkn agar mberikn pencerahan kpd umat Islam di malaysia…

    ****kepentingan agama dan umat harus diberikan keutamaan lebih berbanding kepentingan politik dan ideologi masing2

  3. Kongsi raya pun HARAM, inikan pula ‘kongsi’ Tuhan…

    Gerhana Bulan berlaku pada 1 Jan 2010… namun tidak dianggap penting oleh muda-mudi yang mengaku Melayu Islam. Sedangkan kita dianjur untuk melihat kebesaran Allah ini termasuklah melakukan Solat Sunat, Bersedekah, Bertakbir, Berzikir, Berdoa dan Beristighfar….

    Jika kita lihat, semua perkara yang dianjurkan itu mampu menolak bala, dengan izin Allah. Dan sudah pun terbukti secara saintifik, bahawa ‘bala’ (bencana) akan berlaku setiap kali berlakunya gerhana.

    Perubahan iklim secara ekstreem akan terjadi akibat gerhana ini dan mampu mengancam kita semua yang hanya hamba Allah yang lemah ini.

    Maka, lahirkan dalam hati kita perasaan takut dan harap kepada Allah semoga segala ancaman tersebut terhindar daripada kita semua.

    Begitulah kita, yang sepatutnya bersimpuh ditikar solat bukan dipadang melompat-lompat melalak….

    _Keputusan penggunaan perkataan ‘Allah’ ini merupakan bala pada Malaysia?

    _Sedang diluar sana terjadi suatu ribut salji yang ekstreem

  4. Orang melayu ni sejak zaman dulu lagi suka gila nama yang dikenali gila isim kerana tidak sedar diri, yang penting diri bukan nama. Melayan puak tak kenal diri cuma membuang masa, jangan sehingga berpangkalkan pucuk.

  5. Siaran Langsung Multaqa Ulama Bersama Habib Umar Bin Hafiz di Indonesia

    Pengajian Kitab bersama Syeikh Ahmad Fahmi Zamzam

    Penyelewengan Tauhid & Kalimah ALLAH

  6. maka ramailah yang termakan dengan peluru umno menggunakan isu agama untuk menarik kembali sokongan orang melayu islam dan menghuruharakan pakatan rakyat , selepas isu perkauman yang dihebohkan gagal mencapai matlamat . berjayakah mereka ? sama-sama kita tunggu …….. harap-harap senjata tak makan tuan

  7. Selain itu tirai 2010 di buka dengan Isu kalimah Allah.Turut menjelaskan andaian saya bahawa tahun 2010 ialah.TAHUN BARU ISLAM – ISLAM AKAN KEMABALI GEM.ILANG – INILAH YANG SAYA KATA ORDER DUNIA BARU.

  8. alhamdulillah,kini 2010 telah pun membuka tirai.Semoga isma akan terus maju dalam memperjuangkan islam

  9. salam alayk..

    minta izin untuk siar artikel ustaz halim dalam website ISMA Eropah

    http://www.ismaeropah.com

    jzkk

  10. sangat sedih…
    something bad will happen later…

  11. 1. Sekarang kita bukan ingin kata “apa peranan ISMA?”, “apa peranan UMNO?”, “apa peranan PAS?” .. tetapi menjadi kewajiban setiap seorang yang mengaku dirinya Muslim.

    2. Firman Allah dalam Surah Ar Ra’d, “Allah tak ubah nasib sesuatu kaum, sehingga mereka mengubah diri mereka sendiri”

    – Lesson Learnt 1: Tugas menegakkan aqidah mentauhidkan Allah perlu dimainkan oleh semua lapisan ummat Islam. Ibu ayah perlu didik anak-anak tentang keesaan Allah dan memberi kesedaran tentang segala sudut iman, bukan beri main gambe PS2, X-Box, tengok TV, pergi konsert, etc. Setiap jiran tetangga kena ambil tahu dan jaga tepi kain jirannya yang Muslim sekiranya mereka tidak mengamalkan Islam. Pendek kata di mana sahaja, berpegang kepada hadith “barang siapa nampak satu kemungkaran, hendaklah ubah guna hati, kalau tak mampu, guna lisan, kalau tak mampu, guna hati, tetapi itulah selemah-lemah iman”.

    – Lesson Learnt 2: Selagi mana Perlembagaan Malaysia berbentuk ambiguous dan general, dan tidak terang-terangan memihak dan mengikut Perlembagaan Islam sebenar, selagi itu musuh Islam akan terus cari titik kelemahan untuk main-mainkan undang-undang sedia ada. Ini peranan yang boleh dimainkan oleh wakil-wakil rakyat Islam untuk meluluskan akta di Parlimen seperti cadangan Ustaz Halim.

    – Lesson Learnt 3: Kita juga perlu buang pemikiran “silo” atau hidup bawah tempurung sendiri. Luaskan pembacaan dan pengajian ilmu, mengenai deen Islam ini, serta kaji kelemahan agama lain untuk mempertahankan dan memperkuatkan lagi hujjah Islam. Bukan sekadar berlegar-legar di sekitar hujjah tidak akademik, emosional dan tidak berasaas.

    – Lesson Learnt 4: Ummat Islam jangan sibuk dengan isu khilaf. Isu aqidah adalah isu tonggak, isu bersama, isu rukun. Khilaf ada toleransi.. Tetapi tidak dengan isu aqidah.

    – Lesson Learnt 5: Pengajaran kepada ummat Islam apabila Allah tidak diesakan. Lalu orang bukan Islam melihat kita melayan “Allah” sama seperti mereka melayan Tuhan mereka. Masjid hanya penuh pada hari Jumaat, sama seperti gereja yang penuh pada hari Ahad sahaja. Kalau di konsert, yang lebih buruk perangainya adalah belia Islam. Maka dengan itu, kembali sedar, besarkan Allah dalam segenap bidang kehidupan. Tolak gaya hidup yang tidak masuk ke dalam Islam sepenuhnya.

    Alahua’alam

  12. Semua orang Islam patut main peranan. Apa juga pendirian yang dipilih perlulah kepada semangat mencintai agama. Tak kanlah mahu diharap orang kafir yang ingin membela agama Islam. Ingin juga berkongsi pandangan http://tintataghyir.com/2010/01/isu-larangan-kalimah-allah-katakanlah-allah-itu-esa/

  13. mahkamah bukan tempat yang layak untuk memutuskan perkara ini!!!!

  14. askm

    macam mana kita nak buat?
    nak ke depan ke kancah yang kotor dan tidak ruhi atau terus bertarbiyah di dalam usrah2, tamrin dan mukhayyam sampai betul masak sebelum kita terjun dan terlibat dalam isu2 seperti ni?
    hai, susah jugak ye, pening dan mengelirukan, kalau ke hadapan nanti dituduh tak mengikuti manhaj, macam mana ya ustaz?

    bantu lah ana ni

    • Wsm ww.

      Majulah ke depan ke dalam kancah sambil terus bertarbiyah di dalam usrah, tamrin dan mukhayyam sekali gus tanpa mengabaikan kedua-dua aspek. Itulah Manhaj kita. Yang tidak mengikuti Manhaj ialah yang buat hanya salah satu dan mengabaikan yang satu lagi. Tkasih.

  15. Kita sebagai rakyat m’sia yang terdiri daripada berbilang kaum sejak dari nenek moyang kita dahulu haruslah berfikir secara matang dan mengambilkira sentimen kaum lain. Penggunaan kalimah Allah telah menjadi isu sejak daripada era Tun Dr. Mahathir memegang pucuk pimpinan di negara kita. Mengapa sekarang ianya dipanaskan kembali? Berkenaan kukuhnya agama yang kita anuti itu kita sendiri yang tahu..Saya sangat menyayangi negara yang tercinta ini.

  16. Assalamua’alaikum.

    Pandangan Saya Berhubung Isu Penggunaan Nama Allah.

    1. Saya rasa kita kena faham macam ni. Di dunia ini ada 2 jenis agama iaitu agama samawi dan agama buatan.

    2. Agama samawi adalah agama yang datang dari langit iaitu Yahudi, Kristian dan Islam.

    3. Agama buatan seperti buddha, hindu, confucious dan sbg.

    4. Sejak dari dahulu lagi, agama samawi berpegang teguh bahawa Allah adalah Tuhan mereka. Kita tidak bicara soal kesesatan mereka menafsirkan Allah siapa. Sebab, orang Islam sendiri ada yang tersalah tafsir mengenai nama Allah. Tetapi kita semua sependapat bahawa Allah adalah Tuhan orang Islam dan Tuhan penganut agama samawi yang lain.

    5. kita juga harus faham bahawa, penganut yang betul2 berpegang kepada agama samawi masing-masing, mereka semuanya memuji Allah swt. kita tidak bicara tentang mereka yang lalai. Sebab ramai juga orang Islam yang nama jer Islam, tapi amalan Islam dah tiada dalam diri malah sering berperasangka buruk dengan Allah. Yang lalai (Islam, kristian dan Yahudi), mereka semua tidak menghormati Allah. Tetapi orang yang beriman (Islam, Kristian dan Yahudi), mereka semua memuji Allah.

    6. kita tidak boleh salahkan agama kristian sekiranya mereka menulis tentang agama mereka menggunakan nama Allah, dengan alasan bahawa bimbangkan anak2 akan percaya. Mereka hanya berdakwah atas kepercayaan yang mereka pegang sahaja.

    7. Sepatutnya yang orang Islam kena lakukan adalah begini. Kita buat perkara yang sama (penulisan) atau buat perkara yang lebih baik untuk betulkan kefahaman tersebut. Betulkan kefahaman orang-orang Islam. Kemudian kita bantu orang2 kristian dengan betulkan pula kefahaman mereka.

    Saya berpegang dengan pandangan ini.

    • bunyi seperti mudah.. lupakah kita dengan firman Allah dalam surah albaqarah:120 “Sekali-kali tidak akan redha orang-orang Yahudi dan Nasrani sehinggalah kamu mengikut jalan-jalan hidup mereka.” jangan mengambil ringan.. kita bercakap soal menjaga Islam di Malaysia.. bukan bermaksud nak emosi.. tetapi demi menjaga memelihara ketinggian martabat islam di muka bumi Allah.. kita kene bertindak apa yang kita mampu.. bukan berpeluk tubuh dengan alasan berlapang dada.. bukan untuk menyerang pendapat tawawi..tapi untuk membuka minda semua yang kurang memahami seluas2nya insyaAllah..

      • Jamaluddin, cuba awak baca ini. tulisan Dr Maza.

        Jika kita membaca Al-Quran, kita dapati ia menceritakan golongan musyrikin yang menentang Nabi Muhammad s.a.w juga menyebut nama Allah dan al-Quran tidak membantah mereka, bahkan itu dijadikan landasan untuk memasukkan akidah Islam yang sebenar.

        Firman Allah: (maksudnya) “Dan Demi sesungguhnya! jika engkau (Wahai Muhammad) bertanya kepada mereka: “Siapakah yang menciptakan mereka?” sudah tentu mereka akan menjawab: “Allah!”. (jika demikian) maka bagaimana mereka rela dipesongkan? Dan (Dia lah Tuhan Yang mengetahui rayuan Nabi Muhammad) yang berkata: Wahai Tuhanku! Sesungguhnya mereka ini adalah satu kaum yang tidak mahu beriman!” (Surah al-Zukhruf ayat 87-88).

        Firman Allah dalam ayat yang lain: (maksudnya) “Dan sesungguhnya jika engkau (Wahai Muhammad) bertanya kepada mereka (yang musyrik) itu: “siapakah yang menurunkan hujan dari langit, lalu dia hidupkan dengannya tumbuh-tumbuhan di bumi sesudah matinya?” sudah tentu mereka akan menjawab: “Allah”. Ucapkanlah (Wahai Muhammad): “Alhamdulillah” (sebagai bersyukur disebabkan pengakuan mereka yang demikian), bahkan kebanyakan mereka tidak menggunakan akal (untuk memahami tauhid) (Surah al-Ankabut ayat 63).

        Ayat-ayat ini, bahkan ada beberapa yang lain lagi menunjukkan al-Quran tidak membantahkan golongan bukan muslim menyebut Allah sebagai Pencipta Yang Maha Agung. Bahkan Nabi Muhammad s.a.w disuruh untuk mengucapkan kesyukuran kerana mereka mengakui Allah. Apa yang dibantah dalam ayat-ayat ini bukanlah sebutan nama Allah yang mereka lafazkan, sebaliknya ketidak tulusan tauhid yang menyebabkan akidah terhadap Allah itu dipesongkan atau bercampur syirik.

        Justeru, soal bukan muslim mengakui Allah tidak dibantah oleh Islam, bahkan kita disuruh bersyukur kerana pengakuan itu. Cuma yang dibantah ialah kesyirikan mereka. Umpamanya, jika kita mendengar bukan muslim menyebut “Allah yang menurunkan hujan, atau menumbuhkan tumbuhan”, maka kita tentu gembira kerana dia mengakui kebesaran Allah.

        Apakah patut kita kata kepadanya: awak jangan kata Allah yang menurunkan hujan, atau mencipta itu dan ini, awak tidak boleh kata demikian kerana awak bukan muslim, sebaliknya awak kena kata tokong awak yang menurun hujan”. Apakah ini tindakan yang betul? Tidakkah itu menjauhkan dia dari daerah ketuhanan yang sebenar? Kita sepatutnya berusaha mendekatkan dia kepada ajaran yang benar. Namun, jika dia berkata: “Tokong ini adalah Allah”. Saya kata: “Awak dusta, itu tidak benar! Maha suci Allah dari dakwaan awak”.

  17. kenapa perkara ini berlaku?kerana yg di atas lemah.kenapa yg lemah boleh duduk di atas?kerana salah org2 di bawah yg tak reti memilih yg di atas….apa tugas anda semua?carilah yg kuat untuk menjadi teraju…sejak bila lemah?dah lama dah….tp yg di bawah tak cukup sedar….

  18. Sauadara Tawawi, apa yang difatwakan oleh MAZA adalah merujuk kpd apa yg berlaku di zaman Rasulullah s.a.w..

    Persoalannya bagaimana perlaksanaan nas-nas ini (termasuk nas2 lain) pada masakini? Adakah kita akan melaksanakan sama spt zaman Rasulullah atau ia berubah mengikut tempat dan zaman (ikhtilaf fatwa bikhtilaf zaman wa makan) menerusi disiplin fiqh yg ketat.

    Jika dilihat dalam sejarah perundangan Islam (Tarikh Tasyrie Islami), kita akan dapat lihat perkembangan hukum yg tak pernah dilakukan oleh Rasulullah.

    Kenapa Umar boleh melarang ahli zimmah daripada menyimpan janggut (rujuk buku al-wala` wal bara` fil Islam, Mohd bin Sa’id bin Salim al-Qahthoni) padahal Nabi saw tak pernah berbuat demikian pada hidup baginda?

    Kenapa Umar merotan peminum arak 80 kali sedangkan Rasulullah & Abu Bakar hanya merotan 40 kali?

    Kenapa Umar tidak mengagihkan zakat kepada muallaf qulubuhum padahal dlm al-Quran jelas mengatakan mrk adalah golongan yang layak menerima zakat?

    Inilah yang dinamakan fiqh.

    Bolehkah fatwa berubah? Ya, kita boleh lihat Rasulullah sendiri memberi jawapan yg berbeza kpd persoalan yg sama oleh orang yang berbeza. Cth: persoalan apakah amalan yg afdhol/ahsan/akhyar? Jawapannya: solat pada waktunya, ada pula jawapan: menggembirakan org, dll.
    Di mana ulama menyimpulkan perbezaan jawapan Rasulullah merujuk kpd perbezaan siapa penanya soalan, realiti dan kedudukan penanya.

    Lantaran itu, ramai ulama usul fiqh meletakkan syarat memberi fatwa, bukan sekadar kebolehan memahami nas dalil (al-Quran & Sunnah) bahkan kebolehan memahami realiti masyarakat seblm memberi fatwa.

    Tidak pelik jika kita temui kata-kata Ibnu Qayyim dalam i’lam al-Muwaqi’in (lbh krg maksudnya): Ulama yg tinggal di puncak gunung tdk boleh memberi fatwa kpd masyarakat di kaki gunung. Sebaliknya ulama yg tinggal di kaki gunung tdk boleh memberi fatwa kpd masyarakat di puncak gunung.

    Ulama bukan sekadar pandai memberi fatwa, tetapi perlu pandai melihat ke depan, kesan drp fatwanya (nazhoriah al-ma-al, – hukum juga mendapat hukumnya berdasarkan penelitian masadepan. Tanyalah kpd yg tahu jika anda tidak faham).

    Pandangan saya, fatwa MAZA adalah salah satu fatwa peribadi yg masih belum lumat atau masak dibincangkan mengikut pelbagai pertimbangan fiqh (fiqh nusus, fiqh muwazanah, fiqh al-waqie dll), bahkan terhad kpd fiqh nusus shj. Moga Allah mengampuni saya & beliau.

    Wallahua’lam

  19. Bagaimana mahu pilih fatwa MAZA yang membenarkan atau fatwa Majlis Kebangsaan yg melarang? Inilah memerlukan kepakaran fiqh yg mendalam.

    Moga kita tdk berselisih dlm perkara yg mungkin membuatkan umat Islam menyesal tidak sudah2.

    Realiti kini, umat Islam perlu mengambil lngkah yg lbh padu agar tdk buka ruang kepada musuh2 Islam menangguk di air keruh

  20. salam.. hurm
    perkara yg x patut khilaf pun jadi khilaf… politik punye pasal…

    dalam hal yg terang2 boleh sepakat.. sepakat je la.. x payah la ngada2 nak khilaf.. nk tunjuk pengaruh atau kuat..? x tau la apa niatnya..

    adakah ini tandanya politik sekular mencapai matlamatnya..??

  21. salam..tawawi, sy tak kata mereka dilarang menyebut nama Allah(saya rasa takde siapa kt sini yg berpendapat gitu).. isu di sini ialah penggunaan nama Allah di gereja2 kristian di Malaysia.. di Malaysia, umumnya kita semua tau sejak awal islam sampai di Malaysia, bila dikatakan Allah, orang Islam dan bukan Islam tahu itulah satu2nya sembahan bagi orang Islam SAHAJA.. oleh sebab itulah penggunaan kalimah Allah di gereja2 menjadi satu isu besar, kenapa kita membantah? sebab kita risau dengan keadaan umat kini, penggunaan Allah itu akan menjadi bahan untuk missionaries kristian mendakyahkan umat islam dan mengelirukan umat Islam.. itu isunya.. dan itu yang kita cuba pertahankan..🙂

  22. salam..sy lemah skali dlm hal2 mcm ni..tp majlis fatwa pon tak bersetuju dgn hal ni..nmpknya ujian umat Islam semakin besar..diharap semua(termasuk sy) sedar btapa Islam semakin digasak oleh anasir2 yg cb mnjatuhkan kita..semoga kita berada dlm golongan yg dilindungi dan dimantapkan Imannya, amin..insyaAllah..

  23. Askm. Antara hujah mrk yg membenarkan penggunaan kalimah Allah utk akhbar Kristian ialah dgn alasan ia digunapakai di negara2 Arab dan Indonesia.

    Dalam pertimbangan fiqh, utk membuat analogi (qias), kedua2 perkara yg diqiaskan mestilah memiliki persamaan. jika tidak sama, ia akan dipanggil qias ma’al fariq (qias dlm perkara yg berbeza) yg ditolak oleh fuqaha’.

    Bolehkan kita qiaskan Malaysia & Indonesia? Terdpt perbezaan antara dua negara ini
    – komposisi muslim & non muslim di Malaysia 60% – 40%, di Indonesia (95% – 5%).
    – rakyat berbilang bangsa di Indonesia telah di”indonesia”kan (1 Indonesia). Malaysia? 1 Malaysia? Datuk seri Najib terpaksa tarik balik cadangan sekolah satu aliran (hasil cdgn prof Khoo Kay Kim) hasil bantahan kaum2 di Malaysia. Hindraf boleh saman kerajaan Malaysia & British dgn tuduhan2 tdk berasas kononnya mrk ditindas dibumi Malaysia dll.

    Bolehkan kita qiaskan negara Arab & Malaysia? Juga terdapat perbezaan dr segi komposisi agama & keturunan. Secara umumnya mrk adalah satu keturunan bangsa (Arab) tetapi berlainan agama dgn komposisi kebykan negara >90% muslim & <10% non-muslim.
    Ditambah lagi dgn perbezaan dr segi keteguhan berpegang dgn agama.
    Sejahat2 Arab yg minum arak, berjudi, tak sembahyang, berzina dll tapi tak sampai ke tahap terfikir nak masuk kristian. Nak cari arab muslim masuk kristian mcm nak cari jarum peniti tgh padang. Cth mudah ialah Dodie Fayed (keturunan mesir tinggal di UK yg menjadi kekasih puteri Diana mcm pasangan mat salleh lain) tak pernah nyata hasrat nak tukar agama ke Kristian. Hinggakan ada analisa peristiwa yg mendakwa kemalangan yg mengorbankan kedua mrk adalah komplot pihak keselamatan Britain sendiri demi mengelakkan Diana memeluk Islam (ini akan beri impak besar kpd masyarakat Britain yg kristian)
    Berbanding sebaik2 melayu tapi bila masuk soal jatuh cinta, sanggup tukar agama demi kekasih. Cth mudah ialah Lina Joy & byk cth lagi.

    Hati2 dlm membuat analogi/qias. Qias dlm fiqh mempunyai disiplin yg ketat. Bukan tangkap muat je.

    Begitu juga mengguna kalimah Allah dlm bible & upacara agama Kristian di gereja yg terbatas kpd penganut kristian tak sama dgn kebenaran menggunakan kalimah Allah dlm media yg boleh diakses oleh sesiapa shj.

    • kalau di arab mahu murtad alamatnya nyawa jadi taruhan. cuba kalau bebas…cakap pun tiada guna

  24. Perkataan Allah – Salah Persepsi

    Malaysian are generally a peaceful, tolerant and respectful people. Malaysia terkenal sebagai ‘a moderate Muslim country’ mau kah nama baik kita tercemar kerana segelintir ustaz dan org yang bersuara lantang berjaya dalam misi mereka???
    Setelah kebnyakan imej negara Islam lain udah tercemar kita mesti pelihara nama baik negara, bangsa dan agama. Seandai nama negara tercinta udah jadi busuk, hina di mata masyarakat dunia, amat susah untuk kembalikan maruah bangsa dan Negara. We must not fall to extremist, from whatever religion they profess.

    Setiap umat Islam mendirika solat 5 kali sehari dan membaca alFatiha sebanyak 17 kali, luapakah mereka, erti ayat ‘Alhamdu lillahi rabbi alAAalameen’
    Segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam.
    Allah swt untuk sekelian alam, 7 petala langit dan bumi, segala kehidupan, setiap makluk dan jin, haiwan, bintang dan segala sesuatu milik Allah swt.
    Islam dan Allah bukan hanya milik mutlak orang Melayu atau khusus untuk negara Malaysia sahaja.
    Most Muslims in Malaysia are a very tolerant , moderate, peaceful, hospitable people,
    but lately a small extremist fringe has become more vocal, intolerant and extreme in their views.
    This small group of confused Muslims have confused the whole nation in general.
    Mereka ni semua baru celik mata, itu pun gajah depan mata tak Nampak, semut di seberang laut lebih terang bagi mereka. Mana ustaz, mana ulama mana jabatan2 Islam sebelum ini? Sepintar PM Najib is mum membisu berkenaan hal ini?
    Rasullulah saw contoh yang terbaik, adakah berdemo dan fail ke mahkamah satu jalan menegakkan akidah Islam?Ini bukan cara menjaga kesucian Islam yang kita cintai.
    Pernahkah Rasullulah swa berperang dan mengeluarkan hadish mambanth org bukan Islam jgn mengunakan nama Allah?
    Ada dalil kah berkenaan isu ini atau pun ia timbul dan berasal dari jiwa,hati dan perasaan mereka yang berburuk sangka, tidak ada keyakinan diri, dan cepat melenting ?
    Dalam isu ini, banyak individu2 yang tampil sebagai hero satri demi menegakkan Islam yang bersih dan murni, kalau mereka nak pahal nak jadi hero banyak hal dan perkara yang mereka boleh berjuang, bukan sahaja nak hentam penganut Malaysian Christian yang sedikit, aman dan amat menghormati umat Islam amnya.
    Kalau berani pergilah hentam Batu Caves dan tokkog Cina? Menghina mengancam ibadah kaum lain, musnahkan patung-patung sembahan mereka atau larang mereka, jangan pergi gereja.
    Percayalah, penggunaan perkataan Allah oleh orang bukan Islam tidak akan mengelirukan atau mengugat umat Islam,
    tidak akan menimbulkan perpecahan dalam kalangan umat Islam dan
    tidak akan menyentuh kesucian agama Islam.
    Sekiranya mereka mengunakkan kata Allah, pada saya that is nothing, kerana kita maseh ada alquran dan hadis, yang sesiapa pun tidak boleh menandingi agama Islam.

    Aapapun kepercayaan Allah dari persepsi dan ajaran mereka itu hak dan cara mereka, sememangnya itulah pendapat akidah mereka, dan kita harus berpendirian ‘kau dgn agama kau, aku dgn agama ku’. Sebaiknya kita wajib, kita bolih menyampaikan akidah dan fahaman dari perspektif Islam dan memeperbetulkan mereka. Bukan dengan berdemo dan mengfail di mahkamah.
    Bila emosi, kurang keyakinan, curiga, buruk sangka, permusuhan menguasai pemikiran ini adalah jalan permainan iblis. Ajaran Rasullulah saw adalah membina, mengambarkan akhlak peribadi yang baik, di antaranya, sampaikan salam, jangan tinggikan suara, berhemah, jangan saling membenci dan menghasut dll.
    Dalam alQuran sendiri ada menceritakan bahawa orang bukan Islam telah menggunakan perkataan Allah sejak zaman Nabi Muhammad S.A.W. lagi. sejak zaman rasullulah org Kristen tlah mengunakan kata allh, dan juga di Malaysia suah beratus tahun mereka mengunakan istilah Allah, kerana mereka pun ahli kitab. Pada saya umat Christian di Malaysia adalah kaum yang aman dan hormat menghormati.
    Sedangkan di negara Islam yang mempunyai jumlah paling ramai yang beragama Islam, atau di negara Islam Timur Tengah tidak bertindak untuk mengharam perkataan ini?
    Kita semua masing-masing ada kepercayaan sendiri. Mengapa kepercayaan orang lain dipertikaikan? Mengapa harus mengharamkan suatu perkataan yang memang sudah sekian lama wujud dalam amalan agama di seluruh dunia. Pengharaman perkataan ini bagi orang-orang kristian merupakan satu penafian hak asasi.
    Apa perasaan kita sekiranya orang bukan Islam larang kita daripada memakai jilbab, bilang sunat itu perkara bodoh? klo melayu kena amacam?

    Baru-baru ini isu ugama telah mula di bangkitkan di persendakan dan di politikkan, dan semakin ramai yang menjadi lantang dan menujukkan belang. Ini tidak berlaku sebelumnya, before we live in harmony and we don’t like to hurt each other.
    Walau kita bukan seagama, kita sesama adalah rakyat Malaysia,’unity in diversity’.
    Allah swt mewujudkan perbezaan untuk kita saling mengenal antara satu dengan yang lain, bukan dalam permusuhan.
    Sebagai umat yang majority di Malaysia, kita besar dan ramai, menjadi tanggung jawab untuk
    menjaga kaum yang minority, tanamkan keamanan dan rasa nyaman umtuk mereka. Inilah kekuatan dan akhlak kita sebagai Malaysian Muslim.
    Kita bukan seperti orang Myanmar atau Serbia yang tidak berperikemanusiaan, merusuh dan membunuh kaum yang minority. Permusuhan dan rasa curiga bukan akhlak dan amalan kita.

    Dunia Islam sedang bergolak, Muslim membunuh sesama Muslim, adat lama kuno maseh di bela, permusuhan yang dulu maseh belum terhurai, sedangkan bangsa dan Negara bukan Islam terus maju dan meninggalkan kita. Di Suria, ulama, ustaz, mufti dan juga pemimpin Negara menabur kebencian, member senjat dan tuang minyak ke dalam api supaya terus membunuh orang Islam sendiri. Belum saya dengar seorang pemimpin Islam yang cuba mendamaikan pertumpahan darah di Syria…
    Ingat Pres Morsi tumbang setelah minority di aniaya, di pinggirkan, dan akhir 4 pengikut shiah di bunuh massa dengan kejam. Begitu juga Yusoslavia hancur setelah umat Islam di bunuh dengan zalim. Kaum minority juga mempunyai hak dan perlu jaminan, dan skiranya
    mereka di aniaya, apakah tindak balas dari doa orang teraniaya, walaupun mereka kafir?
    Saya hairan mengapa sekarang timbul sifat takut dan tiada keyakinan diri, dan menganggap issue ini sebagai satu ancaman?
    Sedangkan sebelum tak ada masaallah, ini ia bukan satu isu yang telah menggugat umat Islam di Negara kita. Sebaliknya Islam tetap kukuh, umat semakin menambah, jarang kita dengar orang keluar dari agama Islam, sebaliknya semakin ramai bukan Islam telah memeluk agama Islam, saudara baru tetap menambah, beribu-ribu setiap tahun. Mereka menerima hidayah dan menyebut kalimah shahadah dan mengenal Allah swt yang sebenarnya.
    Kita sering, dalam perbualan, dengar kaum lain berkata ‘tuan allah tolong kita’, mereka tak cakap tokong atau budha tolong, ini tanda kehormatan mereka kepada agama Islam.

    Kita tidak perlu gentar dan mempersoalkan apakah niat dan tujuan sebenar mereka, kita jangan mudah mengikut emosi dan buruk sangka dengan berfikiran bahawa mereka kemungkinan besar inilah taktik dakyah mereka dan hendak mengubah mengugat dan memesongkan akidah umat Islam.Mengapa kita mesti keliru, dan kuatir akan di kelirukan mereka?
    Mengapa kita mesti rasa tergugat dan takut kepada dakwah mereka?
    Di mana letaknya keteguhan keyakinan sebenar keIslaman kita?
    Mengapa kita bersifat marah dan buruk sangka, seandainya nanti akidah umat Islam akan rosak atau terpengaruh dengan akidah mereka?
    Kini umat Islam dihantui rasa takut, curiga dan buruk sangka. Dan masing-masing mendabek dada, cuba mempamerkan, akau lah wira Islam, dan menetang ugama lain, yang belum tentu mengugat agam Islam.
    Dalam akidah pemerintahan negara Islam, ukuranya adalah bagaimana kita membela yang miskin, yang tertindas dan kaum minority, bekan sahaja mengikut haluan yang majority, yang kaya dan yang brkuasa.
    Kalau nak bincang tentang keliru dan rosak akidah, terdapat banyak yang menyeleweng, banyak yang bercanggah, dan ini semua bukan kerana sebab umat Christian mengunakan perkataan Allah. Ramai rakyat Malaysia yang keliru dan rosak akidah, yang melaku jenayah, ragut, membunuh, buang bayi, kecurangan, pegawai yang tak amanh, rasuah, kerja sembrono, artis lelaki dan wanita yang bersentuhan di TV setiap hari, producer yang sering ke nighclub, mereka yang makan dadah minum arak, berlaku kecurangan, jenayah seks dan bermacam lagi. Salah siapa???
    Ini masallah yang lebih penting dan harus di tangani demi menjaga kesucian agama Islam.
    Kitalah sepatutunya tingkatkan berdakwah kepada anak-anak muda, sebarkan akidah Islam yang benar. Hadapi dengan tenang, yakin, kita dalam kebenaran, beri gambaran sebagai umat Islam yang rational dan sabar. Yakin Allah swt bersama kita, inilah cara Rasullullah saw, bukan berdemo, mengugat, pergi mahkamah dan bertentang dengan umat Christian. Ayoh, mari kita bersaing agama dan akidah secara tenang, sihat, terbuka bukan dengan buruk sangka ancam mengancam dan kekasaran. Islam galakkan sampaikan salam, sebarkan kedamaian, tampilkan wajah keamanan bukan konfrontasi dan kebencian. Yakin bahawa kejayaan milik Islam.
    Kaum non-Muslim di Malaysia bukanlah jenis orang-orang kafir yang harus kita perangi, iaitu kafir harbi, sebaliknya mereka adalah dari golongan, kafir musta’man (orang kafir yang mendapat jaminan keamanan dari kaum Muslimin)
    Baru2 ini timbul isu Syiah, ramai yang beru kenal belang dan fahaman Syiah, udah melenting, sensing lengan,naik berang, suruh putus hubungan diplomatic dgn Iran…apa ni, ini telah berlaku 1400 tahun dulu, nilah jahil Melayu, tunjuk emosi tak tentu pasal…
    Seandainya puak Islam yang menentang dan melarang kaum Christian menang, ini bukan satu kemenangan yang diredhai kerana, desakan kita telah melukakan ribuan hati penganut Christian, kecewakan akidah fahaman mereka, menambah kebencian mereka terhadap agama Islam dan umat Muslim. Puas sudah NGO dan individu yang brhati bernafsu besar konon perjuangkan maruah Islam.
    Ini bukan kemenangan yang tepat dan bukan dalam kemahuan akhlak Islam yang sebenar. Islam menuntut yang majority memelihara ketentraman dan kesejahteraan kaum minority, bukan sebaliknya. Ini adalah a small issue that was overblown and exegeratted into a big problem.
    Biar Allah swt yg mengdili saya, saya tidak menyokong parti atau kumpulan tertentu, yang saya mau adalah umat Islam yang bersikap wajar dan tenang, adil , tidak menunjuk kuat, membela yang minority dan memelihara keharmonian Malaysia yg bersatu harmoni respectful tolerant dan aman. In the end ‘we are all Gods creation…” Dalam perbezaan kita juga ada persamaannya.

    • Isunya bukan “Allah Is For All”.

      Isunya adalah mereka nak menamakan Nabi Isa alaihissalam (Jesus), The Father (“ayah” Jesus) dan The Holy Ghost (ketiga-tiga Tribity) dengan nama “Allah”. Menamakan makhluk dengan nama Allah mencalar kesucian dan keagungan Allah.

      Selama ini kita harmoni. Kita dgn agama kita. Mereka dgn agama mereka.

      Tapi sejak kebelakangan ini, mereka transgress cabar Allah swt. Umat Islam tak boleh rela.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: