Majlis Fatwa tak benarkan guna perkataan “Allah”

Tiada Tuhan melainkan ALLAH. Ini bermakna selain Allah adalah sekutu-sekutu yang dicipta oleh orang-orang kafir dan musyrik. ( Foto : Bentuk bulat terkandung “Muhammad rasul Allah” ialah chop mohor Rasulullah saw dicincin Baginda saw ).

Berikut adalah keputusan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia mengenai tuntutan penganut Kristian terhadap penggunaan kalimah ‘Allah”.

Bil. Muzakarah : Kali Ke-82

Tarikh : 5 Hingga 7 Mei 2008
Tempat : Holiday Villa Hotel & Suites, Alor Star, Kedah

1) Ulasan/Hujah

Perkataan Allah yang digunakan oleh umat Islam adalah merujuk kepada Allah Yang Maha Esa dan lafaz Allah yang telah digunakan oleh orang-orang Kristian adalah merujuk kepada ‘Tuhan Bapa’ iaitu salah satu oknum daripada akidah triniti. Ia berbeza sama sekali dengan apa yang dimaksudkan oleh Reverend Datuk Murphy Pakiam, Archbishop of Kuala Lumpur bahawa perkataan Allah telah lama digunakan oleh orang-orang Kristian sejak sebelum kedatangan Rasulullah s.a.w. Selain daripada itu, lafaz Allah juga tidak pernah disebut di dalam teks bahasa Greek yang merupakan bahasa asal penulisan Bible. Ini adalah kerana perkataan Tuhan di dalam bahasa Greek adalah ‘Theos’ bukannya Allah.
Perkataan Allah juga tidak pernah terdapat di dalam bahasa asal Perjanjian Lama yang dikenali sebagai Taurat dan Perjanjian Baru yang dikenali sebagai Bible. Ini adalah kerana Perjanjian Lama ditulis dalam bahasa Hebrew manakala Perjanjian Baru ditulis dalam bahasa Greek. Perkataan Hebrew yang membawa maksud Tuhan ialah El, Eloh, Elohim dan juga Yhwh.
Kalimah Allah Lafz al-Jalalah adalah khusus dan mutlak untuk agama Islam dan mafhumnya berbeza dengan mafhum Allah yang digunakan oleh agama lain seperti Kristian.
Perintah mahkamah yang dipohon oleh Catholic Herald Weekly untuk mengisytiharkan bahawa larangan penggunaan kalimah Allah yang telah dikeluarkan oleh Kementerian Dalam Negeri adalah bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan dan bukan eksklusif kepada agama Islam boleh memberi kesan yang besar kepada kedudukan agama Islam sekiranya orang Islam sendiri tidak peka dan perhatian yang sewajarnya tidak diberikan oleh pihak berkuasa agama di negara ini.
Walaupun dari segi sejarah kalimah Allah telah digunakan sejak sebelum kedatangan Islam lagi, namun penggunaannya adalah berbeza dan perlu dilihat dari segi substancenya. Kalimah Allah yang digunakan oleh Kristian adalah bersifat Taslis dan syirik, sedangkan bagi Islam ia bersifat tauhid.
Kalimah Allah merupakan lafaz suci yang perlu dijaga dan berkait dengan akidah. Umat Islam perlu peka dan bertanggungjawab dalam isu ini. Sikap membenarkan sesiapa sahaja menggunakan kalimah tersebut semata-mata untuk menunjukkan bahawa Islam meraikan agama lain hanya akan mendatangkan mudharat yang lebih besar kepada agama dan umat Islam.
Umat Islam perlu tegas dalam menjaga kesucian dan identiti agama kerana bersikap terlalu terbuka sehingga membenarkan perkara-perkara yang menjadi hak Islam disalahgunakan oleh agama lain adalah amat merbahaya kerana matlamat utama Kristian menggunakan kalimah Allah adalah untuk mengelirukan umat Islam dan menyatakan bahawa semua agama adalah sama.
Kalimah Allah sebenarnya tidak ada di dalam Bible, yang digunakan ialah perkataan God. Tetapi di dalam Bible yang diterjemahkan ke bahasa Melayu, perkataan God diterjemahkan sebagai Allah.
Isu penggunaan kalimah Allah oleh agama bukan Islam ini melibatkan isu berkaitan Siasah Syar’iyyah dan Kerajaan wajib menjaga kesucian agama dan umat Islam. Fatwa perlu dikeluarkan oleh Jawatankuasa Fatwa Negeri supaya kesucian agama dan akidah umat Islam dapat dipertahankan.
Pertimbangan Jawatankuasa dalam melarang penggunaan kalimah Allah oleh agama bukan Islam bukan hanya dilihat dari aspek keselamatan, tetapi faktor utama adalah berasaskan kepada akidah dan kesucian agama Islam.
Dalam keadaan di mana agama dan umat Islam dihimpit dengan pelbagai gerakan yang cuba menghakis kedaulatan Islam sebagai agama rasmi negara, umat Islam perlu bersatu dan menunjukkan ketegasan dalam menjaga maruah agama.
Larangan terhadap penggunaan kalimah Allah ini telah diputuskan oleh Jemaah Menteri pada 16 Mei 1986 yang memutuskan empat (4) perkataan khusus iaitu Allah, Solat, Kaabah dan Baitullah tidak dibenarkan penggunaannya oleh bukan Islam. Pada masa ini terdapat 10 buah negeri telah memperuntukan larangan penggunaan kalimah Allah dalam Jadual kepada Enakmen Kawalan Dan Sekatan Pengembangan Agama Bukan Islam Kepada Orang Islam kecuali Sabah, Sarawak, Pulau Pinang dan Wilayah Persekutuan yang masih dalam proses menggubal Enakmen ini.

2) Keputusan

Setelah meneliti keterangan, hujah-hujah dan pandangan yang dikemukakan, Muzakarah bersetuju memutuskan bahawa Lafaz Allah merupakan kalimah suci yang khusus bagi agama dan umat Islam dan ia tidak boleh digunakan atau disamakan dengan agama-agama bukan Islam yang lain.
Oleh itu, wajib bagi umat Islam menjaganya dengan cara yang terbaik dan sekiranya terdapat unsur-unsur penghinaan atau penyalahgunaan terhadap kalimah tersebut, maka ia perlu disekat mengikut peruntukan undang-undang yang telah termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.

** Tamat Keputusan Muzakarah **

Demi sesungguhnya, kafirlah orang-orang yang berkata: “Bahawasanya Allah ialah Al-Masih Ibni Maryam”. Katakanlah (Wahai Muhammad): “(Dakwaan itu tidak benar) kerana siapakah yang dapat menahan (seksa) dari Allah sedikit jua pun kalau Ia mahu membinasakan Al-Masih Ibni Maryam beserta ibunya dan orang-orang yang ada di muka bumi semuanya?”. Dan (ingatlah) bagi Allah jualah kuasa pemerintahan langit dan bumi dan segala yang ada di antara keduanya. Ia menciptakan apa jua yang dikehendaki-Nya. Dan (ingatlah) Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu.  (Al-Maa’idah: Ayat 17)

20 Respons

  1. Jazakallahkk..

  2. Assalsmualaikum ustaz, boleh tak saya copy artikel ustaz untuk saya paparkan dalam blog saya.

    By, Penghibur

  3. […] Dan kalau sesiapa tidak tahu, Majlis Fatwa sudah pun buat keputusan dalam Muzakarahnya pada tahun 2008 lagi, iaitu “Muzakarah bersetuju memutuskan bahawa Lafaz Allah merupakan kalimah suci yang khusus bagi aga… […]

  4. minta izin utk diletakkan dalam blog Isma Korea

    jzkk

  5. […] “Herald” untuk mengguna perkataan “Allah” dalam akhbar dan apa sahaja penerbitannya. Majlis Fatwa sendiri tidak membenarkan penggunaan nama Allah bagi penganut kristian. Pihak NGO dan […]

  6. Kenapa ‘Allah’ popular kepada penganut Kristian
    Bernard Giluk Dompok Jan 6, 10 12:42pm
    Keputusan hakim Mahkamah Tinggi pada 31 Disember 2009 bahawa penerbitan Herald boleh terus menggunakan istilah Allah dalam penerbitan edisi Bahasa Malaysia telah mencetuskan pelbagai reaksi daripada beberapa pihak di seluruh negara.

    Sesetengah daripada komen dan reaksi tersebut tidak membantu usaha pengukuhan perpaduan dan hubungan antara kaum di negara ini.

    Sejurus selepas perkara ini dibawa ke mahkamah, saya telah menggesa semua pihak supaya menghormati dan memberikan sepenuhnya kebebasan kepada mahkamah untuk menjalankan tanggungjawabnya.

    Saya percaya bahawa hakim Datuk Lau Bee Lian telah melihat segala aspek sejarah dan hak perlembagaan sebelum membuat keputusan tersebut.

    Dari aspek sejarah, istilah Allah telah digunakan sejak sekian lama, yakni sebelum rakyat Sabah memutuskan untuk menubuhkan Malaysia bersama-sama dengan Tanah Melayu, Singapura dan Sarawak pada 1963.

    Masyarakat Sabah telah menggunakan bahasa Melayu sesuai dengan statusnya sebagai lingua franca di rantau ini. Agama Kristian mulai bertapak di Sabah sejak 1881 dan terus berkembang selepas itu.

    Bagi masyarakat bumiputera Kristian di Sabah seperti Kadazandusun dan Murut, upacara ibadat diadakan dalam tiga bahasa iaitu bahasa Inggeris, Melayu dan bahasa ibunda mereka.

    Dalam upacara ibadat yang menggunakan bahasa Inggeris, istilah yang digunakan ialah God, manakala upacara ibadat dalam bahasa Melayu menggunakan istilah Allah dan upacara ibadat dalam bahasa ibunda, misalnya dalam bahasa Kadazandusun, menggunakan istilah ‘Kinoingan’.

    Kebanyakan gereja di kawasan bandar menggunakan bahasa Inggeris, manakala bahasa Melayu dan bahasa ibunda digunakan dengan meluas di gereja-gereja di kawasan luar bandar di Sabah.

    Pengiktirafan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa perantara dalam sistem pendidikan negara telah memperluaskan lagi pengaruh bahasa ini di kalangan masyarakat Sabah.

    Generasi yang lahir selepas dasar ini dibuat lebih selesa menggunakan bahasa Melayu. Mereka juga lebih selesa menghadiri upacara-upacara ibadat yang diadakan dalam bahasa kebangsaan ini.

    Generasi muda masyarakat bumiputera Kristian dari Sabah yang berhijrah ke Semenanjung sama ada untuk bekerja atau melanjutkan pelajaran turut meminta pihak gereja di sini supaya upacara ibadat dalam bahasa Melayu turut diadakan kerana mereka sudah serasi dengan penggunaan bahasa ini.

    UPKO merasakan bahawa setiap anggota masyarakat diberikan kebebasan untuk terus menunaikan ibadat keagamaan mereka dalam keadaan yang tenang serta dapat menggunakan bahasa serta istilah-istilah yang mereka berasa selesa untuk menggunakannya sepanjang upacara ibadat tersebut.

    Kenyataan media Tan Sri Bernard Giluk Dompok, presiden UPKO dan menteri perusahaan perladangan dan komoditi.

    ______________________________________________________________

    Tan Sri,
    kalau nak ikut sejarah orang islam dah guna perkataan ini sebelom masihi lagi. kalau tan tak percaya cuba kaji dalam Al-Quran. jangan bagi fakta yang tak berapa tepat dan tak boleh diterima dek akal. permasalahan seperti ini akan mendatangkan masalah perkauman. jadi selesaikan dengan pengharaman penggunaan bagi pertubuhan atau agama lain.

    kalau ada pertubuhan atau agama lain letakkan JESUS tu adalah syaitan. Dalam kefahaman mereka sendiri. apa kata penganut agama kristian. Dan penganut agama kristian adalah pengikut syaitan. itulah kepercayaan mereka. dan akan keluarkan sebuah judul buku seperti itu. mcm mana?

    dgn kata lain KDN patut selesaikan cara ini dgn kebijaksanan akal fikiran dan bukan otak. harap tan juga faham dan harus tarik balik kenyataan akhbar tersebut.

    • selesailah dengan aman, janganlah terlalu mengikut emosi kerana salah satu petanda kiamat adalah pergaduhan antara islam dan kafir yang akan memusnahkan bumi.

  7. Menggunakan perkataan Allah dlm gereja dan upacara agama kristian atau kitab bible di kalangan penganut kristian adalah perkara yg berbeza dgn membenarkan penggunaan kalimah Allah dlm akhbar dan media kristian.

    Bible yg menggunakan perkataan Allah tak akan dibaca oleh penganut agama lain kecuali mrk yg sengaja berbuat demikian. Tapi akhbar dan media cetak akan disebarkan berleluasa tanpa kawalan. Itu sebab orang Islam tolak.

    Menafikan perpaduan? Siapa yg tolak sekolah satu aliran yg dicadangkan oleh Datuk Seri Najib hasil cadangan prof Khoo Kay Kim? Hingga skrg cdgn ini ditarik balik

    Apabila isu menguntungkan kamu, kamu kata isu perpaduan. Apabila isu merugikan kamu, kamu tolak perpaduan pula. jgn tanam tebu dibibir shj

  8. Asalamualaikum

    Boleh kah
    bukan Islam
    menyanyi lagu
    kebangsaan
    7 negeri ini
    yang
    menyebut
    nama Allah ?, Kedah, Kelantan, Pahang, Terengganu, Johor, Perak dan Selangor.

  9. “ Blog Dengan Nama Islam Menghina Islam”

    Assalamu’alaikum warohmatullahi wabarokaatuhu,
    Ada sebuah blog yang benar-benar tidak pantas untuk dibaca (berisi pelecehan terhadap agama Islam dan Nabi Muhammad shallallaahu ‘alaihi wasallam).Bapak Ibu kaum muslimin wal muslimat yang di rahmati Alloh silahkan buka blog yang menghina ajaran Islam di : Berita Muslim Sahih
    atau:
    http://beritamuslim.wordpress.com
    Banyak artikel yang menghina ajaran Islam dan Nabi Muhammad SAW
    Oleh karena itu, mari kita melaporkannya agar blog itu di tutup dengan cara sebagai berikut : Pertama buka alamat
    http://en.wordpress.com/report-spam/
    Lalu isi data-data yang diperlukan:… Lihat Selengkapnya
    Your Email : email Anda
    http://beritamuslim.wordpress.com
    Why : isi dengan ” BLOG SPAMMING and that blog was insulting religion islam. “[/quote]
    semakin banyak yang melapor semakin cepat blognya ditutup. semoga kita terhindar dari hal2 yang bisa melemahkan iman kita dan semoga kita selalu ada dalam ridha dan lindungan-Nya… Amin
    Syukran. Jazakallah khoiran katsira. Allahu Akbar. dikirim ulang dari grup Kajian Keilmuan bagi Aktivis dakwah Wassalamu’alaikum warohmatullahi wabarokaatuhu  — era muslim

  10. Sekali lagi kena bezakan antara menyanyi lagu kebangsaan negeri yg ada nama Allah oleh bukan Islam yg memupuk cinta tanah air dan patriotik dgn menggunakan nama Allah oleh media bukan Islam utk tujuan penerangan agama mereka.

  11. as Jesus being crucifixed on the cross… he cried
    Eli Eli lamataraktani (sp?) .it was in Hebrew. jesus was a jews. so he spoke hebrew.understandable..

    prophet Muhammad was an arab.he spoke arab.Quran was revealed in arabic. so when muslim uses the word ALLAH… its understandable.

    how does christians could relate themselves to an arabic word?
    try to win converts? im sorry..but isnt it better to learn the holy bible from one cover to another cover before trying to catch fish? hmm…

    cheap tactic..
    the truth will win
    Islam will triumph

  12. Keperluan Segara – Fasa 1: Kelulusan Pelan Bangunan dari MPK
    Januari 15, 2010 pada 10:21 am (Uncategorized) Tags: derma kilat, jariah, zakat
    Assalamualaikum..
    Semoga anda semua mendapat rahmat dari Allah
    Kami memerlukan sumbangan SEGERA sebanyak RM3,600 untuk urusan kelulusan Pelan Bangunan daripada pihak Majlis Perbandaran Klang. Bayaran ini termasuklah untuk kelulusan Hoarding, Lesen Iklan, Papan Tanda dan yuran pemprosesan Pelan.
    Sila hubungi AJK yang terlibat, SMS kan hajat anda dan kami akan menghubungi anda semula untuk urusan selanjutnya.
    Sama-samalah kita bagunkan syiar Islam di tanahair kita ini. Wassalam, sehingga berjumpa lagi. Surau Al-Qayyum.
    Bandar Armada Putra Pulau Indah 42000 Pelabuhan Klang
    Pengerusi En Saifullizan Hj Mohd Isa 012 6874 385
    Setiausaha En Khaszemi Mohd Yakim 019 3376 927
    Bendahari En. Mohd Riza Mohd Yusoff 012 3080 362
    Sila SMS jika panggilan tidak dijawab. Kami akan menghubungi anda kemudian. Terima Kasih.

    Sumber: http://suraualqayyum.wordpress.com/

  13. assalamu’alaykum wr wb

    salam silaturahmi utk saudara2ku di malaysia. semoga selalu diberkahi Allah

  14. Salam Ustaz,

    Ada pandangan tentang khutbah Dr Yusuf Qardhawi di Doha minggu lepas?

    http://qaradawi.net/site/topics/article.asp?cu_no=2&item_no=7483&version=1&template_id=104&parent_id=15

    • Waalaikumsalam wr wb

      وحول أحداث ماليزيا والهجمات التي تعرضت لها بعض الكنائس قال القرضاوي إن: “الاعتداءات التي وقعت على الكنائس في ماليزيا أمر لا يليق”، مستهجنا الأسباب التي أدت لوقوع تلك الأحداث، وهي استخدام النصارى لكلمة الله في ترجماتهم قائلا: “يا أخي الله رب العالمين جميعا، رب المسلمين والمسيحيين والعرب والعجم.. واللي بيفتح المصحف أول آية في القرآن بعد البسملة الحمد لله رب العالمين، وآخر سورة في القرآن قل أعوذ برب الناس ملك الناس، مش رب المسلمين، أو رب العرب، أو ملك العرب، إله العرب”، وتساءل مستفسرا: “لماذا إذن يزعل الماليزيين؟!”.

      Kata Dr Yusuf Al-Qardhawy menyebut : “Ya akhi Allah adalah Tuhan sekelian alam seluruhnya, orang2 Islam, Kristian, Arab, bukan-Arab dsb … “. Kita tiada masalah jika yang dimaksudkan dalam penulisan2 Kristian ttg “Allah” merujuk kepada Allah Tuhan sekelian alam, sama seperti pandangan Al-Qardhawy. Tetapi Kristian di Malaysia ramai tak kenal Allah Tuhan sekelian alam, dan kalimat “Allah” pada mereka ada merujuk kepada Yesus, anak Allah, Holy Ghost dll. Juga keputusan Hakim Lau merujuk kepada kebebasan beragama dan mengutarakan pendapat. Ini termasuk agama2 lain walaupun menyembah berhala, binatang dsb boleh turut serta menamakan salah seekor binatang atau patung mereka dengan nama “Allah”. Ini tidak boleh didiamkan oleh umat Islam di Malaysia.

      JZKK.

  15. […] dari blog Ustaz Haji Abdul Halim Abdullah (www.inijalanku.wordpress.com), Naib Presiden Ikatan Muslimin Malaysia […]

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: