Pemimpin jihad HAMAS, Mahmud Abd Rauf, syahid di Dubai

“Beribadah kepada Tuhan kamu, berjihad dijalan meneguhkan Agama kamu dan mengagungkan Syariat kamu adalah tugas kamu di dalam kehidupan ini”. Kata-kata Al-Imam Asy-Syahid Hasan Al-Banna didalam risalah Ke Arah Mana Kita Mengajak Manusia akan terus kekal dalam jiwa mana-mana pejuang yang ikhlas lagi bersungguh-sungguh mencari keredhaan Penciptanya. Dari panduan Al-Quran, As-Sunnah dan Seerah Rasulullah saw, beliau juga telah berjaya menunjukkan kepada generasi ini cara kematian yang terbaik yang bukan sahaja akan mendapat redha Ilahi, malah akan mengagungkan Agama ini mengatasi sistem-sistem Jahiliyah yang lain di atas mukabumi. Saban hari Allah swt menjemput para kekasihnya sebagai syahid utuk menganugerahkan mereka tempat yang lebih baik dari dunia yang fana lagi serba menipu ini.

Salah seorang pemimpin dan pengasas Batalion Izzuddin Al-Qassam, Mahmud Abdul Rauf Al-Mabhuh, 50 tahun, dibunuh syahid di Dubai pada Rabu 20/1/2010 yang lalu. Beliau tinggal dalam buangan di Syria, menggerakkan amal Jihad berpusat di sana bersama-sama Ketua Biro Politik HAMAS, Khalid Masy’al. Beliau berasal dari khemah pelarian Jabalia di utara Gaza, Palestin. Di hari-hari pertama Intifadhah Pertama (meletus 1987), rumah Asy-Syahid adalah diantara rumah yang pertama dirobohkan oleh pihak Zionis. Jenazah Asy-Syahid tiba di Damsyiq dari Dubai pada petang Khamis lalu dan telah selamat disolatkan sebaik selepas solat Jumaat 29.1.2010 di Masjid Al-Wasim, khemah pelarian Al-Yarmuk, Damsyiq, Syria. Asy-Syahid pernah menjalankan operasi menangkap 2 tentera Israel iaitu Elan Sakdun dan Afiy Sabortis untuk cubaan pertukaran tawanan perang dengan rakyat Palestin yang ditawan. Asy-Syahid juga memainkan peranan penting dalam memberi dokongan kepada para Mujahideen Palestin.

Ucapan Khalid Masy’al, Ketua Biro Politik HAMAS, “Wahai Zionis, jika kamu sedang gembira kerana dapat membunuh seorang lelaki yang hebat yang telah membunuh sebahagian tentera-tentera kamu, ketahuilah bahawa ianya adalah kegembiraan yang seketika. Kamu tidak akan dtinggalkan begitu sahaja. Kami akan kembali membalas darah Asy-Syahid yang telah mengalir. Jika kamu menyangka kami akan meninggalkan pilihan Penentangan kami terhadap kami (HAMAS pilih Penentangan, FATAH pilih Perdamaian – pent.), kamu bermimpi disiang hari. Penentangan adalah pilihan kami. Kami tidak akan dilemahkan oleh projek penempatan haram kamu, penjajahan kamu, pembunuhan, tembok pemisah maupun usaha menyekat makanan yang kamu sedang usahakan”.

Mursyid Am Ikhwan Muslimin, Dr. Mohd Badi’ telah menghubungi Ustaz Khalid Masy’al melalui telefon dan mengucapkan takziah darinya dan dari sekelian anggota Ikhwan Muslimin diatas pemergian Asy-Syahid Mahmud Abdul Rauf, salah seorang pemimpin dan pengasas Ketumbukan Batalion Izzuddin Al-Qassam, sayap jihad HAMAS yang dibunuh Zionis di Dubai, Emirate Arab Bersatu pada Rabu 20/1/2010 yang lalu.

“Beribadah kepada Tuhan kamu, berjihad dijalan meneguhkan Agama kamu dan mengagungkan Syariat kamu adalah tugas kamu di dalam kehidupan ini” [Al-Imam Asy-Syahid Hasan Al-Banna]

Semoga Allah swt merahmati Asy-Syahid Mahmud Abdul Rauf dan para Syuhadak sebelum dan selepas beliau, mengampunkan segala kesalahan mereka dan menerima mereka sebagai golongan para Syuhadak bersama Hamzah bin Abdul Mutalib, Mus’ab bin Umair dan sekelian para Sahabat ra. Ameen.

Ustaz Halim  www.inijalanku.wordpress.com

Advertisements

2 Respons

  1. ……..wa ahyiha bima’rifatik, wa amitha ‘ala syahadati fi sabilik……

    amin ya rabb……

  2. Innalillahi wa inna illaihi rajiun…Mg Allah swt merahmati and mredhai Roh As- Syahid..MogA nyawa kita dicabut dlm Husnul Khatimah…AMEEN

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: