Menyelami yang tersirat dalam AJL24 TV3

Daripada: http://saintisislam.blogspot.com/2010/01/ada-yang-tak-kena-dengan-ajl-anugerah.html  Selepas anda gembira dan puas menonton Anugerah Juara Lagu ke 24, mengenai apa yang ada pada malam AJL 24 dengan tema Origami tersebut? Saya tidak mahu berkata mengenai dosa atau tidak diadakan program seperti itu kerana saya tahu anda lebih arif mengenainya. Apa yang membuatkan jari jemari saya menekan papan kekunci di laptop ini adalah untuk memberitahu dan berkongsi dengan anda illuminati sial ini memang sudah lama wujud di tanah air kita. Cuma sejak-sejak kebelakangan ini, mereka seolah sengaja menampakkan wajah mereka yang ditutupi ‘kain hitam’ itu.

Cadangan: Adalah lebih baik kalau anda boleh tonton kembali AJL 24 di website http://www.tv3.com.my selepas anda baca apa yang saya dapati dari siaran tv tersebut.

1) Pertama sekali, sila perhatikan gambar dibawah ini;

Apa persamaan dengan scene yang disnapshot ini?


Adakah ini satu kebetulan?

2) Yang kedua, anda juga mungkin dapat lihat apa persamaan penari-penari ini dengan salah satu dari kerabat-kerabat firaun yang dipercayai oleh mereka mempunyai suatu yang berkuasa?

Mungkin anda tidak hairan kerana sudah terlalu banyak kostum ala-ala bangsawan firaun selalu dipakai dalam acara-acara sebegini. Tapi, mengapa ingin dipertontonkan sangat si firaun yang telah dilaknat ini? Untuk mengetahui jawapannya, anda perlu buka fikiran anda dan fikirkan tentangnya..

3) Yang ketiga, Alyah yang merupakan finalis AJL 24 mengenakan gaun merah ala-ala lady in red.


Ingatkah anda lady in red? Mungkin ada diantara kita yang kurang tahu. Jom kita saksikan video di youtube apa itu lady in red.
Jadi apa yang dipakai oleh Alyah? Mungkin ada di antara kita kurang senang dengan persamaan ini, terpulang kepada anda. Bagi saya ini merupakan satu rancangan tertutup dan saya juga percaya yang di atas pentas itu juga tidak tahu menahu mengenai semua ini. Kebetulan? saya kata tidak.

Jom kita lihat apa yang seterusnya. Anda mungkin ada yang sudah tahu mengenai the Master Carpet, turut dikenali sebagai Checkered Floor, tetapi bagi yang belum tahu, sila ambil tahu. Ini adalah gambaran jelas mengenainya.


Adakah ia juga ada di AJL 24? Ya, memang ada.





* ketika persembahan Jeffry din
Kenapa dihamparkan juga? Ini juga terdapat di tali pengikat gitar yang dipakai oleh Bunkface dan beberapa orang guitarist yang lain. Cuba lihat gambar di atas.
Dan apa pula ini?

Apa persamaannya?

Ini adalah merupakan logo salah sebuah kumpulan nyanyian di Malaysia. Anda dan saya mungkin sudah sebati dengan nama Search. Terlalu ketara persamaannya. Saya tidak perlu menulis panjang kerana anda telah berfikir dan terfikir apa yang saya akan tulis.

Lihat ditangga turun naik di atas pentas ini. Terdapat susunan cahaya berbentuk piramid. Lihat snapshot di bawah


Pembaca sekelian, selalu dikatakan, ini hanya merupakan satu kebetulan sahaja. Tapi benarkah ia sebagai satu kebetulan? Kalau anda teruskan pandangan anda seperti itu, anda mungkin salah seorang mangsa makhluk perosak yahudi. Saya percaya bahawa apa-apa yang terjadi hari ini, bukan lagi kebetulan bahkan ia diatur sebaik mungkin. Untuk apa? bagi memperlihatkan kepada anda bahawa ia suatu kebetulan. Bebaskan minda anda.
Advertisements

17 Respons

  1. Entahlah…. kena faham lah sendiri.Siapa yang makan cili dia yang terasa pedasnya.Pekara sebegini dia orang bukan nak buat sesuatu.Lagi pun tak heboh satu Malaysia.
    Mana yang mengerti…. tempat yang boleh diluahkan hanya diblog saja.Kalau diwar2kan selain dari tempat ini….makan diri.
    FREEMASON apa nak hairan….. ROTARY CLUB apa nak gusar ! kepala yang besar2 dia dah kontrol.Macam2 gelaran dah dibagi.Kena lah jadi KALDAI/KUDA….. buat lah apa yang disuruh oleh TOKEY…. Kalau tak…. papa kedana jadinya.
    Fikir2kan lah….

  2. hoye, serius ni

  3. mekasih info bagus ni

  4. saya jelas dan faham ape yang ustaz nak sampaikan.. mungkin ada yg branggapan bhw ini semua adalah conspiracy theory. tapi daripada pandangan saya yang memahami freemason dan perancangan jahat mereka, saya dapat simpulkan bahawa Anugerah Juara Lagu mmg mempunyai unsur2 freemasonry yang ingin diterapkan kpd masyarakat malaysia…..

    pada mulanya perkara2 ini saya dpt lihat dlm program2 hiburan di US & UK, kini saya dapat lihat sendiri dlm prog hiburan tanah air kita malaysia….kepada individu2 yg kurang faham, saya cadangkan anda telaah bahan bacaan seperti “bidak2 di papan catur iblis” ( pawns in the game) serta menonton video dokumentari bertajuk ” the arrival”….mungkin anda dpt faham point yg ingin disampaikan

    Ayuh sahabat2 ku semua..tambahkan bekal dan usaha dalam lakukan kerja dakwah. Musuh kita telah mengambil melangkah setapak lagi di negara kita. Dan saya percaya akan ada langkah2 susulan dalam perancanagan musuh2 islam……

    adakah kita sekadar memandang shj tanpa lakukan sebarang usaha? fikir2 kan

    terima kasih pd ustaz kerana highlight perkara ini

    • Kita mana kuasa nak sekat perkara ini dripada berlaku kerana kita hanya semut merah sedangkan mereka gergasi merah. Silap-silap cakap ISA dikenakan dan makan percuma di Taiping.

      Takut……………….. tapi benci dan meluat dengan anasir yang di ketengahkan itu

    • utk melawan musuh islam secara terang-terangan dan face to face pade mase ni mungkin agak sukar. tapi takkan kita nak merelakan mereka ni terus bermaharajalela dalam laksanakan perancangan & agenda jahat mrk?

      yer, sy akui bhw kita umpama semut merah..tetapi yakin & percaayalah bhw akan tiba masa bg umat islam mengatasi musuh2 nya.

      takut kepada ISA dan penjara di taiping? sedangkan pejuang2 islam seperti ikhwan muslimin ditangkap serta dipenjara,malahan ada antaranya syahid dijalan perjuangan….maka takut kpd Allah adalah lebih utama.

      buat masa sekarang,sy rasakan bhw keutamaan kita adlh lebih kpd meningkatkan pemahaman kita terhadap agama Islam serta membentuk iman yang kukuh dlm diri individu muslim…semua ini adalah sbgai persediaan utk menghadapi musuh2 islam kelak..

  5. hmm ana pernah dgr ttg ini.. hmm
    jzkk ustaz atas perkongsian. buat ana berfikir..

  6. em..bukan propa utk takutkan umat islam sj ek!?ana dulu pun mengikuti pkembangan freemasonary ni,tp las2 nmpk cam bende yg dreka2…wallahualam..

  7. sekarang ini ramai artis islam ikut 0rang kafir..
    kal0 muka pegi buat b0t0ks, c0c0k, bedah dan sbgnya..
    yg perempuan x tutup aurat…
    yg laki x tahu nk ckp ape..

  8. satu pencabulan yang dilakukan secara tidak sedar..

  9. tq somuch ust ats pkongsian.. mintak izin utk disebar2kan ye ust 🙂

  10. generasi kini sudah bijak bfikir dan punya klulusan yg tinggi, tdk wajar rasanya diri terus dperbudak dn mnjadi pak turut scr zaman bzaman…
    PENCINTA kita; ALLAH SUBAHANAHU WA TA’ALA tlh mngingatkn; “ikutilah jln yg lurus” mlalui surah Al-Fatihah…
    sgalanya ‘BoleH’ dielak drpd mguasai ngr dn msyrkt kita skiranya kita mlaksanakan tgjwb kita yg seharus2nya!
    fikirknla…kita penentu semua ini pd masa kini, depan, dn generasi sterusnya…

  11. memang bukan kebetulan…ia dirancang dgn baik.tp,artis kita dan pihak2yg tertentu pun da yang tak tau.kita xpernah titik beratkan perkara ni di televisyen.sekadar di blog saje…cakap dgn kerajaan pun tak gune…memang setiap org ditugaskan untuk menamabah ilmu,meningkatkan pemahaman kita terhadap agama Islam serta membentuk iman yang kukuh dlm diri individu muslim.Tp,tidak semestinya kita duduk diam dan fahamkan tanpa tindakan apa2.rumusannya,tukarlah kerajaan yang ada sekarang.kalu tidak semakin manja artis2ni…pandangan saya.

  12. buat pengetahuan kamu semua..90% ahli kelab rotary ni adalah org melayu yg kaya2 n elite..maklumat ini saya dpt dr seorang ahli kelab rotary sendiri…dn kebanyak org2 rotary ni kat malaysia memegang byk jawatan penting dn tinggi dlm sektor korporat mahupon politik..

  13. Salaam, kepada editor dan semua, kenapa bila sampai part AJL, baru nak diperbesarkan benda2 nih. SEPATUTNYA daripada dulu lagi kita WAJIB TAHU siapa sebenarnya MUSUH KITA!!!

    aku harap para pembaca & terutama editor, dapat mengkaji selidik MUSUH2 islam ini dengan libih terperinci.
    JANGAN INGAT KERJA DAKWAH INI, HANYA UNTUK ORANG NGAJI AGAMA SAHAJA!!!!
    KAMU SEBAGAI ORANG ISLAM PERLU TAHU!

    YE!! KAMU YANG TENGAH BACA NIH!!!!

    Semoga allah subhanahu-wata’ala memberi kita semua hidayah dan petunjuk. Ameeen.
    Salaaam

  14. SALAM.
    btol…btol… saya setuju dengan wa..

    trima kasih ustaz sebab info ni membuka mata saya…
    saya harap info ilmiah ni dapat membuka mata orang ramai juga…
    semoga allah mengampuni dosa2 kita semua sama ada dalam sedar mahupun tak sedar…
    amin ya rabbal alamin…

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: