Syeikh Mohd Nayel ke rahmatullah

Al-Marhum Asy-Syeikh Muhammad Nayel

Pada hari Rabu 3.2.2010 yang lalu, Asy-Syeikh Muhammad Nayel, bekas dekan Fakulti Bahasa Arab Universiti Al-Azhar telah kembali ke rahmatullah. Asy-Syeikh adalah salah seorang perintis awal jemaah Ikhwan Muslimin yang diasaskan oleh Iman Hasan Al-Banna dan pernah menganggotai Maktab Irsyad (AJK Pusat) Ikhwan Muslimin.

Ketika dizaman mudanya, Asy-Syeikh Mohd Nayel merupakan salah seorang pimpinan yang menonjol, memiliki pendirian-pendirian yang penting dalam arena dakwah dikalangan mahasiswa Al-Azhar. Diantara kemuncak dari gerakan beliau di kampus  ialah kejayaan mengembalikan Asy-Syeikh Al-Maraghy memegang jawatan Syeikhul Azhar yang penting itu.

uni-al-azhar.jpg

Universiti Al-Azhar (Kampus Asal), Kaherah, Mesir.

Diakhir zaman, sepertimana Allah swt akan mengangkat kembali batu Hajar Aswad yang berasal dari Syurga, Allah swt juga akan mengangkat ilmu dari manusia. Bukan Allah mengangkat ilmu tersebut dengan menghilangkan tulisan di dalam buku-buku, akan tetapi Allah mengangkat ilmu dengan matinya ulamak demi ulamak. 

copy-of-sy-al-birri-us-halimDi hadapan Universiti Al-Azhar (Kampus Baru). Bersama Al-Ustaz Asy-Syeikh Muhammad Abdul Mun’im Al-Birry, Rais Jabhah Ulamak Al-Azhar (Ketua Barisan Ulamak Al-Azhar) di depan Universiti Al-Azhar pada April 2008 lalu. Asy-Syeikh Muhammad Abdul Mun’im Al-Birry dan Al-Marhum Asy-Syeikh Mohd Nayel mendidik mahasiswa Al-Azhar sejak sekian lama. Mesir banyak mengajar erti mencinta ilmu, kesabaran, perjuangan , kegigihan, keikhlasan dan tawadhuk

 

Bersama menantu dan anak-anak perempuan di Kaherah, Mesir. (foto April 2008)

Semoga Allah swt merahmati Al-Marhum, menerima segala amalannya, mengampunkan segala kesalahannya, memberi TaufiqNya kepada kita untuk mencontohi beliau dan menempatkannya di Syurga Firdaus bersama-sama para Nabi, Siddiqin, Syuhadak dan Solihin. Ameen.

Ustaz Halim   www.inijalanku.wordpress.com

Advertisements

2 Respons

  1. SEMINAR AMALAN TARIQAT NEGERI SELANGOR : http://wp.me/piAx4-17c

    Majlis Sambutan Maulid Kubro Nabi Besar Muhammad : http://wp.me/piAx4-17l

    Sambutan Maulidurrasul صلى الله عليه وآله وسلم di Masjid al-Falah : http://wp.me/piAx4-16R

    MAJLIS BERSAMA AD-DAIE – HABIB MUNZIR BIN FUAD AL-MUSAWA : http://wp.me/piAx4-179

  2. Al-Baqoulillah… yang kekal hanyalah Allah… Jzklh ustaz atas berita sedih ini… teruskan menulis pengalaman2 iman dan berkongsi berita2 iman samaada dari diri sendiri atau orang2 soleh yang lain…Inna Lillahi Wa Inna Ilaihi Rooji’uun

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: