Pembaca berita Al-Jazeera sebak diudara

Pembaca berita Al-Jazeera sebak ketika menyampaikan berita, disaksikan oleh jutaan penonton Arab di seluruh dunia.

 TV boleh merosakkan muda mudi dengan memaparkan rancangan dan gambar yang berunsur maksiat. Namun begitu ia juga boleh mendidik umat kearah positif, peka dan pedih terhadap nasib malang umat Islam, membangkitkan kesedaran dan semangat juang kearah mengagungkan Islam berhadapan dengan segala sistem dan kekuatan di Barat dan Timur.

Video diatas menunjukkan seorang pemberita stesen Al-Jazeera yang bukan sahaja menyampaikan berita, malah menyampai sama perasaannya yang tidak boleh ditahan lagi apabila melihat pembunuhan yang dilakukan oleh kaum Yahudi, bangsa yang dilaknat Allah swt, terhadap umat Palestin termasuk 4 orang kanak-kanak Palestin sekeluarga yang tidak berdosa semasa kempen perang Israel terhadap Gaza diawal tahun 2009 yang lalu.

Seorang lagi pemberita terkenal dari stesen Al-Jazeera sebak ketika menyampaikan berita kematian seorang pemberita Al-Jazeera, Tariq Ayyub, yang dibunuh dalam serangan tentera Amerika dan British di Iraq. Tariq Ayyub baru sahaja berkhidmat di Banghdad, Iraq. Beliau mula berkhidmat di stesen Al-Jazeera di Amman, Jordan sejak tahun 1998.

Begitu jugalah kita harapkan pembaca-pembaca berita di tanahair Malaysia. Agar siaran Berita memberi kesan dan didikan kepada rakyat Malaysia khususnya umat Islam, mereka seharusnya :

  1. Menjaga kesopanan dan pakaian agar menepati Syariat Islam, apatah lagi mereka ditonton oleh segenap rakyat jelata ketika tayangan berjalan.
  2. Memahami keadaan dan nasib umat Islam dizaman ini dan turut berusaha untuk merubahnya kearah yang lebih baik, lebih bertaqwa dan mampu pula berperanan memimpin dan membimbing umat manusia lain yang belum disinari dengan hidayah Islam.
  3. Merasai bahawa mereka mempunyai peranan yang sangat penting dan amat berpengaruh terhadap masyarakat di Malaysia melalui penonjolan diri mereka dalam siaran “Berita” tersebut.
  4. Menyampaikan sesuatu berita tentang nasib umat Islam dengan penuh ikhlas, bersungguh-sungguh dan professional, agar penonton bukan sahaja boleh berkongsi maklumat melalui siaran “Berita”, bahkan berkongsi sama perasaan, nasib, semangat dan cita-cita.

Akhirnya RTM izinkan tudung kepada Hamidah Hamzah, pengacara Selamat Pagi Malaysia selama 10 tahun dan pembaca berita Dunia Hari Ini. (Rujuk Utusan Malaysia 16/7/2008) yaitu dizaman pemerintahan Dato Seri Abdullah Ahmad Badawi. Pada tahun 1984, sebaik pulang dari menunaikan Haji, penyampai berita RTM, Wan Cik Hashim/Daud memohon untuk memakai tudung namun tidak dibenarkan sama sekali. Katanya disebabkan keengganannya menyampaikan berita tanpa bertudung, beliau diarah bertukar ke bahagian radio. Masyarakat umum sedia maklum pengaruh TV terutama segmen “Berita” kepada memperkasakan budaya Islam di dalam masyarakat disegenap lapisan.

Semoga ALlah swt terus mengemukakan contoh-contoh baik kepada umat Islam ini agar menjadi ikutan bagi orang lain.

Ustaz Halim  www.inijalanku.wordpress.com

6 Respons

  1. JADUAL MAJLIS ILMU & SAMBUTAN MAULIDUR RASUL 1431H : http://wp.me/piAx4-17X ATAU http://pondokhabib.files.wordpress.com/2010/02/mawlid.jpg

  2. Barakallah

  3. sedihnya tengok kanak2 tu…

    betul apa y ustaz bgtahu ttg elemen2 y sepatutnya diterapkan dlm siaran tv dimalaysia

  4. Ni pun belum cukup menutup aurat lagi nie.. Tuduh masih kecil. Ia sepetutnya dilabuhkan menutup bentuk dada. Tgk al-Ahzab: 59 dan an-Nur 31

  5. iA da cukup baik kesedaran itu ada…lbih baik beransur-ansur dari tergesa-gesa….

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: