Rijal Rabbaniyun kunci kejayaan Amal Islami

 

Apabila asas rapuh, walaupun pada zahirnya sesebuah binaan nampak menjulang dan utuh, tetapi lambat laun ia akan runtuh.

Apabila kita menyeru kepada Manhaj Tarbawi (melakukan perubahan dalam masyarakat dan negara melalui jalan Tarbiyah), kita berkeyakinan sedemikian berdasarkan apa yang kita fahami dari pengamatan kita terhadap Al-Quran, As-Sunnah dan Seerah Rasulullah saw. Pengertian ini semakin jelas dan keyakinan ini mengukuh setelahmana kita melihat dan menilai kesudahan banyak gerakan nasionalis, ideologi bahkan perjuangan islami yang pada asalnya nampak gah dan hebat, dikerumuni ribuan manusia, namun berakhir dengan kehampaan, kegagalan dan kepupusan. Jika tidak pun berakhir dengan kepupusan, cukup dengan perkumpulan itu hanya berlegar di bulatan yang sama hari demi hari, tahun demi tahun, tidak dirasai atau mengesani orang ramai, apatah lagi berjaya merubah mereka kearah menghayati dan mendokong ideologi atau Fikrah yang ia bawa, sudah cukup untuk memberi penilaian bahawa matlamat yang ia ingin dicapai masih jauh dan akan tetap jauh.

Asas binaan sesebuah Amal Islamiy ialah Manhaj yang Sahih dan Rijal yang Rabbaniyun, bukan sekadar bangunan pejabat yang tersergam, strategi yang canggih atau bahan cetak dan penerbitan yang berbagai semata-mata. Asas Amal Islamiy bukan sahaja sekadar memiliki ahli yang memiliki berbagai bidang  ijazah dan kemahiran professional yang canggih semata-mata walaupu tidak dinafikan ia adalah bonus dan penting kepada binaan ini. [Foto Hiasan : Konvensyen Pemikiran Hasan Al-Banna 2010 anjuran ISMA]

Apabila sesuatu amal perjuangan atau binaan organisasi itu gagal atau dibayangi kepupusan, diagnosis yang awal seharusnya difokus kepada kerosakan pada asas binaan atau perjuangan itu sendiri, iaitu Manhaj dan Rijalnya. Sering berlaku, sesebuah jemaah Islam itu rijalnya berkualiti dan bersungguh tetapi manhajnya semakin hari semakin lari dari Manhaj Islam yang sahih yang ditunjukkan oleh Rasulullah saw disegi hadaf (objektif) dan wasilah (cara/laluan) nya. Banyak juga berlaku sesebuah jemaah Islam itu manhaj dan rijalnya, kedua-duanya lemah, tidak berkualiti, lalu asasnya rapuh. Binaannya tidak boleh membesar. Jika membesar, makin meninggi makin mendekati keruntuhan.

 

Jangan berbangga dengan hebat dan ramainya manusia yang mengerumuni anda. Mungkin mereka hanya sekadar menumpang suasana keramaian tersebut untuk keseronokan kecil diri mereka sendiri, dan bukan mendokong fikrah dan perjuangan yang anda bawa. Gembira dan taruhlah harapan anda kepada Rijal Rabbani yang anda miliki kerana ia adalah asas yang ampuh. Adapun orang kebanyakan yang diramai dikalangan mereka berpenyakit hati dan jiwa, mereka adalah asas yang rapuh, membahayakan binaan yang sedang anda usahakan.

   Periksa dan buat penilaian sedalam-dalamnya dan bukan sekadar melihat luaran semata-mata. Mungkin dari luar ia nampak hebat jika dinilai dari percakapannya, pakaiannya, statusnya, pangkatnya, pendapatannya akan tetapi di dalam jiwanya bersarang banyak masalah dan penyakit hati. Penggerak dan  pendokong Dakwah yang diharapkan menjadi asas kukuh untuk binaan Amal Islamiy, jika dibiar jahil dalam banyak ilmu Islam dan perjuangannya atau diserapi penyakit-penyakit hati, akan menjadi punca ketidakstabilan dan bahaya kepada asas sesebuah Jemaah Islam.

Bagaimana pentingnya Rijal Rabbaniyyun sebagai asas kepada sesebuah Jamaah Islam, bagi menjamin keutuhan dan kelangsungannya dalam pertarungannya menuju ke objektifnya, begitu jugalah pentingnya wujud sebuah Jamaah Islam yang Rabbaniiah sebagai asas kepada sebuah Masyarakat Islam dan Negara Islam yang hakiki, bagi menjamin keutuhannya untuk tegak dan memainkan peranannya memikul Panji-panji Islam dan menyebarkan Dakwah Islam ke seluruh pelusuk dunia. Disebabkan umat Islam didunia dijajah ratusan tahun oleh Barat sehingga lahir generasi demi generasi yang hampir beridentiti Barat, jauh dari syahsiyah Islamiyah seperti para Sahabat ra yang pernah dibentuk oleh Rasulullah saw, maka fokus hendaklah digembeleng kearah membina semula generasi Islam baru yang diharapkan itu kearah memikul tanggungjawab Islam yang besar ini. Alangkah beratnya tanggungjawab, alangkah luasnya medan, namun alangkah besarnya pahala, luasnya Syurga dan keredhaan Allah yang menanti mereka yang bekerja merealisasikannya.

Wahai Ikhwah yang mulia, saya merasakan kamu telah mengetahui sebaik-baiknya dari ceramah yang panjang ini mengenai matlamat, wasilah dan peranan kamu. Sesungguhnya matlamat Ikhwan adalah berkisar kepada Takwin Jeel Jadid (membina generasi baru) dari kalangan orang-orang beriman dengan ajaran-ajaran Islam yang sahih, yang berkerja kearah mencorak Umat ini dengan acuan Islam yang sempurna dalam setiap aspek kehidupan. “Sibghah (celupan) Allah, dan siapakah yang lebih baik celupannya selain celupan Allah” (Al-Quran). Sesungguhnya wasilah Ikhwan pula berkisar kepada merubah uruf masyarakat dan mendidik pendokong Dakwah dengan ajaran-ajaran Islam sehingga mereka menjadi qudwah (teladan) kepada orang-orang lain dalam berpegang dan memelihara ajaran-ajaran Islam, mematuhi hukum hakamnya. Ikhwan berjalan menuju ke matlamat mereka dalam batas-batas wasilah mereka, lalu mereka mencapai kejayaan, yakin dengan jalan tersebut dan bersyukur kepada Allah” [Imam Hasan Al-Banna].

Ustaz Halim   www.inijalanku.wordpress.com

 

Advertisements

3 Respons

  1. entri yang sungguh terkesan..Ayuh! membina generasi harapan

  2. syabas…….teladan dapat dibina dari diri sendiri dan keluarga…….seterusnya masyarakat,

  3. Kami pertubuhan Khairu Ummah memerlukan bantuan untuk menjayakan pembenaan pondok sila layari Blog kami http://khairuummah77.wordpress.com/

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: