Fard Muslim asas binaan Tamaddun Islam

 

Setelah puas berusaha, akhirnya orang Cina ini berjaya mencari saya dan memulangkan handphone anak saya yang dijumpainya. Foto di depan Terminal One, Seremban.

Apabila kita berkata asas amal Dakwah ini ialah membina Fard Muslim (Individu Islam), kemudian membina Keluarga Islam dan Masyarakat Islam, sesetengah orang mengatakan ianya jalan yang lambat, sedang musuh telah menguasai parlimen, negara bahkan dunia. Ia mungkin pandangan dari ahli akademik dan penyelidikan sosial kemasyarakatan, atau mungkin juga dari mereka yang telah jauh berkecimpung dalam arena sepak terajang politik kepartaian di tanahair kita. Bukan kita menafikan kepentingan teori akademik maupun penglibatan politik kepartaian, namun artikel ini mengajak para doktor menyelami asal penyakit apabila berdepan dengan pesakit yang berbagai, lalu memutuskan ubat yang tepat dan bukan sekadar merawat tanda dan ruam di kulit semata-mata.

Setiap individu dalam gerakan Islam mesti dididik sebaiknya kearah membentuk dirinya menjadi Fard Muslim. Fard Muslim adalah batu bata kepada binaan Bait Muslim, Mujtamak Muslim (Masyarakat Islam), Hukumah Islamiyah (Kerajaan Islam), Daulah Islamiyah, Khilafah Islamiyah dan Ustaziatul Alam.

Suatu hari sedang saya minum di kedai, seorang Cina menelefon katanya, “Saya mahu pulangkan handphone awak. Mana saya boleh jumpa awak?!!”. Pada awalnya saya belum dapat menangkap maksud beliau kerana handphone saya ada ditangan saya ketika itu. “Saya kurang faham apa awak cakap. Itu handphone apa? Siapa punya?”. Dia menjawab, “Ini mungkin anak awak punya”. Rupa-rupanya dia menjumpai handphone anak saya, Kak Ngah di tempat letak kereta Jusco, Seremban. Dia pergi berbincang dengan kawannya, seorang penjual handphone untuk mengetahui bagaimana cara terbaik mencari tuan punya handphone tersebut. Akhirnya mereka sepakat untuk menelefon nombor yang paling banyak digunakan oleh anak saya, iaitu yang tertulis “Baba”. Ketika berbual dalam telefon, dan ketika bertemunya untuk mengambil kembali handphone tersebut, hati saya terharu atas kejujurannya, dan terasa berat tanggungan di atas bahu ini untuk mendidik umat Melayu Islam agar memiliki akhlak yang sama. Beliau :

  1. Berusaha memulangkan kembali handphone mahal milik orang lain yang dijumpainya.
  2. Tidak menunggu sehingga tuannya sendiri memanggilnya melalui handphone yang hilang itu.
  3. Berusaha terus secara berbincang dengan rakannya yang lebih mahir untuk mengetahui siapakah yang paling patut dihubungi, lalu mereka memutuskan untuk menelefon “Baba”.

Wanita Cina ini sedang menyerahkan dompet isteri saya didalamnya terdapat wang tunai yang banyak.

Hampir setiap subuh beberapa orang wanita Cina berjogging di sekeliling taman perumahan kami. Suatu pagi dua orang dari mereka singgah ke rumah kami. Saya dan isteri bertemu mereka di pintu rumah. Rupanya mereka terjumpa wallet isteri saya yang dibuat seperti barang mainan oleh anak-anak kecil kami dan mereka tinggalkannya di tepi jalan. Didalamnya ada wang tunai beribu ringgit, kutipan yuran tadika isteri saya.  “Ini wallet puan kami jumpa tepi jalan. Wah, manyak uwang itu dalam. Uyo kalau olang jumpa nanti hilang o”, kata mereka yang khuatir wang yang banyak itu akan diambil orang yang tidak amanah. Yang mengkagumkan lagi, tidak ada alamat kami di dalam wallet itu kerana kad pengenalan isteri menggunakan alamat lama. Rupanya mereka bertanya dari rumah ke rumah sehingga jiran yang mengenali isteri saya menunjukkan di mana rumah kami.

Beberapa belas Arab sedang makan malam makanan yang boleh dimakan puluhan orang, bahkan mungkin lebih dari itu.

 

Umat Islam di Somalia yang mempunyai penduduk 99% beragama Islam.

Beberapa orang Arab mencuci mulut selepas makan malam.

 

Arab sedang khusyuk mendengar taklimat, mungkin amanat dari Presiden Amerika. Amerika telah mengenakan sekatan ekonomi selama 13 tahun (1990-2003) dan serangan ketenteraan tahun 2003, mengorbankan 300,000 nyawa umat Islam Iraq dikalangan tentera dan orang awam terutama kanak-kanak disepanjang dekad tersebut.

 

 

 

Dalam membangun sesebuah bangsa dan tamaddun, bukan duit menjadi asas. Asas hakiki ialah kekuatan jiwa yang tidak diresapi perasaan lemah untuk berusaha, mengetahui prinsip yang boleh menyelamatkan seseorang dari terjerumus kepada kesilapan dan kesalahan seperti mengumpul harta secara haram. Kesemua diatas atas sifat-sifat dalaman seseorang. Allah tidak merubah suatu kaum melainkan mereka merubah apa yang ada di dalam diri mereka sendiri.

Konsert Akon di Kuala Lumpur tahun lalu. Kini banyak konsert selebriti dari luar negara dihadiri oleh kebanyakannya muda mudi Islam di tanahair.  Disatu tempat ada orang melaungkan perjuangan Melayu agar bersaing dengan bangsa lain. Di satu tempat lain pula, orang yang sama meruntuhkan jatidiri dan akhlak Melayu, yang merupakan asas kepada tamaddun mereka sendiri dengan merestui penganjuran majlis maksiat berbagai bentuk. Kesudahannya dia dan mereka sama-sama ketinggalan jauh dari bangsa-bangsa lain. 

Dua kisah diantara orang Cina dan saya di atas adalah diantara banyak kisah-kisah lain yang boleh dijadikan teladan kepada umat Islam. Belum lagi kisah ramai orang Cina yang mempunyai dedikasi tinggi dalam perniagaan, pembuatan barang mahupun menuntut ilmu dunia berbanding sebahagian umat Islam. Ketika saya berdepan dengan 2 kisah di atas, fikiran saya turut melayang memikir nasib umat Islam diaspek akhlak dan keperibadian mereka.

Di Malaysia, banyak penyelewengan dan gejala yang berlaku adalah turut melibatkan bahkan dijuarai oleh umat Islam seperti penagihan dadah, buang anak, mat rempit, keciciran dalam pelajaran, pecah amanah, kawin lari, curi tulang, melewat-lewatkan bayaran hutang dan lain-lain lagi. Ini belum lagi dibandingkan dengan umat Barat dalam aspek-aspek positif mereka seperti ketepatan masa (punctuality), kerajinan membaca, mengambil berat apa yang berlaku di dalam masyarakat, ketekunan dalam bekerja, mengurus negara dengan sistematik dan seumpamanya.

Ramai menyangka isu Umat Islam hari ini hanyalah semata-mata isu mendaulatkan Syariah dan penegakan Negara Islam yang masih belum tercapai, penindasan dan serangan Barat ke atas umat Islam serata dunia. Ini tidak kita nafikan. Nnamun hakikatnya isu umat ini adalah jauh lebih parah dan dan jauh lebih asas dari itu semua, iaitu isu hilangnya syahsiyah (jatidiri) sebagai seorang Islam (Fard Muslim) itu sendiri. Oleh itu mundurnya umat Islam dalam banyak aspek berbanding dengan umat Barat, juga berbanding umat Cina di Malaysia adalah sebenarnya mundurnya mereka di aspek jatidiri, akhlak insaniah (peribadi asas seorang manusia), jiwa dan ruh. “Sesungguhnya Allah tidak merubah keadaan sesuatu kaum itu sehinggalah mereka merubah apa yang ada di dalam diri (peribadi, syahsiyah, aqidah, pegangan, prinsip dll.) mereka sendiri” (Al-Quran). Ini adalah tafsiran paling tepat kenapa orang Cina lebih terkedepan dalam banyak arena berbanding dengan umat Islam di Malaysia. Oleh itu, usaha dan agenda memaju dan menjayakan umat Islam di Malaysia mestilah fokus kepada pembinaan keperibadian Islam dalam diri dan jiwa mereka terlebih dahulu. Inilah Jalan Tarbiyah yang kita menyeru kearahnya. Adapun melaungkan slogan Melayu disatu tempat, dan di tempat lain pula membuka pintu seluas-luasnya generasi Melayu kepada serangan budaya Barat melanda mereka yang telah sedia lemah dan jahil, Jalan Politik licik seperti ini tidak akan membawa kepada kemajuan dan kejayaan hakiki yang diinginkan oleh Islam, bahkan ia terus menghanyutkan umat Islam jauh dari dapat bersaing dengan bangsa-bangsa lain di luar dan dalam negara.

Mohsin, keluar masuk parti. Apakah agenda umat Melayu dalam berpolitik? Atau soalan yang lebih asas lagi ialah adakah orang Melayu mempunyai agenda dalam berpolitik ? (Foto hiasan).

Fairus, keluar masuk parti. Ada kata-kata hikmah menyebut, “Samada kita menjayakan agenda yang kita yakini dalam hidup ini, atau kita hidup menjayakan agenda orang lain”.  (Foto hiasan).

Tanpa Fard Muslim (individu Islam hakiki), banyak berlaku keruntuhan institusi keluarga, anak-anak terbiar, membesar dengan acuan Barat sehingga tersebar gejala sosial yang melata.

 Tanpa Fard Muslim, budaya Barat yang ganas menyerang umat Islam tidak mampu dibendung lalu selebriti artis mengatasi selebriti ulamak pewaris para Anbiyak, pakaian seluar ketat bertshirt lebih ketara dijalan-jalanraya hari ini berbanding baju kurung.

Tanpa Fard Muslim, banyak projek ekonomi umat Islam terbengkalai atau tidak berdaya saing kerana sikap acuh tak acuh lagi tidak amanah, maka berlaku kecurian ratusan jutaan ringgit dari tabungan-tabungan wang simpanan umat Islam yang terkenal di tanahair. Projek perumahan di beberapa ekar tanah strategik kelolaan sebuah yayasan Islam di Seremban terbengkalai sedang projek perumahan ribuan ekar tanah hutan oleh Matrix Concept Berhad, IJM Berhad berjalan lancar lagi agresif mengikut jadual dan memberi menfaat kepada bani insan.

Tanpa Fard Muslim, banyak pertubuhan orang Islam terpaksa memilih mati tanpa meninggalkan sejarah atau hidup samada bercakaran sesama sendiri atau mengeksploitasi kealpaan masyarakat untuk mengaut kekayaan peribadi.

Hakikatnya, tanpa Fard Muslim sebagai asas yang kukuh, akan lahir berbagai penyakit kronik didalam jiwa umat. Jangan diimpikan dari tubuh sesebuah umat yang sedang nazak, akan lahir sebuah negara Islam hakiki, apatah lagi sebuah Tamaddun Islam yang mampu memimpin dan membimbing umat Barat, Amerika, Eropah dan Rusia. Diawal abad lalu, ketika bumi-bumi Islam dijajah Barat, dan umat-umat Islam dirobek akidah, akhlak, jatidiri dan kesatuan, mereka dari berbagai pelusuk dunia mengutus surat kepada seorang tokoh dunia Islam, Asy-Syeikh Amir Syakib Arsalan, mencadangkan agar dia menghimpunkan ketua-ketua negara Islam, mengadakan mesyuarat untuk memilih seorang Khalifah. Beliau menjawab, “Hendaklah kita membina dari asas. Adakah kita hendak menghimpunkan angka-angka kosong ?!!”.

Konvensyen Pemikiran Hasan Al-Banna (KoBanna) 2010 anjuran Ikatan Muslimin Malaysia.

Sesungguhnya membentuk umat-umat, mentarbiyah masyarakat-masyarakat, mencapai harapan-harapan, memenangkan prinsip-prinsip memerlukan umat atau setidak-tidaknya sebuah organisasi agar memiliki kekuatan jiwa yang hebat seperti beberapa perkara berikut : (i) kemahuan yang kuat yang tidak diresapi perasaan lemah, (ii) kesetiaan yang tetap tanpa berubah atau khianat, (iii) pengorbanan yang besar yang tidak direncat oleh sifat tamak atau bakhil, (iv) memahami, meyakini dan menghormati prinsip-prinsip yang dengannya akan memelihara seseorang dari melakukan kesilapan, penyelewengan, bertolak ansur atau tertipu…” [Imam Hasan Al-Banna].

Mendidik individu demi individu, keluarga demi keluarga, masyarakat demi masyarakat adalah asas kepada sebuah projek pembangunan ummah dan negara yang terbukti berjaya, biar panjang masa yang diambil. Kerananya Rasulullah saw menolak tawaran menjadi raja di Mekah di awal gerakerjanya, tawaran menjadi Raja yang disibukkan dengan melayan kehendak rakyat siang dan malam, dan bakal menjauhkan Baginda saw dari membina individu-individu Islam yang hakiki yang nanti akan sibuk melayan kehendak Allah dan ajaran-ajaranNya, bukan melayan kehendak keduniaan manusia. 

Umur projek pembangunan sesebuah umat bukan diukur dengan umur seseorang yang pendek, akan tetapi ia diukur dengan umur umat itu sendiri. Kita berusaha, Allah menentukan. Allah swt tidak menyoal hasil perjuangan kita tetapi Dia menilai dan membalasi niat, kerja dan Manhaj Taghyir (cara melakukan perubahan masyarakat) kita. Oleh itu aturilah langkah Dakwah anda sebaik dan setepatnya. Pastikan anda berada di Jalan yang betul.

Ustaz Halim   www.inijalanku.wordpress.com

30 Respons

  1. moga Allah memberi mereka hidayah

    • Baca kisah ustaz, teringat tahun 2006 saya menemankan almarhum suami buat supervising di Kemaman Terengganu, sambil menunggu suami siapkan kerja saya beriktikaf di masjid, sementara menunggu masuk waktu maghrib, saya menerima telefon dr kakak. ketika sedang bercakap di telefon, seorang remaja muslim lelaki datang dari arah belakang dan ‘menyamun’ telefon bimbit yg sedang saya gunakan…..lama saya terpaku dan rasa tak percaya dengan keberanian remaja berbuat sedemikian di rumah Allah.

  2. salam ustaz. saya amat bersetuju dengan ustaz. Di Malaysia, Muslim Melayu disogokkan dengan hiburan dan materialisme. Walhal, bangsa lain amat tekun membina kelansungan intelek dan menerajui asas tamadun manusia. Melayu Islam berlari mundur ke belakang beserta tabiat jijik dan hina sedangkan bangsa dan agama lain tekun memepertahankan keaslian dan jatidir. Harapan kepada Islam sebenar adalah bermula dari bawah, kerana kita mengejar kefahaman sebenar bukan nama yang mengelirukan umat.

  3. salam us halim, saya amat2 bersetuju dengan point utama us iaitu PEMBINAAN FARDH MUSLIM adalah asas terpenting kerana umat ini terdiri daripada komponen-komponen seorang manusia. jika semua memiliki sifat fard muslim, maka umat akan menjadi umat muslim, miliki kekuatan utk bina daulah dan khalifah..

    us halim, fikrah islam tidak pernah menafikan perkara lain yang betul apabila memperjuangkan perkara lain.

    * kita perjuangkan melayu, tanpa menafikan hak kaum lain.
    * kita perjuangka Islam, tanpa menindas agama lain.
    * kita perjuangkan hak wanita, tanpa mengabaikan hak kaum lelaki.

    semuanya seimbang, tidak melampau.

    sebagai orang yang juga merindukan kebangkitan umat ini, saya amat berharap agar us halim menilai semula ayat us halim dalam artikel di atas yang menafikan perjuangan sesetengah pihak yang memperjuangkan islam melalui politik. tadarruj tidak bermaksud menafikan wasilah.

    wasatiah itulah yang terbaik!

    sekian, wassalam

    • takde satu pun ayat dalam artikel ust halim menafikan wasilah2 lain…………..
      cumanya kita membangkitkan ummah ini perlu melalui WASILAH YG TERBAIK dan mengikut kefaham kita sendiri pun wasilah sendiri ada langkah2 awalnya bukan terus skip2……..

      mudah2an kita tawaduk dalam mencari kebenaran SEBENAR dan redha atasnya…………..

      tarbiyah wasatiah itulah yg terbaik…..:)

  4. Salam Ustaz,
    Moga diberkati Allah ustaz dan keluarga.
    Saya melihat artikel Ustaz dari viewpoint yg berbeza. Cerita ustaz diatas menjadi asas kepada kita utk mempelbagaikan cabang dakwah kita. Org2 Cina diMsia mmg mempunyai ciri2 yg mulia, jika mereka mendapat Islam for sure mereka lebih baik drp org melayu dalam mengamalkan Islam dan mempertahankan Islam. Oleh itu tidak perlulah kita memperjuangkan ‘Ketuanan Melayu’ yg kononnya sama dengan ketuanan Islam. Org bukan Islam di Msia benci kepada Islam kerana kita memperjuangkan dasar Assobiyyah ini yg jelas terpesong drp ajaran Islam. Yang penting ialah kita mendekatkan diri dan memperhebatkan dakwah kita kepada golongan non-muslim ini. Msia adalah unik, sebuah negara pelbagai kaum/agama yg dianugerah Allah kepada kita umat Islam, juga untuk menguji kita sejauh mana iman kita dlm berusaha menyebar luaskan agama ini kepada bukan Islam.

    • mudah2an kita tawaduk dan redha dalam mencari kebenaran……

      view point saya pula, ust mengetengahkan betapa pentingnya sifat seorg muslim itu perlu ada pd setiap peribadi dalam kebangkitan ummah ini dan betapa segannya kita, kadang kala org bukan Islam lebih mendahului kita dalam berakhlak mulia…………

      dan berkenaan asobiyah ke arah kemungkaran memang jelas salah……
      bagaimana pula asobiyah (mementingkan keluarga dan bangsa sendiri) dalam membina kebangkitan ummah……yg dilalui oleh rasulullah dan assyahid imam al banna…….?

  5. Persoalan ..
    mengapa gerakan penghancuran ummah lebih terkehadapan daripada gerakan yg membangunkan ummah ???

    –> Kerana mereka lebih bersungguh-sungguh daripada kita

    “Sesungguhnya keburukan itu hanya mampu ditolak dengan kebaikan”

    Mari sama-sama kita buktikan pada medan amal..
    mari bangun daripada mimpi dan angan2
    tanpa usaha dan pengharapan …

    wallahu a’lam
    -yang baru belajar-

  6. Assalamualaikum semua,

    Terima kasih ustaz atas tulisan yang memberi semangat.

    Wassalam

  7. assalamualaikum
    Diceritakan ada seorang pemuda di dalam sebuah keluarga muslim..

    keluarga tersebut tidak mengamalkan islam dan jauh terpesong.. maka apakah tindakan pemuda tersebut..?

    katanya.. tidak perlulah aku memperjuangkan ‘keluargaku’ yg kononnya sama dengan “kekeluargaan Islam”…. keluarga non muslim lain di Msia benci kepada keluargaku kerana aku memperjuangkan dasar keluargaku (Assobiyyah) ini yg jelas terpesong drp ajaran Islam. Yang penting ialah aku mendekatkan diri dan memperhebatkan dakwahku kepada keluarga non-muslim barulah teruji sejauh mana aku dapat menyebarkan dakwah di bumi malaysia ni…

    —-pelik betul pemuda ni.. keluarga/bangsa sendiri x settle lagi duk sibuk nk dkwah org lain… rasullullah selepas diutuskan dia berdakwah pada KELUARGA/SAUDARA/SAHABAT/BANGSA ARAB baru lah islam tu sampai di negara2 bukan arab… pasal yg menyambung risalah dakwah selepas itu adalah bangsa ARAB.. bukan nepal atau melayu..

    nak dibuat kesimpulan.. dakwahlah bangsa sendiri dulu (fokus pada mereka)..
    kan mereka lebih rapat.. setakat satu dua ujian tu biasalah.. (nabi lagilah berat ujian brhadapan dgn bngsa sendiri..) x bermakna kita beralih arah (putus asa) p dakwah bgsa lain yg lain budaya/tutur kata dgn kita..(kononnya lagi waqi’e) bukan bermakna tepikan hak bangsa lain.. cuma nk bangunkan-(fokus dakwah itu pada bngsa sendiri) apa salahnya..

    jgn jahilkan diri dari memahami dan mgkaji
    asif , ana bnyk guna ayat tarhib..
    allahu a’lam..

  8. Kepada Faqir,

    Sebenarnya orang Melayu Islam pun ramai yang jujur, cuma kes Us Halim ni berlaku pada orang Cina, kebetulan.

  9. Salam ziarah..

    Two thumbs up! Tulisan yang mem’basah’i jiwa dan hati🙂

  10. subhanallah….
    banyak yg kita belajar dari semua ni. Syukran ustaz.

    Satu nak bgtau, ustaz, minta diperbetulkan alamat blog isma kuantan tu. Yg bergerak aktif adalah ismakuantan.wordpress.com, bukan seperti yg ustaz letak dalam blog ustaz ni. Harap dapat di update kan ya ustaz.

    jzkk.

    salam utk fariza.

  11. salam,

    nampak gambar ust dgn sicina tu mcm ada iras2🙂

  12. terkedu melihat gambar2 pak arab yang immoral!

    barakallah ustaz🙂

  13. Salam. Umat Islam Melayu ramai juga bermasalah zahir dan batin. Mungkin apa yg kami buat ini dapat membantu, InsyaAllah

  14. mantap…pngajaran utk org2 Islam

  15. assalamu’alaikum ustaz…
    dunia ini semakin menakutkan…saya hilang kepercayaan pada tiap lapisannya…saya hanyalah rakyat biasa…saya juga bukanlah ilmuan yang hebat prestasi pendidikan,pangkat dan kerjayanya…saya bersyukur kerana tidak memiliki semua itu…kerana melihat karenah itu, saya menjadi takut pada semuanya…saya hanya mahu myerahkan seluruh hidup dan harta saya utk ALLAH TA’ALA…didunia ini saya rasa derita melihat kemiskinan saudara seagama saya yg kelaparan diuar sana…didepan mata saya tatkala melihat ksusahan atau pengharapan derma utk rmh anak yatim atau pengajian agama, saya pasti akan hulurkan…namun mungkin saya masih tidak layak untuk ALLAH TA’ALA bila saya telah memberikan pinjaman ALLAH tersebut kpd penipu atau juga mungkin ia peringatan drpd ALLAH TA’ALA…
    jd dimanakah dan siapakah pertubuhan yg sebenar-benarnya akan menyampaikan pinjaman ALLAH kpd saya itu kpd yg selayak-layaknya…
    pada saya cukuplah saya dapat makan dan pakai yang seadanya…mkn dan pakai yg berlebihan dan sedap2 pun hnya akan membuatkan kita lalai dan lupa pada ALLAH dan segala perintah-NYA…saya juga berharap dan bermohon, para ilmuan agama cintailah ALLAH sungguh2…kita semua akan mati,di dunia ini sementara sahaja…tak perlu melihat orang lain…kenal diri sendiri dulu…percaya dan yakin pada ALLAH…hanya ALLAH.

    • *maksud saya “tak perlu melihat orang lain”;
      kenali diri sendiri dahulu barulah melihat orang lain.
      -maaf,keslipan yg ada pada komen saya adalah kesilapan saya hamba yang hina.

  16. Dalam keghairahan untuk berdakwah, meraih undi & sokongan drp non muslim dgn pelbagai tawar menawar & tolak ansur kpd mrk (hinggakan permintaan yg agak snsitivif spt penggunaan kalimah Allah, hak kepimpinan dll), jangan kita lupa nasib & hak umat muslim sendiri.

    Ingatlah kpd datuk nenek, pakcik makcik di ceruk2 kampung yg ikhlas & sanggup berkorban demi perjuangan. Hidup mrk kais pagi makan pagi. Namun sebutlah wang ringgit, gelang rantai segalanya sanggup disumbangkan utk melihat Islam kembali gemilang. Siapakah yg akan membela nasib mrk?

    Lantaran keikhlasan, mrk tidak ghairah meminta itu dan ini spt mana non muslim yg ghairah memberi pelbagai syarat dan permintaan.

    Adakah krn mrk ini “Ansor” maka tak perlu kita berikan layanan sbagaimana golongan “Tulaqo`” (rujuk pembukaan Mekah & perang Hunain utk memahami perbandingan ini)

    Atau kita melayan mrk spt “Ibnu Ummi Maktum” krn sibuk melayan kehendak non muslim yg kita anggap berpotensi besar ini.

    Teringat kisah benar yg berlaku kpd peribadi agung Rasul s.a.w. yg ghairah berdakwah kpd pemuka musyrikin mekah yg pastinya memberi untung besar kpd dakwah jika mrk memeluk Islam.

    Tiba2 datanglah si buta, Ibnu Ummi Maktum bertanyakan sesuatu kpd Baginda. Sbg manusia biasa, dlm kesibukan itu, Rasul s.a.w. krg melayan, berpaling dan menarik muka masam kpd si buta yg tdk melihat.

    Lantas turunlah surah ‘Abasa utk menjadi pengajaran kepada duat sepanjang zaman.

  17. saya tertarik membaca kisah ustaz dgn si cina. saya baru bertugas di sjkc, memang banyak perbezaan yg saya alami. sjkc lebih mesra pelajar dll lg.

  18. askm

    CUKUP2lah, semua nak jadi publisiti dan paparan gambar sekali….sikit2 cukup lah

    jangan terlalu ghairah bergerak dalam wadah, wadah bisa hancur, yang kekal ialah fikrah yang disemai di hati dan jiwa masyarakat

    sabar2 lah ye

    salam perjuangan

  19. ….CUKUP2lah kizar…
    sikit2 cukuplah

    manusia banyak ragamnya.. jangan terlalu ghairah MELAYAN.. hati bisa rosak , yang kekal ialah fikrah yang disemai di hati dan jiwa masyarakat

    sabar2 lah ye

    salam perjuangan dr madinah nasr

  20. Salam ustaz,
    Bleh ana tau, dr mana ustaz dpt gambar pak2 arab tu?
    Ana nk guna utk pembentangan di autumn gathering nanti.
    Jazakallah khayr.

  21. salam
    lebih baik jika disebutkan nama drp hanya merujuk “orang cina”

  22. ketika membaca artikel ini, saya sedang mendengar lagu ini. begitu serasi rasanya. dari satu sudut pandangan

    nyanyian serambi. ramli sarip
    ….

    lama ku cari rahsia kasih
    rindu kasih untuk berkasih

    senang senang duduk di serambi
    senandung lagu puisi
    zikir zaman nyanyian zaman

    andai kasturi hilang harum
    mawar tak berkuntum
    cinta tak bersambung

    biar emas setinggi gunuug
    kan ku peluk rimbun ampun
    rahmat yang Maha Agung.

    nota : membaca tazkirah; seharusnya dalam suasana jiwa aman dan tenang. Hati gembira menerima walau yang datang itu susah untuk diterima. itu namanya membaca tazkirah

  23. […] Fard Muslim asas binaan Tamaddun Islam (Nahdhah Islamiyah) […]

  24. […] Fard Muslim asas binaan Tamaddun Islam (Nahdhah Islamiyah) […]

  25. maksud dakwah adalah untuk sukakan allah. jika allah pemilik segalanya suka maka segalanya akan jadi baik. dakwah yang disukai allah adalah dakwah yang membesarkan allah. ucaplah kamu laailahaillallah kamu akan berjaya. maksud laailahaillallah adalah tiada yang dapat memberi segala-galanya melainkan allah.harta, pangkat darjat, keturunan, pemerintahan, kuasa dapat dapat memberi sedikitpun manafaat melainkan apa yang allah kehendaki. untuk sukakan allah, maka pengorbanan perlu dilakukan. lagi besar pengorbanan yang dilakukan maka lebih besar perhatian allah.
    semua nabi2 melakukan pengorbanan untuk agama.modal kita adalah harta, diri dan masa dan maka jika korban perkara ini untuk allah maka allah berjanji untuk membelinya dengan syurga. caranya pastilah cara yang ditunjukkan oleh nabi. selain cara nabi maka ia tidak akan bagi manafaat. maka kita perlu kaji bagaimana cara nabi buat dakwah.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: