Syeikhul Azhar, Mesir ke rahmatullah

Syeikhul Azhar (1996-2010), Dr. Mohd Sayyid Tantawi (1928-2010).

Pagi tadi, ketua Universiti Al-Azhar, Mesir atau digelar Syeikhul Azhar, Dr. Mohd Sayyid Tantawi, 82 tahun, meninggal dunia di Riyadh, Saudi Arabia kerana serangan jantung di Lapanganterbang Riyadh. Al-Marhum dilahirkan pada 28 Oktober 1928 di bandar Tama, negeri Sohag, Mesir. Mendapat pendidikan di Fakulti Usuluddin, Universiti Al-Azhar sehingga mendapat ijazah Ph.D (Hadis & Tafsir) pada tahun 1966. Beliau menjadi pensyarah di Universiti Al-Azhar, Mesir, juga pernah mengajar di Libya selama 4 tahun dan menjadi Dekan di Fakulti Postgrad di Universiti Islam Madinah.

Tiga orang mahasiswi Malaysia, kini mereka di Tahun Akhir (Empat) Jabatan Syariah, Fakulti Pengajian Islam & Bahasa Arab (Banat/Wanita) tahun 2010, Universiti Al-Azhar, Kaherah. Berdiri di tengah-tengah adalah ibu kepada mereka yang mengapit di kiri dan kanannya.

Beliau dilantik menjadi Mufti Negara Mesir pada tahun 28 Oktober 1986, dan dilantik sebagai Syeikhul Azhar pada tahun 1996.

Semoga Allah swt merahmati Al-Marhum dan menerima sumbangannya terhadap umat Islam. Ameen.

Ustaz Halim  www.inijalanku.wordpress.com

5 Respons

  1. dariNya kita datang dan kepadaNya kita kembali..

    tiga orang mahasiswi Malaysia dlm gambar-ibu & anak-anak berkumpul dalam satu kuliah 🙂 Nama Ustazah Fariza masih tersimpan kemas dlm rekod pelajar walaupun setelah bertahun lamanya.membuktikan betapa canggihnya sistem penyimpanan data di Al-Azhar!

  2. zaujah ust dan anak2 dalam gambar?

    dari Allah, kepada Allah

  3. Al-fatihah buat beliau. Satu kehilangan yang dirasakan dalam suasana kelam saat ini..

  4. yg hairannya bila manusia lebih memandang “isu” yg timbul sepanjang kariernya daripada sumbangan yg dicurahkan olehnya?

  5. al-fatihah..,
    perginye seorang ilmuan..,

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: