Qudwah Bait Muslim mahasiswa/i di luar negara

Di University of Melbourne, Australia.

Mahasiswa dan mahasiswi Malaysia yang berumahtangga di Negara-negara Barat atau di mana-mana luar negara sering dijadikan qudwah (contoh tauladan) atau sekurang-kurangnya penaung oleh pelajar-pelajar yang belum berkahwin di sana, khususnya pelajar-pelajar “undergraduate” (pra-siswazah). Ini yang pernah saya rasakan ketika menuntut di Australia sekitar tahun-tahun 1980an dahulu. Bahkan kekadang mereka dirasakan seperti “abah dan emak” atau “Along dan Kak Long” tempat mengadu, salah satu sumber kekuatan untuk menjaga iman ketika hidup di tengah-tengah masyarakat Barat yang penuh dengan pancaroba. Saya masih ingat, semasa di tahun pertama di Australia tahun 1983, di waktu-waktu biasa atau ketika gundah gelana, saya akan pergi menziarahi pasangan Abang Zulemly Shaari (B.E. Uni of Qld, UQ) dan Kakak Azlin Sanusi (B.Sc QUT), juga pasangan Abang Zaki Ghazali (B.Surveying UQ) dan Kakak Yusmaniah (B.Accountancy, UQ) yang tinggal berdekatan semata-mata untuk mendapat kekuatan dari hidup berjemaah di rantau orang. Walaupun jarak usia antara kami hanya beberapa tahun tetapi keadaan mereka berpasangan seperti itu cukup menjadikan mereka seperti ayah dan ibu saudara saya sendiri. Walaupun yang dihidangkannya hanya secawan teh, cekodok atau spaghetti (mee) goreng tetapi suasana seperti itu saya rasakan seperti masakan emak saya sendiri. Kenangan ukhuwwah yang boleh menitiskan air mata walaupun telah berlalu lebih 25 tahun yang lalu.

Oleh kerana di dalam Jalan Dakwah, “qudwah” (teladan) merupakan salah satu faktor utama kejayaan Tarbiyah kepada para Pendakwah, pasangan-pasangan yang berumahtangga mesti menyedari hakikat  ini dan harus memastikan perkara-perkara berikut :

  1. Amal Dakwah tidak berkurangan selepas mereka berumahtangga berbanding dengan semasa mereka belum berkahwin. Kekadang terdengar rungutan mengatakan ada mahasiswi yang menjadi kurang aktif selepas berkahwin berbanding sebelumnya. Kita berharap rungutan itu tidak berlaku atau jika benar ia berlaku, ia segera dibaiki.
  2. Suami tidak “mengurung” isterinya di rumah menjadikaan Dakwah kehilangan seorang lagi pendakwah wanita yang berkaliber, dengan hujjah tugas seorang isteri hanyalah semata-mata  di rumah, dan semata-mata untuk suaminya. Kepada beliau kita bertanya, tidakkah ramai para Duat memperoleh isteri mereka yang solehah hasil dari didikan Dakwah ini, bahkan sesetengahnya melalui Dakwah ini ?
  3. Jika bebanan pelajaran sangat besar, mahasiswa/i yang berkahwin mestilah merancang masa mereka dengan baik agar tidak banyak terbuang. Dalam suasana tertentu seperti musim peperiksaan, pernah saya dan isteri memasak kari ayam untuk 3 hari, menyimpannya di peti sejuk dan memanaskannya setiap kali hendak makan. Ia boleh berlanjutan sehingga lebih dari sebulan lamanya.
  4. Bertemu dan berinteraksi sesama manusia adalah salah satu faktor penting dalam Tarbiyah dan juga Dakwah. Kalangan mahasiswa mudah bertemu di masjid dan di padang permainan, berbanding mahasiswi. Oleh itu faktor dan suasana rumah kediaman atau tempat tinggal adalah sangat penting bagi perkembangan prestasi Tarbiyah dan Dakwah  mereka. Untuk itu ketika dialam pengajian dahulu saya sering merancang agar isteri saya sering berada di rumah mahasiswi dan saya saya sendiri menjaga anak-anak supaya dia lebih fokus dalam bermuayashah (berinteraksi) sesama mereka.
  5. Sentiasa mengingati niat dan harapan kita sebelum mendirikan rumahtangga, iaitu  tidak lain selain untuk Agama yang tercinta dan untuk Dakwah yang kita  perjuangkan. Mengingatinya akan banyak membantu menyelamatkan kita dari tergelincir ke arah tarikan godaan dunia dan menguatkan jiwa untuk bekerja dengan lebih kuat untuk Allah swt.
  6. Sentiasa berjimat dalam berbelanja, walaupun anda dalam kemewahan atau mempunyai simpanan wang yang banyak. Banyak masalah rumahtangga di Malaysia berpunca dari masalah kelemahan pengurusan wang suami isteri.  Penyelesaiannya ialah belajar lebih awal cara berjimat dan mengurus wang ketika di alam pengajian.
  7. Pastikan rumah sentiasa kemas dan mudah menerima tetamu pada bila-bila masa. Kata-kata sebahagian orang kita “Rumahku Syurgaku”  sebagai tempat penenang hati dan merehatkan saraf boleh juga kita panggil “Rumahku Markazku” sebagai tempat bertandang para tetamu dikalangan teman-teman seperjuangan, para mad’u (orang-orang yang didakwahkan) maupun masyarakat umum.
  8. Menggalakkan berkahwin awal di luar negara agar membantu perdidikan diri pasangan berkenaan di satu aspek, dan membantu Dakwah diaspek yang lain.

Harapan kita ialah Bait Muslim Qudwah semasa di alam pengajian akan terus bertambah bilangannya dan berterusan menjadi Bait-bait Muslim yang banyak bilangannya dan tersebar di seluruh tanahair lalu menjadi qudwah kepada segenap masyarakat dan rakyat jelata. Ini adalah faktor yang terkuat dalam membuat perubahan kepada Negara ke arah Islam hakiki lagi sejati yang kita impikan.

Ustaz Halim   www.inijalanku.wordpress.com

(Isikandung di atas adalah suntingan dari isi pertemuan dalam program bersama pasangan-pasangan yang telah mendirikan rumahtangga di salah sebuah negara di luar tanahair).

10 Respons

  1. shukran,recall blk apa yg ustaz nasihatkan.

    ustaz,kalau blh ustaz cerita fadhilat kahwin ketika belajar, sebagai tasyji’ kpd yg lain🙂
    shukran

  2. salam ustaz. bagus pengisian yang ustaz bentangkan kali ini. ustaz, adakah bait muslim dikalangn ikhwah akhawat ISMA harus ditentukan oleh masul masing masing tanpa boleh utk memilih sendiri??? sebab ana pernah terbaca satu article bahawa,perempuan ada hak untuk memilih pasangan mereka. dan apa pula pandngan ustaz jika ada ikhwah yang berjanji nak kawin dengan akhwat nie tetapi ikhwah tersebut mungkiri dan menyebabkan hati akhawat tersebut terguris??? harap ustaz dapat jelaskan secara detail…

    • 🙂..Ana rasa,tak adalah sampai memaksa.Mendengar pengalaman2 sesetengah ikhwah,mereka diberikan pilihan juga.Andai dah ada,utarakan pada masul utk disusun.Andai tak ada,mohon masul carikan..

      betul begitu?

  3. Jazakallah, ust. Bila sembang2 tentang bait muslim ni, pasti ramai yang segar matanya, terang hatinya untuk mendengar, berkongsi dan sebagainya. Memang benar, pengalaman sendiri yang bermuayasyah dengan beberapa ikhwah yang berkahwin di luar negara ni memang lain..kata2 dan pandangan mereka barangkali lebih baik, lebih jitu,lebih matang,lebih kritis dan lebih jauh kehadapan berbanding ikhwah yang masih bujang..amal dakwah juga lebih manis dan sempurna..pendek kata, banyak hikmah dan kelebihan berkahwin ni lebih2 lagi di perantauan.. ana yakin ramai ikhwah yang muda2 ni setuju dan ingin mulakan langkah.namun, masih ada beberapa cabaran yang perlu dilalui..restu ibubapa, kewangan, dan lain-lain. walaupun hanya faktor ‘teknikal’ tapi ia memberi kesan terhadap perancangan untuk ber’bait muslim’ ni..Hakikatnya, sebagaimana kita ketahui,antara puncanya, ramai yang masih belum mengetahui dan memahami dengan baik hakikat perkahwinan ‘bait muslim’ yang kita maksudkan, termasuklah orang tua kita sendiri, oleh yang demikian, di sinilah qudwah mengambil peranan. qudwah hasanah yang amat dinanti2kan oleh umat ini. yang ada di hadapan mata mereka, menyebabkan mereka mudah menilai dan membuat keputusan dengan baik serta mengambil teladan daripadanya. akhir sekali, semoga Allah mempermudahkan urusan ini. semoga bertambah bait-bait muslim qudwah, agar lagi bertambah bait-bait muslim seantero dunia..amin..
    wallahua’lam..

  4. Kan bes klau mama pham niat kta utk bait Muslim di ovrc..Ana rsa masih rmai ag pham situasi ini…jzkhukhairun ustz

  5. apa pandangan ustaz halim tentang sejauh mana kelebihan akhawat yang berkahwin di perantauan dalam mambantu dakwah..sebab ana lihat dari segi dakwah fardhiah contohnya,akhawat bujang lebih banyak mengeluarkan tenaga,malah dalam prog2, kebanyakan akhwat ketika bujang senang nak nampak dan commit tp ble sudah berkahwin, jarang nampak dan selalu datang lewat..tetapi x dinafikan zhuruf berbeza..jzkk

  6. Salam..ustaz..

    Saya ingin bertanyakan satu soalan..

    Apa pendapat ustaz dengan ahli-ahli yg ingin berkahwin dengan mereka yg bukan dari kalangan ikhwah dan akhawat sendiri..?

    Mohon penjelasan..

    Jazakallahu khair..

  7. best tajuk nie. ana just nak luahkan sedikit disini tentang jodoh ikhwah akhawat. lelaki hak untuk memilih kan?? pompuan kan???

  8. Boleh memilih, asal sefikrah

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: