Kesatuan itu ikatan aqidah umat

“Taatilah Allah dan RasulNya. Jangan kamu berbantah-bantah lalu kamu rosak dan hilang kekuatan kamu. Bersabarlah kamu. Sesungguhnya Allah bersama orang-orang yang sabar” (Al-Anfaal:46) 

Tiada yang memberi kekuatan kepada umat Islam, bahkan kepada mana-mana perjuangan manusia dan jin melainkan Kesatuan. Namun Allah swt mentaqdirkan bahawa kesatuan yang hakiki itu adalah kesatuan hati dan aqidah, sebelum kesatuan badan dan organisasi. Dari sini Tarbiyah Islamiyah demi meningkatkan Iman dan Taqwa mendapat keutamaan tertinggi dalam perjuangan di mana sahaja termasuk Malaysia.

“Yang aku mahu dengan Ukhuwwah itu ialah hati-hati dan ruh-ruh diikat dengan ikatan Aqidah. Aqidah adalah seerat-erat dan semahal-mahal ikatan. Ukhuwwah adalah adik beradik Iman. Perpecahan adik beradik kufur. Kekuatan pertama ialah kekuatan Kesatuan. Tiada Kekuatan tanpa kasih sayang. Kasih sayang paling minima ialah berlapang dada dan kasih sayang paling maksima ialah tahap Ithar (melebihkan orang lain dari diri sendiri)” [Hasan Al-Banna]

Di Malaysia, bilangan penduduk Islam semakin meningkat (60-70%, sekitar 2/3) berbanding kaum agama lain. Nisbah yang ketara ini boleh mempengaruhi kaum yang lain di dalam pengundian di Parlimen sehingga mencapai 80-90% (melebihi 2/3), jika umat dan wakil rakyat Islam baik dalam akhlak, teladan, agenda dan kepimpinan mereka.

Para wakil dan pemimpin umat Islam bertarung di dewan.

Ramai merasakan kemuncak kekuatan umat Islam di Malaysia ialah apabila pimpinan semua 3 parti UMNO, PAS dan PKR serta NGO-NGO utama dapat duduk bersama dan bekerjasama dalam perkara-perkara yang disepakati serta menguzurkan perkara-perkara yang masih belum disepakati (nata’awanu fima ittafaqna alaih, wa yakzuru ba’duna ba’dan fima ikhtalafna fihi).

Namun begitu, mereka adalah pemimpin-pemimpin yang bagaimana? Yang dipilih oleh ahli-ahli yang bagaimana pula? Mereka adalah pemimpin yang memahami Islam dan agendanya, bekerja demi menjayakan misi dan risalah Islam bersama pimpinan lain di Dunia Islam. Mereka bekerja menjayakan agenda ahli-ahli dan umat yang berada di bawah. Disebabkan ahli-ahli di bandar dan kampung sangat merindui kesatuan dan keagungan Islam di DUN, Parlimen dan negara, para pemimpin yang bersemangat Agama dan rakyat seperti yang saya sifatkan di atas tidak sukar untuk duduk semeja dengan ikhlas.

Sidang antara pemimpin HAMAS dan FATAH sentiasa berakhir dengan kegagalan walaupun umat Palestin dan mereka sendiri semuanya sedang dijajah kejam oleh musuh dari Barat dan Timur. Ini adalah kerana capaian dan agenda musuh sedang juga berada di meja perundingan !! Tiada kesatuan harapan umat yang dapat dicapai selagi keadaan begini.

Namun bukan sahaja di Malaysia, bahkan di negara berdepan musuh yang terang-terangan seperti Palestin, pimpinan umat Islam seperti pimpinan FATAH gagal duduk bersama HAMAS dll. Bahkan mereka telah sepakat dan bersumpah di depan Kaabah, namun ikatan “Perjanjian Mekah” dibawah mediator (orang tengah) Raja Abdullah dari Saudi Arabia sendiri hancur terurai “sebelum kedua-dua belah pihak mendarat di negara mereka dalam perjalanan pulang”. ” Faktabiru ya ulil Absar (Ambillah pengajaran wahai orang yang mempunyai pandangan)” (Surah Al-Hasyr). Sebabnya ialah pimpinan kumpulan yang menggagalkan kasatuan yang diimpikan :

Keluar masuk parti mengakibatkan jatuh bangun kerajaan di Malaysia. (Foto Hiasan)

  1. Tidak memiliki iman dan akhlak Islam yang sejati. Dengan itu mereka berpolitik kerana kepentingan diri untuk mengaut keuntungan dunia semaksima boleh buat diri dan suku sakat sendiri.
  2. Menjalankan agenda luar (Amerika, Zionis Israel, Barat, Timur dan seumpamanya), bukan agenda umat Islam mereka sendiri.
  3. Dipilih oleh ahli-ahli dari sebahagian rakyat yang tidak memahami, menghayati dan memperjuangkan Islam. Adalah mustahil ahli-ahli yang Islamik, yang mempunyai agenda dan memahami risalah hidup mereka di dunia ini, memilih pimimpin mereka dari kalangan orang-orang yang fasik, menjalankan agenda luar dan berkepentingan diri. Jika berlaku juga sedemikian, ini bermakna ahli-ahli itu sendiri fasik dan mesti ditarbiyah dengan Islam sebaiknya. “Fastakhaffa qaumahu fa atohu. Innahum kaanu qauman fasiqin (Maka Firaun memperolokkan kaumnya, lalu mereka mentaatinya. Sesungguhnya mereka adalah kaum yang fasik)” (Az-Zukhruf : 54).

Kuasa-kuasa Besar mempunyai dan memaksa agenda mereka di negara-negara dunia terutama negara-negara umat Islam. Pemimpin umat Islam menjalankan agenda pihak luar atau agenda umat sendiri ? (Foto hiasan : Presiden Perancis, Sharkozy bersama Presiden Mesir, Husni Mubarak (atas) dan Perdana Mentari Israel, Netanyahu bersama Presiden Mesir, Husni Mubarak (bawah)).

Oleh itu dalam menyatukan pimpinan umat Islam, fokus hendaklah diberi kepada mendidik ahli atau rakyat dalam umat Islam itu sendiri, bukan sekadar memomokkan isu kesatuan kepada para pemimpin sedang mereka mempunyai berbagai agenda-tidak-Islamik dan dipilih oleh ahli-ahli yang jauh dari penghayatan dan risalah Islam yang sejati. “Adakah kita hendak menghimpunkan angka-angka (pimpinan) yang kosong [Al-Imam Amir Syakib Arsalan].

Fokus amal anda kepada mendidik diri, keluarga dan masyarakat Islam. Pada mereka tersimpan kekuatan yang sebenarnya. Umat yang mengimani sesuatu Risalah adalah umat yang tahu memilih wakil atau pemimpin mereka yang mencintai kekuatan melalui Kesatuan. (Foto hiasan : Ustaz Syeikh Ahmad Yaasin yang mendidik masyarakat Palestin menjadi masyarakat qudwah di Abad 21 di banyak aspek seperti jihad, kebajikan, pendidikan, maruah umat, berprinsip, tidak tunduk kepada kehinaan, berani dan sebagainya).

Dengan ini, membina Fard Muslim (individu Islam), Bait Muslim (keluarga Islam) dan Mujtamak Muslim (masyarakat Islam) merupakan awlawiyat (priority) kepada perjuangan Jemaah Islam, seperti yang ditunjukkan oleh Rasulullah saw. Tumpukan perhatian kepada masyarakat Islam itu sendiri, bina kembali jatidiri (identity) keIslaman mereka setelahmana berjaya dirosakkan oleh musuh sehingga mereka bergelumang dengan kefasikan. Jangan dialihkan pandangan kalian dari mereka lantaran sibuk dengan sepak terajang strategi ahli-ahi politik yang rosak lagi tidak ikhlas. Kekuatan besar pada hari ada tersimpan didalam umat Islam itu sendiri, bukan sangat pada orang-orang kenamaan mereka. Oleh kerana kesatuan itu ialah pada ikatan hati-hati, maka tarbiyah Islam yang mengikat dengan Ikatan Aqidah itulah yang sebenar-benar dan sekuat-kuat ikatan. “Nahnu qaumun a’azzanallahu bil Islam. Famahma nabtaghi  al-Izzah bighairi ma a’azzanallahu, azannallahu !! (Kita adalah kaum yang diagungkan Allah dengan Islam. Sekiranya kita mencari keagungan dengan cara selain cara sedemikian, Allah akan hina kita) [Khalifah Umar Al-Khattab ra].

“Membimbing masyarakat ke arah Mujtamak Islam ialah dengan menyebarkan Dakwah Islam kepada mereka, membenteras kelucahan dan kemunkaran, mendorong kearah kebaikan, mengajak kepada makruf, bersegera melakukan kebajikan, menarik pandangan umum (public opinion /arus perdana) ke arah berpihak kepada Fikrah Islam, mencorak suasana masyarakat dengan Fikrah Islam sentiasa” [Hasan Al-Banna]

Ustaz Halim  www.inijalanku.wordpress.com

Advertisements

8 Respons

  1. Sebab itu orang-orang yang ditarbiyah dengan fikrah yang sama perlu bersatu, dan berpegang kepada prinsip dengan kuat tanpa menyeleweng walau sedikitpun.

    Pertarbiyahan yang sebenar rijal-rijal ummah dan melalui maratib amal adalah jalan yang jelas untuk sampai ke matlamat Islam.

    Tanpa pentarbiyahan yang sebenar tidak mungkin kita mampu mengubah ummah ini. Mereka akan tetap seperti buih-buih yang kosong. Banyak tetapi tiada nilai.

    Mari kita bersatu memperkasakan da’wah dan tarbiyah dengan fikrah yang kita yakini ini…

    Majulah Malaysia dengan Islam!

  2. semoga rahmat dan bimbingan Allah swt sentiasa berada utk orang yang memperjuangkan Islam.

    indah jika dapat bersama memperjuangkan agama ini. lebih-lebih lagi jika mempunyai rangka pemikiran yang sama.

    mudah2han sentiasa dibimbing ke syurgaNya dan diselamatkan dari azab api nerakaNya.

  3. Salam ustaz

    Post yang sangat menyentuh hati. Ayuh bangkitlah generasi baru yang menjadi harapan- generasi rabbaniyun…

  4. Assalamualaikum.ustaz.
    bagaimana pula dengan jemaah islam di MALAYSIA?
    Moga kita dapat bersatu dibawah satu payungan yang kukuh tidak ditembusi hujan renyai.
    WALLAHU TA’ALA A’LAM

  5. Sebuah ikatan yang mantap tidak diketahui keutuhannya jika tidak diuji. Hadirnya sebuah ujian untuk mematangkan supaya dapat diketahui di manakah kelemahan. Kelemahan diperbaiki sebaik mungkin supaya cabaran terus diharungi. Di sebalik sesuatu yang Allah rencanakan ada hikmah yang boleh dipelajari. Perpaduan dan persaudaraanlah yang Rasulullah depani di awal dakwahnya.

  6. […] Kesatuan itu adalah ikatan Aqidah umat […]

  7. Assalammualaikum…mohon pinjam barang2 kat post ni untuk kegunaan rujukan bagi post saya. blog saya adalah ini,

    http://luawakkitakkotahukeriya.blogspot.com/2013/02/agama-islam-hanya-untuk-orang-melayu.html#more

    sebarang kesalahan dan tindakan, saya tidak segan-segan untuk membuangkannya atau haapuskan post saya. sekian terima kasih.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: