Syeikh Mujahideen, Abul Futuh Afify ke rahmatullah

Abul Futuh Afify, “Syeikh para Mujahideen” dan ahli parlimen Ikhwan Muslimin 1987-1990. Ahli parlimen yang baik datang dari mujahideen yang baik, yang telah membuktikan bahawa jiwa dan raganya bukan untuk kepentingan dirinya tetapi untuk Agama dan umat yang amat dicintainya.

Pada hari Selasa 20.4.2010 yang lalu, salah seorang tokoh Ikhwan Muslimin Mesir, Abul Futuh Afify telah kembali ke rahmatullah setelah menghabiskan usianya berjuang di jalan Allah dan menyemai bakti kepada umat Islam khususnya di daerah Quwaisna, negeri Al-Manufiah, Mesir. Inna lillahi wa inna ilaihi raji’uun.

Beliau menganggotai Ikhwan Muslimin ketika berumur 17 tahun. Apabila negara haram “I.s.r.a.e.l” ditubuhkan tahun 1947 dan mendapat pengiktirafan PBB tahun 1948, perang Arab-Israel meletus. Ketika itu dalam suasana penjajahan British disegi ketenteraan yang mencengkam dan budaya yang merosakkan, umat dan tentera resmi Mesir berada di tahap semangat juang yang sangat rendah. Namun apabila Hasan Al-Banna yang mendidik dan mengasaskan jemaah Ikhwan Muslimin turut menghantar seramai 10,000-12,000 mujahideen Ikhwan Muslimin berjihad bersama tentera Arab, keadaan menjadi diluar jangkaan musuh-musuh Islam.

Ikhwah dari jemaah Ikhwan Muslimin semasa di dalam Jihad Palestin 1948.

Abul Futuh ketika itu berumur 19 tahun. Pada awalnya beliau tidak lulus ujian kesihatan untuk ke jihad tersebut. Namun apabila beliau terus merayu Imam Hasan Al-Banna, akhirnya beliau diizinkan. Beliau memimpin pasukannya seramai kira-kira 35 orang untuk menghadapi tentera Yahudi di bandar Arisy, dekat sempadan Mesir-Israel. Satu ketika apabila tentera resmi Mesir berundur dari Arisy, Abul Futuh bersama mujahideen Ikhwan Muslimin tetap teguh tanpa berganjak meninggalkan Arisy untuk jatuh ke tangan tentera Yahudi. Sambil mengangkat Al-Quran dan senjata, mereka berikrar dan berjanji kepada Allah untuk tidak berundur. Berlakulah karamah dimana Allah mencampakkan ketakutan ke dalam hati-hati musuh, lalu musuh mengalah dan berundur. Selamatlah pekan Arisy dari jatuh dan penduduk dibunuh oleh musuh. Ini adalah salah satu dari puluhan kisah jihad Abul Futuh Afify. Tidak hairanlah jika Yahudi pada hari ini meyakini bahawa mereka tidak ada tempat yang selamat di Palestin selama mana di situ terdapat gerakan Ikhwan Muslimin.

Bandar Arish dalam kenangan. Di sini saya pernah bermukhayyam musim panas semasa menuntut di Mesir (1989-1997). Di hari terakhir, sebelum pulang ke Kaherah, kami ke bandar Rafah, sempadan Palestin untuk kali pertama melihat bumi Palestin yang dijajah dengan penuh sayu akan nasibnya dan penuh bersemangat untuk membebaskannya.

Atas desakan Penjajah British, Raja Farouk mengarahkan Abul Futuh dan mujahideen Ikhwan di penjarakan sebaik mereka pulang dari Jihad Palestin 1948 tersebut. Di zaman Presiden Gamal Abdul Naser, Abu Futuh sekali lagi dipenjarakan, kali ini selama 17 tahun. Di dalam penjara beliau menyempurnakan hafazan Al-Quran. Di dalam penjara beliau turut disiksa dengan berbagai azab seperti kejutan elektrik, dicabut kuku jari, kulit diseterika hingga mengakibatkan beliau menghidap beberapa penyakit selepas itu.

Di dalam penjara, tidak seorang pun yang meninggalkan solat secara berjemaah. Kisah yang saya dengar sendiri, sebaik pulang dari Jihad Palestin 1948, Kerajaan Mesir atas arahan Penjajah British mengeluarkan arahan semua Ikhwan Muslimin dipenjarakan. Suatu masa di hari kebesaran negara dan penyampaian pingat, kesemua nama penerima pingat didapati di dalam penjara. Selepas hari tersebut, penyampaian pingat dilakukan di dalam penjara !!

Setelah mengalami ujian an cabaran perjuangan sedemikian rupa, Abul Futuh keluar dari penjara dengan iman yang lebih teguh, keyakinan yang lebih kukuh kearah menyempurnakan sumbangan dan pengorbanannya untuk Islam dan Dakwah ini.

Dari pergaulan seharian, terserlah akhlak, agenda dan kesederhanaannya di hadapan masyarakat. Beliau pernah menjadi penyelia kepada tiga buah pertubuhan kebajikan dan sosial masyarakat. Pada Pilihanraya Umum 1987, Ikhwan Muslimin mecalonkan beliau untuk bertanding. Beliau menang dan mewakili kawasan Quawisna, negeri Al-Manufiah ke Parlimen.

“Yang aku mahu dengan Rukun Jihad itu ialah ianya adalah satu kefardhuan sehingga ke Hari Kiamat. Jihad itulah yang dimaksudkan oleh Rasulullah saw dalam hadis, “Sesiapa yang mati tanpa pernah berjihad atau berniat untuk berjihad, dia mati di dalam Jahiliyah”. Tahap Jihad yang paling minima ialah menginkari dengan hati. tahap maksimanya ialah berperang di jalan Allah. Diantara kedua-dua tahap tersebut ialah jihad dengan lidah, jihad dengan pen, jihad dengan tangan (pangkat yang ada) dan berkata benar dihadapan kerajaan yang zalim. Dakwah tidak akan hidup tanpa Jihad. Bagaimana tingginya Dakwah dan luasnya ruang lingkupnya, begitu jugalah betapa agungnya Jihad dijalannya, mahalnya harga yang mesti dibayar untuk membantunya dan banyaknya pahala yang menanti orang-orang yang bekerja. Firman Allah swt bermaksud, “Dan berjihadlah kamu dijalan Allah dengan sebenar-benar Jihad (Al-Hajj:78). Oleh itu kamu memahami slogan tetap kita “Jihad adalah jalan kami” [Hasan Al-Banna].

Harimau mati meninggalkan belang, manusia mati meninggalkan nama. Semoga sejarah perjuangan Abul Futuh Afify menjadi contoh teladan kepada kita dan generasi seterusnya. Ameen.

Ustaz Halim   www.inijalanku.wordpress.com

Advertisements

3 Respons

  1. ALLAH… ALLAH…..

    berilah ku kekuatan sptmana beliau…

  2. subhanallah…
    mereka telah membenarkan janji dengan tuhannya.
    dan kami menanti ke arah mengotakan jnji kami..

  3. alhamdulillah
    allah izin sy baca artikel bermotivasi tinggi seumpama ini…

    terasa-rasa seperti masih hidup lagi mereka ini…

    benarlah orang syahid itu tidak mati malah hidup di sisi Allah!

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: