Ayah mertua qudwah amal Dakwah Setempat

 

Jadilah anda Tiang Seri kepada masyarakat setempat, di kampung atau di taman perumahan. (Foto: Al-Marhum di kiri sekali).

Sejak saya mendirikan rumahtangga dan berkenalan dengan al-marhum ayah mertua saya, Ustaz Hj Ibrahim Ahmad, banyak yang saya pelajari tentang amal Dakwah Setempat khususnya di kampung atau taman perumahan. Semuanya dalam bentuk pemerhatian saya secara amali terhadap Al-Marhum. Walaupun yang paling baik menerangkan kelebihan Al-Marhum adalah anak-anaknya sendiri, namun saya cuba memaparkan sedikit di sini semoga menjadi qudwah atau teladan kepada para Duat, apatah lagi Dakwah Islam tidak akan berjaya jika ia tidak berakar umbi di dalam masyarakat lalu merubah mereka ke arah penghayatan Islam yang hakiki.

Foto atas sekali : Al-Marhum (kiri sekali) bersalaman Aidil Fitri 1430H/2009M dengan sebahagian penduduk Kg Paya. Manusia lebih terkesan dengan qudwah (teladan) berbanding dengan undang-undang. Kerana itu proses Taghyir (merubah masyarakat ke arah Islam) mesti didahului dengan Tarbiyah sebagai aspek terpenting disamping aspek-aspek lain (politik, undang-undang dsb.). Jika di setiap kampung dan taman perumahan terdapat Duat yang qudwah dan berperanan intensif dalam membimbing masyarakat sekelilingnya, Dakwah sudah mula menghampiri penghujung dan kejayaannya. Itulah yang dinamakan “Dakwah Setempat”.

Di segi kehidupan peribadinya, beliau seorang yang warak dan sangat cinta kepada Agama. Hampir setiap malam bertahajjud dan hampir setiap pagi bersolat Dhuha. Beliau mempunyai perpustakaannya sendiri berupa beberapa rak buku dipenuhi dengan kitab-kitab agama lama (kitab kuning) dan kitab-kitab moden. Suaranya perlahan, diantara dapat didengar atau tidak oleh orang yang berhampiran dengannya, namun pandangannya diambil penduduk kampung seolah keputusan terbaik pada mereka. Mereka sentiasa senang dan tenang dengan pandangannya.

Al-Marhum bapa mertua saya beraya bersama salah seorang anak saya Mohd Hasan Abdul Halim Al-Hafiz.

Di segi keluarga Al-Marhum, kesemua 5 orang anak (2 lelaki dan 3 perempuan) dibesarkan dalam kehidupan Islam yang baik dan tamat pengajian di universiti. Tidak ada seorang pun yang terjebak dalam masalah akhlak maupun sosial. Kesemuanya telah berumahtangga dan menjalani kehidupan yang baik. Jika berada di kampung, kesemua anak lelaki bersolat berjemaah di surau.

Di segi masyarakat di kampung, tanpa dipertikaikan, Al-Marhum adalah tiang seri mereka. Ia bukan berdasarkan karisma kepimpinan dan kepetahan bercakap, tetapi di segi latarbelakang agamanya, tinggi budipekerti dan hemah, hubungannya dengan Allah swt, kewarakan, pergaulannya yang mesra dan sangat tawadhuk, ingatannya yang kuat serta pandangan dan pengalamannya yang luas. Saya perhatikan dalam perbincangan atau mesyuarat, setiap pandangan beliau walaupun suaranya perlahan, tetapi didengari dan cadangannya sering diambilpakai.

Al-Marhum memimpin solat jemaah, bacaan Yaasin dan tahlil, sembelih korban Aidil Adha, mengajar agama di surau dan masjid, sering menziarahi ahli kariah yang sakit atau meninggal dunia. Sering menerima tetamu di rumah atau menjawab persoalan orang di surau. Qamat tidak dilaungkan sehingga beliau tiba di surau dan selesai memberi salam Solat Sunat Qabliah, walaupun beliau adakalanya agak kelewatan, asalkan muazzin mengetahui beliau ada di rumah kerana keretanya ada di depan rumah, jelas kelihatan dari tingkap Surau. Masyarakat kampung sehingga ke hari ini masih bergotong royong menjayakan kenduri kendara. Surau memiliki khemahnya sendiri, disamping kelas pengajian berkerusi meja dan peralatan lengkap mengurus jenazah. Tiada kemunkaran berlaku di kampung melainkan beliau dan masyarakat berusaha membentarasnya. Beliau berusaha mendapatkan bantuan untuk orang yang memerlukannya.

Al-Marhum bersama kaum keluarganya. Disebelah kanannya ialah ketiga-tiga menantunya. Disebelah kirinya ialah isteri dan ketiga-tiga anak perempuannya. Di depan dan belakang adalah cucu-cucunya. Kini beliau rehat di alam barzakh setelah meninggalkan keluarga yang Islamik. “Itulah umat yang telah lalu. bagi mereka (pahala dan balasan) terhadap prestasi mereka. Dan bagi kamu (pula yang masih hidup, pahala dan balasan) terhadap prestasi kamu. Kamu tidak akan ditanya tentang apa yang telah mereka (yang terdahulu) lakukan” (Al-Quran). Hari ini sampai kepada saya anak-anak segelintir Duat yang bermasalah seperti merokok, dibuang sekolah atas kesalahan berat, berpakaian menjolok mata keluar bersama lelaki dan balik lewat malam dan sebagainya. Tarbiyah anak-anak dan masyarakat memerlukan kejelasan matlamat, fokus dan kesungguhan dalam perlaksanaan. Moga Allah jauhi kita dari kesemua masalah tersebut.

Beliau kuat ingatan terhadap kejadian-kejadian dan terhadap orang-orang yang pernah ditemuinya termasuk sahabat-sahabat saya di Mesir ketika beliau berkunjung ke sana beberapa kali. Beliau kuat menghubungkan silaturrahim dengan menziarahi sanak saudara sebelah emak di sekitar Penang dan sebelah beliau di Kedah.

Ketika Perang Qadisiyah, panglima Islam, Saad bin Abi Waqqas ra memohon kepada Khalifah Umar Al-Khattab ra bantuan tentera seramai 1000 orang. Umar bersetuju tetapi menghantar Qa’qak ra seorang sahaja dengan katanya, “Aku menghantar kepada engkau wahai Saad seorang tentera yang menyamai 1000 orang tentera !”.

Dalam aspek amal masyarakat setempat, saya melihat jika seseorang Daie (pendakwah) benar-benar berperanan dikawasan tempat tinggalnya, beliau boleh memberi sumbangan kepada Dakwah ini sama seperti 1000 orang yang lain atau sekurang-kurangnya memimpin 1000 orang dari masyarakat disekelilingnya. Ini suatu yang tidak mustahil pada pandangan saya yang melihat  sendiri kehidupan Al-Marhum di tengah-tengah masyarakat Kampung Paya, Seberang Perai Utara.

Peserta-peserta Akademi Fantasia VIII 2010

Peserta-peserta Rentak Juara 2010.

Program KONWANIS (Konvensyen Wanita ISMA).

Akan terus menerus usaha merekrut pendokong-pendokong baru generasi demi generasi dari kedua-dua pihak Haq dan Batil berterusan hingga ke Hari Kiamat. Di pihak Batil mereka membelanjakan wang ringgit yang banyak tetapi mereka akan kalah jua. Program-program munkar disamping mendapat bantuan dalam, mereka juga sering mendapat bantuan luar terutama Kuasa-kuasa Besar. “Sesungguhnya orang-orang kafir membelanjakan harta mereka untuk menghalang manusia di jalan Allah. Mereka akan terus membelanjakannya, kemudian mereka akan rugi, kemudian mereka akan kalah. Orang-orang kafir akan didihimpunkan kedalam Neraka Jahannam. Supaya Allah mengasingkan diantara orang-orang yang jahat dari orang-orang yang baik …” (Surah Al-Anfaal). Dakwah Setempat penting dalam mewujudkan rumah dan keluarga di kampung dan taman perumahan yang menjadi benteng serangan budaya Barat dari merosakkan anak-anak dan generasi akan datang.

Diantara kekurangan-kekurangan para Duat hari ini dalam Amal Setempat, yang boleh diperbaiki atau ditingkatkan ialah :

  1. Kurang mendampingi di surau atau masjid yang merupakan nadi masyarakat Islam setempat. Dari sedikit golongan yang mendampingi masjid, sedikit pula dikalangan mereka yang berperanan di masjid atau surau.
  2. Kurang pengalaman dan seni dalam bergaul dengan masyarakat di semua lapisan umur serta semua latarbelakang pendidikan dan keluarga yang berbeza.
  3. Penumpuan hanya berkisar kepada usaha tajmik dan tarbiyah, tanpa mengkhususkan juga kepada amal Dakwah Setempat. Bahkan berlaku tidak memahami bahawa ia adalah salah satu usaha Dakwah yang terpenting dalam mencapai matlamat Islam.
  4. Tiada aspek “Nahi Munkar” (mencegah kemunkaran) yang sedang berlaku, sebaliknya tertumpu kepada usaha-usaha mengajak kepada yang makruf sahaja.
  5. Kurang berperanan Dakwah di tempat kerja masing-masing dan hanya memberi tumpuan kepada karier semata-mata seperti guru-guru di sekolah, kakitangan di kilang dan pejabat dan penjaja di warung masing-masing. Usaha-usaha yang nampak kecil seperti menampal poster Islam, memberi kata nasihat, menegur kesalahan dan maksiat, memuji perbuatan yang baik, memakai pakaian selari dengan Syarak di tempat kerja dan kediaman masing-masing sebenarnya memberi kesan besar didalam masyarakat.

Yang aku mahu dengan (anda berjanji untuk melaksanakan) Rukun Amal ialah Amal sebagai hasil dari gabungan Ilmu dan Ikhlas. Firman Allah swt bermaksud, “Dan katakanlah (kepada mereka) beramallah, maka Allah, RasulNya dan orang-orang beriman akan melihat amalan kamu. Dan kamu akan dikembalikan ke alam ghaib dan nyata, lalu akan diterangkan kepada kamu apa yang telah kamu lakukan” (At-Taubah:105). Tingkatan-tingkatan Amal untuk seorang akh/ukht yang jujur dalam Janjinya ialah (1) Membaiki jiwa sendiri … (2) Membentuk Bait (Rumahtangga) Muslim … (3) Membimbing Masyarakat dengan menyebarkan Dakwah yang baik kepada mereka, membenteras kekejian dan kemunkaran, mendorong perbuatan-perbuatan mulia, menyeru kepada makruf, bersegera melakukan kebaikan, menarik Public Opinion (pandangan massa) kearah Fikrah Islam, mencorak suasana kehidupan awam dengan celupan Fikrah Islam …” [Hasan Al-Banna]

Kita berdoa semoga Allah swt memberi Taufiq dan PetunjukNya kepada kita dalam menjalankan tanggungjawab Dakwah Setempat kearah melahirkan Masyarakat Islam yang diinginkan.

Ustaz Halim www.inijalanku.wordpress.com

8 Respons

  1. Two thumbs up!! ^_^

  2. Ustaz, ana masih kurang faham lagi.
    Ustaz sebut tentang tarbiyah di atas, tapi ustaz asingkan dari dakwah setempat.
    Apakah maksudnya?
    Adakah ustaz bermaksud para du’at sibuk dalam menjalankan usrah bersama rakan sebaya sehingga tidak memainkan peranan dalam aktiviti msykt setempat?

    • Bukan bermaksud sibuk sehingga … tetapi bermaksud selepas balik dari program tarbiyah, ketika berada di rumah sendiri di kampung atau taman perumahan seseorang itu tidak melakukan aktiviti Dakwah Setempat seperti mengajak jiran datang ke rumah, menjenguk ahli kariah yang sakit, memghadiri kuliah Maghrib di masjid bukan sebab ada program tetapi berada di rumah ketika itu, tidak menggerakkan AJK Surau/masjidnya menganjurkan program2, tidak menampal poster “Tudung Pakaian Islam” contohnya di surau, sekolah yg berhampiran rumahnya, tidak menampal poster Palestin, Bebaskan Iraq dan seumpamanya, tidak cuba menarik pelajar sek menengah di sekolah berhampiran atau jirannya sendiri ke rumahnya untuk berusrah, tidak menanjurkan Kuliah Fardhu Ain kaum ibu seperti yang banyak dilakukan oleh wanita2 aktif yang lain. Sebaliknya dia hanya pergi usrah, qiamullail, rehlah untuk dirinya sahaja dan ada sedikit sebanyak kerja Urusetia program itu dan ini. Itu sahaja. Sedang dia boleh berperanan di kawasan setempatnya juga … Dakwah Setempat. JZKK.

  3. Assalamualaikum semua,
    Tahniah ustaz kerana berada didalam keluarga Islamik. Lebih mudahlah kerja-kerja islam ustaz.

    Terima kasih juga atas artikle ini yang dapat memberi point untuk diri saya.

    Wassalam.

  4. jzkllah atas reminder.. diri ana sendiri kurang menumpukan dakwah pada jiran-jiran setaman,

  5. salam;terima kasih ustaz;

  6. jazakallah ustaz.

    satu perkongsian yang sangat bagus buat kami yang baru berjinak2 di jalan ini.

  7. asalamualaikum🙂 alhamdulilah ketemu blog yang sangat bermanfaat😛

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: