Renungan kematian Adik Aminurashid

<2 laporan polis dibuat 21/5/2010>.  Membunuh atau mengambil ruh seseorang tanpa hak adalah sangat dikeji oleh Allah swt dan Syariat Islam. Tidak dibenarkan melainkan jika sabit dalam kes-kes tertentu seperi balas bunuh (Qisas), zina orang yang muhsan (telah berkahwin) dan sebagainya. Bahkan ketika membunuh dengan hak, Allah swt menyarankan dibunuh secara baik setelah melalui prosedur Mahkamah yang teliti dan tiada langsung oktah yang syubhah (tidak jelas). Hadis Nabis aw bermaksud, “Dan apabila kamu membunuh, maka perelokkan pembunuhan tersebut”. Sebaliknya jika membunuh tanpa hak, Allah menjanjikan Neraka Jahannam, dia kekal didalamnya, Allah murka dan melaknatnya, menyiksanya dengan azab yang pedih. Firman Allah swt bermaksud, “Sesiapa membunuh orang beriman dengan sengaja, maka balasan untuknya ialah Neraka Jahannam, kekal didalamnya, Allah murka dan melaknatinya, dan Allah menyediakan baginya azab yang besar” (An-Nisak:93). Di dunia, pembunuh terbabit dibalas bunuh (Qisas).

KOPERAL Jenain Subi dikawal ketat oleh anggota polis ketika di bawa ke Mahkamah Sesyen Shah Alam untuk didakwa atas tuduhan menyebabkan kematian seorang pelajar Aminulrasyid Amzah 15, pada 26 April lalu di seksyen 11 Shah Alam. 10 Mei – Utusan/SHARUDDIN ABDULLAH

Adik Aminurrasyid ditembak mati setelah kereta yang dipandunya dengan tidak mengikut arahan atau berhenti di sekatan polis. Criminal Procedure Code (CPC) menggariskan bahawa menembak untuk membunuh (Shoot To Kill) hendaklah terhadap jenayah yang membawa hukuman mati atau penjara seumur hidup. Umum melihat memandu laju dan tidak berhenti di sekatan polis, hatta (bahkan sehingga) tuduhan terdapat parang di dalam kereta berkenaan belum menjustifikasi (mengiyakan) sebarang bentuk tindakan Shoot To Kill (Menembak Utk Membunuh) boleh dilakukan.

SITI Nasrinda Tumirin dan suaminya Mohd Fauzi Mohd Daud bersama peguam mereka M. Manoharan memfailkan saman terhadap dua anggota polis dan empat yang lain kerana melepaskan tembakan membuta tuli terhadap mereka Ogos tahun lalu. 7 Mei – Utusan/SAHARUDDIN ABDULLAH

 

Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Wira Abu Seman Yusop melawat Mohd. Azizi Aziz, 17, yang cedera ditembak anggota polis di jalan Seremban-Jelebu di Unit Rawatan Rapi, Hospital Tuanku Jaafar, Seremban, semalam. [ Berita di muka 14 ] – MINGGUAN/Abd Razak Aid – Utusan 9.5.2010

Saya bukan hendak menyamakan, tetapi mengenang isu pihak keselamatan dari kalangan orang Melayu Islam menembak orang Melayu Islam lain,  peristiwa menembak atau tertembak Adik Aminurasyid mengingatkan saya akan Peristiwa Memali yang berlaku di Baling, Kedah pada 19 November 1995, kira-kira 25 tahun yang lalu. Ketika itu saya sedang menuntut di Australia dan baru 4 bulan berkahwin. Dari akhbar Malaysia yang saya baca di Australia selepas kejadian itu, saya menyangka ianya adalah serangan pihak keselamatan ke atas sekumpulan komunis di sempadan Malaysia-Thailand. Beberapa minggu selepas tragedi itu, saya dan isteri pulang bercuti di Malaysia, menziarahi isteri Asy-Syahid Ustaz Ibrahim Mahmud di Kg Memali dan dapat mendengar apa yang berlaku dari sumber di sebelah pihak yang lain pula. Walaupun ramai pelawat blog INIJALANKU hari ini adalah dikalangan remaja/belia yang ketika kejadian itu mereka masih belum dilahirkan, tetapi memahami sejarah lau adalah memahami kehidupan hari ini dan esok. 

Saya bukan menyamakan kedua-dua tragedi umat Islam diatas. Jika Koperal Jenain Subi tertembak adik Aminurasyid, maka di dalam Islam, orang yang menyebabkan kematian secara tidak sengaja kena membayar Diyat 100 ekor unta. Jika seekor unta hari ini berharga RM2000, beliau mesti membayar RM200,000 kepada waris Aminurasyid. Di dalam Undang-undang Sivil, waris tidak mendapat apa-apa. Walaupun kedua-dua tragedi tersebut banyak berbeza disegi latarbelakang dan dalam banyak aspek, namun diantara persamaan kedua-dua kejadian di atas ialah :

  1. Kedua-duanya melibatkan orang Melayu Islam samada dari pihak yang menembak maupun pihak yang ditembak.
  2. Orang yang ditembak tidak memiliki senjata api atau kekuatan yang setimpal dengan kekuatan pihak keselamatan yang memiliki senjata.

Membiarkan terhakisnya kepercayaan dan hormat rakyat terhadap polis dan lain-lain agensi keselamatan negara boleh melahirkan kesan negatif terhadap perjalanan sesebuah negara umat Islam. Ia juga akan membuka peluang lebih besar kepada Kuasa Asing untuk memainkan jeri jemarinya yang jahat ke dalam umat Islam di Malaysia. Apabila murid hilang hormat terhadap pengawas di sesebuah sekolah, berbagai gelaja boleh timbul. Namun begitu membiarkan pihak polis, keselamatan dan pihak atasan melakukan perkara yang menggugat kesejahteraan rakyat adalah juga memberi kesan buruk kepada negara. Langkah terbaik ialah setiap pihak dan agensi dalam negara menjalankan tugasan mereka dengan penuh kecekapan dan amanah, tanpa cuai atau menyalahgunakan kuasa. “Sesungguhnya orang terbaik untuk engkau mengambilnya sebagai pekerja ialah “al-qawiyy” (orang yang kuat, tekun dan cekap) dan al-ameen (amanah)” (Al-Quran).

Moga Allah swt menempatkan mereka yang terbunuh di SyurgaNya, memberi kesabaran kepada para waris yang kehilangan mereka yang tersayang, mendekatkan umat kita kepada penghayatan Islam dan memperbaiki kehidupan bermasyarakat di dalam negara kita. Ameen.

Ustaz Halim www.inijalanku.wordpress.com

 

Reading Materials

Hazlan Zakaria
May 5, 10
8:10pm

While police procedures allow them to “use all necessary action to affect an arrest” on a suspect, they have overstepped their bounds in firing the shot that killed 14-year-old Aminulrasyid Amzah in Shah Alam last month, said a legal expert.

Universiti Islam Antarabangsa law professor Raja Badrol Hisham Raja Mohd Ali explained that the Inspector General’s Standing Orders (IGSO) allows for the use of firearms in ‘extreme situations.’

The IGSO is a set of guidelines on police procedures, including the permissible use of firearms, issued to, and to be complied with, all district police chiefs.

“In Aminulrasyid’s case, the pertinent question is, was (the situation) ‘extreme’ enough to justify the firearm being drawn and fired?” he asked.

The answer, in the academician’s expert opinion, is no.

Badrol Hisham (right), who lectures in criminal procedure law, said this to around 120 students, politicians, activists and reporters during last night’s forum demanding justice for the fatal shooting of teenager Aminulrasyid.

“Let’s revisit the facts without any emotional baggage. Aminulrasyid was driving very fast and he ran a red light. We can say that this exhibits criminal behaviour: he was fleeing from police, he did not stop when allegedly ordered to.”

“The Criminal Procedure Code (CPC) allows the police to overpower suspicious individuals from fleeing and arrest the person or persons. They can also use their firearms, but there are limits.”

He said that under the CPC, shoot to kill is only allowed if the suspects are:

1. Involved in a crime punishable by death

2. Involved in a crime punishable by life imprisonment

By both these standards, Badrol Hisham contends that the police officers have failed to follow proper procedures, because they shot to kill despite the victim not presenting a threat to the police and not suspected of a serious crime.

He also alleged that the police may be attempting to distract the public from this truth, with the ‘discovery’ of the machete in the car and the questionable story of the deceased ‘reversing’ the car towards the police.

First of all, said Badrol Hisham, with the machete being in the trunk, it was never a threat to the officers, unless it was being waved around by the victim. Even then the police should have shot to disable and not to kill.

More importantly, the machete was only discovered afterwards, making its use as a justification to shoot irrelevant, as police would not have known about its existence at the point of shooting.

As for the deceased allegedly reversing the car, he said that according to witness Azammuddin Omar, Aminulrasyid was already dead when the car crashed and there were no skid marks to indicate a sudden reverse at the scene of the shooting.

‘Police ignorant of guidelines’

“The death of Aminulrasyid could have been avoided if the police understood the IGSO. I don’t know why only OCPDs are issued with the document. It should be given to everyone in the police,” he said.

He added that more importantly, police could have shown more prudence before jumping to conclusions.

“They could have checked the number plate of the car to see if it is linked to known criminals. All patrol cars nowadays are in constant communication with their control centres, have radios, and some are even equipped with computers,” he said.

“On a more serious note, almost all the OCPDs are unaware that the CPC has been amended. In 2007, there were substantial revisions to the code. But they mostly don’t know about it. I found this out when I sent my students to interview OCPDs,” said the law professor.

Badrol Hisham said that it is disturbing for law enforcers not to know about the law.

“How can we put our lives and safety in their hands?” he asked.

The forum, organised by National Union of Malaysia Muslim Students (PKPIM) at the Selangor and Kuala Lumpur Chinese Assembly Hall featured a panel comprising Badrol Hisham, civil activist Wong Chin Huat and lawyer for the late Aminulrasyid’s family N Surendran.

KPN enggan ulas isu Aminulrasyid

MUSA Hassan berjabat tangan dengan anggota Jabatan Kastam sambil diiringi Ibrahim Jaapar (kiri) di Putrajaya, semalam. – BERNAMA

 

PUTRAJAYA 12 Mei – Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan enggan mengulas mengenai desakan keluarga Allahyarham Aminulrasyid Amzah agar beliau meminta maaf atas kematian remaja itu akibat ditembak anggota polis di Shah Alam pada 26 April lalu.

Menurut beliau, sebarang ulasan mengenai desakan permohonan maaf itu akan memberi implikasi perundangan.

“Saya tidak akan menjawab perkara itu. Ini kerana melakukannya (membuat ulasan) memberi kesan dari segi undang-undang,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar bersama Ketua Pengarah Kastam Diraja Malaysia (KDRM), Datuk Seri Ibrahim Jaapar selepas mesyuarat kedua peringkat tertinggi Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) dan PDRM di sini hari ini.

Bapa saudara remaja tersebut, Kamaruddin Hassan, 45, yang mewakili keluarga arwah mahu Musa dan Kementerian Dalam Negeri (KDN) memohon maaf berikutan dakwaan melabelkan Aminulrasyid sebagai penjenayah.

Permintaan itu dibuat setelah seorang anggota polis berpangkat koperal, Jenain Subi, 48, didakwa di Mahkamah Sesyen Shah Alam kelmarin atas tuduhan menyebabkan kematian remaja berusia 15 tahun itu.

13 Respons

  1. salam ustaz,
    mungkin boleh dicek samada polis tu memang benar2 ingin menembak adik itu ataupun polis itu hendak menembak kereta yang dipandunya tetapi tersasar tembak.

    moga kita semua dijauhkan dari menyalahkan mana2 pihak tanpa fakta yang masih belum jelas.ia masih dalam proses mahkamah.

    asif ustaz.

    • saya sokong utk tidak melakukan spekulasi awal..lagipun..cuma Tuhan saja yang tahu apa yang berlaku sebenar-benarnya. Siasatan manusia mungkin berpandukan asas siasatan yang terpengaruh dengan pelbagai anasir. Siasatan yang berpandukan asas yang menyokong sebelah pihak saja. Kebenaran kita serahkan kepada Tuhan.

      Cuma persoalan saya; apakah yang dilakukan oleh seorang budak yang berumur 15 tahun memandu kenderaan tanpa lesen pada jam 3 pagi?? kalau saya ketika berumur 15 tahun,jam 3 pagi saya sedang lena tidur di rumah. Sehingga sudah lewat usia 30 tahun, saya masih juga sedang lena tidur di rumah pada jam 3 pagi.

  2. Afwan, ana pun tak kata family Aminulrasyid 100% betul atau pihak PDRM 100% betul. Masih ada kesamaran yang kita tak pasti kebenarannya.

    Bagi family arwah dan masyarakat lain, mungkin perlu muhasabah.. Bagaimana longgarnya kawalan terhadap anak-anak serta aktiviti mereka menyebabkan padah yang buruk.. Family arwah menyalahkan pihak PDRM (especially Konstabel yang melepaskan tembakan), dan menyatakan bahawa dia tidak memikirkan tentang nasib arwah dan perasaan ahli keluarga arwah..

    One thing to ponder, apa pula perasaan anak isteri kepada Konstable yang digantung kerja dan menghadapi tuduhan melepaskan tembakan tersebut?

    Kemungkinan beliau menyangkakan pemandu kenderaan tersebut adalah penyamun atau penjenayah. Memandu pukul 3 pagi dalam keadaan mencurigakan boleh mengundang pelbagai persepsi.

    Di sini ana hanya mempersoalkan profesionalisme PDRM.. Adakah cukup sekadar 1-2 tahun latihan di PULAPOL untuk merekrut anggota polis pelbagai pangkat cukup melahirkan anggota polis berkualiti, mengetepikan sentimen emosi, bertindak rasional, berintegriti, amanah, berpegang kuat kepada agama, dan juga bagaimana pendedahan dan penghadaman setiap anggota polis terhadap peraturan dan undang2 yang ada..

    Dan juga kepada pegawai atasan PDRM, hendaklah bersikap profesional dalam mengeluarkan kenyataan, bukan sekadar ingin menutup kelemahan yang ada. Perlu memikirkan bahawa kedudukan PDRM adalah selaku pelindung kepada masyarakat, dan bukan pelindung kepada golongan tertentu.

    Ana kagum dengan Ketua Polis Daerah Seremban yang baru-baru ini mengeluarkan kenyataan minta maaf dan mengambil tanggungjawab apabila salah seorang anggotanya menyasarkan peluru tanpa diberi arahan.

    Gaji dan elaun pihak polis telah berkali-kali dinaikkan. Semoga ada peningkatan kualiti kerja.

    Allahua’alam.

  3. Aslkm. wbr

    Ustaz, ana telah membaca berbagai kisah mengenai peristiwa Memali Baling. Mahupun ana sendiri kini telah setahun jagung berulang sebulan sekali ke Baling. Namun untuk mengaitkan serba sedikit isu ‘Budak Baik’ yg tertembak oleh pihak polis bagi ana tidak sepatutnya dikaitkan. Apabila dikaitkan implikasinya berbeza ustaz.

    Peristiwa Memali Baling ramai yg sudah sedia maklum akan kesalahan adalah dipihak Polis. Terang lagi bersuluh pula.

    Namun peristiwa ‘Budak Baik’ itu pula terang jua lagi bersuluh berlaku pada tgh malam/ pagi. Dlm linkungan 12-3pg. Keadaan Gelap. Polis tidak tahu siapa pembawa kereta. Yg pasti tembakan dilepaskan apabila ada anggota yg hendak dilanggar. Apakah perlu anggota polis dilanggar sehingga mungkin menyebabkan kematiannya pula baru tembakan perlu dilepaskan. Atas alasan mengesyaki pembawa kereta adalah mungkin penjenayah merbahaya serta ingin menyelamatkan nyawa maka tembakan perlu dilepaskan.

    Rakan ‘Budak Baik’ yg dapat melepaskan diri pula mendakwa berjaya melepaskan diri selepas dilenyek oleh anggota polis. Aduan pula dibuat 3hari selepas kejadian. Pelik tapi benar. Polis meleyek budak umur 15 tahun (setahu ana Xdanya – tp klu ana yg dah 30an mungkin la). Budak tu dapat pula melepaskan diri. Kemudian mendiamkan diri tampa mengadu kpd ibubapa & adikberadik ‘Budak Baik’ yg namanya Aminurasyid nie.

    Terang lagi bersuluh, ‘Budak Baik’ umur 15tahun terer bawak kereta. Siap main kejar mengejar dgn Polis sebab Polis suruh berhenti. Takut sebab Parang ada dlm kereta (mungkin ya @ mgkn Polis yg letak – X kisahlah) atau sebab memang samseng budak baik. Lesen ‘sah-sah Xde’. Klu langgar org, then org mati mcmana la plak dgn org yg mati tu yea. Waris nak claim ins. blh dapat ke. Coz pembawa keta Xda lesen. Keluar rmh jam 12am senyapX2 tampa ahli keluarga tau (& Xpernah tau dia kuar senyapX2). Sebab tue kata dia ‘Budak Baik’.

    Lastly, ada jugak Polis yg jahat & ada yg baik. Ada Polis Jahat yg dpt pembalasan (yg terlepas tue tunggulaaaa). Samada gantung, penjara seumur hidup maupun penjara beberapa tahun. Pembaca sekalian blh layari laman web SPRM utk lihat PolisX2 yg terima hukuman. Abg Bos saya (Inspktr Polis) kena hukuman gantung spi mati ats kesalahn Dadah. Maknyer meninggal baru-baru ni, YB mintak tolong ikhsan utk bawak dia p tengok maknya pun Xdpt. Coz kena dpt perkenan agung. Tp utk Polis yg baik, yg menjalankan tugas jgnlah pulak di Nila setitikkan.

    Bagi ‘Budak Baik’ tu pula, ana sebenarnya tidaklah hairan sgt. Ana asal dpd Kpg/ Taman Medan & Dato Harun. Setakat budak 15tahun bawak parang. Heh. Umur 13tahun pun ana pernah jumpa bwk mcmX2. Kerambit, pisau rambo dll. Dadah, curi motor, ragut bla bla bla depa sengeh jerr. Hustler lagi. Pembaca boleh berkenalan dgn geng ‘Budak Baik Amir’ ni dgn menjejak mrk di Kedai Game, Snuker, Kelab Golf KGNS, Saujana, KGSAS bla bla bla di Kyel & Shah Alam. Cubalah jejaki portX2 mereka nie.

    Selain tu, fyi out there d Bdr Perda 2008 bdk umur 12 tahun seramai 3 org tgh dok barai motor (selepas dirembatnyer mototr tue) dlm pondok terbiar d Kondo Mutiara sebelah blok C & D. KLu bukan ada Polis, dah pecah kepala bebudak tue. Baru dlm sebulan 2nie (Mac & Apr. 2010), bdk umuq 11-12 tahun ditangkap tgh curi kabel d Bumbung Masjid Taman Pauh Jaya, Jln Baru Prai Png. Beberapa rmh d pecah masuk & budak umur 11-13 tahun ditangkap d Kg. Jawa, Prai, Png.

    Finding keatas mereka, yg Hustler nie kebanyakkannya muka innocent giler. Kira blk rmh, semut menyanyi pun blh dgr. Mak Bapak Adik Beradik percaya habis kat depa. Kira klu ada masalah kat sekolah, Cikgulah yg bersalah. Lastly, ana bercakap atas pengalaman & pernah tinggal d Shah alam & PJ area. Abg ana gifted. Bljr A. Dgn Cikgu A. Tp waktu dia sekolah dulu, ana ingat lagi dlm umurnya 14thn ana 12thn 1980an. Dia keluar jm 11.30mlm & blk jm 3pg dgn baju penuh dgn darah. Bila bukak baju, badannya sikit jer calar. Kat dlm beg ada pisau berdarah. So, dia p sembelih ayam ker. Sendiri pikirlah. Kerambit , buku lima & pisau sentiasa ada kat dlm beg & sisipan kakinya. La, d sebabkan ketererranya, beliau kini jadi doktor pd diri sendiri. Pegangan agama diakuinya tiada lagi.

    Oleh yg demikian, pada yg sudah berkenalan dgn ‘Geng Budak Baik Amir’ nie, their know watca happen out there. Pd yg belum, berkenal-kenallah. Jgnlah kita mengasihani mahupun melindungi saudara mara mahupun adik beradik kita yg meragut beberapa nyawa yg tidak berdosa hanya kerana satu nyawa mereka. Biarlah nyawa mereka diambil dpd beberapa nyawa menjadi mangsa. Ibu menjadi janda/ tunggal. Suami menjadi duda/ bapa tunggal. Anak menjd yatim. Oleh kerana kes ragut & bunuh geng ‘BudakX2 Baik’ si Amir nie.

    Buat Anggota Polis yg berdedikasi pd Agama & tanggungjwb, semoga anda dilindungi oleh Allah sbn. Buat yg munafik, zalim serta fasik nie, semoga anda di ‘Laknati’ & menerima ‘Pembalasan’ serta mendapat HIdayah dpd Allah sbn. ameenn

    • Terima kasih atas ingatan dan pandangan. Saya tidak samakan kedua-dua kes berkenaan, cuma bila mendengar polis menembak seorang Islam dan mati, saya teringat kisah Memali tahun 1995 yang lalu. Moga Allah ampuni semua kita. Ameen.

    • Saudara Thundercat buat ulasan panjang lebar tanpa usul periksa. Saudara perlu ke Shah Alam dan lihat sendiri tempat kejadian. Jangan baca melalui media yang menulis tanpa tahu perkara sebenarnya. Mereka hanya membuat analisis macam saudara jugak, ‘Hear Say’ sahaja. Amat malang kalau ramai rakyat malaysia berfikiran macam saudara. malang…malang..

  4. Salam..Ana bersetuju dengan ape yang dipaparkan ustaz di atas.Tidak salah pun kalo mengaitkan isu isu berkenaan.Yang menjadi salah adalah polis2 yang tidak bertanggungjawab.Mungkin thundercat diatas kurang maklumat tentang kes berkenaan.Dan mungkin thundercat lupe yang dia duduk di Malaysia yang baik polisnya dan mahkamahnya adalah sekular..Mungkin thundercat terlampau baik untuk mengutuk Allahyarham dengan panggilan budak baik.Sedangkan Nabi pesan katakan yang baik2 sahaja kepada orang yang telah meninggal dunia.Dalam memberi komen dan pendapat bagilah dengan cara yang paling beradab.Islam dah ajar caranya..Jazakallah

  5. Salam. saya setuju dengan ustaz.

    Menggunakan senjata dalam hal ini samada untuk tujuan menembak kereta atau tidak, tidak boleh dijustifikasikan. Tambahan, yg kita tahu dari berita orang mati dan cedera, bukan tayar yang pancit. Kalau nak tembak kereta, mesti tembak tayar atau sesuatu yang seumpamanya dan bersifat tembakan rendah. Minta masyarakat pikir2 betul, baik sangka dalam hal sebegini mmg tidak boleh diterima langsung.

    Untuk amik kira apa perasaan keluarga konstable tu tak masuk akal. Rasulullah kata dia akan potong tangan fatimah kalo beliau mencuri.

    Bukan semua perkara samar2, dan perkara yg jelas jgn disamarkan.

  6. jgn lah kita cepat menuduh yang bukan2. polis dan ‘budak baik’ itu adalah manusia. pasti ada kesilapan yang akan berlaku, sengaja atau tidak sengaja. perkara yg dah berlaku tetap telah berlaku, tidak boleh di ulang semula. malang tidak berbau, kalau boleh di bau mungkin boleh dielakkan. semua kita perlu jadikan iktibar dan perlu mengelakkan perkara tersebut berlaku lagi. ibu bapa yg mempunyai anak remaja laranglah drpd keluar tengah2 malam. apa yang ingin di cari lagi tengah2 malam2 tersebut. fikir2 kanlah….

  7. salam ustaz mcm mane saye nak share artikel ni dalam fb saye??

  8. Yang mati tu biar lah mati..Kita pun akhirnya mati juga. Tapi kalau polis mati kena tembak Penjenayah atau kena langgar tak seorang pun angkat bendera untuk Defence..

  9. Ini peristiwa sepontan terjadi yang berlaku mungkin 20 atau 30 tahun sekali. Kita perlu pandang diberbagai bagai sudut yang Positif . Polis ada tanggung jawabnya sendiri untuk keamanan awam. Saya juga amat simpati pada Allahyarham Aminurasyid serta keluarga takziah buatnya kerana saya juga punya anak lelaki seusianya. Saya juga pernah terfikir jika perkara ini juga berlaku pada diri saya..Tapi jam 10.30 mlm saya pastikan anak saya berada biliknya dan tidur. Walhal bukan semua berkeadaan begini?..Waullahualam

  10. Lebih baik semua polis pakai cota je..

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: