Flotilla Gaza: Seruan Ikhwan Muslimin

Ikhwanul Muslimin dan Persatuan Ulama Muslimin Sedunia menyeru semua bangsa Arab dan Islam, segala parti politik dan semua tenaga kekuatan kebangsaan serta manusia-manusia merdeka di dunia ini, lelaki mahupun wanita, warga tua mahupun pemuda, kami menyeru mereka untuk mempamer dan mengungkapkan penolakan secara aman mereka terhadap jenayah tak bertamaddun yang amat jelek ini.

Ikhwanul Muslimin dan Persatuan Ulama Muslimin Sedunia menyeru mereka agar mempergiatkan demonstrasi pada hari Jumaat akan datang. Ikhwanul Muslimin dan Persatuan Ulama Muslimin Sedunia turut mengundang para khatib di masjid-masjid untuk mengecam jenayah besar ini dengan menjadikan hari tersebut sebagai hari kemarahan rakyat muslim menentang musuh Zionis juga sebagai hari sokongan kepada rakyat Gaza yang ditindas namun tetap tabah lagi sabar.

Dalam hal ini, kami menyeru seluruh umat agar:

1) Bertindak dan memberi tekanan berkesan melalui pandangan umum dan wahana yang aman ke atas pentadbiran dan kerajaan-kerajaan Arab dan Islam agar mereka memainkan peranan dan tanggungjawab untuk menghentikan malapetaka ini, di samping menegaskan bahawa Baitul Maqdis dan Masjid Al-Aqsa merupakan tanggungjawab semua orang Arab dan Muslim, dan tidak boleh dijadikan bahan tawar menawar dalam perundingan.

2) Menggerakkan organisasi-organisa si antarabangsa dan tempatan serta agensi-agensi masyarakat madani untuk menghentikan segala perancangan Zionis dan memadamkan percubaan mereka untuk mencetuskan perang dunia sebagaimana yang mereka lakukan sebelumnya dalam sejarah.

3) Peri perlunya memutuskan hubungan dengan musuh Zionis sama ada dari segi politik, diplomatik mahupun ekonomi, termasuk segala tindakan berkaitan seperti menyingkirkan duta-duta mereka, menghentikan segala proses normalisasi hubungan dengan mereka dan meningkatkan keberkesanan segala bentuk boikot.

4) Membatalkan segala perjanjian yang dimeterai sebelum ini dengan tujuan perdamaian yang didakyahkan antara Zionis dan negara-negara Arab dan Islam, di samping mengisytiharkan semua perlanggaran kini yang mencabuli perjanjian-perjanji an yang dijaja ini.

5) Menyeru semua anggota parlimen di Mesir dan negara-negara Arab serta  Islam yang lain, termasuk Palestin agar mereka memainkan peranan aktif dalam menyekat perancangan Zionis untuk meng’Yahudi’kan Baitul Maqdis dan Masjid Al-Aqsa, serta mengaktifkan Biro Baitul Maqdis.

6) Mengisytiharkan Jumaat, 4 Jun 2010 sebagai hari kemarahan antarabangsa oleh semua bangsa Arab, Islam dan golongan merdeka di dunia, untuk semuanya bersatu berdiri dalam satu saf menentang Zionis, agenda dan pencerobohan mereka, juga pihak-pihak yang membantu atau menyokong mereka.

7) Melakukan seruan berterusan untuk mengulangi penyataan kemarahan menentang Zionis sebegini, sebagai satu kewajipan akhlak, kemanusiaan, cintakan tanahair, perundangan dan kebangsaan.

Kewajipan Keluarga Arab dan Muslim Dengan Isu Palestin

Pertama: Pendidik

  • Meningkatkan pengetahuan tentang Palestin (geografi, sejarah, dll).
  • Meningkatkan pengetahuan tentang penceroboh Zionis; mereka adalah manusia yang paling memusuhi kita.
  • Mengetahui kedudukan Baitul Maqdis di sisi umat Islam.
  • Mengetahui kefardhuan membebaskan Palestin dan Baitul Maqdis.
  • Mendapatkan segala buku, penerbitan dan keluaran yang mendokong isu ini.
  • Memperelokkan penyampaian maklumat yang diketahui berkenaan isu Palestin kepada anak-anak.

Kedua: Pelajar

  • Diikat akidahnya dengan Masjid Al-Aqsa dan Palestin.
  • Dididik tentang kefardhuan umat Islam membebaskan Masjid Al-Aqsa dan Palestin.
  • Mengetahui geografi, sejarah dan politik Palestin.
  • Mengetahui kewajipannya terhadap saudara-saudaranya di Palestin.
  • Meningkatkan pengetahuan tentang Zionis dan dididik untuk membenci mereka lantaran mereka adalah manusia yang paling memusuhi kita.
  • Menjadi teladan dari aspek keprihatinan, pemboikotan dan derma.
  • Memperkenalkan isu ini kepada rakan-rakan, jiran tetangga, kaum kerabat dan keluarga.
  • Mendermakan sebahagian dari belanja hariannya dan mengumpul derma daripada rakan-rakan dan kaum kerabatnya untuk Paletsin.
  • Memboikot segala barangan Yahudi atau Amerika, dan mengajak orang lain untuk memboikot.
  • Mempersiapkan kerohaniannya dengan solat fardhu berjamaah, qiamullail dan berdoa.
  • Mempersiapkan fizikalnya dengan praktis latihan fizikal.
  • Mendidiknya dengan sifat berani dan cintakan jihad.
  • Memperkenalkannya tentang faktor-faktor kemenangan dan kekalahan.
  • Membiasakan dirinya untuk berpuasa sehari dalam seminggu.
  • Hidup dengan al-Quran dari aspek bacaan, hafalan, pemahaman dan aplikasi.
  • Menyertai kegiatan-kegiatan sukan dengan nama kota atau syuhada’ di Palestin.
  • Melakukan perjalanan-perjalan an untuk meningkatkan daya tahan dirinya.
  • Menganjurkan dan terlibat dalam persidangan- persidangan khas berkenaan Palestin.
  • Menyertai kegiatan-kegiatan budaya dan kajian berkenaan Palestin.
  • Menghantar mesej peribadi berkenaan Palestin, kepada salah satu majalah atau surat khabar (sekali seminggu).
  • Menyertai radio sekolah dengan berita atau lagu untuk Palestin.
  • Menghafal dan mengulangi lagu untuk Palestin.
  • Menyertai karnival dan keraian berkenaan Palestin.
  • Mengadakan lelongan produk dan barangan anak-anak untuk disalurkan ke Palestin.
  • Menyediakan tabung dan album Palestin dan mempergiatkannya.
  • Terlibat dalam pengagihan album dan tabung, untuk memperkenalkan isu Palestin dan pengumpulan derma.
  • Mengadakan buku skrap gambar dan maklumat untuk meningkatkan keprihatinan dan kesedaran terhadap isu ini.
  • Memilih salah seorang saudaranya di Palestin sebagai ikon heroic, mengetahui maklumat berkenaan dirinya, membawa fotonya di dalam dompet, melekatkan foto itu pada nota, buku, dan meja.
  • Meyakini pertolongan Allah kepada agamanya mengalahkan kebatilan Zionis.

Diterjemahkan oleh:
Ustaz Engku Omar bin Engku Amirudin   AJK ISMA Terengganu

Kenyataan Ikhwan Muslimin berhubung serangan Zionis ke atas Konvoi Kebebasan

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih, lagi Maha Penyayang.

Zionis telah melancarkan serangan yang kejam dan tidak berperikemanusiaan pada Subuh hari Isnin baru-baru ini (31 Mei 2010) ke atas Konvoi Kebebasan yang menuju ke Gaza. Konvoi tersebut adalah untuk membantu rakyat Palestin dan memecahkan kepungan yang telah dikenakan ke atas mereka sejak beberapa tahun yang lalu. Serangan berbentuk ketenteraan yang telah diketuai oleh Komando Tentera Laut Zionis itu sendiri, telah mengakibatkan kematian beberapa orang syuhada’ dan kecederaan beberapa orang aktivis konvoi tersebut.

Ikhwan Muslimin mengecam dengan sepenuhnya serangan dan jenayah Zionis ini ke atas konvoi ini, dan para aktivis di atas kapal itu, serta menegaskan pendirian yang tetap dalam memerangi pihak Zionis dan kekejaman mereka yang berterusan, serta jenayah mereka yang berpanjangan terhadap rakyat Palestin di bumi Palestin, bumi milik orang Arab dan orang Islam.

Dalam suasana yang sangat genting ini, serta berhadapan dengan kekejaman Zionis yang sangat licik yang secara tidak langsungnya telah mengisytiharkan peperangan terhadap para peserta konvoi yang mewakili puluhan negara Islam, Eropah dan Arab, kami menyatakan kepada semua rakyat di seluruh dunia, seluruh warga Arab dan warga Islam, dan kepada seluruh rakyat dunia yang merdeka, untuk mengiklankan kemarahan mereka, dengan sepenuh kekuatan, serta menjalankan segala bentuk penekanan ke atas kerajaan mereka, dan organisasi-organisasi mereka, agar semuanya bertindak dengan segera, untuk menghalang Zionis daripada serangan mereka yang tidak berperikemanusiaan terhadap Konvoi Kebebasan tersebut.

Kami meminta setiap kerajaan Arab dan Islam, secara khususnya di Mesir, untuk melakukan tindakan segera dan bertindak balas terhadap perkara ini, untuk mengelakkan lebih ramai lagi orang yang tidak bersalah menjadi korban, sama ada di atas kapal konvoi tersebut, atau juga rakyat yang berada di bumi Palestin. Wajib bagi mereka untuk membuka sempadan Rafah dengan segera, kerana penutupannya merupakan sebab yang utama kepada apa yang berlaku. Kami menuntut untuk menghalau segera Duta Israel di Kaherah, dan juga di semua ibu negara Arab dan Islam yang mempunyai hubungan dengan Zionis ini, serta memutuskan hubungan dengan mereka secara total. Kami menyeru kepada Liga Arab agar bertindak dan melaksanakan tanggungjawab mereka, dalam menghadapi apa yang berlaku kini, daripada kekejaman Zionis terhadap rakyat Palestin, dan serangan mereka ke atas para aktivis yang ada di atas kapal konvoi tersebut.

Ikhwan Muslimin mendesak Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) untuk bertanggungjawab sepenuhnya terhadap apa yang akan dilakukan oleh Zionis yang berbentuk peperangan yang zalim dan kejam ini. Di manakah segala hukuman peringkat antarabangsa? Dan di manakah peraturan dalam bab ketujuh dalam perjanjian PBB? Dan bilakah pula ia akan digunapakai sekiranya ia tidak ditegaskan pada waktu ini?

Kami juga meminta Pertubuhan Negara-negara Islam (OIC), dan Persatuan Sekerja, serta Badan-badan Perlindungan Sedunia (WHO), dan juga Institusi-institusi Masyarakat Madani serta Persatuan Hak Asasi Manusia dan setiap manusia yang merdeka di seluruh alam, agar dapat bertindak balas dengan segera terhadap kekejaman Zionis ini, di mana saja mereka berada. Kami juga menyeru mereka agar terus bergerak dan menentang secara konsisten agar dapat menyekat kekejaman mereka yang berterusan ini.

“Dan Allahlah yang menguasai segala urusan-Nya, tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui” – Surah Yusuf

Kaherah,
17 Jamadil Awal 1431H bersamaan 31 Mei 2010

Kenyataan ke-2 Ikhwan Muslimin berhubung serangan Zionis ke atas Konvoi Kebebasan

Ikhwan Muslimin meminta setiap rakyat Arab agar berterusan dalam menunjukkan kemarahan dan kecaman mereka terhadap serangan Zionis yang kejam ini ke atas rombongan kebebasan, dan juga mengecam kebisuan dunia terhadap kekejaman yang dahsyat ini sehingga hancurnya pengepungan zalim terhadap rakyat Gaza, serta mengecam segala tindakan dan percubaan untuk menghancurkan rakyat Palestin.

Kami meminta Liga Arab agar menarik balik persetujuan mereka sebelum ini dalam menjalankan hubungan dua hala bersama musuh Zionis sepertimana kami juga meminta agar mereka menghentikan segala inisiatif negara Arab yang tidak akan diterima dan dihormati oleh musuh Zionis.

Mesir pada hari ini diminta untuk menyatakan mereka tidak bersalah daripada jenayah pengepungan zalim ini, iaitu dengan membuka secara sepenuhnya dan berterusan serta dengan kadar yang segera terhadap sempadan Rafah bagi laluan manusia, atau barang-barang bekalan, serta membenarkan laluan semua rombongan bantuan kemanusiaan untuk memakmurkan Jalur Gaza dengan segala usaha-usaha kemasyarakatan.

Ikhwan Muslimin mengucapkan takziah kepada semua keluarga para syuhada’ yang tidak bersalah, dari setiap bangsa dan agama, dan memohon agar Allah memberikan kesembuhan yang segera kepada semua mangsa-mangsa yang tercedera. Ikhwan meminta setiap masyarakat dunia untuk mencampur tangan dalam meminta pembebasan segala yang tertangkap daripada wakil-wakil setiap negara dunia, dan Arab, dan Mesir di dalam tangan musuh Zionis, dengan kadar yang segera, tanpa sebarang keterlambatan, dan menyatakan dengan lengkap semua nama-nama yang terkorban dan para syuhada’ untuk menenangkan ahli keluarga mereka serta orang terdekat. Kami juga menyeru agar semua penjenayah perang diheret ke muka pengadilan di mahkamah jenayah antarabangsa, di atas jenayah yang kejam ini.

Ikhwan juga meminta agar seluruh masyarakat dunia untuk memaksa musuh Zionis untuk membenarkan konvoi ini berlalu dengan aman agar dapat sampai ke Jalur Gaza dan membebaskan mereka daripada “lanun-lanun” Zionis.

Kaherah,
17 Jamadil Awal 1431H bersamaan 31 Mei 2010,
12.30 tengahari
Advertisements

Satu Respons

  1. APCO d Malaysia aper citer yea? @%#%^
    APCO tue dgr khabornyer sbgi penasihat kpd Negara.
    APCO tue syrkt Israelkan
    APCO tue Najid yg lantik
    Najib tue Perdana Menteri Malaysia 2010kan.
    Najib tue bangsa & agamanyer aper yea… ?

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: